Suatu ketika dulu suaranya menerusi lagu nyanyian, ‘Waiting for The Call’ pernah bikin huru hara dan sedikit kekeliruan lantaran ada yang menganggap bahawa lagu berunsur nasyid tersebut adalah nyanyian Raja Pop, mendiang Michael Jackson (MJ) yang kononnya dikatakan telah memeluk agama Islam.
Hakikatnya lagu tersebut adalah nyanyian penyanyi kelahiran Pakistan, Irfan Makki, 38, yang hadir di persad seni dengan mebawakan lagu Nasyid dan kerohanian kontemporari.
Menyedari fenomena suara merdunya yang persis lagenda Pop tersebut sering mencetus topik perbualan ramai sekaligus mengubat kerinduan peminat tegar MJ, Irfan menerima pujian tersebut sebagai satu penghargan paling manis buatnya.
“Disamakan dengan penghibur hebat seperti MJ, seoalah satu penghargan buat saya. Saya hanya menyanyi mengikut suara yang dianugerahkan Allah SWT dan tidak mencuba untuk menjadi sesiapa,” ujarnya ketika ditemui sejurus pelancaran album keduanya, I Believe di Hotel Quality, petang semalam.
Tidak cukup dengan itu, suara emas Irfan turut menarik minat pihak penganjur memintanya membuat persembahn untuk konsert jelajah dunia Michael Jackson, ‘Michael Jackson The Immortal World Tour ‘.
“Beberapa hari sebelum bertolak ke Malaysia, saya ada mendapat panggilan telefon daripada pihak penganjur (konsert MJ) yang menawarkan saya untuk membuat persembahan di konsert tersebut, tapi saya menolaknya dengan cara baik memandangkan ada beberapa urusan penting harus diselesaikan,”
“Terus terang, saya suka menyanyikanm lagu MJ, tapi saya lebih senang kalau dapat menyanyikan lagu saya sendiri,” jelas Irfan akhiri perbualan.