Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 37889

‘Anak Menjauh Bukan Kerana Hasutan Tapi Kenangan’– Rita Rudaini

$
0
0

Hantaran pelakon, Rita Rudaini menyorot perhatian ramai selepas memberi bayangan keputusan anak-anak untuk menjauh daripada individu yang tidak dinamakan.

Artikel Berkaitan: ‘Syukur Pada Teknologi, Setidaknya Wajah Anak Masih Boleh Dikenal Dari Jauh’ – Rita Rudaini

Artikel Berkaitan: ‘Budak-Budak Sekarang Buat Dulu Nanti Fikir’ – Rita Rudaini

Anak-anak dah tutup hati

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram Story (IGs), Rita atau nama lengkapnya Rita Rudaini Mohammad Mokhtar mendakwa hati anak-anak telah tertutup kerana pernah dibiarkan.

Ujarnya, individu terbabit tidak layak menunding jari pada pihak lain jika salah itu datang daripada diri sendiri.

Terkadang, anak menjauh bukan kerana hasutan tapi kerana kenangan.

Jangan cari salah pada orang lain, bila yang paling perlu diperbaiki adalah diri sendiri.

Bila hati anak dah tertutup, bukan sebab dijauhkan, tapi kerana pernah dibiarkan.

Kadang jarak itu bukan tercipta oleh mulut yang berbicara tapi oleh hati yang pernah dikecewakan.

Memikul tanggungjawab

Dalam pada itu, Rita turut menyatakan bahawa dirinya lebih banyak berkorban membesarkan anak-anak berbanding entiti yang dirahsikan tersebut.

Saya yang memikul tanggungjawab dari mereka kecil hingga hari ini. Namun awak mamou berdiri mendakwa seolah semua datang dari usaha awak.

Cerita mungkin boleh disusun indah di hadapan manusia tapi tidak di hadapan tuhan.

Sumber: Instagram @ritrud727

The post ‘Anak Menjauh Bukan Kerana Hasutan Tapi Kenangan’ – Rita Rudaini first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 37889

Latest Images

Trending Articles