Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all 37150 articles
Browse latest View live

‘Hot Daddy, Ganteng!’– Bront Palarae Kini Jadi Sebutan & Kegilaan Gadis Indonesia

$
0
0

Pernah dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Skrin 14 dan Festival Filem Malaysia ke 23, pelakon Bront Palarae diakui mempunyai aura serta bakat lakonan yang sangat baik. Antara filem lakonannya yang menjadi kegemaran ramai ialah Belukar, Terbaik Dari Langit, Ola Bola dan banyak lagi.

Bront juga telah melebarkan sayapnya sehingga ke layar Indonesia apabila menjadi salah seorang tunjang utama filem Pengabdi Setan. Di twitter, nama Bront menjadi sebutan gadis-gadis di Indonesia kerana memiliki rupa paras yang kacak dan tubuh yang sasa.

Membawa watak ‘Bapak’ dalam Pengabdi Setan

Menurut laporan portal CNN Indonesia, penulis skrip filem ini pada awalnya meminta bantuan Bront untuk mencari seorang pelakon yang boleh membawa watak seperti yang diinginkannya. Oleh kerana masih gagal mencari yang sesuai, Bront ditawarkan melakonkan watak tersebut.

Ternyata, Bront berjaya membuktikan kebolehannya sehingga menjadi kegilaan gadis Indonesia.

‘Hot daddy, ganteng’

Wah, syabas kami ucapkan kepada Bront Palarae diatas kejayaannya untuk filem ini. Memang Bront diakui sangat versatile dan mampu membawakan watak dengan baik. Semoga terus sukses Bront!

sumber : twitter

 


‘Eh Bukan 4 Bulan Lah’– Respon Sporting & Lucu Ayda Jebat Apabila Peminat Mengaku Kekasih

$
0
0

Sejak dari awal kemunculannya dalam industri hiburan tanah air, nama Ayda Jebat menjadi bualan hangat netizen kerana sering menjadi watak utama dalam kebanyakan drama yang trending di laman sosial. Keramahan dan sikapnya yang happy go lucky itu membuatkan dia senang didekati peminat. Tak hairanlah jika Ayda Jebat selalu menyapu bersih setiap anugerah yang dipertandingkan.

Terbaru, Ayda Jebat memberi respon lucu kepada gosip hangat dia bercinta dengan budak Wechat. Biar betul?

‘Jumaat ni cukup 4 bulan kami couple’

Di twitter, status lelaki yang dikenali sebagai bob di Wechat ini menjadi viral kerana mengaku dirinya sudah 4 bulan bercinta dengan Ayda Jebat. Siap bergambar dan letak sebagai cover foto lagi. Mungkin netizen merasakan perkara ini kelakar kerana bob sangat fanatik dengan Ayda.

‘Eh bukan 4 bulan lahh tapi…’ –  Ayda Jebat

Semalam Ayda Jebat tidak melepaskan peluang memberi respon berkenaan status tersebut. Kata Ayda, mereka sudah 4 tahun bercinta. Walaubagaimanapun netizen menasihati Ayda supaya tidak mempermainkan perasaan orang bimbang peminat bertindak di luar kawalan. Hmm apa pendapat korang?

Komen netizen

sumber : twitter Ayda Jebat

 

[VIDEO] Digelar ‘Pondan’, Sajat Mengamuk Maki Netizen

$
0
0

Kontroversi demi kontroversi yang melanda jutawan kosmetik terkenal Nur Sajat Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Sajat sering menjadi menjadi bualan hangat netizen. Walau bagaimanapun, Sajat tetap dilihat tenang menjalani kehidupannya sebagai perempuan cantik.

Terbaru, Sajat mengamuk di Live Video Instagramnya gara-gara dilabel pondan. Tidak tahan dikritik sedemikian, Sajat memaki hamun netizen yang komen di ruangan Live itu.

Sajat mengamuk

Ramai netizen kritik Sajat menerusi Live Video itu. Rata-rata menghentam Sajat mengatakan dia seorang pondan. Komen itu menyebabkan Sajat mengamuk teruk sehingga memaki hamun netizen. Kesian pula tengok Sajat ini, kenapa buat macam itu dekat dia?

Respon netizen

Sumber : ViralMeletop

‘Saya Ingatkan Saya Tak Akan Lihat Dunia Lagi Selepas Itu’– Pengalaman Hans Isaac ‘Rebah’

$
0
0

Tidak lama selepas isu Hans Isaac dan Zizan Razak mulai reda, pelakon dan pengarah filem Cuci itu sekali lagi mendapat perhatian media apabila beliau dilaporkan rebah di kelab golf TPC dua hari lepas.

