Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all 35070 articles
Browse latest View live

[VIDEO] Nak Berjimat Cermat, Datuk Red Sewa Bilik Kecil RM250 Sebulan –‘Kalau Nak Guna Tandas, Kena Pergi Stesen Minyak’

$
0
0

Personaliti media sosial, Datuk Red mendedahkan sisi kehidupannya yang jauh berbeza daripada kemewahan yang pernah dinikmati suatu ketika dahulu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Datuk Red Hargai Usaha Adira, Gembira Dapat Rai Hari Lahir Bersama 10 Anak – ‘Andai Kita Tak Ada Jodoh & Usia Saya Singkat ..’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Datuk Red Capai 600k ‘Followers’ Di TikTok, Hargai Sokongan Netizen – ‘Untuk Menebus Kesilapan Lama & Menyara Anak-Anak’

‘Tidur dalam kereta okay, saya dah biasa’

@dolspodcast Dato Red sewa bilik takda tandas, nak guna tandas kena pegi stesen minyak.Layan Episod 69, RABU 9 MALAM di Youtube Shuib Channel & spotify Dol’s Podcast. NAK BELAJAR BUAT SIDE INCOME ? BOLEH FOLLOW @Fokiyoks Salam Aidilfitri daripada #DolsPodcast @shuibsepahtu @Fizie Roslan @Mamatsepah_Nana @shuksahar @abg red ? original sound – Dol’s Podcast

Menerusi temu bual eksklusif bersama Dol’s Podcast, Datuk Red atau nama lengkapnya Datuk Seri Adnan Abu berkongsi pengalaman hidup secara sederhana selepas berdepan masalah kewangan sejak beberapa tahun lalu.

Bekas suami penyanyi, Adira Suhaimi ini juga mengakui dia kini sudah terbiasa dengan kehidupannya sekarang termasuk tidur di dalam kereta dan menggunakan kemudahan di hentian rehat dan rawat (RnR).

RnR mana je memang dah kenal saya dah, pengaawal keselamatan, tukang cuci dan pemandu lori kebanyakan semua dah kenal saya.

Tidur dalam kereta okay, saya dah biasa. Saya mandi pun di RnR. Di situlah tempat saya buat live TikTok.

Tambahnya lagi, dia kini sudah menyewa sebuah bilik di lot kedai yang terletak di Sungai Buloh. Namun, tempat tinggalnya itu tidak mempunyai tandas.

Sekarang ni saya tinggal di bilik bersaiz 10×10 kaki dan bilik tu tak ada tandas. Kadang-kadang hujung minggu saya bawa anak saya, tapi sebelum mereka datang saya suruh dah singgah mana-mana tandas awam dulu.

Bilik tu awalnya saya ingat bilik untuk buat pejabat ke apa, ada penghawa dingin dan harga sewa RM250. Tapi tak tahu lah pula bilik tu tak ada tandas. Tapi sebab dah terambil, teruskan je lah.

Bilik tu lot kedai di Sungai Buloh, ada dua bilik dan satu bilik tu kawan saya sewa. Hanya ada sinki sahaja. Kalau nak guna tandas, memang kena pergi stesen minyak.

Datuk Red mengakui dirinya kini berada dalam fasa berjimat cermat dan masih berusaha bangkit secara perlahan-lahan untuk melangsaikan hutangnya yang mencecah RM7 juta.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang meluahkan rasa simpati dengan kehidupan Datuk Red. Mereka juga menitipkan doa agar urusan Datuk Red dipermudahkan dan dilimpahkan rezeki.

Sumber: TikTok Dol’s Podcast

The post [VIDEO] Nak Berjimat Cermat, Datuk Red Sewa Bilik Kecil RM250 Sebulan – ‘Kalau Nak Guna Tandas, Kena Pergi Stesen Minyak’ first appeared on OHBULAN!.


Drama Bidaah Berdasarkan Pengalaman Sendiri? PU Syed Gesa Erma Fatima Buat Laporan Polis

$
0
0

Pendakwah bebas, PU Syed menggesa Erma Fatima untuk membuat laporan polis berhubung dakwaan pengarah hebat itu yang mengatakan penghasilan drama Bidaah adalah berdasarkan kisah benar yang dialaminya sendiri.

Artikel Berkaitan: Erma Fatima Kongsi Realiti Kes Sosial, Kesal Ramai Jijik Drama ‘Keluarga Itu’ – ‘Masih Nak Simpan Bawah Karpet?’

Gesa Erma buat laporan polis

Menerusi Instagram (IG), PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak Benyahya berharap laporan polis dibuat supaya tindakan dapat diambil ke atas kumpulan jemaah yang dimaksudkan Erma.

PU Syed turut memuat naik semula rakaman video sesi siaran langsung yang dibuat Erma menerusi hantaran yang sama.

Kepada Kak Erma, saya minta tolong buat laporan polis selepas mengatakan drama Bidaah itu hasil dari pengalaman dirinya sendiri yang pernah mengikuti sebuah kumpulan telah mengamalkan sesuatu yang tak betul serta tok guru meniduri anak murid sendiri.

Saya nak minta tolong sebab Puan Erma yang menyatakan sendiri dan tolong buat laporan polis supaya polis ambil tindakan ke atas kumpulan tersebut yang mana telah memberi idea untuk Puan Erma membuat drama tersebut.

Dakwa dari kisah benar dialaminya

@watieysoong @erma fatima ? original sound – watieysoong

Terdahulu, Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad Ali mendakwa drama Bidaah yang dihasilkan merupakan kisah benar dialaminya sendiri.

Jelas Erma, pada awalnya ajaran yang dibawa oleh kumpulan jemaah itu betul sehinggalah pada satu hari, anak-anak di dalam kumpulan yang menganggapnya seperti ibu sendiri menceritakan sesuatu yang mengejutkan.

Pengarah berusia 56 tahun itu juga dengan tegas mengatakan dirinya sama sekali tidak membuat cerita memandangkan mangsa-mangsa juga berani bersumpah.

Sumber: IG PU Syed, TikTok

The post Drama Bidaah Berdasarkan Pengalaman Sendiri? PU Syed Gesa Erma Fatima Buat Laporan Polis first appeared on OHBULAN!.

[VIDEO] Aliff Syukri Akan Ceramah Anak-Anak, Terap Adab Dalam Diri Sebelum Pergi Beraya – ‘Jangan Complain Rumah Orang’

$
0
0

Usahawan dan pempengaruh terkenal, Datuk Sri Aliff Syukri akan memberikan ‘ceramah’ kepada anak-anaknya setiap kali pergi beraya ke rumah sanak saudara.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shahida Sambut Ulang Tahun Kelahiran Aliff Syukri Secara Sederhana, Siap Pesan – ‘Dah Tua Perangai Elok Sikit’

Akan bagi ceramah sepanjang perjalanan

@borakseeni Macam macam adab yang boleh diterapkan kepada anak anak semasa kita menziarahi rumah terbuka. Saksikan Borak SeeNI secara langsung, Selasa-Jumaat, 11 pagi di Astro Prima dan strim di Astro Go dan sooka juga di aplikasi seeNi! Download aplikasi seeNI sekarang! Bagi sesiapa yang tidak dapat tengok secara live di TV, boleh juga strim di website Gempak untuk mengetahui info-info mengenai Borak SeeNI. #BorakSeeNI #AstroMalaysia #AstroBaharu #AstroGo #AstroPrima #sookaMalaysia #sookaGotAll #Ideaktiv #SeeNI ? original sound – borakseeni

Menerusi program temu bual Borak Seeni, Aliff atau nama sebenarnya Aliff Syukri Kamarzaman memaklumkan dia juga akan menegur kesalahan anak-anaknya supaya dapat menerapkan budi pekerti serta adab sopan dalam diri mereka.

