Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 37889

‘Perceraian Adalah Pilihan, Kadang-Kadang, Pengakhiran Itu Satu Jawapan’– Raja Ilya

$
0
0

Pelakon Raja Ilya tampil berkongsi pandangannya mengenai realiti rumah tangga yang hakikatnya tidak pernah terlepas daripada ujian dan dugaan.

Artikel Berkaitan: Tunjuk ‘Baby Bump’, Raja Ilya Umum Hamil Anak Kedua!

‘Perceraian adalah satu pilihan’

Menerusi hantaran di Instagram, Raja Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad berpendapat bahawa perkahwinan bukan sekadar soal cinta, tetapi tentang usaha saling memahami dan bertahan menghadapi dugaan.

Perceraian adalah satu pilihan. Kadang-kadang, pengakhiran juga merupakan satu jawapan terutamanya bagi mereka yang mengalami penderaan fizikal atau mental.

Tetapi jika kita memilih untuk terus bertahan dan berjuang untuk perkahwinan itu…realitinya, terutama selepas mendapat anak pertama, fasa bayi baru lahir bukanlah sesuatu yang mudah.

Menurut pelakon filem KL Vampires itu, ramai wanita cenderung meletakkan harapan tinggi terhadap suami agar sentiasa memahami, membantu dan peka terhadap keperluan mereka.

Namun begitu, bergantung sepenuhnya kepada pasangan juga boleh membawa kepada kekecewaan.

Wanita selalu ada harapan tinggi pada lelaki. Kita harap dia faham, dia bantu, dia peka (macam saya juga). Tapi bila kita letak semua harapan dan kebahagiaan pada satu orang memang akan sakit. 

Itu kebenaran yang kita kena terima. Sebab bila kita berharap terlalu tinggi, kita yang akan kecewa.

Lelaki dan wanita memang dua makhluk berbeza. Cara fikir lain, cara sayang lain, cara tunjuk penat pun lain. Jadi salah faham, silent treatment, rasa tak dihargai memang akan jadi. Itu normal. 

Perkahwinan bukan tentang cinta yang sempurna, tapi tentang sejauh mana kamu berdua mampu bertahan walaupun cinta itu kadang-kadang terasa lemah.

Perkahwinan bukan sekadar cinta

Pelakon dram Cinta Masam Manis itu berpendapat bahawa setiap ibu bapa perlu menekankan kepentingan menjaga keutuhan rumah tangga demi kesejahteraan anak-anak.

Saya datang daripada keluarga yang berpecah. Percayalah, anak-anak perlukan kedua-dua ibu bapa di bawah satu bumbung, kalau masih boleh diperbaiki. 

Mental, emosi dan masa depan mereka dibentuk melalui apa yang mereka lihat di rumah. Jadi kalau boleh, bertolak ansur, kawal ego, pilih kasih sayang daripada nak menang, buatlah demi mereka.

Ilya juga berkata bahawa tiada pihak yang sentiasa betul atau salah dalam perkahwinan kerana kedua-duanya mempunyai cabaran tersendiri.

Tak ada betul atau salah dalam perkahwinan. Lelaki dan wanita ada perjuangan masing-masing. Wanita berdepan hormon, keletihan, dan kemurungan selepas bersalin. Lelaki pula berjuang untuk jadi pelindung, penyara, dan ketua keluarga. Tiada siapa yang sempurna.

Apa yang menjadikan perkahwinan itu berjaya bukanlah kesempurnaan, tapi kejujuran, usaha, bertolak ansur dan ingat pada teras sebenar hubungan. Jika teras itu adalah Tuhan, keluarga dan kebaikan, kita akan sentiasa jumpa jalan kembali.

Walaupun dalam kekacauan dan salah faham, cinta itu masih ada. Kita masih memilih satu sama lain, masih berjuang, masih membina. Dan di situlah wujudnya pertumbuhan, hubungan sebenar, dan erti sebuah perkahwinan.

Untuk rekod, Ilya mendirikan rumah tangga dengan Trent Garret pada 2018 kini menetap di Australia kerana mengikut suaminya yang merupakan warganegara sana. 

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Talita Love, 3, dan Royal Abraham, 1.

Sumber: Instagram Raja Ilya

The post ‘Perceraian Adalah Pilihan, Kadang-Kadang, Pengakhiran Itu Satu Jawapan’ – Raja Ilya first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 37889

Latest Images

Trending Articles