Memetik laporan New Straits Times, Hans pada waktu itu sedang menjalani latihan untuk kejohanan golf yang bakal tiba apabila beliau tiba-tiba rebah sekitar jam 2 petang. Hans difahami telah dimasukkan ke unit pergantungan tinggi (HDU) hospital, dan setelah menjalani beberapa ujian perubatan, dia didapati tidak memiliki sebarang penyakit serius.

Hans sempat berkongsi  post ‘thumbs up’ di laman Instagramnya, sebagai luahan keadaan beliau yang semakin beransur baik.

Semakin Pulih

Beberapa hari yang menakutkan. Tetapi, berasa lebih baik  :). Satu pengalaman yang membuka mata saya. Masih lagi di wad penjagaan HDU. Hanya ingin berkongsi pengalaman ini dengan harapan orang lain tidak perlu melalui apa yang saya lalui …Hidup ini sebaiknya dijalani dengan penuh kebahagiaan disamping orang-orang tersayang. Apabila saya rebah, perkara pertama yang melintasi fikiran adalah keluarga dan teman-teman rapat yang saya amat kasihi.

Kita semua mempunyai detik tekanan kita tetapi jangan biarkan ia menjejaskan kesihatan dan kehidupan kita. Sesuatu yang saya ingatkan mampu untuk saya uruskan sendiri. Saya tidak akan lupa waktu ketika saya rebah … perasaan yang begitu menakutkan ketika berada di dalam ambulans, saya ingatkan saya tidak akan melihat dunia lagi selepas saat itu.

Terima kasih kepada semua

Tetapi Tq kepada pasukan perubatan ambulans  (pemandu & wanita perubatan yang melakukan segala-galanya untuk menyokong saya dan memastikan saya terjaga, harap saya dapat berjumpa mereka satu hari untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka). Tidak lupa juga kepada pasukan perubatan dan jururawat prince court. Tq kerana menjaga saya dengan baik. Ada beberapa hari lagi di hospital.

Juga, Tq kepada semua pengikut saya dan media kerana memahami & doa yang disampaikan. Korang selalu supportive Korang memang selalu supportive walau apa pun. ?? orang-orang supportive dan keluarga adalah segalanya. Salam semua. saat #eyeopener dalam hidup saya.

Terbaru, dengan hanya beberapa hari lagi di hospital, Hans telah dilawati oleh teman-teman rapat industri Awie, Dato AC Mizal dan Afdlin Shauki. Moga cepat sembuh!

Sumber: New Straits Times, The Star Online, Hans Isaac

‘Kalo Gak Punya Budaya, Kenapa Ngak Telanjang Sekalian’– Indonesia ‘Claim’ Kuda Kepang Pula!

$
0
0

Episod tuduhan mencuri oleh rakyat Indonesia terhadap Malaysia berulang apabila kali ini kuda kepang pula menjadi puncanya.

Peserta ratu cantik Miss Grand Malaysia, Sanjeda John memperagakan kuda kepang atau juga dikenali sebagai kuda lumping dalam satu sesi fotografi untuk pertandingan itu.

Meraikan kepelbagaian dan mendidik persamaan

Kami ambil langkah berani untuk menunjukkan budaya dan warisan negara kita yang berwarna-warni dan unik. semuanya mengenai meraikan kepelbagaian dan mendidik persamaan dimiliki kerana sejarah unik dikongsi terutamanya di rantau ini.

Menurut Jude Benjamin Lisa selaku pengarah nasional di Miss Grand Malaysia Organisation, pemilihan kostum berkenaan dibuat untuk merayakan variasi budaya dan adat tradisi yang dikongsi kedua-dua negara.

Pakaian berkenaan akan dipakai Sanjeda untuk kategori pakaian kebangsaan di mana peserta menggunakan elemen tradisi dan budaya masing-masing untuk diketengahkan kepada masyarakat luar.

Tidak sesuai mewakili Malaysia

Netizen negara jiran berpendapat pemilihan kuda kepang tidak bersesuaian kerana tarian itu berasal dari Indonesia dan tidak boleh digunakan untuk mewakili negara lain.

Sebelum ini rakyat Indonesia mengamuk dan mendakwa Malaysia mencuri warisan negara mereka seperti lagu Rasa Sayang, tarian pendet dan makanan iaitu nasi goreng, popia dan sate. Paling best, Yuna pun pernah diorang claim diorang punya tau!

Respon netizen Indonesia

Sumber: Facebook Miss Grand MalaysiaMalaymail

[VIDEO] Korang Mesti Ada Sorang BFF Yang Gila Make Up Macam Ni Kan?

$
0
0

Biasa korang jumpa perempuan yang kaki make up ni mesti ada tabiat pelik dia kan?

Nak tunggu bersiap tu memang lamalah. Bila dah siap, ada pulak ragam dia. Nak make sure make up tak rosak dan still on point

Macam si Nurhayati Tahir dalam video bawah ni. Penat si Shazreeyana nak melayan.