Ini jujur ya, serius dan bukan konten. Kalau nak pergi beraya rumah orang, saya akan berikan ceramah agama terlebih dahulu kepada anak-anak saya.

Misal kata perjalanan itu dua jam, maka selama itulah saya akan beri ceramah.

Contohnya, nak beraya rumah bapa saudara mereka jadi pertama sekali yang akan saya pesan ialah perlu bersalaman dengan semua orang.

Kedua, jangan tegur rumah orang. Kadang-kadang anak saya ini tak biasa dan akan terkeluar dari mulut mereka, ‘Panaslah rumah ini’.

Kalau saya dengar mereka macam itu, saya akan ‘sound’. Ketiga, bila makan tolong angkat pinggan ke dapur dan basuh.

Di akhir perkongsian, Aliff turut menasihati orang ramai menggunakan peluang yang ada untuk menziarahi sanak saudara tanpa melihat kepada harta benda yang dimiliki sebaliknya, berayalah dengan hati yang ikhlas.

Bagi saya perkara yang paling penting ialah keihklasan.

Bila kita pergi ke rumah terbuka yang dianjurkan seseorang, janganlah pula kita sibuk nak tengok barang kemas ke, perabot baru ke lama ke.

Gunakan peluang yang ada itu untuk eratkan hubungan silaturrahim.

Perkongsian tersebut kemudiannya meraih perhatian ramai yang rata-ratanya memuji cara didikan Aliff terhadap anak-anaknya.

Komen netizen

Sumber: TikTok

The post [VIDEO] Aliff Syukri Akan Ceramah Anak-Anak, Terap Adab Dalam Diri Sebelum Pergi Beraya – ‘Jangan Complain Rumah Orang’ first appeared on OHBULAN!.

Karya Bertaraf Antarabangsa, Ini 4 Sebab Kenapa Anda Wajib Tonton ‘Blood Brothers’ Di Pawagam Mulai Hari Ini!

$
0
0

Di sebalik kemeriahan Aidilfitri, syarikat produksi filem terkenal iaitu Skop Productions dengan kerjasama Primeworks Studios, dengan bangganya mempersembahkan sebuah filem aksi yang begitu mendebarkan iaitu ‘Blood Brothers: Bara Naga’.

Artikel Berkaitan: Syafiq Yusof Akui ‘Blood Brothers’ Filem Aksi Paling Susah Dihasilkan, Mahu Bersaing Di Peringkat Antarabangsa

Filem bertaraf antarabangsa

Mendapat arahan dua pengarah berbakat besar iaitu Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra, filem ‘Blood Brothers: Bara Naga’ ini bakal menyajikan aura gelap dunia mafia yang jarang diterokai dalam industri perfileman tempatan buat peminat filem aksi tanah air.

Memang rugi kalau korang lepaskan peluang menonton filem hebat bertaraf antarabangsa ini. Berikut merupakan empat sebab mengapa korang wajib tonton filem ‘Blood Brothers: Bara Naga’.

1. Koreografi Aksi Bertaraf Antarabangsa 

Mendapatkan koreografi daripada pasukan ‘The Defenderz’ dan Abhilash Chandra, proses reka bentuk bagi aksi dalam filem ini memakan masa selama lapan bulan bagi memastikan hasil pertarungan yang unik dapat dilaksanakan dengan lancar oleh barisan pelakon utama.

2. Ledakan Eksplosif

Dirancang dengan sangat teliti, filem ‘Blood Brothers: Bara Naga’ ini menampil tujuh letupan besar yang berhasil memberikan impak dramatik yang begitu hebat.

Bukan sahaja untuk mencipta kesan visual yang mengagumkan malah, setiap letupan yang direka berjaya meningkatkan ketegangan dan emosi dalam cerita sekaligus menjadikan setiap adegan aksi lebih mendalam dan mendebarkan.

3. 13 Jumlah Adegan Aksi Utama

Terdapat 13 adegan aksi utama yang sangat mendebarkan dalam filem ini dengan 15 minit terakhir dipenuhi dengan aksi tanpa henti.

Sepanjang tempoh itu, penonton disajikan dengan ketegangan yang semakin memuncak, memastikan setiap saat penuh dengan adrenalin dan emosi yang membara yang pastinya akan meningkatkan adrenalin penonton.

Keputusan untuk menutup filem dengan aksi yang tidak berhenti ini memberikan impak yang mendalam dan pengalaman menonton semakin mendebarkan hingga ke akhir.

4. Pertarungan di Atas Bumbung

Adegan pertarungan di atas bumbung yang melibatkan Syafiq Kyle berdepan dengan tiga pengawal keselamatan memerlukan 36 kali penggambaran untuk satu sekuens.

Dalam adegan yang penuh aksi ini, Syafiq harus berhadapan dengan tiga lawan serentak, menampilkan kepakaran dan ketangkasan beliau dalam menguasai situasi yang sukar.

Keupayaannya untuk beraksi dengan begitu pantas dan cekap di tengah-tengah ketegangan menunjukkan dedikasi dan komitmen beliau dalam membawa wataknya dengan penuh kredibiliti.

Filem Blood Brothers

Filem ‘Blood Brothers: Bara Naga’ memaparkan perjalanan hidup Ariff (Syafiq Kyle), yang direkrut oleh Ghaz (Sharnaaz Ahmad) untuk berkhidmat di bawah naungan Dato Zul (Wan Hanafi Su), seorang ahli perniagaan berpengaruh yang juga merangkap sebagai ketua Mafia Naga.

Sejak itu, Ariff mengangkat bai’ah setia sebagai pengawal peribadi elit dalam syarikat kawalan keselamatan dipanggil Silent Guard, sekali gus terikat sebagai Blood Brother kepada Ghaz.

Namun, ketika sebuah pengkhianatan dahsyat menggoncang dunia mereka, Ariff tiba-tiba dituduh sebagai pembelot dan dijadikan suspek utama. Dalam keadaan terdesak untuk membersihkan namanya, Ariff terpaksa melarikan diri dan mendapatkan bantuan daripada abang kandungnya yang sudah lama terpisah, Jaki (Syazwan Zulkifly).

Sementara itu, Ghaz diamanatkan untuk memburu dan menangkap Ariff lantas menyerahkannya  kepada pengadilan keluarga Naga yang dahagakan balas dendam.

Mampukah Ariff membuktikan bahawa dirinya tidak bersalah dan mendapatkan kembali kepercayaan Ghaz? Atau adakah nasibnya berakhir dengan kematian di tangan Blood Brother yang dianggap seperti abang kandungnya sendiri?

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada kemeriahan ‘Blood Brothers: Bara Naga’ di 146 pawagam terpilih bermula malam ini. 

