Pelakon, Datin Intan Najuwa mendedahkan sering merasa bimbang terlampau apabila mahu membawa anaknya, Imane Lunara melancong sama ada menaiki pengangkutan darat mahupun udara.
Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Beli Barangan Runcit Setiap Dua Minggu – ‘Ayam Beli Lapan Ekor, Rumah Hari-Hari Macam Kenduri’
Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Syukur Suami Mudahkan Urusan, Bayar 3 Pembantu & Jururawat ‘Private’ Jaga Anak – ‘Lega Sangat’
Risau

Pemilik nama Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, berkongsi tahap kerisaunnya itu juga membuatkan suaminya, Dato’ Ahmad Azraf Azman bimbang melihat keadaannya.
Malah Intan berkata, suaminya memintanya untuk belajar bertenang dan tidak terlampau memikirkan tentang perkara itu.
Tahap kebimbangan saya nak melancong dengan anak selalu tinggi.
Sama ada naik kereta atau naik kapal terbang semua saya paranoid.
Paranoid melampau. Risau macam-macam benda. Sampai suami saya suruh bertenang sikit.
Begini lah jadi mak mak. Mungkin saya patut bertenang sedikit dan nikmati perjalanan semasa melancong, bukan terlalu memikirkan semua perkara.
Perkongsian Intan mendapat perhatian dalam kalangan netizen terutamanya mereka yang bergelar ibu.
Netizen berkata masalah yang dihadapi oleh Intan sering dirasakan oleh para ibu. Dalam pada itu, netizen menitipkan doa agar kebimbangan Intan dihapuskan dan urusannya dipermudahkan.
Netizen doakan Intan


Sumber: Threads
The post Intan Najuwa Akui ‘Anxiety’ Bawa Anak Melancong – ‘Kereta Atau Kapal Terbang, Semua Paranoid’ first appeared on OHBULAN!.