Pempengaruh media sosial dan usahawan, Kieda Crepe memaklumkan kedainya akan ditutup selama sehari pada Khamis bagi tujuan proses sanitasi.
Artikel Berkaitan: Kieda Crepe Mengaku Salah – ‘Saya Terima Teguran Tapi Jangan Sampai Menghina’
Nak buat sanitasi
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Kieda atau nama lengkapnya Khalieda Yusra memuat naik tangkap layar perbualan Whatsapp meminta pertolongan ‘pest control’ untuk melakukan proses sanitasi di kedainya.
Ujar Kieda, dia berjanji akan memberi yang terbaik demi keselesaan para pelanggannya.
Insya-Allah, semuanya akan okay.
Hari ini, Kieda akan tutup kedai untuk proses sanitasi untuk satu hari ya.
Kieda janji akan beri terbaik untuk semua tetamu saya.
Di akhir hantaran, pempengaruh berusia 28 tahun itu membuat permohonan maaf atas kekhilafan yang dilakukan dan berjanji akan memperbaiki kekurangan pada dirinya.
Sekali lagi Kieda minta maaf atas apa yang terjadi dan saya berjanji tak akan ulangi kesilapan ini.
Saya perlu asingkan kehidupan peribadi dan bisnes saya.
Bagi saya peluang ya, saya banyak tanggungjawab.
Minta maaf atas segala kesilapan saya.
Terdahulu, pempengaruh media sosial dan usahawan, Kieda Crepe menyorot perhatian apabila berseloroh mengaitkan punca jangkitan Herpes yang dialaminya dengan kebersihan alat sulit suami, Hilmi Zaki.
Kenyataan Kieda itu kemudiannya menuai pelbagai komen negatif daripada netizen.
Tidak terhenti di situ, Hilmi kemudiannya tampil mempertahankan isterinya dengan memaklumkan bahawa perkara itu adalah gurauan sesama suami isteri dan konten semata-mata.
Kieda kemudiannya mengakui kesilapan dan membuat permohonan secara terbuka kepada pengikutnya pada Rabu.
Sumber: Instagram Kieda Crepe
The post Kieda Crepe Tutup Kedai Sehari Untuk Proses Sanitasi – ‘Bagi Saya Peluang Saya Banyak Tanggungjawab’ first appeared on OHBULAN!.