Haa ada tak perangai kawan-kawan korang yang kaki make up tu macam ni? Sibuk sangat nak jaga make up sampai nak makan pun kena hati-hati. Hahaha pecah perut admin dibuatnya.

 

Boostbalm Adalah Penyelesaiannya

Kalau takut make up korang rosak, Boostbalm adalah penyelesaian yang sesuai buat korang.

Menggunakan teknologi terbaru dari United Kingdom, produk ini bukan sahaja membuatkan muka korang glowing tapi ia boleh buat make up korang bertahan sehingga 10 jam paling minimum.

Paling menariknya produk ini juga bertindak sebagai skin barrier. Di mana, ia boleh menapis bahan kimia dari make up yang korang selalu pakai.

Malah produk ini juga mengandungi bearberry extract yang bertindak sebagai natural lightening agent yang boleh merawat kulit kusam dan mengurangkan dark spot di muka.

Wah! Banyak fungsi rupanya Boostbalm ni. Bukan sahaja primer tapi ia boleh juga mengawal dan merawat kulit.

Bagi korang yang tercari-cari produk Boostbalm ni, korang hanya boleh membeli melalui atas talian di www.boostbalm.com.  Di kedai kosmetik belum ada lagi ya.

Dan ada berita baik juga buat korang! Boostbalm kini sedang mengadakan promosi. Dari 4 – 6 Oktober ni korang boleh dapatkan Boostbalm dengan harga sebanyak RM100. WOW! Jadi tunggu apa lagi? Order cepat!

 

ps: Video ini hanya lakonan semata-mata ya.

‘Ada 2 Pesakit Kritikal & 5 Separa Kritikal’– Dakwa Staff Perubatan Tidur, Ini Sebenarnya Yang Berlaku

$
0
0

Semalam seorang lelaki telah memuatnaik status tidak puas hati terhadap perkhidmatan sebuah hospital di Yan Kedah. Beliau mendakwa terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan rawatan di unit kecemasan, tambah memburukkan keadaan apabila dia telah menuduh staf perubatan tidur.

Pengarah Hospital Yan Kedah menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan perkara sebenar. Pada waktu kejadian, terdapat 2 pesakit kritikal dan 5 separa kritikal. Sudah tentulah doktor memberi keutamaan kepada pesakit kritikal dulu, kerana pengadu berada di zon hijau.

‘Hangpa pi tidoq ka?’

Pesakit tidak kritikal (zon hijau)

Ada 2 pesakit kritikal & 5 separa kritikal sedang dirawat

sumber : Norhizan Ismail

Siapa Penyanyi Yang Pernah Buat Ramai Gadis Cair Ni? Dengar Cerita Nak Datang Malaysia..

$
0
0

“Matamu melemahkanku, saat pertama kali ku lihatmu..”

Haa..siapa pernah dengar lagu ni?  Kalau tak silap admin, lagu ni hits pada tahun lepas dan memang meletop dengan mempunyai lebih daripada 40 juta YouTube views dan distrim sebanyak 10 juta di semua platform streaming. Wow!

Bukan itu saja, siapa yang menonton drama Suri Hati Mr. Pilot, mesti tahu lagu ni kan sebab ia menjadi runut bunyi untuk drama rantaian tersebut.

Inilah lagu ‘Dari Mata’, single dari Jaz ataupun nama penuhnya Aziz Hayat. Kalau korang nak tahu, Jaz ni adalah penyanyi yang berasal dari Brunei tetapi menempa nama di Indonesia dan diterima baik muziknya di sana.

Dengar cerita Jaz nak datang Malaysia dan korang juga berpeluang untuk jumpa dia secara dekat! Macam mana tu??

Nak jumpa Jaz in person tak?

Berita baik untuk peminat Jaz! Jaz akan mengadakan showcase di IOI City Mall, Putrajaya pada 21 Oktober 2017 ( Sabtu) ini tau.

Yang bestnya, korang berpeluang untuk memenangi 10 pasang tiket ekslusif dan 3 pasang Meet & Greet pass ke showcase Jaz ni. Bolehlah jumpa depan-depan dan selfie dengan Jaz! Wah!

Macam mana nak menang?

Senang je uols. Caranya:

LIKE post contest giveaway di page OHBULAN!

KOMEN “Saya nak sangat pergi Showcase + Meet & Greet Jas kerana…”

Pemenang akan dipilih berdasarkan komen yang SIMPLE dan RARE!

Itu je caranya. Kacang kan?

So, jom ramai-ramai join contest ni dan jumpa Jaz in person. Tengok boleh jatuh hati ke tidak. Hehe! Meh admin belanja sikit muzik video Jaz, Dari Mata. Enjoy!

