Pelakon kacukan Melayu-Inggeris, Sarah Hildebrand berkongsi berita gembira apabila selamat melahirkan cahaya mata pertama hasil perkongsian hidup bersama suaminya.
Artikel Berkaitan: Sarah Hildebrand Bahagia Dengan Suami, Sedang Hamil Anak Sulung
Artikel Berkaitan: Sarah Hildebrand Tayang Cincin Di Jari, Peminat & Rakan Artis Ucap Tahniah
Timang cahaya mata pertama

Berita gembira itu dikongsikan Sarah sendiri menerusi hantaran terbaharu di Instagram.
Sarah atau nama sebenarnya Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand memuat naik foto bersama suami tercinta dan bayi mereka di bilik bersalin sejurus selepas proses kelahiran.
Kehadiran si kecil itu turut mendapat perhatian rakan artis serta peminat yang membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan doa agar keluarga ini sentiasa diberkati.
Pada Ogos 2024, Sarah mendedahkan bahawa dia telah mendirikan rumah tangga dengan seorang jejaka berasal dari Amerika Syarikat.
Kemudian pada Februari lalu, Sarah pernah berkongsi foto alat ujian kehamilan di Instagram sekali gus mengesahkan dirinya dan suami bakal menimang cahaya mata sulung mereka.
Untuk rekod, Sarah pernah berkahwin dengan pelukis kacukan Filipina-Amerika, Otto Gillen pada 3 November 2019, namun mereka membuat keputusan untuk bercerai. Bagaimanapun, pasangan ini tidak mendedahkan tarikh perceraian mereka.
Pada tahun 2022, pelakon yang popular menerusi drama Pujaan Hati Kanda itu mengumumkan pengunduran dirinya daripada dunia seni.
Sarah kemudiannya membuat keputusan berhijrah ke Amerika Syarikat dan menyertai pasukan beruniform, Tentera Udara Amerika Syarikat (US Air Force).
Sumber: Instagram Sarah Hildebrand
The post Sarah Hildebrand Selamat Timang Cahaya Mata Pertama first appeared on OHBULAN!.





