Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 36253

Jovian Mandagie Diisytihar Muflis, Gagal Bayar ‘Friendly Loan’ Lebih RM5 Juta

$
0
0

Pereka fesyen terkemuka, Datuk Jovian Mandagie diisytiharkan bankrap oleh Mahkamah Tinggi (Bahagian Insolvensi) pada Khamis selepas gagal gagal membayar pinjaman persahabatan (friendly loan) daripada sebuah syarikat pembinaan kejuruteraan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jovian Mandagie Henti Sementara Perusahaan Selepas 17 Tahun Beroperasi, Akan Buat ‘Clearance Sale’ Untuk Pelanggan

Jovian gagal bayar pinjaman

Memetik laporan Berita Harian, keputusan itu dibuat Penolong Kanan Pendaftar, Muhammad Faisal Zulkifli ketika prosiding selepas membenarkan petisyen pemiutang yang dikemukakan syarikat Cekap Air Sdn Bhd.

Menurut petisyen itu, Jovian selaku penghutang penghakiman gagal mematuhi Notis Kebankrapan bertarikh 21 Mei tahun lalu selepas berhutang kepada Cekap Air sebanyak RM 5,284,340.66 termasuk faedah.

Menurut peguam yang mewakili syarikat berkenaan iaitu Siti Nur Athirazatti Rohizad, pihaknya memfailkan Notis Kebankrapan selepas Jovian gagal mematuhi penghakiman terus yang diputuskan Mahkamah Tinggi.

Tambah Athirazatti, pihaknya kemudian memfailkan Petisyen Pemiutang selepas mendapat kebenaran untuk mengeluarkan Notis Kebankrapan dari pihak mahkamah.

Jovian ada memfailkan permohonan untuk menggantung dan membatalkan notis serta petisyen berkenaan tetapi semuanya ditolak oleh mahkamah.

Pada 16 Mei 2023, syarikat berkenaan memfailkan saman terhadap Jovian kerana didakwa gagal membayar semula wang RM5 juta yang dipinjamkan atas dasar pinjaman persahabatan.

Dalam pernyataan tuntutan mereka, syarikat terbabit mendakwa Jovian adalah kenalan kepada pengarah syarikat Cekap Air, Yong Zhen Wei.

Cekap Air mendakwa, ia meminjamkan RM5 juta kepada Jovian atas permintaan lisan pereka fesyen itu pada 25 Februari 2022, dan memindahkan wang berkenaan ke akaun pelanggan firma guaman yang mewakili Jovian.

Menurut Cekap Air, firma guaman terbabit mengesahkan penerimaan wang itu atas arahan defendan.

Imbas kembali, Jovian yang juga bekas menantu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk membayar RM5 juta kepada Cekap Air selepas selepas membenarkan penghakiman terus yang dimohon syarikat itu pada 2 April tahun lalu.

Rayuan Jovian terhadap penghakiman terus melalui saman utama akan didengar 15 September ini.

Sumber: Berita Harian

The post Jovian Mandagie Diisytihar Muflis, Gagal Bayar ‘Friendly Loan’ Lebih RM5 Juta first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 36253

Latest Images

Trending Articles