Pasangan selebriti iaitu pelakon Sherry Merlis dan vokalis kumpulan Gabba Gabba Band, Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid atau lebih dikenali sebagai Ash telah menjadi pasangan selebriti pertama membuka tirai perkahwinan selebiriti untuk tahun 2012.
Memilih tarikh 01.01.2012, kedua pasangan selebriti yang hanya bercinta selama enam bulan ini telah selamat diijabkabulkan Ahad lalu di Madrasah Islahiyah Addiniyah, Taman Ibu Kota, Kuala Lumpur dan dihadiri hampir 100 orang tetamu dan dinikahkan sendiri oleh bapa Sherry, Wan Zainal.
Pada majlis itu juga, pihak lelaki telah menyerahkan sejumlah wang hantara dan mas kahwin, RM200 beserta tiga dulang hantaran terdiri daripada sirih junjung, cincin dan manisan manakala pihak perempuan membalas lima dulang hantaran berupa sirih junjung, sebuah kitab Al-Quran, cincin, manisan dan kek.
Perkahwinan ini merupakan perkahwinan kedua buat mereka. Sebelum ini Sherry pernah mendiriikan rumahtangga bersama pelakon, Esma Daniel dan dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Habib Daniel, 18 dan Harith Daniel, 17. Manakala Ash pula, sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga dengan pelakon dan pengacara Melodi, Dira Abu Zahar dan dikurniakan seorang anak perempuan, Tengku Anggun Deandra, 3 tahun.
Foto kredit: Laman Murai