Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35411

Best In The World : Rancangan Jelajah Makanan Malaysia. Yummy!

$
0
0

Pengacara yang dikenali dengan karakter ‘gila-gila’ Razif Hashim akan bersama-sama anda selama 13 episod ini akan membawa anda mengembara untuk merasai keenakan makanan-makanan di Malaysia. Razif juga banyak berinteraksi dengan orang ramai untuk berkongsi pendapat tentang makanan yang patut dicuba oleh penonton di rumah.

Setiap minggu anda akan dihidangkan dengan pelbagai hidangan dan rasa. Menariknya setiap episod akan tampil dengan tema yang berbeza. Antara tema-tema yang dipaparkan dalam program ini ialah ‘Rice Spice’ yang akan memaparkan pelbagai hidangan yang mengandungi nasi dalam setiap juadah yang disediakan. Selain itu tema ‘Oodles of noodles’ juga tidak kurang menarik dengan hidangan pelbagai jenis mee yang lazat. Antara tema-tema lain ialah ‘Chili fever’, ‘Food from the roots’ dan banyak lagi. Segalanya yang lazat, enak yang pasti membuka selera anda dalam BEST IN THE WORLD!

Selain dari makanan, BEST IN THE WORLD juga memuatkan ‘Special Tips Segment’ yang memberikan tips-tips berguna kepada penonton antaranya mengunyah dengan betul ketika makan, memakai pakaian yang tidak terlalu ketat ketika makan dan banyak lagi. BEST IN THE WORLD juga menampilkan beberapa tetamu undangan untuk berkongsi pendapat dan citarasa mereka dengan khalayak.

“Saya seorang yang suka makan dan program ini semestinya membuat saya berselera dan tidak sabar untuk mencuba makanan yang diketengahkan dalam program ini!” kata Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan ntv7.

Airin menambah “Sesetengah makanan yang diketengahkan merupakan makanan yang sangat ringkas namun dipersembahkan dengan oleh Razif dengan cara yang menarik. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Razif yang akan membawa anda menikmati keenakan makanan Malaysia”

Bermula 4 Ogos 2011, saksikan sebuah program yang pasti merangsang selera anda dengan makanan-makanan lazat di Malaysia dalam BEST IN THE WORLD setiap Khamis jam 9.30 malam hanya di 8TV.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 35411

Trending Articles