Semalam OHBULAN! sudah hiburkan anda dengan persembahan cover “Lelaki Seperti Aku” daripada Shila Amzah. Rata-rata pembaca amat menyukai cover tersebut, malah penyanyi bersuara lantang itu tidak menyangka video tersebut mendapat sambutan hebat.
Hari ini, siri Tuesday Trend memaparkan rakaman “Lelaki Seperti Aku” daripada pemuzik indie AffanAizatMusic. Apa yang unik, video klip ini dirakam dengan menggunakan perisian Garageband yang terdapat dalam iPad. Selain itu, kemunculan gadis cantik yang berduet bersama dijangka menarik lebih ramai peminat lelaki, ehem!
Menurut AffanAizatMusic, “Hello guys. This is my first attempt of doing collaboration cover with my sister. Female vocal/Drum/Guitar all recorded via Garageband for ipad except my vocal. I change the lyric a bit for duet version. Hope you like this version.”
Meletup atau tidak, anda layankan sahaja video mereka selepas ini.