Penyanyi Baby Shima memaklumkan menerima banyak mesej-mesej aneh daripada peminat fanatik.
Artikel Berkaitan: Baby Shima Terima Ugut*n B*nuh – ‘Jangan Pulang Melaya Dengan May*t Saja’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Da’i Fuad Tepis Dakwaan Baby Shima, Siap Tunjuk Mesej Tegur Da’i Syed – ‘Saya Seru Kepada Semua Mangsa Terus Mara Ke Hadapan’
Terima DM
Menerusi hantaran di Instagram, Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli memuat naik tangkap layar direct message (DM) yang diterimanya daripada seorang lelaki yang tidak dikenali.
Individu berkenaan dilihat sering menyatakan perasaan cemburu terhadap Shima malah menawarkan dirinya untuk menjadi teman lelaki penyanyi itu.
Tidak berdiam diri, Shima mendedahkan wajah individu tersebut dan turut meninggalkan kapsyen dalam nada sinis.
Kamulah makhluk tuhan yang tercipta yang paling seksi. Ya abang seksi.
Abang bagi onepack terus, tergoda saya tengok abang macam Big Mac burger.
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut menyelar tindakan lelaki tersebut yang disifatkan terlalu obses dengan pelantun lagu Roadblock Hatiku itu.
Sumber: IG Baby Shima
The post Baby Shima Dedah DM Peminat Obses – ‘Sampai Hati Awak Curang’ first appeared on OHBULAN!.