Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 36422

Hati Sarimah Ibrahim Dicuri Jejaka Perancis

$
0
0

Kelibat aktres dan pengacara TV, Sarimah Ibrahim memang jarang kelihatan sejak kebelakangan ini. Selepas rumah tangga yang dibinanya bersama Amir Andrew Abdullah menemui jalan perpisahan pada tahun 2008. Terbaru, aktres berdarah Melayu-Irish ini telah memperkenalkan kekasih barunya  secara terbuka ketika acara karpert biru Anugerah Industri Muzik ke 18 (AIM 18), di Stadium Putra Bukit Jalil, Sabtu lalu.

Tanpa menafikan hubungan percintaan antara dia dan jejaka kacak di sebelahnya, Sarimah mengakui, dia dan buah hatinya itu masih lagi dalam proses mengenali hati budi masing-masing.

Malah menurut Sarimah dia berasa gembira kerana jejaka berasal dari Perancis yang dikenali sebagai Guillamae sudi menemaninya pada malam anugerah tersebut.

Guillamae ketika ditemui pula, dengan ramah menyatakan sudah sedia maklum bahawa kekasihnya itu pernah meraih anugerah kategori Artis Baru Terbaik di AIM ke 9 pada tahun 2002 dan tampak begitu teruja untuk lebih mengetahui keistimewaan malam anugerah berprestij tersebut.

Kredit foto: Terima kasih Farahanim Rahim daripada malaysiandigest.com


Viewing all articles
Browse latest Browse all 36422

Latest Images