Tidak tahu dari mana datangnya gadis bernama Tasha Manshahar, tiba-tiba saja kecoh di laman sosial mengenai lagu yang berjudul “Be Mine” ini.
Menurut sumber yang dipercayai, Tasha kini sedang menjalani pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Video yang berdurasi sepanjang 2.12 minit menampilkan Tasha bersama 2 orang pemain gitar di Clora Studio.
Apa yang menarik ialah liriknya yang mempunyai maksud tersendiri dan juga mneggabungkan 2 bahasa iaitu Melayu dan Inggeris. OHBULAN! tak pandai sangat nak komen mengenai lagu ini, cuba anda saksikan sendiri ya!