Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all 36989 articles
Browse latest View live

Zaquan Adha Sebak Abang Tanya Keberadaan Adik Bongsu – ‘Raees Dah Dekat Syurga’

$
0
0

‘Rees dekat syurga dah…’ Demikian penjelasan bekas pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha apabila ditanya oleh anak-anaknya berkenaan dengan Allahyarham Muhammad Aisy Al Raees.

Artikel Berkaitan: Anak Bongsu Zaquan Adha, Ayu Raudhah Meninggal Dunia

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zaquan Adha Masih Terkejut Pemergian Cahaya Mata Bongsu – ‘Biarlah Saya, Isteri & Anak-Anak Saja Tahu Apa Yang Jadi’

Pergi ke dunia lain

Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), pemilik nama Mohamad Zaquan Adha Abdul Radzak itu sedang berbual bersama anak kelima, Muhammad Aisy Al Jibreel di kediaman mereka.

Jibreel yang baru berusia tiga tahun itu bertanyakan tentang keberadaan adik bongsunya kepada bapanya.

Zaquan kemudiannya berkata dengan sebak bahawa anak bongsunya itu berada di tempat yang lebih indah dari dunia ini.

Nanti Rees nak pergi taman cantik kan?

Pertanyaan itu diajukan selepas kanak-kanak itu dilihat seakan memahami situasi tersebut.

Jenazah Allahyarham Rees telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Makam Tuan Haji Said pada Rabu.

Ayu hubungi ambulans

ANAK AYU RAUDHAH

Sebelum ini, berita pemergian anak bongsunya yang berusia enam bulan itu dikongsikan oleh Zaquan menerusi IGs pada Selasa.

Sementara itu, selebriti Rozita Che Wan yang juga merupakan kakak ipar kepada bekas penyerang pasukan Negeri Sembilan FC berkata sewaktu kejadian bayi mereka tidak menyedarkan diri.

Oleh itu, pelakon Ayu Raudhah bertindak untuk menghubungi ambulans.

Untuk info, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan enam cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 12 Muhammad Aisy Aryann, 11, Laura Zuleykha, 8, Muhammad Aisy Khaliq, 6, Muhammad Aisy Al Jibreel, 3, dan anak keenam yang berusia dua tahun.

Sumber: Instagram

The post Zaquan Adha Sebak Abang Tanya Keberadaan Adik Bongsu – ‘Raees Dah Dekat Syurga’ first appeared on OHBULAN!.


Bekas Kekasih Sudah Kahwin, Netizen ‘Berkampung’ Di Instagram Jefri Nichol – ‘Tak Dijemput Ke?’

$
0
0

Aktor Indonesia Jefri Nichol menjadi tumpuan netizen apabila bekas kekasihnya, Shenina Cinnamon sah bergelar isteri.

Artikel Berkaitan: Jefri Nichol Cacah Tatu ‘AK’ Di Jari Manis, Peminat Dakwa Akronim Nama Ameera Khan?

Artikel Berkaitan: Jefri Nicol Kongsi Video Pakai ‘Skincare’ Tanpa Berbaju, Ramai Netizen Kata – ‘Teringin Nak Jadi Tampan Macam Dia’

Bekas kekasih dah kahwin

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram, Jefri dilihat memuat naik beberapa keping foto dirinya yang menjadi duta sebuah jenama terkemuka.

Namun, apa yang meraih perhatian apabila pelakon berusia 26 tahun itu menjadi ‘target’ netizen dengan berita mengenai bekas kekasihnya yang sudah berkahwin.

Pada perkongsian itu, pelbagai komen berunsur perlian yang ditinggalkan kepada pelakon utama filem Ali Topan tersebut.

Menerusi pemerhatian OhBulan!, Jefri tidak meninggalkan sebarang ucapan tahniah mahupun respon pada berita tersebut.

Tak dijemput ke?

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dari negara seberang menanyakan jika Jefri dijemput ke majlis perkahwinan bekas kekasihnya. Selain itu, warganet turut menanyakan gilirannya untuk mendirikan rumah tangga.

Sumber: Instagram @jefrinichol

The post Bekas Kekasih Sudah Kahwin, Netizen ‘Berkampung’ Di Instagram Jefri Nichol – ‘Tak Dijemput Ke?’ first appeared on OHBULAN!.

[FOTO] Syamsul Yusof Luang Masa Bercuti Di Switzerland Bersama Keluarga & Dua Anak Tercinta

$
0
0

Hantaran terbaharu pengarah dan pelakon hebat, Syamsul Yusof di Instagram (IG) telah menyorot perhatian netizen media sosial.

Artikel Berkaitan: Syamsul Yusof Akhirnya Pulang Ke Pangkuan Keluarga, Doa Ibu Berkumpul Semula Satu ‘Family’ Makbul

Bercuti bersama keluarga

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)

Menerusi hantaran yang dibuat, Syamsul dilihat berkongsi beberapa momen dirinya yang sedang bercuti di Switzerland bersama keluarga tercinta.

Syamsul turut memuat naik foto dirinya yang memeluk erat kedua ibu bapa iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail.

Tiga beranak itu kelihatan begitu gembira dapat bercuti dan meluangkan masa bersama sepanjang di luar negara.

Selain Yusof dan Patimah, percutian Syamsul ke luar negara turut diikuti dua cahaya matanya, Syaikhul Islam dan Sumayyah serta ibu dan adik kepada bekas isterinya, Puteri Sarah.

Komen netizen

Perkongsian tersebut kemudiannya meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya seronok melihat momen mesra antara Syamsul dan kedua ibu bapanya.

Sebelum ini, konflik antara Syamsul bersama dua ibu bapapnya bermula apabila pengarah filem ‘KL Gangster’ itu dilapor sudah lama tidak berhubung dengan keluarga selepas berlaku pergolakan rumah tangga dengan bekas isterinya, Puteri Sarah Liyana hingga membawa kepada perceraian.

Konflik itu berlanjutan apabila pengarah Syamsul bernikah secara rahsia dengan Ira, yang juga anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi.

Selepas bertahun tidak berjumpa, akhirnya Syamsul kembali ke pangkuan Yusof Haslam dan Patimah beberapa hari selepas bercerai dengan Ira pada September tahun lalu.

Sumber: IG Syamsul Yusof

The post [FOTO] Syamsul Yusof Luang Masa Bercuti Di Switzerland Bersama Keluarga & Dua Anak Tercinta first appeared on OHBULAN!.

[VIDEO] ‘Ada Yang Ejek Bila Saya Minta Kebenaran Suami Sebelum Keluar Lepak’– Shaniena Natasya

$
0
0

Pempengaruh dan usahawan, Shaniena Natasya tetap menunjukkan rasa hormat terhadap suaminya dalam apa jua keadaan demi menjaga perhubungan yang harmoni.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shaniena Natasya Terima Komen Negatif Daripada Netizen – ‘Saya Harap Semua Ibu Tak Pernah Kena Macam Mana Yang Saya Kena’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shaf Naufas Perjelas Isu Percutian Bersama Shaniena Natasya, Nafi Tinggal Sebilik – ‘Dia Isteri Orang & Saya Masih Tahu Batas’

Perubahan Shaniena

@shanienanatasyaaaa

Replying to @shazwanonly1

? original sound – SHANIENA NATASYAAAA – SHANIENA NATASYAAAA

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Shaniena berkata, dia dan suami mendengar nasihat ibu mereka dalam menjalani kehidupan rumah tangga.

Kami berdua pernah mengalami kegagalan dalam perhubungan. Suami saya pernah bercerai manakala saya pula putus tunang.

