Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35659

Hollywood: Ahli Black Eyed Peas, Will.I.Am Buka Syarikat Kereta Sendiri!

$
0
0

Dari penyanyi kepada pemilik syarikat kereta, tidak ada yang mustahil bagi Will.I.Am yang juga ahli kumpulan Black Eyed Peas.

Baru-baru ini, dia dilaporkan telah membuka sebuah syarikat keretanya sendiri (Lamauto) di tempat kelahirannya, East Los Angeles. Dia juga telah mencipta sendiri kereta sport yang direka melalui bahagian-bahagian dari kereta Chrysler.

Menurut Will.I.Am, cita-citanya sebelum ini hanyalah ingin menjadi seorang penyanyi dan berbakti pada keluarganya. Namun setelah melihat kawasan tempat dia membesar tidak pernah berubah dan masih lagi berada di takuk lama. Dia mengambil keputusan untuk membuka satu perniagaan dimana penduduk boleh membina hidup baru dengan pekerjaan yang ditawarkannya.

Seperti yang dikatakan kepada Contact Music,

“We all complain about underdeveloped communities, but who’s the developers in the first place? So I thought, ‘Shucks, I’m tired of complaining about the figures, why don’t I, you know, aim that finger to me and say hey, what are you doing to change the ghetto you’re from?’”

Jangan tanya apa jasa kerajaan pada anda, tanya apa jasa anda pada kerajaan pula? Eh, ter-politik pula. Untuk pengetahuan, Lamauto akan dilancarkan secara rasmi pada tahun ini namun tidak dapat dipastikan bilakah tarih sebenar.

  • No related posts.

  • Viewing all articles
    Browse latest Browse all 35659

    Trending Articles