 

 


[VIDEO] Eina Azman Terima Kejutan Handphone Daripada Suami, Berharga Hampir RM34k?

$
0
0

Sejak berkahwin dan dikurniakan 2 orang cahaya mata yang comel, kehidupan Datin Paduka Eina Azman nampaknya semakin bahagia dan berseri-seri. Telatah anak kembarnya yang mencuit hati serta kemahiran memasak Eina menarik peminat untuk lebih dekat dengannya.

Terbaru, Eina memuatnaik video menerima kejutan istimewa daripada suami tersayang. Wah bertuahnya badan!

Morning surprise from my beloved husband

Morning surprise from my beloved hubs @datopadukakaiser. love it so much #einaazman#datogmix#5Oct2017#vertu

Berharga hampir RM34k?

Menurut portal The Reporter, semakan di laman rasmi Vertu mendapati harga sebuah Vertu model Aster (Raspberry Ostrich) yang berharga $7,900 iaitu (RM33,424.90) seunit.

Bertuahnya!

sumber : Eina Azman , the reporter

[VIDEO] ‘Muzik Video Lama Lagi Best’– Peminat Kecewa Video Rasmi ‘I Am Me’ Hambar

$
0
0

Kalau sebelum ini, lagu ‘I Am Me’ merupakan antara yang pernah menjadi fenomena di Malaysia. Kali ini, DSV tampil dengan official muzik video yang dilancarkan semalam di Pavilion. Ramai netizen yang menjangkakan sesuatu yang hebat untuk kemunculan video barunya.

Namun, ramalan mereka meleset kerana hasilnya yang mengecewakan hati peminat. Rata-rata menganggap video sebelumnya lebih baik dari official video. Apa pendapat korang?

Video kos 1 juta

Sebelum ini menerusi laporan dari Berita Harian, DSV mengaku kos muzik video ini menelan pembelanjaan hampir Rm1 juta. Muzik video mewah ini merupakan kelainan yang dibuat oleh DSV sendiri.

Apa-apapun bagi admin, video ini cukup menghiburkan. Pada masa sama, Vida mengumumkan akan melelong berlian, cincin dan beg tangan yang digunakan dalam muzik video itu.

Respon netizen

Sumber : DSV Youtube

‘Demi Masa Depan Anak-Anak’– Peminat Gembira Fasha & Jejai Kembali Bersatu?

$
0
0

Semua sedia maklum, perkahwinan Fasha Sandha dan Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai berakhir pada Januari tahun lepas. Walau bagaimanapun, hubungan mereka masih baik kerana anak-anak.

Terbaru, Fasha dan Jejai dikatakan baik semula kerana sekeping foto. Walaupun tiada gambar bersama, namun Jejai dan Fasha , masing-masing mengeluarkan gambar yang sama menerusi akaun Instagram. Adakah mereka sudah berbaik?

Demi masa depan anak anak

Alhamudlillah, Tuhan telah memberikan petunjuk serta hidayahNya kepada saya dan Rizan, jalan-jalan kebaikan di antara kami, dengan kami dapat mencapai penyelesaian demi untuk masa depan anak-anak dan saya sangat bersyukur dengan anugerah ini.

Menerusi akaun Instagram milik Fasha Sandha, dia juga meluahkan rasa bersyukur kerana sudah berbaik dengan Rizal.

Sudah mencapai kebaikan bersama

Jejai juga memuat naik foto yang sama dengan kapsyen yang sama. Semoga perkara baik ini berkekalan hingga ke syurga. Inn sha Allah.

Meskipun Fasha dan Jejai belum membuat sebarang kenyataan mengenai status terkini rumah tangga beliau, peminat sudah mula gembira dengan perkhabaran tersebut.

Peminat gembira

Sumber : fashasandha , rizalashramrnt

‘Dia Bukan Ayahanda’– PEKIDA Tidak Mahu Dikaitkan Dengan Boy Iman

$
0
0

Dua hari lalu, polis telah menahan Pengarah Urusan DBI Properties Datuk Nuruliman A Rahman atau lebih dikenali sebagai Boy Iman bagi membantu siasatan penipuan jualan rumah berjumlah RM6.2 juta. Beliau kemudian dibebaskan namun ditahan semula untuk membantu siasatan lanjut.

Susulan kes ini, ramai yang mengaitkannya dengan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (PEKIDA) kerana Boy Iman pernah mengaku dirinya ‘ayahanda’. Ini respon Pengerusi Perhubungan PEKIDA, Rohaida Roslan.

Ditahan semula bantu siasatan

Foto Kredit : My Metro

Menurut laporan My Metro, Boy Iman ditahan reman selama dua hari bagi membantu siasatan kes. Suspek dilihat dibawa ke mahkamah dengan tangan bergari dan dipeluk erat anggota polis kira-kira 9 pagi tadi. Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Muar, Nor’ Iza Mohamed.

