Sekarang, panggung sedang popular dengan filem ‘Hantu Bonceng’ lakonan Zizan Raja Lawak yang berjaya mengutip hampir 1.75 juta pada hari kedua tayangannya. Namun, pasangan Zizan iaitu Johan Raja Lawak atau nama sebenarnya Mohammad Yazid Lim bin Mohamad Aziz bakal berganding bersama sifu komedi popular, Saiful Apek, dalam filem ‘Raya Tak Jadi’.
Filem ini yang bakal ditayangkan pada 15 September mengisahkan tentang Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Hj Ehsan ( Jalaludin Hassan) diculik oleh Leo seorang ahli perniagaan kurma. Filem ini juga adalah hasil kerjasama Grand Brilliance dan Line Clear Production. Itu sahaja yang kami dapat bagitahu, kalau nak, silalah pergi ke wayang dan support industri perfileman negara ya. Enjoy!