Jadi ibu kami memberi nasihat, iaitu kami perlu bertanya pendapat masing-masing sebelum membuat keputusan.

Dalam masa yang sama, usahawan berusia 23 tahun itu mengakui dirinya banyak berubah semenjak bergelar isteri.

Walaupun saya seorang majikan dan ada pembantu tetapi saya tidak pernah buat sesuatu tanpa sebarang perbincangan dan keputusan daripada suami saya.

Ada segelintir orang akan mengejek saya setiap kali saya minta kebenaran suami untuk keluar lepak sedangkan saya adalah bos. Jadi, ramai yang terkejut dengan perubahan saya.

Hormat pendapat suami

Menurut Shaniena, meskipun dia dan suami tidak mempunyai masalah kewangan namun mereka akan sering bertanya pendapat masing-masing jika ingin membeli sesuatu barang.

Nak beli barang pakai duit sendiri pun saya akan tanya suami dahulu dan dia pun begitu.

Kami tahu masing-masing takkan berkata tidak, namun ia adalah tanda hormat terhadap satu sama lain selain untuk elakan pembaziran.

Contohnya, saya nak beli stroller Dior. Itu membazir sebab berharga RM20,000 sedangkan anak cuma nak pakai sekejap sahaja.

Pada saya, kita haruslah mendapatkan nasihat suami, tak semestinya ada kerja dan duit sendiri kita tak perlu tanya suami.

Untuk info, Shaniena mendirikan rumah tangga bersama suaminya iaitu Choudhry Wasim pada Mei 2023.

Sumber: TikTok Shaniena Natasya

The post [VIDEO] ‘Ada Yang Ejek Bila Saya Minta Kebenaran Suami Sebelum Keluar Lepak’ – Shaniena Natasya first appeared on OHBULAN!.

[VIDEO] Zukie Dedah Isteri Sedang Hamil Empat Bulan, Kongsi Momen Mengidam Nak Masuk Aquaria Pukul 3 Pagi –‘Normal Ke?’

$
0
0

Pempengaruh YouTube, Zukie Mohamad mencuri perhatian apabila berkongsi mengenai isterinya, Farah Anis yang ketika ini sedang hamil empat bulan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Gaji Kalah CEO! Zukie Pernah Raih Pendapatan RM90k Sebulan – ‘Benda Tu Tak Surprise Pun, Sebab Ada Yang Dapat Sampai RM200k’

Isteri kejut dua pagi

@zukiemohamad769Normal ke macam tu ???? ade yang lagi pelik ke ?? original sound – Zukie Mohamad

Menerusi perkongsian di TikTok, Zukie memaklumkan dia dikejut oleh isteri yang mengidam mahu berjalan di Kuala Lumpur City Centre pada jam dua pagi.

Isteri aku tengah mengandung, dah empat bulan. Pukul dua pagi dia kejut aku dan kata mengidam nak berjalan dalam KLCC.

Tapi tak apa, aku pun bawalah dia pusing-pusing KLCC pukul dua pagi.

Nak masuk Aquria pukul tiga pagi

Sedang mereka asyik berjalan, Farah tiba-tiba meluahkan hasrat mahu masuk ke taman dalam air terkenal di KLCC iaitu Aquaria KLCC.

Waktu jalan-jalan dah pukul tiga pagi macam itu, dia cakap nak masuk jalan dalam KLCC pula. Aku cakaplah, ‘Tak boleh, mall tutup pukul 10’.

Tapi dia kata, ‘Nak masuk juga, tolonglah’. Aku tanya lagi kenapa dia nak masuk?

Korang tahu tak? Dia kata nak masuk jalan dalam Aquaria.

Nak masuk Aquria macam mana kan dah tutup? Silap-silap owner pun dah tidur, tiket nak beli kat mana? Ikan pun tidur.

Jadi, aku pun terus bawa dia jalan di sekitar KLCC sampai pukul lima, enam pagi baru balik.

Di akhir perkongsian, anak jati Kelantan ini sempat bertanyakan kepada pengikutnya adakah normal untuk isteri mengidam perkara sebegitu ketika sedang mengandung?

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur mendengar perkongsian Zukie dan beranggapan adalah normal untuk ibu mengandung mengidam sedemikian.

Komen netizen

Sumber: TikTok Zukie

The post [VIDEO] Zukie Dedah Isteri Sedang Hamil Empat Bulan, Kongsi Momen Mengidam Nak Masuk Aquaria Pukul 3 Pagi – ‘Normal Ke?’ first appeared on OHBULAN!.

Neelofa Syukur Dikurniakan Haris Sebagai Suami – ‘Saya Hargai Komitmen, Dedikasi Awak Dalam Perkahwinan Kita

$
0
0

Selebriti popular, Noor Neelofa meluahkan rasa syukur terhadap suaminya, pendakwah selebriti, Haris Ismail atas segala pengorbanan yang dilakukan untuk keluarga kecilnya.

Artikel Berkaitan: ‘Cooking Instructor’ Puji Neelofa Rajin Memasak – ‘Walaupun Dia Sibuk, Sentiasa Ada Masa Sediakan Makanan Untuk Keluarga’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Bila Seseorang Duduk & Ingat Segala Dosa Hingga Mengalir Air Mata, Confirm Syurga’ – PU Riz

Bersyukur…

Menerusi satu hantaran di Instagram, usahawan berusia 36 tahun itu berkata suaminya sangat berdedikasi dalam menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami.

Saya hanya ingin meluangkan sedikit masa untuk mengucapkan terima kasih atas semua kerja keras, pengorbanan, dan usaha yang tidak berkesudahan, bukan hanya untuk saya dan anak-anak, tetapi juga untuk dunia dan akhirat.

Saya sangat menghargai komitmen dan dedikasi yang awak curahkan dalam perkahwinan kita, anak-anak, dan perjalanan kita untuk mempelajari dan memahami iman.

Saja mahu berkongsi

Menurut Neelofa, perkongsian itu dibuat kerana mahu menunjukkan penghargaan kepada suaminya.

Bagaimanapun, sekiranya tiada penghargaan yang dibuat secara terang-terangan, Haris tetap sentiasa menjalankan tanggungjawabnya dengan baik.

Saya tahu sama ada saya buat hantaran ini atau tak, awak akan terus kekal konsisten dalam semua perkara yang awak lakukan untuk keluarga kita. Pun begitu, saya hanya mahu meluahkan dengan lantang.

Semoga allah memberkatimu dengan iman yang tidak berbelah bahagi, ketenangan yang tidak berkesudahan, dan rezeki yang cukup serta penuh keberkatan.

Sumber: Instagram

The post Neelofa Syukur Dikurniakan Haris Sebagai Suami – ‘Saya Hargai Komitmen, Dedikasi Awak Dalam Perkahwinan Kita first appeared on OHBULAN!.

[VIDEO] Intan Najuwa Ambil Langkah Berjaga-Jaga, Pantau Pengasuh 24 Jam –‘Saya Memang Psiko, Paranoid’

$
0
0

Pelakon Intan Najuwa mengakui dirinya sangat berhati-hati dalam aspek penjagaan anak, Imane Lunara termasuk memantau pengasuh di rumah sepanjang masa.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Intan Najuwa Makin Kurus, Netizen Pula Masih Tak Puas Hati –  ‘Nanti Beranak Anak Kedua Kembang La Kau’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Intan Najuwa Akui Diri Tak Kuat, ‘Respect’ Golongan Ibu Jaga Anak Tanpa Pembantu – ‘Lunara Nangis, Saya Pun Nangis’

Intan pantau pengasuh 24 jam

Ketika ditemui OhBulan!, Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, berkata menyedari pelbagai kes yang berlaku melibatkan pengasuh, aktres ini mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan anaknya terjamin.