Sementara itu, Pengerusi Perhubungan PEKIDA Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Majlis Tertinggi PEKIDA Malaysia, Rohaida Roslan tidak mahu Boy Iman dikaitkan dengan pertubuhan itu kerana dia tidak pernah diiktiraf sebagai ayahanda seperti yang digembar gemburkan.

Boy Iman bukan ayahanda

Boy Iman tak pernah diiktiraf sebagai ayahanda Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (PEKIDA). Jadi, kami harap orang ramai jangan kaitkan dengan PEKIDA

Ketika serbuan polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, mereka merampas pelbagai sijil termasuklah watikah pelantikan Boy Iman sebagai Ayahanda di Cheras.

Gelaran ayahanda bukan diberi secara sebarangan dan dalam PEKIDA sendiri, hanya dua individu yang berhak memberi gelaran ini kepada seseorang iaitu Presiden PEKIDA Malaysia, Jamaludin Yusof dan Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Roslan Dahaman

Rohaida berkata, gelaran ayahanda yang diguna Boy Iman diterima menerusi sebuah pertubuhan dikenali sebagai Majlis Jemaah Cochrane (MJC). Datuk Abdul Halim Ali selaku Presiden Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (PERMAS) menganggap tindakan Boy Iman itu memalukan.

Bagaimanapun, Abdul Halim berkata, tindakan (penipuan) pelakon itu bersifat peribadi dan bukanlah mencerminkan sifat individu berstatus ayahanda secara keseluruhannya.

sumber : Harian Metro

 

Ingat Lagi Pelakon Comel Kabhi Khushi Kabhi Gham Ini? Selepas 15 Tahun, Ini Dia Sekarang!

$
0
0

Mesti korang pernah tengok Kabhi Khushi Kabhi Gham kan? Ingat tak korang kat budak comel ini? Walaupun sekadar memegang watak kecil, namun kehadirannya sebagai anak kepada Anjali Sharma (Kajol) dan Rahul Raichand (Shah Rukh Khan), Krish Raichand agak sukar untuk diabaikan menerusi keletahnya yang seringkali mencampakkan dialog klasik “Take a Chill Pill” kepada ibunya. So apa yang menarik sangat tentang ‘Krish’ ini?

Watak kecil, masih diingati

Tiada yang menarik pun… kecuali 15 tahun selepas filem itu dikeluarkan, dia telah membesar menjadi seorang jejaka kacak yang menggiurkan hati ramai wanita seluruh dunia!

Dikenali sebagai Jibraan Khan, paras rupanya membuatkan gadis-gadis berpusu melontarkan komen memuji ketampanannya.

Bukan lagi ‘Krish’ yang comel

Jibraan bekerja sebagai seorang jurulatih di studio tarian Shiamak Davar, dimana dia juga merupakan seorang pelajar beberapa tahun lalu.

Kini, dia merupakan seorang guru tarian bertauliah dan telah menguasai pelbagai bentuk tarian.  Dia juga memiliki sebuah studio tarian dan mengajar kanak-kanak dan remaja gaya tarian.

Si Penambat Hati!

Menerusi pantauan admin juga, kelihatan seolah Jibraan ni seorang gym freak, dan mungkin juga  narsisistik… eh? Yelah, mana taknya,  banyak pulak gambar dia ber-selfie’, tayang-tayang otot sejak dah sado ni kan.

Well, tak boleh nak salahkan dia pun, memang dah helok!

Sumber: Jibraan Khan

‘Harap Perkara Ini Jelas’– Fasha Sandha Nafi Rujuk Semula Dengan Jejai

$
0
0

Hari ini Fasha dan Jejai dikatakan baik semula kerana sekeping gambar. Jejai dan Fasha masing-masing mengeluarkan gambar yang sama menerusi akaun Instagram. Ramai yang menganggap mereka kembali bersatu.

Artikel Berkaitan : ‘Demi Masa Depan Anak-Anak’ – Peminat Gembira Fasha & Jejai Kembali Bersatu?

Namun, Fasha telah menjelaskan perkara sebenar di laman Instagram miliknya. Dia mengatakan mereka hanya kembali berdamai, bukannya rujuk semula.

Saya dan Rizal tidak rujuk

Assalamualaikum

Buat followers kesayangan. Saya mendapat beribu komen positif melalui semua laman sosial media saya hari ini berkenaan saya dan Rizal. Ingin saya nyatakan disini, saya dan Rizal tidak RUJUK.

Kami berdamai dan mendapat penyelesaian secara baik terhadap kesemua kes2 termasuk Hak penjagaan. Saya sebagai Ibu masih kekal menerima hak penjagaan sepenuhnya buat kedua anak2 saya. Saya harap perkara ini jelas.

