Kami pasti ramai peminat yang rindukan wajah cantik dan asli Ummi Nazeera yang boleh dikatakan mempunyai paras wanita Melayu yang tulen. Senyuman Ummi saja boleh buatkan ramai jejaka yang masih ‘single’ terduduk sebentar mengenang nasib sendiri.
Namun kali ini, OHBULAN! bukan ingin membawa gambar terbaru Ummi Nazeera yang sudah lama menyepi kerana sedang menyambung pelajaran, tapi kini Ummi Nazeera sudah mempunyai seorang kekasih hati yang kacak dan berambut ala-ala ‘Castello’.
Hanya dikenali sebagai Aizat menurut laman hiburan tempatan, Rotikaya, lelaki ini sudah menghabiskan pengajiannya di universiti yang sama dan kini sedang menunggu Ummi Nazeera pula. Apa yang menarik ialah mereka berdua sudah berbincang mengenai perkahwinan dan masa hadapan. Barangkali juga selepas ini Ummi Nazeera mungkin akan melupakan industri hiburan tanahair, siapa tahu kan?
Untuk pengetahuan Ummi Nazeera sedang menjalani pengajian di Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT) dan tidak dapat dipastikan bila pula Ummi akan tamat pengajiannya.