Saya memang ada pengasuh di rumah dan saya akan pantau 24 jam. Sebab tu saya tak berlakon sekarang, selain nak luangkan masa dengan anak.

Zaman sekarang ni macam-macam kes. Hati orang ni kan, kita tak tahu macam mana. Kita yang jaga anak kita sendiri pun kadang-kadang geram sebab asyik menangis, apatah lagi kalau orang lain yang jaga. Jadi, saya ambil langkah berjaga-jaga sebelum apa-apa kejadian tak diingini berlaku.

Menurutnya pelakon drama Racun Rihanna ini lagi, bukan kerana tidak mempercayai pengasuh sepenuhnya, tetapi sebagai seorang ibu, dia lebih selesa untuk sentiasa memastikan anaknya berada dalam keadaan baik.

Bukannya saya tak percaya kepada pengasuh tapi tidaklah seratus peratus. Jujurnya saya memang psiko, sebab pantau 24 jam seminggu.

Intan berkata demikian ketika ditemui pada majlis Iftar Buffet Preview With Rabbani & Friends, pada Rabu.

‘Tugas ibu memang memenatkan’

Ketika ditanya mengenai perkongsiannya di Instagram yang kerap membawa anak ke hospital untuk pemeriksaan, Intan mengakui sering berasa cemas setiap kali melihat anaknya menunjukkan tanda-tanda kurang sihat.

Sebenarnya, benda kecil saja. Anak saya cuma batuk sikit, tapi saya yang gelabah. Biasalah, ini kali pertama pengalaman jadi ibu. Minggu ini saja dah tiga kali saya bawa anak ke hospital.

Suami saya selalu pesan supaya saya jangan terlalu risau, tapi saya ni yang terlampau risau dan agak paranoid.

Dalam pada itu, Intan akui menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu bukanlah satu perkara yang mudah malah ia sangat mencabar dari segi fizikal dan mental.

Tugas ibu memang memenatkan dari segi mental dan fizikal. Walaupun saya dibantu pengasuh, saya tidak boleh harapkan orang lain untuk jaga anak saya. Sebagai ibu, kena main peranan.

Saya kagum dengan ibu yang uruskan anak sendiri tanpa bantuan sesiapa. Saya bertambah kagum dengan ibu yang urus lebih daripada seorang anak, mereka memang hebat.

Sekadar info, Intan selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Imane Lunara pada 15 Disember lalu.

Untuk rekod, Intan bergelar isteri kepada Datuk Ahmad Asraf Azman pada Ogos 2023.

The post [VIDEO] Intan Najuwa Ambil Langkah Berjaga-Jaga, Pantau Pengasuh 24 Jam – ‘Saya Memang Psiko, Paranoid’ first appeared on OHBULAN!.

Individu Kecewa Kualiti Baju Jenama Hanis Zalikha, Dakwa ‘Rosak’ Selepas Bergesel Dengan Beg Tangan – ‘Macam Kena Cakar Kucing’

$
0
0

Hanis Zalikha

Seorang individu kurang berpuas hati dengan kualiti kain pakaian jenama Cakenis yang merupakan jenama milik pelakon dan usahawan, Hanis Zalikha.

Artikel Berkaitan: Hanis Zalikha Syukur Dapat Hairul Azreen, Miliki Prinsip Hidup Sama – ‘Kami Sangat Gila Dalam Percintaan’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Boleh Setiap Hari Saya Nak Ngorat Dia Walaupun Dah Dua Anak’ – Hairul Azreen

Kena cakar kucing

Hanis Zalikha

Menerusi sepotong video yang tular di TikTok, individu yang dikenali sebagai Anys Anisah menunjukkan keadaan pakaian tersebut yang berbulu didakwa disebabkan bergesel dengan beg tangan miliknya.

Baju Cakenis ini pakai memang sedap, tapi itu lah, bila pakai dengan beg Brik jalan dalam mall jadi macam kena cakar kucing.

Cakenis punya baju memang sesuai pakai pergi airport je sambil pegang luggage.

Sementara itu, seorang pengguna media sosial  yang singgah ke ruangan komen turut berkongsi kejadian sama.

Saya punya pun sama, dihancurkan oleh beg Brik. Tapi baju Cakenis saya minat sangat.

Sebenarnya, bukan beg Brik je, beg lain pun sama. Beg yang jenis benang keras.

Dalam pada itu, rata-rata wargamaya berpendapat bahawa material kain pakaian tersebut mungkin agak sensitif.

Namun, ada juga segelintir wargamaya yang mengatakan keadaan pakaian mereka masih dalam keadaan baik selepas beberapa tahun digunakan.

Sumber: TikTok

The post Individu Kecewa Kualiti Baju Jenama Hanis Zalikha, Dakwa ‘Rosak’ Selepas Bergesel Dengan Beg Tangan – ‘Macam Kena Cakar Kucing’ first appeared on OHBULAN!.


Rabbani Pernah Jadi Mangsa ‘Scam’, Ditipu Penganjur Lebih RM100,000 –‘Bila Minta Bayaran, Orang Tu Marah Balik’

$
0
0

Kumpulan nasyid terkenal, Rabbani, mendedahkan mereka pernah menjadi mangsa penipuan apabila ada individu gagal melunaskan bayaran terhadap mereka di mana jumlahnya mencecah lebih RM100,000.

Artikel Berkaitan: Rabbani, Lah Ahmad, Mawi & Oja Bakal Jayakan ‘Ensany Global Peace & Makan Malam Amal’, Perkukuh Nilai Keamanan & Persaudaraan Sejagat

Artikel Berkaitan: Ahli Kumpulan Rabbani Pernah Jadi Pelajar Al-Arqam, Berpecah Selepas Diharamkan – ‘Kami Dipantau Pihak Berkuasa & Sertai Program Pemulihan Akidah’

Tak dibayar lebih RM100k

Ketika ditemui OhBulan!, anggota Rabbani iaitu Azadan Abdul Aziz berkata, ada dalam kalangan individu tersebut melibatkan seseorang yang mereka kenali dan pernah bekerjasama.

Paling sedih apabila orang yang scam tak bayar kita adalah individu yang dikenali. Kami tak letakkan deposit pun sebab kami kenal dia tapi tak sangka dia ambil kesempatan untuk tidak bayar. Sampai sekarang isu penipuan seperti ini masih berlaku.

Kalau ikutkan bayaran yang kami masih belum terima sejak daripada dahulu sehingga sekarang lebih daripada RM100,000.

Lebih menyedihkan, setiap kali mereka meminta pembayaran, individu tersebut seolah-olah cuba mengelak dengan memberikan pelbagai alasan.

Bila kami tanya, dia marah kami balik. Katanya kami tak sabar, tak memahami keadaan dia dan sebagainya.

Azadan berkata demikian ditemui pada acara bufet Ramadan bersama Rabbani & Friends di Ruang Rama, Petaling Jaya, pada Rabu.

‘Lebih baik kami berlapang dada’

Tambah Rabbani lagi, harga bayaran yang mereka tetapkan adalah untuk menampung keperluan asas seperti pengangkutan, makanan, serta sewa rumah dan kenderaan. Mereka juga menegaskan bahawa mereka tidak pernah meletakkan harga tinggi atau bersikap terlalu ‘demand’.

Kami memang ada letakkan syarat tapi tak boleh terlalu demand. Sebab kami ni artis lelaki dah berusia, penyanyi nasyid jadi orang tak suka bila terlalu ‘demand’.