The post Karya Bertaraf Antarabangsa, Ini 4 Sebab Kenapa Anda Wajib Tonton ‘Blood Brothers’ Di Pawagam Mulai Hari Ini! first appeared on OHBULAN!.

[VIDEO] ‘Ada Rasa Menyesal, Kalau Tak Setuju Lakukan Pembedahan Mungkin Ayah Masih Ada Lagi’

$
0
0

Pelakon Keith Foo mengakui timbulnya kekesalan dalam diri kerana membenarkan arwah bapanya menjalani pembedahan akibat patah kaki.

Artikel Berkaitan: Keith Foo Semakin Romantis, Ungkap Kata-Kata Cinta Buat Riena Diana

Artikel Berkaitan: Keith Foo & Riena Diana Dah Ada Tarikh Kahwin? – ‘Perancangan Tu Ada, Cuma Kami Tak Nak Terburu-Buru’

‘Tapi memang dah ajal’

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Foo Chuan Chin, 42, meluahkan sekiranya dia tidak bersetuju dengan pembedahan itu kemungkinan bapanya, Foo Kia Suan, 78, masih lagi bernyawa.

Pun begitu, Keith tidak menafikan bahawa semua yang berlaku adalah ketetapan daripada Tuhan.

Sudah tentu ada rasa menyesal sebab kalau tak bersetuju untuk lakukan pembedahan mungkin ayah masih ada lagi.

Perasaan itu lebih kepada rasa serba salah.

Tetapi saya rasa memang dah ajal dia. Kalau bukan sekarang, mungkin nanti.

Dalam pada itu, Keith turut mengakui rasa sunyi selepas beberapa minggu pemergian bapanya yang tercinta.

Jelasnya, dia kerap pulang ke kampung sekiranya tidak mempunyai sebarang penggambaraan di ibu kota.

Rasa sunyi dan rasa kasihan dekat ibu juga sebab dia tinggal seorang saja dekat kampung di Gemas.

Saya kerap balik juga untuk lihat keadaan ibu. Sebelum ini selalu juga balik tetapi kali ini lebih kerap.

Jangkitan kuman

Menceritakan kembali, Keith berkata punca pemergian bapanya kemungkinan didakwa kerana jangkitan kuman pada paru-paru.

Katanya, jangkitan itu didakwa diketahui selepas menjalani pembedahan pada bahagian kaki akibat terjatuh.

Pemergian sangat mengejut. Ayah terjatuh dan saya fikir dia jatuh biasa tetapi kaki tidak boleh bergerak.

Selepas dapat keputusan doktor, kami perlu memutuskan sama ada mahu menjalankan pembedahan atau tidak sebab tulang pinggal patah dan retak.

Selepas seminggu, kami membuat keputusan setuju untuk melakukan pembedahan.

Selepas pembedahan selesai, ayah dapat jangkitan kuman pada paru-paru sebab terlampau lama duduk hospital.

Pada masa itu, ayah memang bergantung hidup dengan tiub dan tidak lama selepas itu tahap oksigen semakin menurun.

Jelas Keith lagi, setiap pilihan mempunyai risiko dan sekiranya memilih untuk tidak menjalani pembedahan, proses penyembuhan akan memakan masa selain badan tidak akan sihat seperti dahulu.

Sebelum ini, media melaporkan bapa Keith meninggal dunia di Gemas, Negeri Sembilan.

The post [VIDEO] ‘Ada Rasa Menyesal, Kalau Tak Setuju Lakukan Pembedahan Mungkin Ayah Masih Ada Lagi’ first appeared on OHBULAN!.

‘Mungkin Intonasi Dia Jadi Timbul Salah Faham..Kru Kabin Dilatih Jaga Kebajikan & Tidaklah Untuk Sakitkan Hati Penumpang’– Zeera Azizi

$
0
0

Pelakon Zeera Azizi memberi pandangannya berhubung insiden yang dilalui aktres, Fasha Sandha membabitkan kru penerbangan, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: Fasha Sandha Terkilan Dipersoal Pramugari Gara-Gara Naik Kelas Ekonomi – ‘Sepanjang Melancong Tak Pernah Ditanya Sebegitu’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fazura Tegur Anak Makan Jangan Berbunyi, Netizen Puji Cara Didikan – ‘Semoga Fatima Membesar Jadi Classy Macam Ibunya’

‘Over friendly pun tak bagus juga’

Ketika ditemui OhBulan!, Zeera atau nama lengkapnya Nurazeera Azizi, 29, berpendapat pramugari tersebut berkemungkinan berniat baik memuji Fasha kerana menaiki pesawat kelas ekonomi meskipun dirinya merupakan seorang pelakon terkenal.

Tetapi mungkin intonasi suara yang digunakan oleh pramugari tersebut tidak sesuai sehingga mencetuskan salah faham.

Bagi saya apa yang pramugari itu cakap memang tidak bagus.

Tapi kita tak tahu dia punya niat, mungkin dia nak puji artis naik kelas ekonomi.

Mungkin cara percakapan dan intonasi digunakan membuatkan timbul salah faham pramugari itu mahu menyindir.

Zeera berkata demikian ketika ditemui pada tayangan perdana drama First Wives di TGV KLCC pada malam Rabu.

Dalam pada itu, Zeera yang mempunyai hampir 10 tahun pengalaman sebagai pramugari berkata bahawa setiap kru penerbangan telah dilatih untuk melayani penumpang dengan baik dan mesra.

Kru kabin memang dilatih untuk jadi ‘friendly’, jaga kebajikan dan tidaklah untuk sakitkan hati penumpang.

Kadang-kadang niat kita nak jadi ‘friendly’ tapi ‘over friendly’ pun tak bagus juga.

Kita pula bekerja kenalah ikhlas.

Oleh hal demikian, Zeera menasihati setiap pramugari agar menjaga percakapan supaya tidak berlakunya perselisihan faham dengan penumpang.

Nasihat saya, sebelum bercakap sesuatu tu kena berfikir dulu sama ada perkataan kita itu akan buat seseorang terasa hati atau sebaliknya.

Dalam perkembangan lain, Zeera bakal tampil dengan drama terbaharu lakonannya berjudul First Wives.

Selain Zeera, pelakon lain yang turut membintangi drama tersebut ialah Mimi Lana Melissa Campbell, Malek Mccrone, Charles Robert, dan Andy Teh.

First Wives yang mempunyai lapan episod itu akan mula ditayangkan pada 11 April ini menerusi platfrom penstriman On Demand, Astro GO dan sooka.

The post ‘Mungkin Intonasi Dia Jadi Timbul Salah Faham..Kru Kabin Dilatih Jaga Kebajikan & Tidaklah Untuk Sakitkan Hati Penumpang’ – Zeera Azizi first appeared on OHBULAN!.

[VIDEO] Syed Saddiq Sentiasa Bawa Kipas Dalam Beg –‘Mengikuti Bella Semasa Shooting..’