Menerusi perkongsian Fasha di laman Instagramnya, Fasha memberikan penjelasan buat peminatnya. Dia mengatakan bahawa dia dan Rizal tidak rujuk seperti yang didakwa oleh peminatnya. Dia cuma berdamai secara baik kerana anak-anaknya.

Terima kasih di atas doa

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih diatas doa yang baik2 buat saya dan anak-anak. Juga terima kasih buat Peguam terbaik saya Tuan Zulkifli Yong Azmi & Co. Terima kasih juga kepada Tuan Badri Hj Idris (peguam Rizal). Syukur Alhamdulillah. Terima kasih. #iburayfalraysha

Dia mengucapkan terima kasih buat peminatnya yang sentiasa mendoakan yang baik baik. Diharap persoalan ini terjawab.

Sumber : fashasandha

 

‘Saya Bukan Perempuan Sis Makan Jamu’– Lebih Jujur Berbanding Sajat, Rizulala Dipuji Netizen

$
0
0

Beberapa hari lalu netizen membandingkan personaliti media sosial Nursajat dengan seorang lagi transgender, Rizulala. Rata-rata memuji Rizulala yang dikatakan lebih cantik berbanding Nursajat.

Terbaru, video Rizulala sedang makan di depan kamera sambil bersiaran secara langsung di Instagram mendapat perhatian netizen apabila dengan terbuka membuat pengakuan mengejutkan. Berbanding Nursajat yang diragui jantinanya, Rizulala lebih terbuka dan mengakui dia bukanlah seorang perempuan sejati.

Saya bukan perempuan sis

Makan jamu apa? Saya bukan perempuan sis nak makan jamu. Kita operation sis.

Rizulala mengatakan dia tidak mengambil jamu apabila ditanya pengikutnya dan mengakui membuat pembedahan sebagai rahsia kecantikannya.

Semua pemberian indah sis

Menurutnya lagi, dia tidak akan menjalankan pembedahan membuang halkum kerana berpendapat ciptaan Tuhan berkenaan sudah cukup indah.

Sumber: Twitter , Instagram Rizulala


Betul Ke Keluang Man Bakal Difilemkan Tak Lama Lagi? Siapa Korang Rasa Best Jadi Hero?

$
0
0

Peminat tegar filem adiwira negara pasti teruja dengan khabar ‘Batman’ negara kita, Keluang Man bakal difilemkan tak lama lagi. Tapi betul ke?

Usaha untuk merealisasikan siri animasi popular 90-an itu dikesan apabila pengarah filem tanah air, Rizal Halim telah memuatnaik status gambar Aziz M. Osman memakai kemeja logo Keluang Man bersertakan kapsyen “My Producer for Keluang Man Zero Aziz M Osman already had his Keluang Man tshirt on..”.

Aziz M. Osman Bakal Terbit Keluang Man

Aziz M. Osman yang dilihat Rizal sebagai George Lucas versi Malaysia disahkan akan menggalas peranan sebagai penerbit filem di bawah nama Keluang Man Zero yang bakal menemui penonton tahun hadapan.

Pemilihan perlakon bermula

Juga menerusi laman profil Facebook Rizal, kelihatan seperti proses pemilihan pelakon telah pun bermula.

Terbaru, pengarah tersebut berkongsi pelakon, Sham Sunder Binwani akan memegang watak sebagai Dr Ramoo dalam Keluang Man Zero. Nampak iras kan Sham Sunder Binwani dengan watak, Dr Ramoo?

Walaupun pengarah Rizal nampaknya mengesahkan pembikinan filem tersebut, namun menurut pencipta asal watak Keluang Man, Encik Kamn Ismail, melalui profil Facebook rasmi Keluang Man, pihak beliau masih lagi belum dimaklumkan mengenai perancangan untuk merealisasikan filem ini ke layar perak.

Apa-apa pun, admin harap filem ini akan menjadi kenyataan. Mesti best!

Sumber: Rizal Hilman, Keluang Man

Bukan Sebab Muflis, Shaheizy Sam Jelas Punca Tidak Ke London Bersama Keluarga

$
0
0

Kalau korang follow Instagram Syatilla Melvin, mesti korang tahu yang dia sekarang ini berada di kota London. Seronok tengok kongsian post Tilla kat sana, khususnya gambar-gambar gelagatnya bersama putera sulung, Syerivsamheizy.

Menerusi Instagram Tilla juga, kita tahu yang Shaheizy Sam tidak turut serta bersama keluarganya ke sana. Ramai yang menganggap ketidakhadiran Sam ada kena-mengena dengan status muflis pelakon tersebut. Iya ke?

