Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 36073

4U2C Tuntut Permohonan Maaf, Bagi Tempoh 24 Jam

$
0
0

Kumpulan rap era 90-an, 4U2C menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada mana-mana pihak yang dipercayai mengeluarkan kenyataan tidak benar dan mengelirukan mengenai penganjuran konsert ‘WE 4U2C Live In Concert’.

Artikel Berkaitan: ‘Kalau Ikut Peraturan, 4U2C Tidak Boleh Teruskan Konsert Sebab Master Adalah Man Senoi’ – Ajai

Artikel Berkaitan: 4U2C Anjur Konsert Selepas 30 Tahun – ‘Kami Takkan Miming & Akan Menari’

Permohonan maaf secara terbuka

Menurut peguam yang mewakili penganjur, Juss Event Sdn. Bhd iaitu Carlos Mak Chuen Yan, permohonan maaf itu perlulah dilakukan secara terbuka menerusi platform media dalam tempoh 24 jam.

Adalah satu keutamaan bagi pihak penganjur untuk mengadakan konsert mengikut undang-undang.

Dan saya telah dimaklumkan bahawa kesemua ‘Standard Operating Procedure’ (SOP) telah dilakukan serta mereka sudah pun mendapat permit dari badan yang sepatutnya.

Malangnya, terdapat beberapa kenyataan tidak benar yang dikeluarkan pihak ketiga terhadap kumpulan 4U2C.

Kami ingin tegaskan bahawa kami tak akan bertoleransi dengan perkara ini. Sehubungan dengan itu, kami menuntut pihak terlibat untuk membuat permohonan maaf secara terbuka dalam masa 24 jam menerusi media.

Sekiranya mereka gagal berbuat demikian, pihak kami tidak teragak-agak akan mengambil tindakan undang-undang.

‘70 peratus lagu ciptaan kami’

Sementara itu, ketua kumpulan 4U2C iaitu Datuk AC Mizal memaklumkan, dia dan ahli kumpulannya tidak perlu mendapatkan keizinan daripada komposer, Man Senoi dan Mama Rap kerana telah mendapat persetujuan daripada badan pelesenan iaitu Music Authors’ Copyright Protection Berhad (MACP).

Pertama sekali, saya ingin perbetulkan apa yang diperkatakan oleh Man Senoi dan Mama Rap.

Mengikut akta MACP, setiap persembahan yang menggunakan muzik secara ‘live’ (bukan minus one) tidak perlu mendapat persetujuan daripada pencipta lagu.

Malah, mereka turut mendakwa 70 peratus daripada lagu di dalam album mereka adalah hasil ciptaan sendiri.

Kalau nak ikut dari segi penciptaan lagu, daripada 25 lagu yang Man Senoi cakapkan itu saya boleh katakan 70 peratus adalah lagi ciptaan kami. Lagu dia mungkin dalam tiga je.

Jadi, agak sedihlah bila Man Senoi katakan 25 lagu itu dia yang buat.

Terdahulu, timbulnya kemelut di sebalik penganjuran konsert 4U2C apabila komposer Man Senoi dan Mama Rap dilapor berkata, hak cipta sepenuhnya terhadap lagu-lagu 4U2C adalah milik mereka, namun tidak dimaklumkan mengenai penganjuran konsert itu.

Memetik laporan Harian Metro, Man Senoi dan Mama Rap turut berkongsi mengenai permulaan 4U2C yang dikumpulkan oleh mereka berdua dan proses perjuangan untuk memastikan kumpulan itu dapat mencipta nama dalam industri seni tanah air. 

Man Senoi turut dilapor mempersoalkan bagaimana kumpulan berkenaan hendak mengadakan konsert jika 25 lagu dinyanyikan adalah hak milik syarikat mereka, Zman Production.

Konsert WE 4U2C Live In Concert anjuran Juss Event akan menghimpunkan tujuh anggota 4U2C iaitu Datuk AC Mizal, Aren, Yanz, Rinz, Lanz, Charlie dan Azam.

The post 4U2C Tuntut Permohonan Maaf, Bagi Tempoh 24 Jam first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 36073