Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all 34757 articles
Browse latest View live

Rimba Bara Belum ‘Terkubur’! Ini 5 Sebab Korang Kena Tonton Rock 4: Rockers Never Dai

$
0
0

Sekual filem Rock, Rock Ooo! dan Rock Bro sebelum ini mendapat sambutan luar biasa. Kali ini, pengarah Mamat Khalid menghadiahkan buah tangan istimewa buat penonton filem di Malaysia dengan menampilkan filem Rock 4: Rockers Never Dai yang mengisahkan perjalanan karier 4 sahabat Royal Slackers menempuh suka duka dalam industri muzik.

Mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 20 Februari 2020, penonton bakal mengimbau kembali suka duka perjalanan muzik rock tempatan yang mampu bertahan hingga ke hari ini. Bagi memastikan muzik rock tidak dilupakan, empat sekawan dibantu pengurus otai berusaha sedaya yang mampu bagi menyambung kembali legasi muzik ini.

Berjaya atau tidak? Kami kongsikan lima sebab kenapa anda wajib serbu pawagam dan menonton Rock 4: Tockers Never Dai!

1. Sarat dengan komedi

Hampir keseluruhan filem Rock 4 mempamerkan unsur komedi yang menghiburkan. Siapa tak kenal Mamat Khalid, filem arahan beliau seperti Man Laksa, Hantu Kak Limah Balik Rumah dan Zombie Kampung Pisang boleh dikatakan antara filem terbaik sepanjang zaman. Perwatakan menerusi lakonan Sharwani NS sebagai Dio dan Adam John sebagai Rayyan menghidupkan jalan cerita filem Rock 4 dari awal babak hingga tamat. Tidak ketinggalan juga watak Acap lakonan Nazimi FahmiHazama (Omar) dan Bulan Terry (Seri) juga membantu menghidupkan setiap babak dengan jayanya.

2. Kritikan terhadap industri muzik

Kebanyakan filem arahan Mamat Khalid memang tidak terlepas dalam memberi kritikan sosial terhadap isu semasa. Filem Rock 4 turut mengetengahkan kritikan terhadap perkembangan muzik rock yang jelas mengikut peredaran zaman. Kritikan ini dilihat menerusi watak Dio yang melihat perubahan drastik perbezaan muzik rock 1990an dan era moden setelah tersedar dari koma akibat kemalangan 20 tahun lalu.

3. Penampilan otai

Selain itu, Rock 4: Rockers Never Die turut menampilkan pelakon-pelakon dari sekual filem Rock (2005), Rock Ooo! (2013) dan Rock Bro (2016) iaitu Pekin, Khir Rahman, Dato Awie, Kamarool Hj Yusof dan Madnoor Hendrix.

Mereka juga berperanan membantu memberi inspirasi kepada kumpulan anak muda rock ini terus berjuang dalam industri muzik tanah air. Dato Awie merupakan idola dan sumber inspirasi kepada 4 sahabat ini. Malah, dia turut memberi idea menukar nama band dari Royal Slackers ke Rimba Bara 2 sebagai memperingati kumpulan rock lagenda terdahulu.

4. Empat orang sahabat

Mamat Khalid turut mengangkat tema persahabatan yang ditonjolkan menerusi hubungan 4 ahli band diberi nama Royal Slackers sebelum ditukar nama ke Rimba Bara 2. Kumpulan rock anak muda ini diuruskan oleh Dio yang tersedar dari koma akibat kemalangan.

Erti persahabatan sebenar mula terserlah apabila watak Omar lakonan Hazama terjebak dengan dunia dadah. Bagaimanapun, empat sahabat yang lain termasuk Dio bersama-sama berusaha membantu Omar pulih dari ketagihan dadah itu. Di sini jelas melihat nilai persahabatan yang diangkat menerusi filem arahan Mamat Khalid.

5. Lagu cover pun best!

Penyanyi Hazama selaku pelakon di dalam filem ini juga menyanyikan semula lagu Kau Yang Bernama Seri sebagai runut bunyi untuk filem Rock 4. Selain itu, anda juga akan dihidangkan dengan suara Adam John menerusi lagu ciptaannya sendiri bertajuk Rock N Roll Takkan Mati. Memang terbaik!

Rockers Never Dai

Pendek kata, semua penonton di Malaysia perlu serbu pawagam berhampiran anda dan saksikan telatah 5 ahli kumpulan Rimba Bara 2 demi memperjuangkan muzik rock tanah air. Lima ahli ini mempunyai sejarah hidup tersendiri dan akan dikongsi menjadi satu kisah di dalam Rock 4: Rockers Never Dai bermula 20 Februari 2020 ini.

Jom beramai-ramai support filem Malaysia!


‘Kalau Mampu Bayar Alphard RM2500, Ambillah..’ – Dikecam ‘Sibuk’ Hal Faraid, Ini Penjelasan Ali Puteh

$
0
0

Baru-baru ini tindakan Ali Puteh, adik kepada arwah Abam memuat naik status penuh emosi di Instagram mengejutkan ramai orang. Rata-ratanya marah dengan kata-kata kesat yang dikeluarkan Ali terhadap balu arwah, Hidayah.

Terbaru, menerusi Ria X Ali Puteh membuat penjelasan sebenar selepas dihentam orang ramai mengenai isu didakwa mengambil hak anak dan balu arwah Abam.

Hutang kereta perlu diperjelaskan

Ini penjelasan Ali Puteh berkenaan isu yang diperkatakan balu abangnya Allahyarham Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan (Abam Bocey) semasa kunjungan oleh Aliff Syukri tempoh hari. Antara perkara yang didedahkan adalah berkenaan dengan kereta, tidak boleh menghantar anak ke klinik, berkenaan dihalau keluar rumah, berkenaan harta dan lain-lain.

