Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 37889

[FOTO] Netizen Puji Usaha ‘Kreatif’ Guru Buka Kiosk Tatarias Di Sekolah, Dah Tak Comot!

$
0
0

Benarlah orang kata, guru memainkan peranan yang sangat penting dalam mendidik dan membimbing para pelajar. Selain berperanan sebagai pendidik, insan yang bergelar guru ini juga layak digelar sebagai ‘ibu’ di sekolah kerana sifat penyayang itu wujud dalam diri mereka.

Begitulah kisah yang dikongsikan seorang guru, Rosnani Ghazali tentang usahanya bersama rakan-rakan menyediakan satu kiosk tatarias yang dibuat khas untuk anak-anak murid di sekolah mereka.

‘Anak murid minta sediakan gincu’

Kiosk Tatarias diwujudkan selepas melihat ramai anak-anak didik kami comot bila hadir ke sekolah. Alhamdulillah dengan adanya idea ini maka sedap lah sikit mata memandang dan tiada lagi bau yang kurang menyenangkan. Tabung pun disediakan jika ada murid-murid yang sudi menyumbang untuk menambah stok barangan. Hari pertama kiosk dibuka licin minyak rambut dan yang lucunya ada murid perempuan minta disediakan gincu.

Buka kiosk tatarias

Pelajar jadi ‘pelanggan’

Perkongsian yang dimuatnaik di laman Facebook ini telah mendapat perhatian warganet yang rata-ratanya memuji tindakan kreatif guru-guru di sekolah ini kerana menyediakan kiosk tatarias tersebut disamping dapat memperkemas diri para pelajar.

Sumber: Rosnani Ghazali


Viewing all articles
Browse latest Browse all 37889

Latest Images

Trending Articles