$
0
0

Gerak geri ahli politik, Syed Saddiq kini kian menjadi perhatian ramai selepas menjalinkan hubungan baik bersama pelakon dan penyanyi Bella Astillah.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syed Saddiq Kenal Seseorang Suka Warna Putih, Netizen Teka Bella Astillah – ‘YB Sentiasa Ingat Dia’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syed Saddiq Risau Bella Astillah Tak Cukup Tidur – ‘Kenapa Shooting Habis Pukul 1 Pagi? Saya Perlu Bercakap Dengan Pengarah Awak’

Sadiq bawa kipas

@_xzimxh

Siapa yang tak sihat? Boleh dapatkan vitamin disini ? #YBSS #BB #syedsaddiq #bellaastillah #sweetcouple #lovestory #viral #hottrend #MUAR #jalantegak #bukuYB #karangkrafmall

? Keliru – IMRAN JAAFAR

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Saddiq atau nama lengkapnya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilihat sedang mengeluarkan sebuah kipas tangan elektronik daripada begnya.

Paling menarik perhatian apabila Saddiq berkata dia mula membawa kipas selepas mengikuti Bella ke sesi penggambaran.

Mengikuti Bella semasa shooting saya bawa kipas..dan dalam beg ini bukan hanya sekadar ada kipas.

Dalam pada itu, Saddiq memaklumkan dia sering membawa beg tersebut sebagai salah satu cara untuk bersenam.

Saya sengaja beratkan beg ini untuk jadikan ia sebagai workout.

Saya jalan dekat parlimen ada juga orang ketawakan saya.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berkata, Saddiq akan sentiasa mengingati Bella walau kemana sahaja beliau berada dan mereka juga senang melihat kemesraan pasangan itu.

Sekadar info, Bella dan Saddiq sebelum ini berkerjasama bersama bagi menjayakan promosi sebuah jenama pakaian tempatan.

Ahli politik berasal dari Johor itu juga pernah muncul di dalam video muzik Bella yang berjudul Tapi Bukan Denganmu.

Bagaimanapun, sehingga kini kedua-duanya masih belum membuka mulut berhubung status sebenar hubungan mereka sebaliknya hanya meminta orang ramai mendoakan yang terbaik.

Sumber: TikTok

The post [VIDEO] Syed Saddiq Sentiasa Bawa Kipas Dalam Beg – ‘Mengikuti Bella Semasa Shooting..’ first appeared on OHBULAN!.

[VIDEO] Atikah Suhaime & Anak Dapat Barang Kemas Daripada Ibu Mentua, Netizen Rasa Terharu –‘Susah Nak Dapat Keluarga Yang Boleh Terima Kita’

$
0
0

Pelakon Datin Atikah Suhaime yang baru sahaja melahirkan cahaya mata pertama telah menerima kejutan daripada ibu mentuanya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Atikah Suhaime Terima Kejutan Hari Lahir Daripada Keluarga Mentua Bikin Netizen Sebak – ‘Bahagia Tengok Dia Dilayan Macam Puteri’

Artikel Berkaitan: Netizen Sakit Mata Tengok Makan Bayam, Atikah Suhaime Bersuara – ‘Sebab Itu Saya Malas Dah Nak Buat Mukbang’

Hadiah untuk ibu dan anak

@__norainibasre88__

#atikahsuhaime #binafshasweet #norainibasre #norainibasreshop #norainibasreteam #artismalaysia

? bunyi asal – Noraini Basre – Noraini Basre

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan Atikah atau nama lengkapnya Nur Atikah Mohd Suhaime sedang mendukung anaknya, kemudian ibu mentuanya datang dari arah belakang lalu menyarungkan seutas rantai emas.

Bukan itu sahaja, ibu mentua aktres berusia 34 tahun itu juga turut menghadiahkan cucunya gelang emas.

Atikah beruntung

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan pelakon drama Cinta Tiada Ganti itu sebagai menantu yang beruntung kerana disayangi oleh keluarga mentua.

Atikah sangat bertuah, walaupun keluarga jauh di Singapura dan duduk dengan mentua tapi dia tak pernah rasa tersisih.

Ini baru betul, selalu orang fokus bagi hadiah dekat baby tapi kesian ibu-ibu yang bertarung nyawa.

Dia menantu yang baik, jadi dia dapat pun mentua yang baik.

Susah nak dapat keluarga yang betul-betul boleh terima kita.

Pada 8 Mac lalu, Atikah berkongsi berita gembira dengan mengumumkan sudah selamat melahirkan puteri sulung yang diberi nama Lyla Mulan Teh.

Imbas kembali, Atikah mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Datuk Lokman Teh pada 21 Januari tahun lalu.

Sumber: TikTok

The post [VIDEO] Atikah Suhaime & Anak Dapat Barang Kemas Daripada Ibu Mentua, Netizen Rasa Terharu – ‘Susah Nak Dapat Keluarga Yang Boleh Terima Kita’ first appeared on OHBULAN!.


Mimi Lana & Syafiq Kyle Tak Kongkong Karier Masing-Masing Lepas Nikah –‘Tak Ada Syarat, Tapi Kena Ada Common Sense’

$
0
0

Pelakon Mimi Lana mendedahkan bahawa dia dan suami, Syafiq Kyle tidak meletakkan sebarang syarat terhadap kerjaya mereka sebagai pelakon meskipun selepas mendirikan rumah tangga.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syafiq Kyle Teruja Beraya Dengan Keluarga Besar Mimi Lana – ‘Saya Rasa Yang Manis Apabila Balik Kampung Berdua’

Artikel Berkaitan: Syafiq Kyle Gembira Orang Ramai Jadikan Contoh Berdoa Depan Kabaah Minta Jodoh – ‘Saya Berkongsi Meraikan Kebesaran Allah’

‘Kami tak meletakkan sebarang syarat’

Ketika ditemui OhBulan!, Mimi berkata hubungannya dengan Syafiq yang telah lama terjalin sebelum ini membuatkan mereka lebih memahami antara satu sama lain dan tidak memerlukan peraturan khusus dalam hal berkaitan kerjaya.

Kami tiada meletakkan sebarang syarat kerana kami sudah berkenalan agak lama. Namun, kita perlu ada common sense.

Sebagai manusia, kita boleh fikir sendiri apa yang boleh dan tak boleh dibuat. Mana yang baik dan mana yang buruk.

Saya dan Syafiq sudah ada perbincangan itu sejak sebelum berkahwin lagi. Jadi, tiada sebarang masalah.

Mimi berkata demikian ketika ditemui pada tayangan perdana drama First Wives di TGV KLCC pada malam Rabu.

Apabila ditanya mengenai pembahagian masa sebagai seorang isteri dan pelakon, Mimi berkata buat masa ini dia tidak berdepan dengan sebarang masalah berhubung perkara terbabit,

Tentang bahagi masa, setakat ini Alhamdulillah. Lagipun perkahwinan saya dan Syafiq masih baharu dan tak sampai dua pun lagi, tapi buat masa sekarang tak ada masalah.

Saya pun belum masuk set penggambaran lagi. Doakan saya mudah-mudahan semua okay.

Dalam perkembangan lain, Mimi bakal tampil dengan drama terbaharu lakonannya berjudul First Wives. Selain Mimi, pelakon lain yang turut membintangi drama tersebut ialah Zeera Azizi, Melissa Campbell, Malek Mccrone, Charles Robert, dan Andy Teh.

First Wives yang mempunyai lapan episod itu akan mula ditayangkan pada 11 April ini menerusi platfrom penstriman On Demand, Astro GO dan sooka.