Kami bukan artis yang hidup bermewah-mewah, sebaliknya hanya mahu meneruskan kelangsungan hidup. Bayaran yang diterima hanya cukup untuk keperluan kami sahaja. Setakat ini, kami tak bermewah-mewah dengan bayaran persembahan.

Justeru, Rabbani berharap agar individu terbabit bertanggungjawab dan menyelesaikan bayaran yang tertunggak. Namun, mereka tetap reda sekiranya benar-benar tidak mampu.

Lebih baik kami berlapang dada. Kalau dikira memang ramai orang tak bayar kami. Kebanyakan tak bayar dalam kalangan orang dikenali selepas bekerjasama beberapa kali.

Kami cuma berdoa supaya individu terbabit dimurahkan rezeki dan selesaikan bayaran kami. Tapi kalau memang dalam keadaan susah hingga tak mampu bayar, kami reda. Namun, sekiranya boleh bayar, tapi tidak mahu, kami serah kepada Allah.

Susulan daripada itu, Rabbani berharap agar individu seperti ini tidak mengambil kesempatan dan menganiaya artis.

Dalam perkembangan lain, Rabbani akan membuat persembahan sempena majlis berbuka puasa di Ruang Rama, Petaling Jaya sepanjang Ramadan.

The post Rabbani Pernah Jadi Mangsa ‘Scam’, Ditipu Penganjur Lebih RM100,000 – ‘Bila Minta Bayaran, Orang Tu Marah Balik’ first appeared on OHBULAN!.

Tya Arifin Manfaatkan Ilmu ‘Breastfeeding’, Selesa Jaga Sendiri Anak Bongsu –‘Susu & Semua Keperluan Saya Sediakan’

$
0
0

Pelakon dan usahawan, Tya Arifin ingin menyusukan anak bongsunya, Aghia Amira Jiwa buat jangka masa yang lama.

Artikel Berkaitan: Tya Arifin Selalu Abai Diri Selepas Kahwin, Potret Kuat Walau Hati Menangis – ‘Bebanan Fikiran Tapi Tetap Bertahan’

Artikel Berkaitan: Tya Arifin Selamat Bersalin Anak Ketiga, Beri Nama Aghnia Amira Jiwa

Sanggup bersusah payah

Ketika ditemui OhBulan!, menantu biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza itu berharap dia diberikan kesempatan untuk melakukan perkara yang sama seperti anak-anaknya yang lain.

Insya-Allah, doakan. Sama macam Arif dan Azzahra, alhamdulillah diberi kesempatan.

Mungkin kalau ada rezeki kita nak sama (kadar menyusu badan berpanjangan).

Ketika ditanya mengapa sanggup bersusah payah untuk memberi susu badan buat kadar yang panjang, Tya berkata dia mahu menggunakan ilmu yang dipelajarinya sebelum ini.

Katanya, sekiranya ada kemahuan pasti boleh lakukan.

Breastfeeding journey memang tak mudah, tapi kalau tahu cara ia akan menjadi senang.

Dengan anak-anak sebelum ini, saya ada belajar dari pakar penyusuan jadi sedikit sebanyak saya ada ilmu itu.

Saya faham, saya pun pernah berada di posisi kurang mengetahui tentang perkara itu, tapi kalau ada ilmu insya-Allah.

Bila ada ilmu, memang boleh buat. Sudah tentu kena ada displin tetapi sokongan sekeliling juga penting.

Bayi jaga sendiri

Bercerita lanjut, Tya berkata dia menjaga bayinya sepenuh masa tetapi mengupah pengasuh untuk menjaga anak-anaknya yang lain.

Kalau bayi, saya yang lebih menjaga kecuali kalau ada event saya akan tinggal sekejap.

Susu dan semua keperluan saya dah sediakan siap-siap.

Sementara itu, Tya turut berkata dia memantau anak-anaknya bagi mengelakkan menjadi mangsa penderaan.

Di kesempatan itu juga, Tya menyatakan rasa dukacita terhadap perkara yang menimpa keluarga bekas pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha dan pelakon Ayu Raudhah.

The post Tya Arifin Manfaatkan Ilmu ‘Breastfeeding’, Selesa Jaga Sendiri Anak Bongsu – ‘Susu & Semua Keperluan Saya Sediakan’ first appeared on OHBULAN!.

[VIDEO] Shuib & Aisar Khaled Akhirnya Bertentang Mata Selepas Empat Tahun ‘Sengketa’ –‘Tingginya Oi’

$
0
0

Pelawak, Shuib mencuri perhatian apabila memuat naik video terbaharunya yang berjumpa dengan pempengaruh, Aisar Khaled menerusi TikTok.

Artikel Berkaitan: Shuib Maafkan Aisar Khaled, Doa Agar Jadi Youtuber Berjaya – ‘Kena Ingat Kematian Cukup Hampir Dengan Kita’

Empat tahun ‘cari’ Aisar

@shuibsepahtu Dah lama carik dia!!!! Dulu ada hal dgn dia ? @AisarKhaledd ? original sound – shuibsepahtu

Menerusi perkongsian yang dibuat, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad mendedahkan sudah hampir empat tahun ‘mencari’ Aisar namun tidak berkesempatan untuk berjumpa.

Sebenarnya aku dah lama cari orang ini, dah empat tahun dah.

Cuma mungkin tak ada rezeki nak jumpa dia.

Tapi hari ini Allah bagi rezeki untuk kita berjumpa.

Menurut Shuib, Aisar merupakan seorang individu yang sangat ‘gentle’ kerana sedar akan kesilapan yang telah mengguriskan hatinya sekeluarga sebelum ini.

Dia ini baik sebenarnya dan sangat ‘gentle’.

Itu hari (dulu) dia yang cari saya sebenarnya tapi saya yang tak sempat nak jumpa dia.

Banyak belajar dari Shuib

Sementara itu, Aisar atau nama lengkapnya Aisar Khaled Kamel menyifatkan isu bersama Shuib kira-kira empat tahun lalu telah banyak mengubah kehidupannya.

Ujar Aisar, nasihat yang diberikan Shuib sedikit sebanyak telah memperbaiki ‘attitude’nya sebagai seorang pempengaruh.

Sebelum ini saya ada isu dengan abang Shuib, tapi Alhamdulillah daripada isu itu juga saya dah perbaiki banyak sangat selepas dapat nasihat daripada abang.

Pada 2021 lalu, Aisar mengundang amarah netizen selepas memuat naik video dirinya membuat giveaway, iklan dan ‘monetize’ video ketika menziarahi tanah perkuburan tempat Allahyarhamah Siti Sarah disemadikan.

Aisar kemudiannya membuat permohonan maaf secara terbuka selepas menyedari ‘content’ yang dilakukan telah melanggar sensitiviti keluarga Shuib.

Kontroversi itu kemudiannya selesai selepas Aisar memuat naik mesej pesanan suara yang dihantar Shuib memaklumkan dirinya memaafkan kesilapan yang telah dilakukan pempengaruh itu.

Untuk rekod, Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos 2021 di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur akibat Covid-19.

Sumber: TikTok Shuib

The post [VIDEO] Shuib & Aisar Khaled Akhirnya Bertentang Mata Selepas Empat Tahun ‘Sengketa’ – ‘Tingginya Oi’ first appeared on OHBULAN!.