Tuntutan kerja

Beberapa bulan lepas, LHDN telah mengeluarkan notis muflis kepada Sam ekoran kegagalannya membayar cukai pendapatan. Bagaimanapun Sam akhirnya bersuara dan menjelaskan tuntutan kerja menjadi punca dia tidak dapat menyertai keluarga ke London.

Bukan sebab muflis seperti yang difikirkan oleh orang ramai.

Saya tidak dapat mengikuti percutian mereka kerana bakal menjalani penggambaran filem ‘Polis Evo 2’ tidak lama lagi.

Saya dijangka mula masuk ke set penggambaran pada 14 Oktober ini. Jadi saya harus mempersiapkan diri.

Haaa… moga dengan penjelasan ini korang tak buat lagi spekulasi yang bukan-bukan ye. Jom ushar sikit gambar percutian baby Syeriv. Tinggal daddy ye!

Sumber: Malay Mail Online

Hafal 30 Juzuk Quran? Kedai Mee Ayam Ini Akan ‘Payung’ Makan Free Buat Selamanya!

$
0
0

Tak ada yang percuma dalam dunia sekarang. Tapi, Detik.com mendedahkan anda boleh makan mee ayam tanpa bayaran di sebuah kedai makan di Jakarta Pusat yang terletak di Jalan Suryopranoto berdepan Harmoni Plaza.

Kedai milik Ibu Ijah itu payung selama-lamanya bagi pelanggan yang datang dan boleh menghafaz 30 juzuk Al-Quran.

Turut percuma bagi penghafal juzuk 30

Tidak hanya bagi hafiz keseluruhan kitab suci itu, malahan penghafal juzuk 30 turut dibelanja makan selama seminggu. Walawey! Makan percuma tu.

Kita juga nggak tahu, itu anak yang pasang. Untuk narik pelanggan aja. Sambil beramal, ya, yang hapal gitu kan jarang. Dia sih gitu ceritanya ke aku.

Menurut Ijah, dia sebenarnya tidak tahu-menahu berkenaan hal itu kerana rancangan berkenaan dibuat oleh anaknya, Anto yang disifatkan kuat beribadat dan taat perintah agama.

Semangkuk mee ayam dan teh o ais dijual dengan harga 18 ribu Rupiah atau RM 5.65 di kedai berkenaan.

Sumber: Detik.com

 

 

‘Bukan Pelakon Extra!’– Skrip Drama ‘Titian Cinta’ Dikecam, Ini Respon Sinis Faezah Lai

$
0
0

Baru baru ini kontroversi apabila drama ‘Titian Cinta’ lakonan  Zul Ariffin dan Farah Nabilah mendapat respon dari seorang doktor. Babak antara Zul Ariffin dan seorang doktor dikritik gara-gara skrip yang tidak masuk akal. Walau bagaimanapun isu ini telah diselesaikan dengan cara baik oleh kedua dua pihak.

Terbaru, Faezah Lai turut terkesan dengan isu ini. Dia berang apabila ada netizen yang menghentam tanpa selidik terlebih dahulu.

Perempuan itu seorang doktor

Selalunya aku tk penah nk amik port bila netizens ni ni suka hentam org,nama pon netizens.. Ni aku nk belanja sikit,a real scene yg sepatutnya keluar, disebabkan kesilapan editing,scene yg silap ni yg dimasuk kan.. scene ni di shoot byk take sbb yg perempuan bertudung tu adalah seorang DOCTOR i repeat DOCTOR bukan PELAKON EXTRA.. disebabkan directornya nak dpt kan fakta betul,so dia mintak doctor utk berckp dialogue tu.. agak byk kali shoot sbb dia tersilap dialogue walaupon dia doctor sbb berlakon and real life berbeza ye.. berpuluh org kat situ tgh tgk kau yg buat kau boleh lupa dialogue klu kau seorg yg pemalu.. i dont blame her sbb compom la gagap tetiba kena berlakon ngan jul arippin.. tak kan ampa nk suruh team shooting pi belajaq medic 5 tahun pulak utk scene yg tk sampai 5 minit?

Tapi apa yg aku cuba explain kat sini bukan lah nk menegak kan benang yg basah, tapi untuk bagitau pada netizens yang suka menghukum tp apa pon tau,jgn pakai nk boh salahkan director or scriptwriter saja,sbb shooting drama ni involve byk department.. and scene ni di shoot di hospital so berlambak doctor yg ada..

Kalau dialog je terus hentam

Jgn lah nk compare konon drama melayu ni tk buat research mcm korea la hongkong lah.. hg nk aku mention how ridiculous fakta drama diorg? Cerita ni bukan pasai cerita medic.. point nya nk gitau si pompuan tu tk leh preggy.. tu ja! Takdak sapa aihh nk konon pecaya script drama bulat2 .. lain lah klu fakta ttg agama yg tu mmg isu sensetif..

