Sebelum ini, OHBULAN! telah mengadakan sesi temubual langsung secara online bersama penyanyi yang popular dengan lagu Sungai Lui, Aizat Amdan. Sesi temubual ini berlangsung khas dari rumah Aizat sendiri untuk para peminatnya.
Sesi yang diadakan hampir 10 minit ini telah OHBULAN! siarkan secara langsung bulan lepas dan mendapat sambutan hangat dari para pembaca. Dalam video ini, OHBULAN! turut memaparkan Aizat Amdan membuat persembahan secara langsung lagu berjudul “Mana Oh Mana” dan berkongsi pengalamannya ketika menjalani penggambaran bersama Digi.
Untuk tahu lebih lanjut, tonton video OHBULAN! bersama Aizat selepas ini ya!