Zamarul Hisham Sudah Keluar Hospital, Diana Rafar Luah Rasa Syukur – ‘Hebatnya Kuasa Doa’

$
0
0

Pelakon Zamarul Hisham yang sebelum ini dilaporkan telah dimasukkan ke hospital kerana kesukaran bernafas sudah dibenarkan keluar dari hospital.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zamarul Hisham Cuba Gaya Rambut ‘Buzz Cut’ Di Usia 53 Tahun, Netizen Komen – ‘Nampak Muda 10 Tahun’

Artikel Berkaitan: Zamarul Hisham Nafi Isu Buli Wujud Dalam Set Penggambaran, Pelakon Baharu Perlu Tahu Adab Bekerja

Urusan dimudahkan

Perkhabaran gembira itu dimaklumkan oleh isterinya, Diana Rafar menerusi Instagram Story (IGs) pada Rabu.

Hebatnya kuasa doa! Allah Maha Mendengar.

Gembira bila dapat tahu papa (Zamarul) boleh keluar wad masya-Allah.

Dalam pada itu, pelakon berusia 43 tahun akui banyak hikmah yang dipelajari sepanjang mereka sekeluarga diuji.

Pun begitu, Diana tetap bersyukur bahawa suaminya dikurniakan kesihatan yang baik.

Seminggu mengajar saya banyak benda, banyak nikmat hikmah di sebalik ujian.

Banyak benda yang saya belajar bersyukur, alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah.

Terdahulu, Zamarul mengalami masalah kesukaran bernafas ketika sesi penggambaraan.

Ketika kejadian, pemilik nama Zamarul Hisham Mohamed berada dalam keadaan lemah dan perlu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan di Negeri Sembilan.

Sumber: Instagram

The post Zamarul Hisham Sudah Keluar Hospital, Diana Rafar Luah Rasa Syukur – ‘Hebatnya Kuasa Doa’ first appeared on OHBULAN!.

Rozita Che Wan Hilang Banyak Kontrak Selepas Viral Isu Hutang –‘Banyak Jenama Setuju, Kemudian Berlalu’

$
0
0

Rozita Che Wan

Berikutan terbabit dengan isu berkaitan hutang, pelakon jelita Rozita Che Wan mengakui ia telah menjejaskan kerjasamanya bersama dengan beberapa jenama.

Artikel Berkaitan: ‘Empat Orang Anak Syurga Ayu & Zaquan Menanti Di Sana’ – Rozita Che Wan

Artikel Berkaitan: Che Ta Dipilih Sebagai Pengacara Program Bukan Satu Gimik – ‘Semua Manusia Melakukan Kesilapan’

Terjejas isu hutang

Rozita Che Wan

Ketika ditemui OhBulan, Rozita atau mesra disapa Che Ta memaklumkan dia telah kehilangan beberapa kontrak.

Bagaimanapun, aktres berusia 52 tahun tersebut tetap meluahkan rasa syukur apabila jenama pakaian dan tudung terkenal Ariani Luxe sudi menyuntingnya sebagai wajah untuk koleksi hijab premium.

Saya harapkan kolaborasi ini akan memberi impak kepada Ariani. Rezeki untuk saya.

Di saat isu (hutang) sedang panas, banyak jenama yang sebelum ini sudah setuju, tapi kemudian berlalu. Tapi Ariani memberikan peluang kepada saya untuk berada di sini.

Che Ta berkata demikian di majlis sidang media dan pertunjukan fesyen Hikayat Ariani Karya Seindah Busana di Kuala Lumpur Convention Centre, pada Khamis.

Kepercayaan kepada Che Ta

Rozita Che Wan

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Ariani, Datin Seri Farah Haryani memberitahu, pemilihan Che Ta adalah atas dasar kepercayaan terhadapnya sepanjang 18 tahun bekerjasama.

Memang sebelum ini Ariani Luxe tiada duta dan kami lantik Che Ta kerana dia mempunyai pakej yang lengkap.

Kami sudah bekerjasama sangat lama iaitu sejak 2007. Dia selalu terlibat dalam iklan Jakel dan Ariani sejak dulu lagi.

Che Ta sangat komited, tidak berkira dan baik. Saya yakin ini adalah pilihan yang tepat untuk melantiknya sebagai duta Ariani Luxe.

Walau bagaimanapun, pihak Ariani Luxe menafikan perlantikan tersebut bertujuan untuk membantu aktres tersebut yang terjejas dengan isu hutang.

Saya tiada komen mengenai itu kerana bagi saya semua orang ditimpa masalah. Ariani juga ada masalah.

Saya kira ini ujian. Saya percaya Che Ta boleh memantapkan lagi jenama Ariani Luxe.

Sebelum ini, media melaporkan Che Ta menerima notis isytihar bankrap yang didakwa dikeluarkan Mahkamah Tinggi Malaya Shah Alam akibat kegagalan menjelaskan cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).

Selain isu LHDN, ibu kepada tiga cahaya mata ini juga terpalit dengan isu berhutang dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) berjumlah RM1 juta.

Sekitar Januari lalu, Che Ta mendedahkan bahawa dia sudah membayar cukai kepada LHDN sebanyak RM50,000 secara tunai.

Dalam perkembangan lain, koleksi Aidilfitri kali ini turut menampilkan 300 pilihan hijab dan 300,000 baju raya sempena Aidilfitri.

Majlis pertunjukan itu diserikan dengan persembahan beberapa penyanyi popular tanah air, antaranya Datuk Amy Search, Datuk Awie, Ziana Zain dan Dayang Nurfaizah.

The post Rozita Che Wan Hilang Banyak Kontrak Selepas Viral Isu Hutang – ‘Banyak Jenama Setuju, Kemudian Berlalu’ first appeared on OHBULAN!.

Aaron Aziz Bakal Terima Anugerah DPDDM

$
0
0

Pelakon terkenal Datuk Aaron Aziz bakal menerima Anugerah Usahawan Bintang Negara Madani yang dianjurkan oleh Dewan Perniagaan Datuk Dato’ Malaysia (DPDDM).

Mengangkat martabat artis

Menurut Presiden DPDDM, Datuk Nor Hasnal bin Hashmi berkata, anugerah ini diberikan sebagai penghargaan terhadap kejayaan dan sumbangan berjaya mengembangkan bakat mereka bukan sahaja dalam industri hiburan tetapi juga dalam dunia keusahawanan.

Anugerah ini diberikan berdasarkan kapasiti dan pencapaian yang telah kami analisis sepanjang tahun 2024. Ia juga bagi mengangkat martabat artis untuk terus berjaya dalam bidang yang mereka ceburi.

Kami harap dengan anugerah ini dapat dijadikan jambatan MAS untuk mereka terus membina kerjaya dalam bidang keusahawanan. Sekurang-kurangnya bila tidak berlakon atau menyanyi seseorang.

Beliau juga akui faham akan situasi di mana ramai yang masih terkesan susulan Covid-19 yang melanda negara, beberapa tahun lepas.

Selain untuk mengeratkan hubungan sesama ahli, kami juga ingin membantu mereka untuk keluar dari kemelut ekonomi dengan bantuan kerajaan Madani sekarang ini.

Kami juga turut membantu usahawan muda untuk terus berjaya dengan pelbagai bantuan yang boleh kami tawarkan. Galakan dan inspirasi ini merangkumi pelbagai kepakaran, daripada golongan profesional sehingga separa mahir.

Kami juga menyasarkan untuk melahirkan 1000 usahawan dalam tempoh enam bulan akan datang melalui pelbagai kaedah dan platform yang telah dirancang.

Maya Karin, Halim Othman antara penerima anugerah

Selain itu, DPDDM turut berharap agar anugerah ini dapat menjadi jambatan kejayaan bagi para artis untuk meneruskan karier mereka dalam bidang keusahawanan sebagai persediaan sekiranya mereka tidak lagi aktif dalam bidang lakonan atau nyanyian.

