Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35582

Pete Doherty Nampak Hantu Amy Winehouse?! Biar Betul!

$
0
0

Selepas empat bulan kematian penyanyi essentrik British, Amy Winehouse, kini muncul pula sebuah khabar misteri dan seram mengenai pelantun lagu hits, ‘Back to Black’ ini.

Kewujudan entiti Amy bukan disahihkan oleh pakar paranormal serba kontroversi Malaysia, Uncle Seekers, sebaliknya dinyatakan sendiri oleh

Memetik kenyatan Pete menerusi laman Splashnews, Pete mengakui pernah beberap kali bertemu dengan entiti Amy. Antaranya adalah apabila kelibat Amy muncul secara tiba-tiba ketika dia berada didalam bilik tidur dalam keadaan gelap gelita.

Tidak cukup dengan itu, Pete turut menceritakan pengalamannya ternampak kelibat Amy dalam keadaan yang menggerunkan muncul beberapa kali di tingkap bilik tidurnya dan ia cukup membuatkan bekas kekasih Kate Moss ini menggelupur ketakutan.

Dek kerana ketakutan dan sebagai langkah menghindari roh Amy yang ‘gentayangan’ tidak henti-henti mengganggu, Pete akhirnya mengambil keputusan meninggalkan kediamannya yang terletak tidak jauh dari rumah Amy dan berpindah ke Paris.

“Pete berkali-kali bersumpah yang dia telah melihat hantu Amy. Ramai yang cakap Pete berada di bawah pengaruh alkohol dan dadah, namun Pete bersungguh-sungguh membuktikan bahawa dia dalam keadaan waras ketika ternampak hantu Amy,” ungkap salah seorang sumber kepada Splashnews.

Sejauhmana kebenaran kenyataan Pete yang sinonim dengan penggunaan alkohol dan dadah tegar ini tidaklah dapat dipastikan. Boleh jadi benar bukan? Namun ada yang mengatakan, apa yang dilalui Pete sebenarnya adalah kesan daripada rasa bersalah yang menebal kerana tidak dapat menghadiri majlis pengebumian teman baiknya itu pada 26 Julai lalu.

Amy Winehouse disahkan meninggal dunia pada 23 Julai lalu di kediamanya terletak di Camden Square, London. Hasil autopsi mengesahkan keracunan alkohol punca kematian penyanyi Soul kelahiran Southgate, London ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 35582

Trending Articles