The post Mimi Lana & Syafiq Kyle Tak Kongkong Karier Masing-Masing Lepas Nikah – ‘Tak Ada Syarat, Tapi Kena Ada Common Sense’ first appeared on OHBULAN!.

Nadiya Nisaa Pilih Fokus Pada Keluarga & Bisnes, Bakal Berehat Pada Akhir Bulan Julai

$
0
0

Pelakon Nadiya Nissa akui tertekan apabila penonton meletakkan harapan tinggi padanya untuk menjayakan sesebuah watak yang diamanahkan.

Artikel Berkaitan: ‘Setiap Pelakon Ada Cabaran Menghidupkan Watak, Hujung Pangkal Ia Terletak Kepada Niat’ – Nadiya Nisaa

Artikel Berkaitan: Nadiya Nisaa ‘Starstrucked’ Bergandingan Dengan Hisyam Hamid – ‘Dia Kacak Sangat’

Persiapan berlakon

Ketika ditemui OhBulan!, Nadiya atau Nadiyatul Nisaa Kamaruddin, 40, berkata, usaha dalam menjayakan watak untuk sebuah drama adalah sukar jika tiada persediaan.

Tambahnya, ‘chemistry’ antara pelakon dan pengarah juga penting.

Sangat pressure bila orang ada high expectations.

Tapi semua itu awal-awal saja. Bila kita tak buat persediaan, pressure itu akan rasa.

Chemistry antara pelakon penting, sama dengan pengarah.

Saya rasa sangat penting untuk jaga hubungan dengan pengarah.

Nadiya berkata demikian ketika ditemui di Balai Berita, Bangsar pada Selasa.

Rehat berlakon

Berkongsi lebih lanjut, Nadiya memaklumkan bahawa dirinya bakal berehat panjang daripada menerima tawaran berlakon.

Menurut aktres berusia 40 tahun itu, dia ingin fokus pada keluarga dan perniagan miliknya.

Untuk drama yang saya sedang kerja sekarang pun ambil masa selama tiga bulan.

Drama memerlukan komitmen yang lama. Jadi, mungkin lepas ini saya akan berehat.

Saya rasa adil untuk saya berehat panjang.

Dalam pada itu, Nadiya menjangkakan dia bakal berehat pada akhir bulan Julai setelah komitmen kerja diselesaikan.

The post Nadiya Nisaa Pilih Fokus Pada Keluarga & Bisnes, Bakal Berehat Pada Akhir Bulan Julai first appeared on OHBULAN!.

Syamimia Dalam Proses Berhijab – ‘Saya Mahu Mengambil Masa Sendiri …’

$
0
0

Syamimia

Pempengaruh media sosial, Syamimia mengakui ada memasang niat untuk bertudung.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syamimia Bagi ‘Rating’ Pada Komen Toksik Netizen, Ada Yang Dapat 9 Markah! – ‘Dia Kata Saya Ada Penjilat’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syamimia Beli Peti Ais SMEG ‘Ori’ Selepas Menabung Dua Tahun, Netizen ‘Lawan’ Teka Harga

Bertudung

Syamimia

Walau bagaimanapun, kata Syamimia, 29, dia masih mengumpul kekuatan dan menunggu masa yang tepat untuk ke fasa tersebut.

Saya ke arah bertudung, saya dalam proses mahu memakai tudung.

Saya hanya mahu mengambil masa sendiri untuk ke arah tersebut. Saya sudah lama fikir untuk bertudung.

Macam saya nampak ada satu jalan lurus di hadapan, sepanjang jalan itu saya sudah pakai tudung dan qada (ganti) segala solat.

Saya mahu penuhkan sepanjang jalan itu dengan amal ibadah.

Syamimia berkongsi perkara tersebut ketika melakukan sesi siaran langsung di TikTok, baru-baru ini.

Malas fikir perkara remeh

Syamimia

Dalam pada itu, Syamimia turut memberitahu di usianya sekarang, dia enggan memikirkan perkara yang tidak mendatangkan faedah kepada dirinya. Sebaliknya, mahu fokus dengan kehidupan dan keluaraga.

Saya sahaja tahu bagaimana diri saya, kita akan dipertanggungjawabkan dengan setiap tindakan kita.

Apa yang orang buat, saya malas mahu fikir. Saya ada keluarga yang perlu dijaga.

Saya sudah 29 tahun, jadi perkara remeh saya malas nak ambil tahu. Justeru tidak rugi jika berbuat baik.

Sumber: TikTok

The post Syamimia Dalam Proses Berhijab – ‘Saya Mahu Mengambil Masa Sendiri …’ first appeared on OHBULAN!.

‘Selepas Kehilangan Bapa, Saya Malas Nak Sambut Raya’ – Muaz Mohamed Dah Tiga Tahun Tak Balik Kampung

$
0
0

Muaz Mohamed

Kehilangan tiga insan tersayang yang begitu rapat membuatkan sambutan hari raya penyampai radio, Muaz Mohamed seperti sudah hilang seri dan tidak lagi meriah seperti dahulu.

Artikel Berkaitan: Hot FM Masih Kekalkan Kedudukan Sebagai Stesen Radio No.1 Di Malaysia, Hampir 4 Juta Pendengar Mingguan!

Artikel Berkaitan: Meriah! Rumah Terbuka Hot FM Buletin FM Rai Pendengar Setia & Anak-Anak Yatim

Hilang tiga insan tersayang

Muaz Mohamed

Muaz berkata, setiap kali menjelang Aidilfitri, dia sentiasa diselubungi perasaan sedih dan emosinya akan terjentik apabila mengenang tiga figura tersebut.

Kenapa raya kali ini tidak sama seperti raya dahulu? Selepas kehilangan bapa, saya ada rasa sudah malas dah nak sambut raya.

Saya kehilangan ayah, pak cik dan saudara. Tiga individu ini antara orang sangat rapat setiap kali pulang ke kampung di Pontian, Johor.

Bukan bermaksud raya sudah tiada makna, mak saya masih hidup. Cuma setiap kali raya saya ingin lari dari kesedihan itu. Dalam dua tahun, saya kehilangan tiga insan tersayang.

Muaz berkongsi perkara itu menerusi hantaran video yang dimuat naik di TikTok Kool FM.

Rumah pusaka

Muaz Mohamed

Dalam pada itu, Muaz berkata, setiap kali pulang ke kampung halaman di Pontian, Johor, dia akan terasa seperti tiga figura itu masih ada bersamanya.

Ada satu rumah pusaka yang ditinggalkan di Pontian, sebenarnya sudah tiga tahun saya tak balik sana. Setiap sudut dalam rumah itu ada wajah mereka bertiga.

Kalau saya balik Pontian, ibarat mengenang mereka, terasa ada kelibat mereka. Paling saya ingat di tangga rumah tersebut, kerana selalu bergambar di situ.

Hilangnya generasi terdahulu dan datangnya generasi terbaharu adalah untuk mewarnai keluarga.

Arwah ayah seorang yang positif, dia suka senyum. Kalau balik kampung saudara-mara akan kata saya mewarisi arwah. Saudara kata perangai kami sama.

Sumber: TikTok

The post ‘Selepas Kehilangan Bapa, Saya Malas Nak Sambut Raya’ – Muaz Mohamed Dah Tiga Tahun Tak Balik Kampung first appeared on OHBULAN!.

