Hujung minggu datang menjelma, tentu saja ada yang sudah siap-siap kunci tarikh untuk keluar temujanji dengan yang tersayang, menghadiri annual dinner (maklumlah dah hujung tahun) atau barangkali akan menghadiri majlis keramaian majlis pertunangan mahupun kenduri kahwin.
Bagaimanapun, kesesuaian set produk yang ‘mesra’ di wajah kerap merunsingkan pengguna wanita yang ingin tampil jelita, tapi ringkas & menjimatkan masa. Jikalau ada pun, kemungkinan produk sedemikian akan melampaui bajet bulanan anda.
Jadi, apa kata anda serlahkan kejelitaan dengan gaya solekan yang menawan agar diri tampak lebih manis lagi jelita dengan gaya solekan ala penyanyi tersohor tanah air, Dato’ Siti Nurhaliza. Sepertimana tagline produk kecantikan Siti, ‘Rahsiaku kini Milikmu’, Siti dan salah seorang lagi jurusolek kegemaran Siti, Najeeb sudi berkongsi gaya solekan yang menjadi ‘favourite’ pelantun lagu hits, ‘All Your Love’, dengan menggunakan produk SimplySiti – Gold Edition.
Klik foto di bawah untuk kesan mekap yang lebih dramatik, selepas ini.