Kumpulan heavy metal Metallica yang ditubuhkan pada tahun 1981 dikhabar akan membuat kemunculan sulung mereka di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 2 Disember 2011 (menurut satu sumber tidak rasmi). Metallica, terdiri daripada 4 ahli kumpulan iaitu James Heitfield (vokalis), Kirk Hammet (gitar), Robet Trujillo (bass) & Lars Ulrish (drum) pernah memenangi 9 anugerah Grammy Awards untuk kategori Best Metal Performance, Best Hard Rock Performance & Best Recording Package sepanjang pembabitan kareer mereka.
Sebelum ini, OHBULAN! pernah dibisikkan dengan kedatangan Metallica oleh salah seorang pihak penganjur. Kata mereka, kos untuk membawa Metallica sahaja sudah bernilai USD 5 juta (RM15 juta), belum termasuk kos-kos sampingan yang lain. Walaupun jumlah tersebut amat besar, pihak Metallica memberikan kata jaminan; andai kata jumlah penonton tidak mencapai 30 000 orang, mereka akan pulangkan wang itu semula.
Lagipun, konsert Metallica ini boleh dinobatkan sebagai konsert berskala besar, lebih besar daripada konsert Justin Bieber tempoh hari. Jadi, tak hairan’lah kalau kos penganjuran memang besar.
Apa pun, kita tunggu sahaja pengumuman rasmi daripada pihak penganjur. Kami pasti, ramai peminat Metallica daripada seluruh negara-negara Asia teruja dengan perkembangan mereka. Stay tune!