Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 36486

Thursday Trailer: Filem “Prince Of The City” Lakonan Aaron Aziz, Punya Unsur 18SX!

$
0
0

Fuhhh! Tidak tahu samada mahu terkejut atau kagum ataupun kecewa, filem arahan Julian Cheah turut mempunyai unsur 18SX!

Tapi tidak keterlaluan kami katakan kerana filem ini adalah untuk pasaran antarabangsa dan tidak disasarkan kepada pasaran tempatan sahaja. Mungkin sebab itulah adanya adegan seksi pelakon wanita, Tara yang hanya memakai bikini sahaja di tepi pantai.

Filem arahan Julian Cheah ini membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Jehan Miskin dan juga hero pujaan ramai, Aaron Aziz. Apa yang menarik, pelakon Hollywood iaitu Michael Madsen yang popular dengan filem Donnie Brasco turut sama membintangi filem ini dan menyerikan lagi babak-babak aksi ‘Prince Of The City’.

Apa-apa pun, OHBULAN! tidak berani memberi apa-apa komen. Anda tonton sendiri trailer filem berjudul ‘Prince Of The City’ ini dan jangan mudah memberi pandangan. Pastikan tunggu sehingga filem ini ditayangkan di pawagam dahulu ya!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 36486

Latest Images