“I’m sorry, I can’t be perfect” pernah menjadi siulan anak muda yang mengikuti band pop punk daripada negara Kanada, Simple Plan. Selepas 12 tahun ditubuhkan, Simple Plan akhirnya menjejakkan kaki mereka di bumi Malaysia sempena konsert jelajah Get Your Hear On! sebagai satu langkah promosi album terbaru yang dilancarkan pada Jun 2011.
Simple Plan dijadualkan akan menghiburkan peminat tempatan pada 14 Januari 2012 mulai pukul 8:30 malam bertempat di KL Live, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Tiket-tiket pula dijual dengan harga permulaan RM98, RM188 & RM258.
Single terbaru mereka berjudul “Jet Lag” yang dimuatkan dalam album ke-4 ini turut menampilkan Natasha Bedingfield sebagai cameo. Di Kanada, Get Your Heart On! muncul di tangga ke-2 dalam Canadian Album Chart dengan penjualan mencecah 13 000 cetakan, tewas kepada penyanyi bersuara lantang, Adele yang menduduki tangga ke-1 dengan jumlah jualan mencecah 15 000 cetakan.
Album ini turut menduduki tangga ke-52 dalam US Billboard 2011, tetapi gagal mengekalkan kedudukan kerana jumlah jualan kurang memberansangkan.