Siapa yang tidak pernah menonton filem Final Destination 1,2,3 dan 4 sebelum ini? Kami pasti ramai peminat-peminat filem ini menantikan Final Destination yang terbaru arahan Steven Quale ini. Kini kembali dengan aksi yang lebih kejam, Final Destination 5 mengisahkan tentang sekumpulan mangsa yang terselamat dalam kejadian jambatan gantung yang runtuh bakal menghadapi kematian mereka mengikut giliran selepas mereka terselamat dari kejadian itu.
Bagi peminat setia Final Destination, filem ini akan ditayangkan pada 12 Ogos dan ia menjanjikan pengalaman yang lebih mendebar & menyeramkan. Dan kepada yang belum pernah menonton filem Final Destination sebelum ini, bolehlah anda cuba bertanya pada kawan-kawan anda atau membeli sahaja DVD original.
Layankan trailer HD Final Destination 5 ini. Yeahh!