Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 36136

Aaron Aziz Seru Bekas Banduan Datang Uji Bakat Lakonan – ‘Hancur Masa Depan? Saya Akan Tolong Anda’

$
0
0

Pelakon, Datuk Aaron Aziz menyeru mana-mana bekas penghuni penjara dan pelajar Sekolah Henry Gurney untuk hadir ke satu sesi uji bakat lakonan di bawah produksi miliknya, Aaron Aziz Production.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Label Jurusan Masscomm Sebagai B*doh, Pensyarah UiTM Anggap DMA Islam Tak Ada ‘Knowledge’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] DMA Islam Bikin Panas, Anggap Masscomm & Teater Sebagai ‘Course’ B*doh – ‘Mereka Nak Enjoy Ja’

Ujibakat lakonan

Menerusi hantaran di TikTok, Aaron, 49, berkata, dia mahu kelompok tersebut membuktikan mereka juga layak untuk meneruskan kehidupan tanpa dibayangi kisah silam yang gelap sebelum ini.

Anda seorang bekas banduan? Pernah duduk penjara, pernah duduk Sekolah Henry Gurney? Orang cakap kalian tiada masa depan?

Ada juga yang cakap anda hancur masa depan? Tak boleh masuk dalam kalangan masyarakat yang baik?

Pastikan jawapan anda adalah tidak. Saya akan tolong anda, macam mana? Sila datang uji bakat untuk projek terbaharu saya.

Dalam pada itu, Aaron turut berkongsi satu poster yang tertera beberapa butiran mengenai uji bakat tersebut.

Uji akat berkenaan bakal diadakan pada 5 Julai ini bermula jam 1 petang hingga 9 malam di Star Avenue Lifestyle Mall, Shah Alam.

Antara kriteria yang diminta adalah lelaki berusia 16 hingga 50 tahun, terbuka untuk semua bangsa dan latar belakang.

Selain itu, peserta uji bakat juga diminta membawa satu keping gambar berukuran passport.

Sumber: TikTok

The post Aaron Aziz Seru Bekas Banduan Datang Uji Bakat Lakonan – ‘Hancur Masa Depan? Saya Akan Tolong Anda’ first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 36136