Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 34944

Netizen Bergaduh & Bikin Undian Murtabak Perlu Dicicah Kari Atau Sirap Bawang?

$
0
0

Murtabak adalah antara juadah yang cukup popular menjelang Ramadan. Makanan ini cukup sinonim dengan bulan puasa dan banyak dijual di bazar-bazar Ramadan seluruh negara.

Apa yang menjadi isu adalah netizen mula bertelagah apakah gandingan paling sesuai dimakan dengan murtabak. Adakah kuah kari ataupun sirap bawang?

Buat undian untuk netizen putuskan pemenang

Tidak dapat dipastikan bagaimana isu ini mula timbul, perdebatan kuah paling sedap dan serasi dengan murtabak menjadi semakin ‘serius’ apabila ada yang membuat undian bagi menentukan pemenangnya. Setakat ini, kuah kari masih mendahului dengan 58% daripada lebih 9 ribu undian netizen diterima.

Murtabak cicah milo Mat Sabu ambush rumah!

Kenapa sekarang korang nak kecoh?

Sirap bawang adalah jenayah!

Sirap bawang partner sebenar murtabak

Murtabak cicah sirap bawang ni level international cuisine

Hanya teknik pemasaran?

Ada juga yang berpendapat isu ini sengaja ditimbulkan kerana merupakan hanya satu teknik pemasaran. Teknik ini dianggap sebagai ‘perangkap’ kepada netizen supaya bercakap dan berdebat sesama mereka.

Sumber: Twitter


Viewing all articles
Browse latest Browse all 34944