DPDDM sebelum ini telah menganjurkan Anugerah Usahawan Madani 2024, yang memberi penghormatan kepada 60 tokoh keusahawanan negara dari pelbagai industri.

Antara penerima anugerah tersebut termasuk selebriti terkenal seperti Maya Karin, Datuk Ifa Raziah, Datuk N.D. Lala, Poey Sting, Keena Mentor, Halim Othman, Datuk Ayu Putih, Nazeera Sardi, Datuk Malek Reduan, Datin Ira Ghani, dan ramai lagi.

Menariknya, pada majlis kali ini, Maya Karin yang sebelum ini telah menerima anugerah turut akan hadir sebagai tetamu kehormat bagi meraikan kejayaan penerima baru, termasuk Aaron Aziz.

Anugerah Usahawan Madani 2024

Dalam pada itu Nor Hasnal turut berkongsi perancangan masa depan DPDDM yang akan bekerjasama dengan syarikat Usahacaya Urus Sdn Bhd untuk melaksanakan beberapa projek.

Ada dua Projek Usahawan Vending Machines DPDDM akan melibatkan 1000 usahawan, termasuk ahli-ahli dan golongan B40 untuk menyertai projek ini. Pembiayaan akan disediakan oleh DPDDM bagi membasmi kemiskinan serta meningkatkan pendapatan golongan B40.

Bagi Projek Usahawan Agro Tani, DPDDM akan membuka peluang kepada ahli-ahli untuk menyertai latihan bersama INSKEN bagi mengusahakan tanaman Halia Bentong melalui kaedah kontrak pertanian. Sebagai permulaan kawasan pertanian seluas 100 hektar, dikenali sebagai Halia City akan diwujudkan.

Tapak ini akan menggunakan teknologi Internet of Things (IoT) terkini bagi meningkatkan hasil tanaman dan memberi pulangan lumayan kepada para peserta. Projek-projek ini dilihat sebagai langkah strategik untuk menyahut seruan kerajaan dalam memastikan keterjaminan makanan dan membangunkan ekonomi usahawan tempatan.

Selain itu, DPDDM bekerjasama dengan Usahacaya Urus Sdn Bhd untuk Projek Usahawan Vending Machines bagi membantu golongan B40 serta Projek Usahawan Agro Tani yang melibatkan latihan bersama INSKEN untuk mengusahakan tanaman Halia Bentong di kawasan seluas 100 hektar menggunakan teknologi IoT.

Tambahan lagi, DPDDM turut bekerjasama dengan RESKILLS bagi menyediakan sistem pembelajaran dalam talian percuma kepada pelajar, sebagai sebahagian daripada inisiatif kemasyarakatan madani.

The post Aaron Aziz Bakal Terima Anugerah DPDDM first appeared on OHBULAN!.

Lebih 50 Usahawan RichWorks Capai Jualan RM10 Juta Hingga RM500 Juta Sepanjang Tahun 2024

$
0
0

RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) sekali lagi mengekalkan prestasi cemerlang apabila lebih 50 usahawan Titanium dibawah bimbingan mereka berjaya mencapai jualan dari RM10 juta hingga RM500 juta pada tahun 2024.

Kejayaan selama empat tahun berturut-turut ini memperlihatkan pencapaian yang luar biasa RichWorks dan usahawan mereka dalam dunia perniagaan, walaupun berada dalam persekitaran yang semakin kompetitif.

Bimbingan berterusan bantu usahawan capai kejayaan

Menurut Presiden dan Pengasas RichWorks Group, Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman, kejayaan tersebut dicapai melalui pendekatan berstruktur dan bimbingan berterusan kepada usahawan yang berada di bawah naungan RichWorks.

Beliau menegaskan bahawa pencapaian ini bukanlah satu kebetulan tetapi hasil daripada usaha dan tindakan berterusan para  usahawan dalam mengikuti panduan untuk memenangi pasaran.

“Alhamdulillah, usahawan-usahawan ini datang dari pelbagai industri di Malaysia dan telah menjadi pilihan ramai. Semua ini bermula dengan keinginan mereka untuk berjaya dan disusuli dengan tindakan yang berterusan berdasarkan bimbingan yang diberikan,” katanya ketika berucap pada Inner Circle Meeting – Titan Business Leadership Awards 2025, yang berlangsung di Melaka.

224 usahawan diraikan dalam majlis Titan Business Leadership Awards 2025

Meraikan pencapaian para usahawan, RichWorks telah memberikan anugerah kepada 224 usahawan dari 198 perniagaan, kerana telah menunjukkan prestasi luar biasa sepanjang tahun 2024.

Tidak ketinggalan, seramai 173 kakitangan (ahli Titanium) turut menerima anugerah atas sumbanganbesar mereka dalam membantu syarikat mencapai kejayaan.

Dalam majlis tersebut, Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman turut mengumumkan penubuhan RichWorks Consulting Group Sdn. Bhd.(RCG), sebuah agensi perundingan strategik yang memfokuskan sokongan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) berpendapatan tinggi di Malaysia.

RCG berhasrat untuk menyediakan penyelesaian komprehensif dan berimpak tinggi untuk PKS, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh ASEAN.

RCG mahu jadi peneraju syarikat perundingan PKS terkemuka di ASEAN

Menurutnya RCG adalah hasil evolusi RichWorks sejak 2008 dalam membimbing dan melatih usahawan di negara ini. RCG akan menyokong PKS yang sudah berjaya mencapai jualan lebih RM1 juta setahun dengan menawarkan perkhidmatan yang lebih mendalam, termasuk analisis prestasi operasi dan kewangan, pembangunan model perniagaan berimpak tinggi, serta kepimpinan untuk mengoptimumkan operasi dan strategi pertumbuhan.

“Matlamat kami adalah untuk menjadikan RCG sebagai peneraju syarikat perundingan PKS terkemuka di ASEAN dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang,” jelasnya.

RichWorks juga turut mengumumkan penganjuran program khas Business Success Bootcamp (BSB) yang akan diadakan pada 19 Februari 2024. Program ini bertujuan mempersiapkan usahawan untuk menghadapi sembilan krisis yang dijangka berlaku sepanjang tahun ini.

Bagi yang berminat, maklumat lanjut mengenai BSB boleh didapati di www.richworks.com/bsb.

Terus kekal cemerlang, RichWorks membuktikan bahawa mereka adalah peneraju yang telah berjaya membantu usahawan Malaysia meraih kejayaan luar biasa, di mana mereka menyasarkan lebih 500 PKS yang dilatih bakal mencapai jualan lebih RM10 juta menjelang tahun 2030.

The post Lebih 50 Usahawan RichWorks Capai Jualan RM10 Juta Hingga RM500 Juta Sepanjang Tahun 2024 first appeared on OHBULAN!.


[VIDEO] Jalaluddin Hassan Hadir Ke SPRM Sebagai Saksi, Hanya Bertindak Sebagai Duta –‘Saya Sendiri Tak Tahu Transaksi Syarikat Mereka’

$
0
0

Sama seperti Ziana Zain, pelakon iaitu Datuk Jalaluddin Hassan menegaskan bahawa dia bukanlah suspek namun hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini hanya untuk membantu siasatan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Dipanggil SPRM Untuk Bantu Siasatan, Bukan Sebagai Suspek’ – Ziana Zain

Artikel Berkaitan: Kes Sindiket Pengurusan Wang: Ziana Zain, Jalaluddin Hassan & Sheikh Muszaphar Shukor Hadir Di SPRM Beri Keterangan

‘Saya di sana atas jemputan sebagai saksi’

Ketika ditemui OhBulan!, Jalaluddin berkata, dia juga mendapat layanan yang sangat baik sepanjang memberi kerjasama untuk membantu siasatan.

