Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 36284

Muaz Zabir Fokus Perbaiki Diri, Pasang Niat Sambung Belajar –‘Saya Berusaha Menebalkan Poket’

$
0
0

Pelakon Muaz Zabir mengakui bahawa dia kini sedang memberi sepenuh tumpuan untuk memperbaiki diri dan menjadi individu yang lebih baik.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Bahagia, Syed Saddiq Baik & Green Flag’ – Bella Astillah

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Mak Saya Tak Ada Halau Bella Atau Timbul Pergaduhan’ – Muaz Zabir Nafi Ibu Tak Restu Hubungan Dengan Wanita Berstatus Janda

‘Saya dalam fasa menjadikan diri lebih baik’

Ketika ditemui OhBulan!, Muaz atau nama penuhnya Muaz Mohamad Zabir, 28, memaklumkan bahawa dia kini berada dalam fasa memperbaiki diri, termasuk berusaha menstabilkan kewangan.

Saya difasa memperbetulkan diri sendiri menebalkan poket sendiri, sedang berusaha mecam-macam untuk berniaga sedikit, belajar, mantapkan lakonan, ceburi bidang-bidang lain.

Bukan itu sahaja, Muaz turut berkongsi hasratnya untuk menyambung pelajaran sebagai salah satu usaha mengecapi masa depan yang lebih baik.

Saya rasa macam nak sambung belajar melalui pendidikan jarak jauh (PJJ). Saya dalam fasa menjadikan diri lebih baik.

Muaz berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Anugerah Melodi Terhangat yang berlangsung di Petaling Jaya, pada malam Sabtu.

‘Saya sentiasa doakan yang terbaik buat semua’

Apabila ditanya mengenai reaksinya terhadap kebahagiaan Bella Astillah dan Syed Saddiq, pelakon drama Keluarga Itu ini menyatakan bahawa dia tidak mahu mengulas lanjut mengenai kehidupan peribadi Bella.

Namun begitu, dia tumpang gembira melihat kebahagiaan yang dikecapi Bella kini dan mendoakan yang terbaik buat aktres itu.

Kalau dia (Bella) bahagia dengan kehidupan dia sekarang Alhamdulillah, saya rasa saya tak patut komen apa-apa tentang kehidupan Bella Astillah.

Tapi saya sentiasa doakan yang terbaik buat semua tidak kisahlah Bella Astillah, Syed Saddiq, Didi Astillah atau saya sendiri. Saya doakan yang terbaik dan berusaha menjadi lebih baik.

Sebelum ini, menerusi sebuah podcast, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah binti Awang Astillah, 31, meluahkan rasa bahagia apabila menjalinkan hubungan persahabatan yang rapat dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.

Malah, Bella turut menyifatkan figura politik itu sebagai seorang lelaki ‘green flag’ kerana memiliki keperibadian yang baik dan menyenangkan.

Untuk rekod, Bella dan Muaz sebelum ini pernah dikaitkan menjalinkan hubungan istimewa selepas mereka kerap dilihat bersama menghadiri beberapa majlis dan acara tertentu.

The post Muaz Zabir Fokus Perbaiki Diri, Pasang Niat Sambung Belajar – ‘Saya Berusaha Menebalkan Poket’ first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 36284

Latest Images

Trending Articles