Ikmal Amry Sertai Celebrity Fight Boxing & Hyrox Di Bangkok – ‘Saya Janji Tidak Akan Malukan Diri Sendiri’

$
0
0

Pelakon Ikmal Amry tidak menjadikan status seorang suami dan ayah menghalang minatnya terhadap aktiviti lasak yang mencabar diri.

Artikel Berkaitan: Ikmal Amry Tak Menyesal Kahwin Muda, Alam Rumah Tangga Banyak Ajar Erti Kehidupan – ‘Ketika Itu Nama Sedang Di Puncak’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ikmal Amry Tak Mahu Masyarakat Hanya Kenal Sebagai Pelakon Romeo Romantik

Aktif bina badan

Ketika ditemui OhBulan!, Ikmal atau nama lengkapnya Mohd Zulikmal Amry Ghazali, 30, mendedahkan dia bakal bertarung dengan sahabatnya yang juga seorang pelakon iaitu Hun Haqeem pada bulan Mei bagi acara Celebrity Fight Boxing.

Selain itu, aktor berwajah tampan ini juga bakal menyertai acara Hyrox yang dijalankan di Bangkok.

Menurutnya, aktiviti sesama rakan selebriti ini dapat mengembangkan bakat dalam seni mempertahankan diri.

Saya rasa aktiviti ini patutnya dah lama dah kita buat.

Ramai orang yang berminat untuk tunjuk bakat dalam seni mempertahankan diri.

Program seperti ini membuka ruang untuk anak muda ke depan.

Saya masuk pun bukan sebab nak ke arah profesional cuma saya suka cabar diri saya.

Ikmal berkata demikian ketika ditemui di Balai Berita, Bangsar pada Selasa.

Dalam pada itu, Ikmal meluahkan rasa syukur dengan sokongan daripada isteri untuk menyertai acara yang berisiko itu.

Kalau takut nak cedera, jangan masuk.

Saya dah ready semua ini.

Saya suka cabar diri saya.

The post Ikmal Amry Sertai Celebrity Fight Boxing & Hyrox Di Bangkok – ‘Saya Janji Tidak Akan Malukan Diri Sendiri’ first appeared on OHBULAN!.

[VIDEO] Farra Inalis Tuju ‘Soalan Cemas’ Pada Caprice, Netizen Setuju Jawapan Lelaki Semua Sama

$
0
0

Hantaran isteri kepada pempengaruh dan penyanyi rap Caprice iaitu Farra Inalis meraih perhatian netizen apabila soalannya berkenaan wanita lain.

Artikel Berkaitan: Farra Inalis Tidak Boleh Tidur, Terkesan Dengan Berita Anak Ayu Raudhah – ’10 Kali Bangun Check Nafas Anak’

Artikel Berkaitan: Isteri Caprice Tak Upah Pembantu Rumah, Lebih Selesa Jaga Anak Sendiri – ‘Walaupun Penat Tapi Puas Hati’

Amelia Henderson cantik sebab mix?

@farra_inalisMasalahnya ameliath memang cantik , mcammna laki aku nak kata tak ???? original sound – FARRA INALIS

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Farra dilihat menujukan ‘soalan cemas’ kepada Caprice tentang kecantikan pelakon Amelia Henderson.

Menurut Caprice, Amelia atau nama lengkap Amelia Thripura Henderson cantik kerana memiliki darah kacukan.

Dalam pada itu, Farra berseloroh untuk tidak mempercayai kata-kata manis daripada para suami.

Pendek kata, lelaki memang tidak boleh dipercayai.

Kalau dia cakap kau yang paling cantik dekat mata dia, jangan percaya.

Contoh macam Caprice, depan muka aku dia cakap perempuan lain cantik.

Bagaimanapun, isteri kepada pempengaruh berusia 36 tahun itu akui kecantikan yang dimiliki Amelia Henderson.

Dua-dua lawa

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen akui jawapan yang sama diterima daripada pasangan masing-masing. Selain itu, warganet turut memuji kecantikan Farra yang tidak perlu dibandingkan dengan mana-mana wanita lain.

Sumber: TikTok @FarraInalis

The post [VIDEO] Farra Inalis Tuju ‘Soalan Cemas’ Pada Caprice, Netizen Setuju Jawapan Lelaki Semua Sama first appeared on OHBULAN!.

Bekas Rakan Niaga Dakwa Zahnita Wilson ‘Kaki Putar’, Simpati Dengan Nasib Anak & Suami –‘Tolong Sedar Sebelum Hilang Anak-Anak’

$
0
0

Individu yang mendakwa sebagai bekas rakan niaga kepada pelakon dan model terkenal, Zahnita Wilson mendedahkan mengenai kisah rumah tangga aktres berusia 39 tahun itu.

Artikel Berkaitan: Zahnita Wilson Ungkap Kisah Sedih Dengan Tiga Perkataan – ‘Cinta & Kehidupan’

Artikel Berkaitan: Zahnita Wilson Dedah Mata Lebam Sebab Dipukul Suami, Sudah Jadi Mangsa Keganasan Rumah Tangga Selama 20 Tahun

‘Dulu saya naif sebab percaya dia’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Hanisah (@neysahz)

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), wanita yang dikenali sebagai Neysahz itu mendakwa dirinya orang yang terawal membantu Zahnita dari segi kewangan untuk keluar dari rumah tangganya yang didakwa telah dianiaya.

Dakwanya, lama-kelamaan sisi Zahnita dapat dilihat apabila dia sering kali memutar belit cerita.

Saya tak berminat nak masuk campur masalah rumah tangga orang.

Tapi untuk kes ini saya terpaksa bersuara.

Ya, dulu saya naif sebab percaya cerita dia.

Lepas kerjasama dengan Zahnita selama dari bulan Ogos 2024 hingga Februari 2025, banyak perihal diri dia yang selalu twist sampai saya dan rakan-rakan pun pening.

Tambah Neysahz, dia tidak menyesal dengan tindakannya dan bersedia untuk menerima surat saman daripada Zahnita.

Sedarlah sebelum terlambat

Berkongsi lebih lanjut, individu terbabit mendakwa pernah memujuk Zahnita untuk mendapatkan rawatan untuk keadaan mentalnya.

Selain itu, dia juga meluahkan rasa simpati terhadap nasib anak-anak, suami dan ibu mertua pengasas perniagaan pai atas segala yang terjadi.

Tak pernah sekali dia mempertahankan anak sulungnya ketika ditohmah satu dunia kerana mempertahankan ayahnya.

Suami Zahnita dah kerugian berpuluh ribu, anak-anak menanggung malu, dan penat mental.

Perniagaan dia pun dah jatuh disebabkan egonya sendiri.

Pada akhir perkongsian, individu tersebut berharap agar Zahnita menyedari kesilapannya sebelum dia kehilangan anak-anak disebabkan ego sendiri.

Sumber: Instagram @neysahz

The post Bekas Rakan Niaga Dakwa Zahnita Wilson ‘Kaki Putar’, Simpati Dengan Nasib Anak & Suami – ‘Tolong Sedar Sebelum Hilang Anak-Anak’ first appeared on OHBULAN!.


