Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35751

[TrendSetter] Teknik Rambut Taylor Swift Dengan Charles Worthington

$
0
0

Dandanan rambut Taylor Swift bakal menghangatkan musim 2012 anda yang menginginkan gaya hidup serba ringkas, namun kekal trendy. Bayangkan, setiap langkah anda di ruangan pejabat atau di luar menjadi perhatian jejaka-jejaka yang terpesona dengan alunan rambut, sudah pasti membangkitkan keyakinan serta apresiasi terhadap diri sendiri.

Kali ini, OHBULAN! memaparkan teknik pengayaan rambut “Taylor Swift” dengan menggunakan produk Charles Worthington, sebuah jenama yang sering menjadi pilihan selebriti bertaraf antarabangsa. Charles Worthington pernah merangkul beberapa anugerah berprestij, sesuai dengan pengalamannya selama 2o tahun dalam bidang perapian & penjagaan rambut ini.

Jangan terkejut, hasil akhir “Taylor Swift” tidak memecahkan poket anda seperti sangkaan awal kami. Ternyata sangkaan kami meleset kerana jumlah kos keseluruhan untuk menjadi “Taylor Swift” hanyalah bernilai RM89.70. Setiap satu produk berharga RM29.90 untuk saiz 50ml – 150ml, satu harga yang amat berpatutan!

3 produk Charles Worthington disyorkan untuk menjayakan misi “Taylor Swift” anda, iaitu Frizz Free Relax & Unwind Cream: Normal Price: RM29.90 / 150ml, Brilliant Shine All Over Gloss Spray: Normal Price: RM 29.90 / 50ml, Brilliant Shine Finishing Touch Polish: Normal Price: RM29.90 / 50ml.

Klik foto di bawah untuk pelajari step-by-step gaya “Taylor Swift”.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 35751

Trending Articles