Klu hollywood dok suap hampa ngan cerita tak masuk akai.. kena tembak kat dada boleh bangun lagi siap lari 5km.. tk dak pulak mana2 doctor ckp,klu dh kena tembak part2 tertentu dh tk boleh gerak.. ni silap dialogue terus hentam..

Anyway like i said bukan nk ckp benda ni betul,but people make mistake.. rasa nya mistake ni pon tk lah memudaratkan sesiapa..

P/S : i was not involved in this drama.. i said this because the director is someone i really know..

Bukan masalah skrip, tapi teknikal

KENYATAAN DARI PRODUKSI TITIAN CINTA!

Semalam saya muat naik sedutan drama Titian Cinta yang melibatkan babak di dalam sebuah klinik. Saya ulas kesilapan berkenaan penerangan yang diberikan oleh doktor dalam drama itu.

Tak sangka jadi viral.

Ulasan saya itu telah sampai ke telinga pelakon, penulis skrip dan krew produksi Titian Cinta. Susulan itu, mereka menghubungi saya untuk menjelaskan perkara sebenar.

Begini.

1. Drama Titian Cinta adalah adaptasi daripada sebuah novel tulisan Ridhya Iman yang juga mempunyai judul yang sama. Dalam novel itu, dialog yang di tulis oleh Ridhya Iman untuk babak ini, boleh dikatakan elok dan tiada masalah berkenaan fakta perubatan. Rujuk gambar 1.

2. Pn. Natasya Farhana, penulis skrip yang adaptasi novel itu kepada skrip drama telah menggunakan dialog seperti yang tertulis dalam novel berkenaan. Tiada perubahan ketara yang dibuat oleh Natasya. Rujuk gambar 1.

3. Aliah Wahidah Hasni (pelakon) menyatakan ada beberapa ‘take’ telah dibuat kerana dialog beliau agak panjang. Saya rasa memang sukar untuk buat satu dialog penerangan panjang dalam satu ‘take’ tanpa kesilapan. Rujuk gambar 2.

4. Semasa pasca produksi, penyunting video telah melakukan beberapa suntingan. Ketika pengarah previu suntingan, babak dipertonton adalah versi yang elok, tetapi semasa proses untuk final rendering, babak ‘salah’ telah dimasukkan tanpa sengaja.

Lihat video versi sepatutnya yang diberi oleh pihak produksi kepada saya.

Kesimpulan:
1. Babak ini tidak menjadi kerana masalah teknikal. Bukan kerana kurang kajian penulis novel, bukan juga silap penulis skrip. Mereka telah buat kajian.

2. Cik Aliah masih berstatus bujang. Bakatnya jika digilap, ada peluang untuk berkilau. Beliau pesan agar kita semua beri teguran dengan pendekatan yang lebih membina, bukan dengan hentaman.

3. Pihak produksi, pelakon, dan penulis skrip menyelesaikan masalah ini dengan cara baik. Mereka penjelasan yang baik. Ini perkara yang perlu dicontohi.

Sekarang kau orang bolehlah menonton Titian Cinta dengan aman.

Ohya! Sekali lagi saya nak pesan, andai ada produksi filem/drama yang perlu khidmat nasihat tentang perkara berkaitan perubatan, boleh hubungi FB Page M3 atau Medtweetmy.

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Medtweetmy
Medical Mythbusters Malaysia(M3)

Skrip asal

Sumber : Faezah Elai , Kamarul Ariffin Nor Sadan

 

Budak 10 Tahun Dirantai Pada Tong Gas Akibat Tak Nak Sekolah, Wajar Ke?

$
0
0

Seorang ayah tergamak merantai anaknya pada tong gas dan meninggalkan di ruang dapur rumahnya di Indera Mahkota, Kuantan, Pahang. Si ayah yang juga seorang tentera kemudiannya ditahan polis untuk  siasatan.

Kanak-kanak berusia 10 tahun berkenaan diperlakukan sedemikian dipercayai kerana tidak mahu ke sekolah.

Terbaring, tak berbaju, tak sedarkan diri

Polis cuba memasuki rumah itu melalui pintu depan, tapi tidak berjaya kerana dikunci. Mereka kemudian ke bahagian belakang rumah dan ternampak kelibat kanak-kanak memakai seluar tanpa baju, terbaring tak sedarkan diri.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner, Abdul Aziz Salleh, pasukannya menemukan kanak-kanak berkenaan dalam keadaan terbaring.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk mendapatkan rawatan lanjut kerana kecederaan dialaminya di bahagian leher.

Perangai buli kem bawa ke rumah

Banyak lagi cara nak ajar dan denda anak

Sumber: Berita Harian, Facebook Harian Metro

Viewing all 37150 articles
Browse latest View live