Irfan Haris Cerita Momen Fattah Amin Datang Beraya Ke Rumah, Ibu Masak Sambal Udang Lauk Kegemaran ‘Abang Long’

$
0
0

Amira Othman

Penyanyi, Irfan Haris berkongsi cerita ketika pelakon dan penyanyi, Fattah Amin datang beraya ke kediamannya yang terletak di Johor, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Baju Sedondon & Mini Love! Fattah Tak Lepas Pandang Amira Bikin Netizen Tak Keruan! – ‘Ini Bukan Velocity Tapi Velocinta’

Artikel Berkaitan: ‘Saya Rasa Seronok Bila Baca Komen Baik-Baik Termasuk Komen TokTi..’ – Fattah Amin

Fattah beraya rumah Amira

Amira Othman

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Irfan memberitahu, ketika Fattah datang beraya ke rumahnya, ibunya telah menyediakan makanan kegemaran aktor tersebut iaitu sambal udang.

Ada satu hari mama saya masak, saya lihat mama masak sambal udang dalam kuantiti yang banyak.

Selalu kebiasaanya kalau raya mama akan masak lauk raya macam rendang dan sebagainya, tapi kali ini sambal udang.

Saya tanya ada orang nak datang beraya ke? Dia jawab abang long (panggilan Fattah) nak datang beraya. Saya terus teruja.

Sebelum ini, ibu kepada Fattah iaitu  Azizah Abdul Ghani pernah memberitahu lauk kegemaran anaknya adalah sambal udang.

Sedondon berbaju kelabu

Dalam pada itu, Irfan turut memberitahu bahawa kakaknya yang juga penyanyi Amira Othman meminta mereka sekeluarga untuk memakai baju sedondon berwarna kelabu bagi menyambut kedatangan Fattah.

Masa saya tengah bersiap, kak Ya (panggilan Amira) ketuk pintu bilik cakap semua kena pakai baju warna ‘grey’. Saya dah gelabah sebab tak jumpa baju warna itu.

Saya geledah punya geledah akhirnya jumpa. Dan apabila saya turun ke lantai bawah, saya nampak abang long pun pakai kelabu.

Satu keluarga saya pakai kelabu termasuk mama, ayah dan abang-abang saya. Apabila dah pakai sedondon itu yang kami buat konten menari ‘velocity’.

Tarian ‘velocity’ tu pun kak Ya yang ajar abang long. Saya cakap ‘korang ambila jela bumi ini’. Bila post ramai suka dan cakap ‘velocinta’.

Sumber: TikTok

The post Irfan Haris Cerita Momen Fattah Amin Datang Beraya Ke Rumah, Ibu Masak Sambal Udang Lauk Kegemaran ‘Abang Long’ first appeared on OHBULAN!.

Pablo Amirul Bercinta Dengan Dr Estetik Sabah – ‘Ya Allah Terima Kasih Untuk Bidadari Syurga Ini’

$
0
0

Pablo Amirul

Perkongsian di Insagram milik pelakon, Pablo Amirul mencuri perhatian apabila dia memuat naik gambar serta video bersama seorang pakar estetik Sabah, Dr Hana Rose.

Artikel Berkaitan: Hana Rose Dakwa Pemain Bola Sepak Dah Ambil Barang & Lari Rumah -‘Jumpa Di Mahkamah’

Artikel Berkaitan: Pablo Amirul Mahu Fokus Ibadah Selepas Mengaku Terlibat Dengan Ajaran Sesat – ‘Perubahan Itu Penting, Tapi Jangan Lari Landasan’

Bercinta?

Pablo Amirul

Menerusi sebuah hantaran, Pablo mengakui gembira mengenali wanita itu dan menyifatkan sebagai bidadari.

Ya Allah Ya Tuhanku, untuk semua kegembiraan yang kau berikan padaku. Hanya aku mohon rahmat dan restu dariMu. Terima kasih untuk bidadari dari syurga ini, aku cinta.

Sementara itu, wanita tersebut juga dilihat berkongsi momen romantis mereka ketika keluar meluangkan masa bersama-sama.

Aktor berusia 40 itu dan Hana Rose dilihat terbuka berkongsi momen romantis mereka dalam media sosial masing-masing.

Sementara itu, menerusi sebuah laporan media, Hana Rose mengesahkan mereka sedang bercinta dan mempunyai hubungan istimewa dengan Pablo.

Jelasnya, dia mengambil masa hampir dua tahun untuk menyembuhkan daripada hubungan terdahulu sebelum terbuka hati untuk bercinta semula.

Menjengah ke ruangan komen, netizen mendoakan yang terbaik untuk hubungan mereka.

Sebelum ini, nama Hana Rose menjadi bualan hangat apabila dia mendakwa telah dipukul oleh kekasihnya yang juga pemain bola sepak terkenal.

Menerusi pendedahan yang dibuat, wanita itu turut memuat naik gambar kecederaan dan kesan lebam yang dialami pada anggota badannya.

Sumber: Instagram

The post Pablo Amirul Bercinta Dengan Dr Estetik Sabah – ‘Ya Allah Terima Kasih Untuk Bidadari Syurga Ini’ first appeared on OHBULAN!.

[VIDEO] Imran Aqil Berang Dengan Individu Kurang Ajar, Tiada ‘Common Sense’ Dalam Wayang – ‘Dia Siap Meluc*h & Suruh Saya Duduk Perpustakaan’

$
0
0

Pelakon dan pengacara, Imran Aqil berkongsi pengalaman berdepan dengan individu yang kurang ajar semasa menonton tayangan filem Blood Brothers: Bara Naga.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Imran Aqil Sahkan Dahlia Hamil, Tak Alami Alahan Teruk – ‘Takut Juga Kalau Dia Tak Boleh Bau Suami’

Artikel Berkaitan: Imran Aqil Bangga Isteri Berjaya Tamatkan Pengajian, Netizen Komen ‘Beauty With Brain!’

Common sense

@imjeebsterPSA, common sense itu penting ya teman2? original sound – iJeebster

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Imran atau nama lengkapnya Muhammad Imran Aqil Mohd Salehuddin meluahkan rasa berang apabila teguran yang dibuat untuk individu terbabit dibalas dengan sindiran.

Tegas Imran, ‘common sense’ sangat penting diamalkan dalam diri terutama apabila berada di tempat awam.

Aku rasa kita ini kurang common sense sebab ada benda terjadi dekat diri aku semalam.

Aku bawak keluarga mentua tengok Blood Brothers dekat wayang.

Tempat duduk belakang aku ada sekumpulan lelaki.

Aku ambil inisiatif untuk tegur individu itu. Aku tak kisah bising, tapi dia dah mengganggu.

Bila tegur, cara dia jawab macam memerli.

Tambah Imran, individu itu juga bergurau secara melucah pada satu babak yang ditayangkan sehingga membuatkan keluarga mentuanya kurang selesa.

Jaga adab

Difahamkan, individu terbabit berjumpa dengan bekas peserta program Hero Remaja itu setelah tayangan tamat dan menyuruhnya untuk duduk di perpustakaan jika mahukan persekitaran yang tidak bising.

Aku keluar slow-slow sebab malas nak terserempak dengan individu itu.

Dia mungkin segan sebab aku tegur dia depan kawan-kawan.

