Siapa yang tak kenal Gavin Degraw, penyanyi kepada lagu tema episod bersiri “One Tree Hill”. Semalam, penyanyi ini dilaporkan mengalami patah hidung dan cedera teruk di bahagian muka apabila dia diserang oleh sekumpulan lelaki di New York.
Penyanyi yang juga popular dengan lagu ‘Chariot’ ini telah dikejarkan ke Hospital Bellevue dan diletakkan di wad kecemasan untuk dirawat. Setakat ini, motif kejadian masih tidak diketahui dan polis masih membuat siasatan awal.