Tahun baru 2012 pasti akan menjadi lebih hangat buat anda pada tahun ini!
Kali ini Livescape Asia akan membuat kejutan dengan menampilkan 6 dj terkenal dari seluruh dunia dan juga turut akan menampilkan selebriti-selebriti seperti Joe Flizzow, Goldfish & Blink, Xu, DJ Eva T, DJ Ash dan lain-lain.
31 Disember ini bertempat di KL Live dan The Atrium, para penggemar Electronic Dance Music (EDM) dan muzik Hip-Hop & RnB bolehlah mengambil peluang ini untuk bergembira bersama rakan-rakan sementara menyambut acara tahun baru yang penuh meriah di kota Kuala Lumpur.
Menariknya, Room 1 akan dimeriahkan dengan EDM dan yang pasti kesemua peminat-peminat EDM akan mendapat peluang bertemu dengan Pete Tong, Marco V, Mat Zo, Sebastian Morxx dan juga kepulangan DJ terbaik Malaysia GBX (Goldfish, Blink and Xu).
Manakala Room 2 pula akan dimeriahkan dengan pencinta muzik Hip-Hop & RnB dan anda bakal dihiburkan dengan DJ Cash Money (US), DJ Bento (JP), DJ Monkey, DJ FunkZu, DJ Eva T, DJ Ash, Joe Flizzow, Sona One, Arabyrd, MC Sean Beazzie, dan juga MC Terry T.
Jadi bagaimana, masih belum teruja dengan barisan penghibur anda? Livescape dengan kerjasama Redtix Airasia telah memberikan kejutan lagi sekali apabila anda boleh mendapatkan tiket Super Early Bird dengan harga hanya RM78 tetapi amatlah terhad! Kepada yang tidak sempat, Early Bird tiket dijual pada harga RM98 manakala pre-sale tiket dijual pada harga RM128.
Jangan lupa, 31 Disember ini bertempat di KL Live & The Atrium. Apa tunggu lagi, dapatkan tiket anda sekarang!