Isteri kepada pelawak dan pelakon, Along Cham iaitu Afreena Suhaimi mahu meleraikan konflik rumah tangga mereka yang kini di ambang perpisahan secara baik tanpa memburukkan mana-mana pihak.
Artikel Berkaitan: Afreena Nafi Curang, Tiada Masa Nak Jalin Hubungan Sulit
Artikel Berkaitan: Along Cham Dakwa Afreena Suhaimi Berbohong, Tak Mengaku Pernah Rujuk
Mentaliti dan kematangan

Afreena juga menegaskan, setiap individu wajar menghormati institusi mahkamah ketika berdepan urusan perundangan kerana kelakuan seseorang itu mencerminkan tahap mentaliti dan kematangannya.
Saya rasa kita tak perlu memburukkan satu sama lain sama ada di mahkamah atau di khalayak umum. Kita sama-sama orang dewasa, selesaikanlah dengan cara yang bijak dan berhemah.
Tak perlu panggil dengan nama-nama yang tidak sesuai, kerana itu menunjukkan tahap mentaliti seseorang dan secara tidak langsung menunjukkan sikap tidak menghormati mahkamah.
Afreena berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, pada Selasa bagi prosiding kedua kes pengesahan lafaz cerai taklik.
Tambah Afreena, dia berharap kes tersebut segera selesai dan tidak perlu dipanjangkan lagi kerana mengakui sudah penat berulang kali ke mahkamah.
Talak dah dilafazkan pada Julai 2024. Jadi saya tak faham kenapa kes ini masih tertangguh sampai sekarang. Sepatutnya perkara ini sudah selesai sejak tahun lepas lagi.
Saya sendiri dah penat. Saya cuma nak selesaikan perkara ini. Tak perlu berpanjangan kerana masing-masing ada kehidupan dan komitmen kerja.
Prosiding ketiga kes pengesahan lafaz cerai taklik membabitkan Along dan Afreena bakal disambung pada 3 Julai ini.
Terdahulu, Afreena mendedahkan rumah tangga mereka sudah mempunyai masalah sejak dua bulan berkahwin.
Sebelum ini, Afreena mendakwa pernah berlaku lafaz cerai di luar mahkamah pada Julai tahun lalu.
Along dan Afreena mendirikan rumah tangga pada 4 April tahun lalu. Ini juga juga perkahwinan kedua Along selepas bercerai dengan bekas isteri, Zila Saeron pada September 2016.
Hasil perkongsian hidup, Along dikurniakan anak lelaki, Ahmad Daniel, 14, yang kini di bawah jagaannya.
The post ‘Tak Perlu Memburukkan Satu Sama Lain, Kita Selesaikan Secara Bijak’ – Afreena Suhaimi first appeared on OHBULAN!.