Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 36010

Aril Anggap Ada Hikmah Arwah Abang ‘Pergi’ Dulu –‘Saya Kenal Erti Tanggungjawab’

$
0
0

Penyanyi dan pengacara, Aril Pilus menganggap pemergiaan arwah abangnya, Khairil Izwan Pilus pada 2012 ada terselit hikmah yang begitu mendalam kepada dirinya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aril Ziarah Kubur Arwah Izwan Pilus Ketika Aidilfitri – ‘Setahun Sekali Jenguk, Hati Ini Tak Kuat’

Ada hikmah disebaliknya

Ketika ditemui OhBulan!, Aril atau nama lengkapnya Khairil Azam Pilus berkata, jika arwah abangnya itu masih bernyawa mungkin dia tidak kenal erti tanggungjawab.

Pada saya, ada hikmah disebalik pemergian dia sebab kalau ketika ini masih ada mungkin saya tak tahu jadi apa.

Mungkin jadi seorang yang gila-gila dan banyak terpalit dengan gosip.

Kalau dia ada, mungkin saya tak kahwin lagi ke? Tak tahulah perkara nakal apa yang saya akan buat.

Tanpa dia, saya mengenal erti tanggungjawab yang begitu besar sebagai seorang anak lelaki tunggal.

Aril berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sidang media ‘Konsert Muzik Kita’ yang diadakan di Banafee Restaurant, Jalan Ampang, pada Rabu.

Tambah pelantun lagu ‘Menatap Matamu’, meskipun sudah lebih 10 tahun arwah abangnya ‘pergi’, namanya sentiasa tersemat di hatinya dan keluarga.

Nak cakap pasal mengenang, dia meninggal dunia pada 2012 dan baru-baru ini pun saya ada buat konten emosi sewaktu menziarahi kubur dia.

Apa yang saya boleh cakap, nama Izwan Pilus sentiasa ada dalam doa saya setiap kali selepas solat dan saya sentiasa mengenangkan dia.

Sekadar info, Allahyarham Izwan yang terkenal menerusi lagu Kembali Senyum menghembuskan nafas terakhir pada 20 Januari 2012 akibat jangkitan kuman dalam darah.

The post Aril Anggap Ada Hikmah Arwah Abang ‘Pergi’ Dulu – ‘Saya Kenal Erti Tanggungjawab’ first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 36010