Pempengaruh TikTok yang juga merupakan seorang peguam, Tun Laila Tun Rafaee berkongsi cara kekal konsisten menunaikan solat meskipun sibuk sebagai wanita bekerjaya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tun Laila Tak Faham Dengan Suami Mahu Isteri Cantik Tapi Tak Nak ‘Invest’ – ‘Bagilah Duit Untuk Beli Skincare’
Artikel Berkaitan: TikToker Dedah Ditawar Lebih RM35,000 Untuk Iklan Judi – ‘Kalau Terima Memang Kaya Tapi Jatuh Maruah Saya Sebagai Muslim’
Hidup untuk solat

Menerusi muat naik di TikTok, Tun Laila menjelaskan caranya untuk kekal konsisten adalah mengetahui tujuan dalam hidup.
Saya ada terbaca yang kita sebenarnya hidup untuk solat. Tugas kita hidup di dunia ini adalah untuk solat dahulu selepas bangun tidur dan baru lakukan perkara lain.
Kalau kalian perempuan, kena fikir untuk jadi perempuan yang mahal. Sebagai contoh, solat pada awal waktu.
Kita sebagai seorang perempuan kena tahu tujuan hidup.
Tun Laila menjelaskan perkara itu selepas beberapa individu bertanya tentang caranya untuk kekal istiqamah dalam menunaikan fardu ain.
Kata Tun Laila, solat adalah satu kewajipan yang mesti ditunaikan, tidak kira sesibuk mana sekalipun dengan urusan kerja.
Saya faham saja kalau mereka yang sibuk itu tidak mempunyai masa tetapi kalau fikir semula, solat hanya memerlukan masa 5 hingga 7 minit.
Kalau kalian buat dosa macam mana sekalipun, asalkan solat.
Jangan anggap diri munafik sebab buat dosa yang lain tetapi masih solat.
Sementara itu, Tun Laila juga berkata penting untuk menjadi seorang wanita yang bijak serta mempunyai perancangan dan tujuan hidup di dunia.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] Tun Laila Kongsi Tips Kekal Konsisten Solat 5 Waktu – ‘Sebagai Wanita, Kena Tahu Tujuan Hidup’ first appeared on OHBULAN!.