Rupanya, individu itu juga datang ke arah aku.

Dia suruh aku pergi perpustakaan kalau nak keadaan senyap.

Bagaimanapun, Imran memaklumkan bahawa dua orang daripada sekumpulan lelaki itu memohon maaf bagi pihak individu tersebut.

Pada akhir perkongsian, Imran menitip pesanan agar menerapkan adab di tempat awam agar tidak menganggu ketenteraman orang lain.

Sumber: TikTok @iJeebster

The post [VIDEO] Imran Aqil Berang Dengan Individu Kurang Ajar, Tiada ‘Common Sense’ Dalam Wayang – ‘Dia Siap Meluc*h & Suruh Saya Duduk Perpustakaan’ first appeared on OHBULAN!.

Suami Zehra Zambri Enggan Lafaz Cerai Bersebab, Masih Tinggal Serumah Sebagai Ibu Bapa – ‘Tanyalah Dia Anak Tidur Dengan Siapa?’

$
0
0

Zehra Zambri

Meskipun didakwa menjadi mangsa keganasan rumah tangga, suami kepada Zehra Zambri, Nur Mohd Iqwan Samsudin bagaimanapun mempunyai alasan mengapa tidak mahu menceraikan penyanyi itu.

Artikel Berkaitan: Suami Dakwa Dipukul Zehra Zambri Sebanyak 4 Kali Sepanjang Perkahwinan – ‘Paling Latest Masa Separuh Akhir GV11’

Artikel Berkaitan: ‘Saya Dah Letih, Langkah Terbaik Diam’ – Zehra Zambri Tak Mahu Bincang Luar Mahkamah, Minta Segera Dilepaskan

Tuntutan cerai tak terperinci

Menurut Iqwan, salah satu faktor dia tidak bersetuju untuk berpisah adalah disebabkan Zehra tidak memberi alasan terperinci berhubung alasan tuntutan perceraian yang difailkan pada 7 Mac lalu.

Iqwan berkata, terdapat beberapa tuntutan yang diberikan Zehra seperti tuduhan dan fitnah terhadapnya.

Mana ada rumah tangga tidak bergolak tetapi kalau cepat ‘koyak’ dan tiada usaha hendak perbaiki, inilah terjadi.

Saya tak nak lepaskan dia selagi alasan itu tidak diperincikan. Permohonan yang dituntut itu sangat longgar. Ini bukan kenyataan permohonan tapi ini adalah satu tuduhan dan fitnah.

Kalau diperincikan secara betul mungkin saya setuju. Saya juga ada sebab untuk buat begini.

Kalau saya setuju untuk cerai seakan saya mengiyakan yang tuduhan dia mengatakan saya ‘abuser’ adalah betul.

Iqwan berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas selesai prosiding pertama kes perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi pada Khamis.

Enggan keluar rumah

Dalam pada itu, Iqwan turut menjelaskan dia enggan keluar dari rumah kelamin mereka kerana ingin melindungi anak dan harta miliknya.

Saya bayar rumah itu selama tiga tahun. Saya mahu lindungi anak, kepentingan saya dan harta. Dia selalu kata banyak luang masa dengan anak sebab dia tiada kerja.

Tanyalah dia anak tidur dengan siapa? Walaupun tiada hubungan kelamin, kami masih menjalankan fungsi sebagai ibu bapa.

Fungsi suami isteri itu sudah tiada, tapi fungsi ibu bapa masih ada, kami tahu tanggungjawab.

Sebelum ini, Iqwan enggan melepaskan Zehra dan mahkamah memutuskan kedua-dua pihak untuk melantik wakil bagi proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Iqwan turut mendakwa dia menjadi mangsa penderaan isterinya dan sudah dipukul sebanyak empat kali sepanjang tiga tahun mereka berkahwin.

Untuk rekod, Zehra mendirikan rumah tangga dengan Iqwan pada 10 November 2021. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Zahiyah Iqleela yang kini berusia dua tahun setengah.

Sebelum itu, Zehra pernah berkahwin dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri pada 14 Oktober 2017, namun ikatan itu hanya bertahan selama enam bulan sebelum bercerai pada April 2018.

Iqwan juga pernah berkahwin dan memiliki dua cahaya mata.

The post Suami Zehra Zambri Enggan Lafaz Cerai Bersebab, Masih Tinggal Serumah Sebagai Ibu Bapa – ‘Tanyalah Dia Anak Tidur Dengan Siapa?’ first appeared on OHBULAN!.

GenKRU Bakal Gegarkan Singapura Pada 28 Jun Ini, Janjikan Eksklusiviti Buat Peminat

$
0
0

KRU is back! Legenda muzik Malaysia yang dianggotai Norman, Yusry dan Edry Abdul Halim bakal mencipta sejarah sekali lagi apabila mereka ‘terbang’ ke Kota Singa untuk menghiburkan peminat setia dalam konsert penuh nostalgia GenKRU Live In Singapore!

GenKRU Live In Singapore

Selepas kejayaan luar biasa Konsert GenKRU di Axiata Arena Bukit Jalil yang mencipta fenomena hingga terpaksa ditambah ke tiga hari, kini giliran peminat di Singapura pula untuk merasai kehangatan dan kehebatan persembahan trio lagenda ini.

Konsert GenKRU Live In Singapore akan berlangsung pada 28 Jun 2025 di The Star Theatre daan battle tiket bakal dijual secara berperingkat bermula 14 April 2025 (Isnin) jam 11 pagi.

Sementara pengasas dan pemilik ICON Entertainment iaitu Iman Tang meluahkan rasa terharu dan bangga kerana impian GenKRU ke Singapura akhirnya terlaksana.

Tanpa banyak pertimbangan KRU sekali lagi menerima lamaran ICON Entertainment apabila kami beritahu GenKRU akan bikin heboh Singapura pula.

Hal ini kerana kami percaya peminat di Singapura juga perlu disantuni dan diberi eksklusiviti di negara mereka sendiri dengan momen terbaik menerusi GenKRU Live In Singapore pada 26 JUN ini.

Menurut Edry, KRU tidak ragu-ragu menerima tawaran untuk mengadakan konsert di Kota Singa kerana mahu menghargai sokongan peminat yang tidak pernah pudar.

Bagi KRU sendiri, mereka tidak menyangka keputusan untuk kembali melakukan konsert telah membuatkan KRU menjadi ‘Terhangat Di Pasaran’.

KRU harus katakan setuju untuk GenKRU Live In Singapore sebagai tanda aprisiasi terhadap peminat kami di sini yang memberi sokongan sejak dahulu sehingga kini.

Harga tiket adalah seperti berikut: SGD $ 208 (The Way We Jam), SGD $218 (Mengerti), SGD $ 228 (Awas), SGD $ 288 (Ohh! La! La!)
dan SGD $ 328 (Fanatik).

Tiket boleh dibeli DI SISTIC, bermula 14 April jam 11 pagi.

  • GenKRU Live In Singapore
  • 28 Jun 2025 (Sabtu)
  • 8pm
  • The Star Theatre, Singapore

The post GenKRU Bakal Gegarkan Singapura Pada 28 Jun Ini, Janjikan Eksklusiviti Buat Peminat first appeared on OHBULAN!.

Viewing all 35070 articles
Browse latest View live