Satu keputusan yang mengejutkan! Trofi kemenangan Yuna untuk kategori Lagu Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM) 18 telah ditarik balik oleh pihak penganjur RIM atas sebab yang tidak diketahui. Keputusan mengejut ini turut memihak kepada pencipta dan penyanyi lagu Sedetik Lebih, Edry Abdul Halim dan Anuar Zain yang memenangi kategori Lagu Pop Terbaik di anugerah berkenaan, tempoh hari.
Dengar cerita, penarikan semula ini dibuat kerana RIM tersalah kira kertas undian!
Penganjur, RIM yang turut didokong kuat oleh abang kepada Edry Abdul Halim, iaitu Norman Abdul Halim dijangka akan mengeluarkan kenyataan penuh berkenaan penarikan semula anugerah berkenaan sekitar pukul 2 petang ini. Manakala, pihak Yuna turut melakukan sidang akhbar di sebuah hotel di ibu kota sekitar pukul 3 petang ini.
Keputusan mengejut RIM ini juga menimbulkan kemarahan terhadap ‘orang kuat’ industri serta peminat Yuna sendiri. Ada yang mendakwa Norman mempunyai agenda tersendiri dengan menjadi tulang belakang RIM bagi menolak kemenangan Yuna dan memberikan trofi tersebut kepada Edry. Kata mereka, itu konspirasi!
Rata-rata pencinta muzik menggunakan hashtag #NoPoliticsInMalaysianMusic bagi memberikan pendapat mengenai isu yang tidak pernah berlaku dalam sejarah industri muzik tempatan. Pelakon Sharifah Amani turut meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan berkata, “Leave our art scene alone you dirty-power hungry-disgusting-money grubbing-old-outdated-dishonest-fools! Make your sinful money elsewhere!”
Pastinya, penganjur tidak senang duduk. OHBULAN! akan membawa perkembangan penarikan semula trofi kemenangan Yuna secara live di Twitter @ohbulancom, petang ini.