Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35622

Randy Pangalila Takut Jarum Suntikan! Waduhhhh!

$
0
0

Orangnya berbadan sasa, kalau pengsan di sisinya, bisa saja kita digendong terus ke rumah sakit (hospital), namun di sebalik lagak gaya macho-nya, siapa sangka pelakon sinetron ‘Nada Cinta ‘ dan ‘Melody’, Randy Pangalila ini sebenarnya takut dengan jarum suntikan.

“Walaupun bentuknya kecil dan halus, tetapi menyeramkan. Ianya terus mengingatkan saya tentang jarum suntikan yang mampu menjadi penyebaran penyakit AIDS, “ujar pelakon muda berusia 21 tahun ini lewat detikhot.

Tambahnya lagi, walaupun fobia pada jarum suntikan, namun tidak bermakna dirinya menolak daripada disuntik. Malah dia pernah melalui pengalaman yang kurang menyenangkan ketika berhadapan dengan fobianya ini.

Menurutnya,  dia pernah trauma semasa hendak menderma darah semasa berada di sekolah menengah.

“Saya pernah berasa sangat sakit selepas menderma darah. Mujur perasaan itu reda selepas saya makan tiga pinggan mee,” ujar pelakon yang turut berlakon disamping Elfira Loy menerusi telefilem ‘Biar Mimpi Sampai Ke Bintang’.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 35622

Trending Articles