Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 36277

[VIDEO] Hafiz Mahamad & Isteri Buat Piza Bukan Untuk Tumpang Populariti Sesiapa –‘Kami Nak Belajar, Aina Pun Suka Makan’

$
0
0

Usahawan Hafiz Mahamad dan isteri Syafiqah Aina, menarik perhatian warganet selepas mereka mula menghasilkan piza sendiri.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hafiz Mahamad Janji Tak Akan Berhenti Bawa Orang Ke Bumi Allah, Pekerja Menangis Ditaja Tunai Haji

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hafiz Mahamad 55 Kali Buat Kejutan Untuk Isteri, Kali Ini Sewa Pawagam & Hadiahkan Pakej Haji

Kegemaran Aina

@ainaabeautyofficial

Yeke tu 🫣 So next nak AINAA bawa Pizza & Tiramissu Latte kemana? Pantai Timur? Cuba komen 😎

♬ พี่ชอบหนูที่สุดเลย (Speed Up) – PONCHET

Menerusi hantaran di TikTok, Hafiz atau nama penuhnya Abdul Hafiz Harisuddin Mahamad, menjelaskan bahawa dia mempelajari cara untuk membuat piza kerana ia merupakan makanan kegemaran Aina.

Saya tak pandai masak dan malas untuk memasak. Piza paling senang dan orang minat nak makan.

Tak ada (niat lain), saya buat sebab nak belajar dan Aina suka makan piza.

Menurut Hafiz, buat masa ini piza hasil tangannya itu diberikan secara percuma kepada para pelanggan yang berkunjung ke klinik kecantikan miliknya.

Saya tak jual. Tapi bila saya update di sosial media boleh datang.

Mungkin saya akan buat setiap dua minggu sekali tapi bergantung juga kepada staf yang komited dan ada common sense.

Kalau ada ramai orang suka, saya akan pergi ke setiap negeri.

Tak tumpang populariti

Dalam pada itu, Aina menegaskan bahawa dia dan suami hanya ingin berkongsi rezeki sekaligus menepis dakwaan mahu menumpang populariti mana-mana individu yang turut menghasilkan piza.

Siapa yang buat kenyataan itu? Populariti siapa? Tak ada tumpang populariti sesiapa.

Saya tak tahu siapa yang dimaksudkan itu, kami buat memang tak ikut sesiapa pun.

Hafiz cakap nak buat apa yang saya suka dan saya suka makan piza. Katanya daripada bayar mahal-mahal lebih baik dia yang buat dan untuk team juga.

Terdahulu, pasangan tersebut tular di laman Threads gara-gara piza yang dihasilkan mereka dan rata-rata warganet menyatakan hasrat untuk mencuba.

Sumber: TikTok Ainaa Beauty

The post [VIDEO] Hafiz Mahamad & Isteri Buat Piza Bukan Untuk Tumpang Populariti Sesiapa – ‘Kami Nak Belajar, Aina Pun Suka Makan’ first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 36277

Latest Images

Trending Articles