Tambah Jalaluddin, tiada istilah dirinya mengikut pintu belakang ketika memberikan keterangan seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Saya di sana atas jemputan sebagai saksi, tiada istilah ikut ‘pintu belakang’. Kami diarah untuk tunggu dalam kereta dan selepas itu kami dibawa oleh pegawai SPRM.

Kita datang rumah orang kan? Jadi kita ikut arahan orang lah. Saya pun hanya datang sebagai saksi dan beri kerjasama kepada mereka. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.

Mereka sangat peramah, Alhamdulillah.

Jalaluddin berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sesi sidang media Tayangan Perdana Ramadan Raya Astro 2025 yang diadakan di The Ground, Kuala Lumpur pada Khamis.

Dah berhati-hati

Bercakap mengenai penglibatannya sebagai duta, pelakon drama ‘Nur’ ini memaklumkan dia hanya melakukan libat urus yang berkaitan dengan pemasaran sahaja.

Saya sudah berhati-hati pun, kita pun tak kenal syarikat itu. Kita dipelawa oleh orang tengah untuk bersama-sama dengan syarikat. Kita pun ada bertanya fungsi dan apa tanggungjawab saya.

Tugas saya hanya buat posting dan ambil gambar untuk promosi saja. Saya pun tak nak cakap lebih sebab kes masih dalam siasatan.

Kemudian saya dapat mesej daripada orang tengah saya beritahu yang saya perlu ke SPRM untuk beri keterangan. Saya pun sendiri tak tahu transaksi syarikat mereka. Sebab tugas saya pun hanya diminta untuk promosi saja.

Pada 6 Februari lalu, Jalaluddin bersama dua selebriti tanah air iaitu Ziana Zain dan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor hadir ke ibu pejabat SPRM bagi memberi keterangan berhubung kes berkenaan.

Siasatan berkenaan dilakukan susulan penahanan sekurang-kurangnya 27 individu termasuk lapan pengarah syarikat dan 18 pegawai bank oleh Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) dalam Ops Sky hasil kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM).

Difahamkan kesemua selebriti terbabit dilaporkan menerima bayaran sekitar RM150,000 hingga RM400,000 daripada syarikat terbabit yang bertindak sebagai duta.

Lebih mengejutkan apabila hasil siasatan SPRM turut mendapati sindiket itu turut melabur sejumlah wang yang besar bagi penciptaan lagu membabitkan penyanyi tersohor negara.

The post [VIDEO] Jalaluddin Hassan Hadir Ke SPRM Sebagai Saksi, Hanya Bertindak Sebagai Duta – ‘Saya Sendiri Tak Tahu Transaksi Syarikat Mereka’ first appeared on OHBULAN!.

Bayaran Tertangguh, Zahiril Adzim Kongsi Pengalaman Bekerja Dengan Produksi Hadapi Masalah Kewangan –‘Seharian Kami Makan Menu Sardin’

$
0
0

Pelakon Zahiril Adzim berkongsi pengalaman pahit apabila bekerjasama dengan sebuah syarikat produksi yang mempunyai masalah kewangan sehingga terpalit kepada barisan pelakon dan kru.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shera Aiyob Kongsi Sebab Jatuh Cinta Dengan Zahiril Adzim – ‘Dia Berbeza Dengan Ex Boyfriend Saya’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Tegur Tak Elok Bercakap Waktu Makan, Zahiril Adzim Respon – ‘Saya Kena Betulkan, Sunnah Makan Adalah Bercakap’

Produksi ada masalah kewangan

Ketika ditemui OhBulan!, Zahiril atau nama lengkapnya Muhammad Zahiril Adzim Mohd Mokhtar, 41, berkata kejadian itu berlaku di sebuah set penggambaran kira-kira lima tahun lalu di mana para pelakon dan kru produksi hanya dihidangkan makanan berasaskan sardin.

Sarapan pagi roti dengan sardin, tengah hari nasi dan lauk sardin, petang dan malam pun makan sardin. Saya rasa pelik juga, kemudian saya bersuara mewakili semua termasuk kru.

Kasihan kru produksi, mereka buat kerja berat, angkat besi dan sebagainya tak akan hanya makan sardin.

Macam artis mungkin boleh ‘lari’ sekejap untuk beli makanan dan sebagainya tapi kru produksi pula bagaimana?

Namun selepas menyuarakan perkara itu, Zahiril dimaklumkan oleh pembantu pengarah bahawa produksi menghadapi masalah kewangan yang menyebabkan peruntukan untuk makanan menjadi terhad.

Zahiril berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Unifi TV Originals Ramadan Raya 2025, di The Boathouse, Ampang pada Isnin.

Lambat terima bayaran

Zahiril turut mendedahkan pernah berdepan masalah apabila pihak produksi tersebut turut menangguhkan pembayaran kepadanya dalam satu tempoh yang agak lama.

Setahu saya, drama itu tak keluar dan saya tak tahu kenapa. Bayaran saya memang dapat tapi itu pun selepas bersuara dan ambil masa yang lama daripada biasa.

Menurut Zahiril lagi, pengalaman itu membuatkan dia lebih berhati-hati sebelum menandatangani mana-mana kontrak berlakon.

Tapi Alhamdulillah, saya dipertemukan dengan produksi yang okay dan tidak berdepan dengan masalah sebegitu.

Dalam perkembangan lain, Zahiril bakal muncul dalam drama bersiri Alibi, terbitan Unifi TV Originals, yang akan ditayangkan tidak lama lagi.

Selain Zahiril, drama ini turut dibintangi oleh Hisyam Hamid, Nabila Huda, Nadia Aqilah, dan Firdaus Ghufran.

The post Bayaran Tertangguh, Zahiril Adzim Kongsi Pengalaman Bekerja Dengan Produksi Hadapi Masalah Kewangan – ‘Seharian Kami Makan Menu Sardin’ first appeared on OHBULAN!.

[VIDEO] Che Ta Syukur Berjaya Langsai Hutang RM1juta, Dedah Isu Pinjaman Mara Buat Ramai Kawan Menjauh

$
0
0

Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan bersyukur apabila bebanan ditanggung sudah ‘hilang’ selepas berjaya menyelesaikan hutang dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Artikel Berkaitan: Rozita Che Wan Hilang Banyak Kontrak Selepas Viral Isu Hutang – ‘Banyak Jenama Setuju, Kemudian Berlalu’

Artikel Berkaitan: Che Ta Dipilih Sebagai Pengacara Program Bukan Satu Gimik – ‘Semua Manusia Melakukan Kesilapan’

Hutang selesai

Ketika ditemui OhBulan!, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta memaklumkan bahawa dirinya kini bebas dari bebanan hutang dan hanya membayar komitmen pinjaman perumahan.

Ya, Alhamdulillah. Yang perlu diselsaikan cuma hutang rumah.

Saya rasa selagi kita hidup, kita semua takkan lari dengan berhutang.

Menurut aktres berusia 52 tahun itu, kematangan menyebabkan dia tidak mudah melatah dalam menangani kontroversi yang melanda malah lebih memilih untuk berdiam diri daripada memberi sebarang kenyataan.

Mungkin kali ini saya atasi kontroversi cara berbeza kerana ia melibatkan ahli keluarga iaitu anak-anak. Saya tidak suka. Saya juga rasa tidak perlu untuk memberikan penjelasan kepada sesiapa pun.

