Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 36500

Merajuk Dengan Industri Muzik Malaysia, Bunkface Berhijrah Ke Jakarta?

$
0
0

Nama mereka jadi sebutan ramai suatu ketika dulu, tapi entah di mana silapnya akhir-akhir ini seakan jarang yang memperkatakan tentang mereka, bahkan kelibat mereka bagai sudah jarang menghiasi acara-acara hiburan tanah air.

Terbaru, band trio anak muda,Bunkface yang dianggotai oleh Sam, Paan dan Youk dikatakan sudah bersiap sedia untuk berhijrah ke negara seberang selepas menerima respon positif daripada beberapa syarikat rakaman sepanjang persembahan selama lima hari di Jakarta.

Ura-ura mengatakan, keputusan tiga anak muda ini berhijrah diambil gara-gara merajuk dan kecewa dengan industri muzik Malaysia?

“Ya kami akan menetap di Jakarta tahun hadapan. Bukanlah berpindah terus sebaliknya menetap sementara. Kami akan mengadakan konsert jelajah Indonesia tahun hadapan. Apabila terlibat dengan konsert besar sudah pasti kami perlu tinggalkan Malaysia,”

“Indonesia sebuah negara yang besar, jadi konsert jelajah pasti mengambil tempoh masa yang agak lama,”ujar Paan dipetik daripada laman hiburan Gua.

Paan turut memaklumkan bahawa Bunkface sedang mempertimbangkan beberapa tawaran kontrak dari tiga syarikat rakaman di Jakarta.

“Ada beberapa wakil syarikat rakaman yang datang dan mereka menunjukkan minat untuk bekerjasama dengan kami. Kami masih belummemberikan sebarang kata putus kerana mahu memilih yang terbaik,” jelas Youk pula.

Ketika ditanya adakah aktiviti seni mereka yang kini lebih rancak di negara seberang yang boleh mempengaruhi keputusan mereka untuk berhijrah ke sana disebabkan merajuk dengan indusri tanah air, Paan mengakui terdetik sedetik kekecewaan namun ia bukan faktor utama.

“Melihat pada fenomena industri muzik negara sekarang ini, kami berasa sedikit kecewa. Kami tidak mendapat sokongan sepenuhnya daripada penggiat muzik. Ada stesen radio yang tidak mahu putarkan lagu kami. Paling mengecewakan apabila single teerbaru kami, ‘Panik’ diharamkan oleh semua stesen radio milik kerajaan kerana lirik lagu itu mengandungi perkataan ‘reformasi’ yang dianggap sebagai lagu pro-pembangkang. Padahal, tidak sama sekali,” ujar Paan lagi.

Kredit foto: Terima Kasih Khairul Izwan (http://www.flickr.com/photos/mynameiseone)


Viewing all articles
Browse latest Browse all 36500

Latest Images

Trending Articles


Tonton Episod 1 Cinta 100KG; Dahlia TV3


Pantun Adik Beradik...


Rambut Yang Beruban


If You Keep Seeing Women Squirting Ketchup On Their Counters In Front Of Men,...


Recap ~ Week 28, 2025


Suamiku Mr. Blind


Biodata Elena Hani Eleas Isteri Fahrin Ahmad


Novel : Sebenarnya, Saya isteri dia! 1


Sambal Ikan Belais


Naga Bhumi Mataram - El Pramono