Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35659

Rahsia Kecantikan Ibu, Kini ‘Menurun’ Pada Erra Fazira

$
0
0

Alahai bertuah betul nasib badan, aktres cantik jelita yang satu ini merangkap bekas Ratu cantik Malaysia Dunia 1992, Erra Fazira kerana telah terpilih sebagai duta baru jenama produk kosmetik antarabangsa, Estee Lauder bagi menghangatkan lagi kempen jenama tersebut bagi penggal 2011/2012.

Mengikuti jejak langkah seorang lagi jelitawan tanahair, personaliti TV, Marion Caunter, yang turut menjadi jurucakap produk berkenaan, pengumuman perlantikan Erra, dibuat dalam majlis makan malam eksklusif sempena meraikan pihak media dan peruncit Estee Lauder dari seluruh negara bertempat di Mandarin Oriental malam tadi.

Erra melalui ucapannya, berasa terharu dan menghargai perlantikan tersebut. Tambahnya lagi dia tidak menyangka minat ibunya yang merupakan pengguna setia produk tersebut ‘menurun’ ke tangannya apabila dilantik menjadi duta produk antarabangsa tersebut.

“Saya harap, kesinambungan ini akan jatuh pula ke anak saya pada masa akan datang,”

“Sejak dilantik sebagai duta produk tersebut, saya sudah mula menajdikan Estee Lauder sebagai regim kecantikan setiap hari untuk tampak menawan dan lebih berseri-seri tak kira siang mahupun malam. Bahkan, walau sesibuk manapun saya akan memastikan menggunakan Estee Lauder sebagai pelengkap kecantikannya,”

“Apa yang pasti, wajah saya kini nampak lebih muda. Bersesuaian pula dengan kempen kecantikan Estee lauder, ‘Every Women Can Be Beautiful’,” ujar Erra lagi mengakhiri perbualan.

Apapun, sekalung tahniah buat Erra dari kami di OHBULAN! Baguslah apabila ramai kecantikan jelitawan tanahair kita diiktiraf, sama taraf dengan jelitawan antarabangsa yang lain.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 35659

Trending Articles