Anak saya tidak okay dan mereka jadi hairan mengapa saya boleh jadi sangat tenang.

Saya katakan pada mereka jangan bimbang kerana setiap masalah akan berakhir. Allah tidak akan turunkan ujian jika kita sebagai hambanya tidak mampu menghadapi. Allah ada.

Che Ta berkata demikian seusai pertunjukan fesyen Hikayat Ariani Karya Seindah Busana yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre, pada Khamis.

Ramai yang menjauh

Rozita Che Wan

Sementara itu, pelakon filem 4 Madu tersebut mendedahkan terdapat segelintir rakan-rakannya yang menjauhkan diri semenjak namanya terpalit isu hutang.

Memang ada kawan-kawan menjauhi. Tapi tidak mengapa. Bagi saya, bila Allah turunkan ujian, mungkin Dia mahu jauhkan dari kita daripada seseorang. Caranya adalah dengan membuatkan seseorang itu pergi.

Dalam pada itu, ibu kepada tiga orang anak tersebut juga memilih untuk tidak mengambil pusing dengan komen yang ditinggalkan warganet di media sosialnya.

Kita negara demokrasi di mana setiap orang ada hak bersuara. Kalau kita tutup komen orang akan anggap kita bersalah.

Mungkin nanti apabila dia nampak ada kebenaran, mereka akan sedar ada kesilapan berkata begitu. Saya pun enggan menegakkan benang yang basah.

Saya okay sahaja, saya teruskan hidup dan perniagaan

Sebelum ini, media melaporkan Che Ta menerima notis isytihar bankrap yang didakwa dikeluarkan Mahkamah Tinggi Malaya Shah Alam akibat kegagalan menjelaskan cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).

Selain isu LHDN, ibu kepada tiga cahaya mata ini juga terpalit dengan isu berhutang dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) berjumlah RM1 juta.

Sekitar Januari lalu, Che Ta mendedahkan bahawa dia sudah membayar cukai kepada LHDN sebanyak RM50,000 secara tunai.

@ohbulanofficial

Rozita Che Wan bersyukur apabila bebanan ditanggung sudah ‘hilang’ selepas berjaya menyelesaikan hutang dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Tahniah ?? #ohbulan #kinitrending #rozitachewan #cheta #selesai #bayar #hutang #mara #2025

? original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

The post [VIDEO] Che Ta Syukur Berjaya Langsai Hutang RM1juta, Dedah Isu Pinjaman Mara Buat Ramai Kawan Menjauh first appeared on OHBULAN!.

[VIDEO] ‘Saya Nafikan 100%, Demi Allah Tak Pernah Jejakkan Kaki Ke Mahkamah Syariah’– Uqasha Senrose

$
0
0

Pelakon Uqasha Senrose menafikan khabar angin mengenai rumah tangganya bersama aktor Kamal Adli sedang dilanda badai.

Artikel Berkaitan: Uqasha Senrose Nafi Rumah Tangga Goyah – ‘Selagi Tak Sampai Tahap Ke Mahkamah, Jadi Ia Adalah Perkara Biasa’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kamal Adli Tepis Dakwaan Ke Mahkamah Syariah, Hubungan Dengan Isteri Dalam Keadaan Baik – ‘Mustahil Saya Sampai Ke Tahap Itu’

Uqasha ke mahkamah?

 

View this post on Instagram

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2)

Ketika ditemui OhBulan!, Uqasha atau nama lengkapnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, menegaskan bahawa dia sama sekali tidak pernah pergi ke mahkamah syariah seperti yang didakwa.

Demi Allah saya tak pernah menjejakkan kaki ke mahkamah syariah. Saya nafikan seratus peratus, insya-Allah selagi kami boleh jaga rumah tangga kami akan jaga sebaik-baiknya.

Kalau saya ke mahkamah syariah mesti ada nama saya di sana, cuba periksa ada atau tidak. Jika ada tunjukan.

Boleh bagi bukti saya ke mahkamah mana? Saya pun tak tahu mahkamah di mana.

Uqasha berkata demikian seusai pertunjukan fesyen Hikayat Ariani Karya Seindah Busana yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre, pada Khamis.

Tak perlu kongsi

Sementara itu, aktres berusia 33 tahun itu berkata, ketika ini dia hanya mahu memberi tumpuan kepada keluarga berbanding isu berkenaan.

Perlu ke sampai saya nak kena muat naik gambar dengan Kamal sebab nak puaskan hati semua orang? Takkan saya nak cerita hal ‘dalam kain’ saya.

Saya rasa tak perlu, lebih baik saya fokus dengan keluarga kecil saya.

Dalam masa yang sama, pelakon filem Hantu Kak Limah itu turut menyifatkan spekulasi yang timbul adalah tidak berasas.

Bagi saya semua rumah tangga tidak ada yang indah-indah belaka.

Perkara ini tak berasas. Saya tak pasti dari mana datangnya ura-ura mengatakan kami nak bercerai.

Tidak apa yang perlu dirisaukan selagi tidak sampai ke tahap itu malah saya tidak pernah rasa tertekan.

Terdahulu, nama Kamal dan Uqasha menjadi bualan apabila dikatakan menghadapi masalah rumah tangga.

Untuk rekod, pasangan ini telah bernikah pada 5 November 2021 dan dikurniakan cahaya mata, Hawra Uqaira.

@ohbulanofficial

Pelakon Uqasha Senrose menafikan khabar angin mengenai rumah tangganya bersama aktor Kamal Adli sedang dilanda badai. #ohbulan #kinitrending #uqashasenrose #kamaladli

? original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

The post [VIDEO] ‘Saya Nafikan 100%, Demi Allah Tak Pernah Jejakkan Kaki Ke Mahkamah Syariah’ – Uqasha Senrose first appeared on OHBULAN!.

[VIDEO] Ananda Natasha Dipuji ‘Glow-Up’, Netizen Doa Agar Berjodoh Dengan Lelaki Tepat – ‘Allah Jaga Orang Yang Sabar’

$
0
0

Personaliti media sosial, Ananda Natasha mencuri tumpuan netizen dengan hantaran yang dimuat naiknya.

Artikel Berkaitan: Ananda Natasha Terpaksa Mengemis Minta Hutang Dari Andika, Duit Dalam Akaun Bank Tinggal RM29.24

Artikel Berkaitan: Ananda Natasha Dakwa ‘Tong-Tong’ Duit Bayar Sewa Rumah, Bil Elektrik Dengan Andika Putera – ‘Padahal Dia Kaya Kan’

Glowing

@anandanatashaa1 Fashion show and outfit from @Ariani.os #hikayatariani #karyaseindahbusana #arianilebaran2025 ? Salla Alayka Rahman – Maher Zain

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Ananda Natasha atau lebih mesra disapa Tasha dilihat berbusana sopan semasa menghadiri majlis peragaan fesyen sebuah jenama lokal.

Apa yang meraih perhatian, bekas isteri kepada pempengaruh Andika Putera itu dipuji semakin berseri-seri.

Pada perkongsian itu juga, Tasha dilihat mesra melayan peminat untuk bergambar.

Teruskan melangkah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kecantikan Tasha yang memukau. Selain itu, warganet turut mendoakan agar Tasha dijodohkan dengan lelaki yang tepat buatnya.

Sumber: TikTok @Ananda_natashaaa

The post [VIDEO] Ananda Natasha Dipuji ‘Glow-Up’, Netizen Doa Agar Berjodoh Dengan Lelaki Tepat – ‘Allah Jaga Orang Yang Sabar’ first appeared on OHBULAN!.

Viewing all 36989 articles
Browse latest View live