Sedar namanya menjadi bualan media sosial, bekas suami kepada pempengaruh, Jasmin Sopeah iaitu Muhd Fakha tampil mempertahankan dirinya.
Artikel Berkaitan: Kakak Jasmin Sopeah Tempelak Bekas Adik Ipar? – ‘Jadi Lelaki Bukan Sperm Je Kualiti Tapi Maruah, Tanggungjawab Pun Kena Berkualiti’
Nafi abai anak
Menerusi TikTok, Fakha mengakui kesilapannya yang menduakan Jasmin sehingga berlakunya perceraian namun menafikan dakwaan dirinya mengabaikan anak mereka iaitu Faleeq.
Dituduh buang darah daging sendiri, hati siapa yang tak hancur bila fitnah lebih kejam dari kebenaran?
Allah tahu segalanya. Tuduhan itu cukup untuk runtuhkan semangat aku.
Benda yang tak pernah aku buat, jadi bahan cerita.
Aku mengaku silap aku kerana pernah curang dengan min (Jasmin) tapi untuk kau cakap aku buang anak, itu sama sekali tak pernah.
Telefon Faleeq senyap-senyap

Tambah Fakha, meskipun berdiam diri namun, dia tetap berhubung dengan anak kecilnya itu dalam diam dan mengambil berat tentangnya sepanjang sakit.
Diam bukan sebab salah, tapi sebab dah terlalu penat nak jelaskan pada manusia yang dah siap benci.
Faleeq masuk hospital aku diam? Betul ke aku diam?
Aku buat panggilan video dengan Faleeq pun senyap senyap kadang kadang.
Sabar, aku tahu sebenarnya apa yang terjadi. Kalau makin berlebihan, aku tahu posisi aku di mana.
Terdahulu, kakak kepada Jasmin iaitu Jueliya meluahkan rasa kecewa terhadap Fakha dan mendakwa pempengaruh itu langsung tidak mengambil tahu tentang keadaan Faleeq walaupun si kecil itu sedang sakit.
Imbas kembali, Jasmin dan Fakha mendirikan rumah tangga pada Mei 2022. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Faleeq.
Namun pada 2024, pasangan ini membuat keputusan untuk bercerai.
Sumber: TikTok
The post Bekas Suami Akui Silap Menduakan Jasmin Sopeah, Nafi Abai Anak – ‘Tuduhan Itu Runtuhkan Semangat Aku’ first appeared on OHBULAN!.
maaf saya terpaksa buat statment ni sebab dah melampau sangat. aku admit silap aku kerana pernah curang dengan min. TAPI untuk kau cakp aku buang anak, itu Sama sekali tak penah. aku vc faleeq pun senyap senyap kadang kadang. sabar . aku tahu sebenarnya apa yang terjadi. kalau makin berlebihan. aku tahu aku diposisi mana. siapa yang kutuk faleeq cacat tu? aku sendiri cari orang tu aku tanya apa yang jadi. jadi sekarang aku dah faham cerita. aku maafkan kata kata korang semua. cepat atau lambat, masa tu akan tiba. saya maafkan korang semua