Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 36601

Taeyang Cemburui Tablo?

$
0
0

Salah seorang ahli Big Bang, Taeyang mengakui berasa cemburu dengan kejayaan yang diperoleh oleh rakan selabelnya, Tablo.

Dalam satu temubual lewat program edisi spesial KBS Joy, Lee Sora’s Proposal, Taeyang meluahkan rasa hati yang dia iri dengan kejayaan Tablo yang berjaya menguasai carta iTunes Hip Hop Charts menerusi album barunya,

Malah apabila mengetahui Tablo menerima pesanan ringkas dengan emoticon ‘smile’ beserta ucapan tahiah daripada CEO YG Entertainment, Yan Hyun Suk, Taeyang dengan nada berseloroh menyatakan dia sendiri belum pernah menerima sebarang pesanan ringkas beserta emoticon daripada CEO tersebut seperti yang diberi kepada Tablo.

Selain Taeyang, episod spesial ini turut menyaksikan luahan rasa hati Tablo bercerita mengenai pahit maung yang dilaluinya selama bergelar anak seni. Malah Tablo turut menceritakan bagaimana pesanan menyentuh hati ‘jantannya’ yang diterima daripada aktor Bong Tae Kyu telah membuatnya menangis.

Sumber berita: Kapanlagi.com


Viewing all articles
Browse latest Browse all 36601

Latest Images