Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 37878

Video: Yuna Lancarkan Album Terbaru Berjudul ‘Terukir Di Bintang’!

$
0
0

Dahulu memanggil-manggil si bulan, kini mengukir di bintang pula!

Terkini, Yuna yang baru sahaja balik dari percutian panjang bersama keluarga telah melancarkan album terbarunya yang berjudul ‘Terukir Di Bintang’. Album ini membawakan nafas dan aura yang lebih mendalam dari Yuna berbanding album ‘Decorate’ sebelum ini yang lebih kepada emosional.

Terdiri daripada 8 buah lagu yang digarap dan ditulis sepenuhnya oleh Yuna, album terbaru Yuna ini bakal memikat halwa telinga dan menaikkan bulu roma para pendengar. Antara lagu-lagu yang diselitkan didalam album ini termasuklah Sparkle, Photo Of You, Memo, KL Kita, Terukir Di Bintang, Coffee, Someone Out Of Town dan juga Fears And Frustration.

Album kali ini hanya menampilkan dua buah lagu berbahasa Melayu dan yang paling penting, Yuna turut memberikan sedikit klu apabila ditanya mengenai lagu berjudul ‘Terukir Di Bintang’ yang dikatakan dicipta khas untuk Qi.

“Hadiahkan untuk ‘dia’? Haaa, kalau nak tahu dengarlah dahulu,” seloroh Yuna.

Lagu Terukir Di Bintang turut dipengaruhi oleh lagu-lagu seperti ‘Gelora Jiwa’ yang sebelum ini selalu dimainkan oleh Yuna. Apa yang pasti, OHBULAN! benar-benar teruja dan kagum dengan lagu-lagu terbaru Yuna yang sememangnya setaraf dengan dirinya sebagai selebriti bertaraf antarabangsa.

Untuk pengetahuan, pada 7 Januari ini, Yuna akan mengadakan showcase untuk album terbarunya ini bertempat di Auditorium DBKL. Bermula pada 8.30 malam, tiket dijual pada harga RM60.

Kepada para pendengar diluar sana, anda boleh mula dapatkan album Yuna berjudul ‘Terukir Di Bintang’ tidak lama lagi di kedai-kedai muzik berdekatan. Mari saksikan sedikit preview lagu berjudul ‘Terukir Di Bintang’ selepas ini ya!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 37878