Kepada yang tidak berkesempatan untuk melihat penjelasan penuh Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan yang lebih dikenali sebagai Ali Puteh, adik kepada Allahyarham di page Ria X, di sini saya ada senaraikan ringkasannya satu per satu.

1. Telefon bimbit Arwah ada maklumat kerja Arwah dan maklumat hutang piutang yang perlu dijelaskan dahulu.

2. Wallet Arwah diambil Ali Puteh selepas diserahkan oleh balu untuk Ali mengambil ahli SENIMAN untuk bantuan Khairat Kematian. Wallet yang dipulangkan hanya mempunyai beberapa kad tanpa wang langsung dan tiada kad bank Arwah (Maybank dan AffinBank). Balu memaklumkan tiada duit langsung dalam wallet.

3. Kad bank Arwah dipegang isteri walaupun setelah mendapat persetujuan untuk diuruskan oleh Ali Puteh mengikut Faraid. Duit yang ada di dalam bank sepatutnya dikira sekali dalam pembahagian Faraid.

4. Berkenaan kereta. Arwah ada dua buah kereta, Vellfire dan Myvi. Vellfire belum habis bayar dan amaun bulanannya adalah RM2500 sebulan. Jadi, ianya adalah hutang yang perlu dijelaskan.

5. Kereta kedua iaitu Perodua Myvi bukan atas nama Arwah. Kereta itu dalam proses sambung bayar atas nama pakcik Arwah. Pakciknya maklumkan kereta itu Arwah bayar RM2,000 dan Arwah sambung bayar. Arwah sebelum meninggal, telah membuat persetujuan dengan Pakciknya supaya apabila kereta itu sudah habis dibayar, perlu ditukarkan nama ke nama balu Arwah.

Boleh mendatangkan fitnah

6. Maklumat berkenaan kereta Myvi ini telah dijelaskan kepada balu Arwah dan proses bayaran penuh sudah pun dilakukan, hanya tunggu tukar nama. Cuma keadaan sekarang masih kelam kabut dan belum mempunyai kesempatan untuk tukar nama lagi.

7. Berkenaan isu kereta Myvi tidak boleh dibawa keluar sehingga terpaksa menghantar anak ke klink menggunakan Grab. Ali Puteh memaklumkan yang semasa hari ke empat atau ke lima selepas pemergian Arwah, Ibu Arwah perasan yang badan cucunya sangat panas dan mempersoalkan kenapa dia tidak dibawa ke klinik.

Driver Arwah kemudiannya membawa Ibu Arwah dan cucunya ke klinik dengan menaiki kereta Mvyi Arwah.

8. Isu mengenai balu Arwah dihalau keluar. Balu Arwah sendiri yang mahu keluar bersama ibu-bapanya pada hari ke enam walaupun masih dalam Edah meskipun telah dimaklumkan yang hari ke tujuh akan diadakan tahlil untuk Arwah.

9. Isu keluar sehelai sepinggang pula, Ali Puteh memaklumkan pada hari ketiga ada sumbangan kepada balu Arwah yang dimasukkan terus ke dalam akaun balu Arwah sendiri. Ali Puteh mempersoalkan kenapa disebarkan nombor akaunnya sendiri seperti meminta sumbangan sedangkan Arwah ada tinggalkan duit yang cukup. Ia boleh mendatangkan fitnah seperti keluarga Arwah tidak memberi apa-apa kepada balu Arwah.

Ali Puteh menerangkan ada perbezaan antara orang datang memberi sedekah dengan meminta sedekah. Duit sumbangan itu, tiada siapa yang tahu dan tiada siapa pun yang bertanya amaunnya.

Di dalam bilik Arwah tiada apa-apa, termasuk duit yang disimpan, jam-jam tangan berjenama yang mahal bernilai ribuan ringgit juga sudah tiada dan dibawa keluar oleh balu. Ali Puteh menambah, di dalam Faraid, seringgit pun perlu diFaraid dan hanya ada 3 bahagian yang perlu dibahagikan, Ibunya 1/6, balunya 1/8 dan bakinya untuk anak Arwah.

Keluarga arwah dihina dan dicaci

10. Hari ke 10 Alif Syukri telah berjumpa dengan balu Arwah. Keluarga Arwah tidak mempersoalkan sumbangan Alif Syukri tetapi tersentak dengan cerita-cerita Arwah yang terkeluar seperti harta, insuran, kereta kena tarik, balu keluar sehelai sepinggang dan lain-lain. Ianya menjadi fitnah kerana maklumat hanya didengari sebelah pihak sahaja dan ianya telah diwar-warkan kepada umum.

Akibatnya keluarga Arwah termasuk Ibunya telah dihina dan dicaci.

11. Hutang Arwah yang pertama perlu dijelaskan ialah berkenaan pengebumian Arwah sebanyak RM1,500. Kemudian gaji manager, driver dan lain-lain belum dibayar lagi. Ianya adalah hutang yang perlu diselesaikan dahulu sebelum dibahagikan mengikut Faraid. Bahagian balu itu memang ada cuma pembahagian Faraid itu belum selesai.

12. Ali Puteh kesal dengan kesan video Aliff Syukri yang memberi tanggapan negatif seperti “akhirnya terbongkar segala rahsia”. Ali Puteh berkata “semasa kami hidup sangat susah, takde pun kau dan Arwah ini meninggal, menyelesaikan jenazah dia, engkau pun tak pernah datang”.

13. Ali Puteh menjelaskan inilah sebabnya kenapa dia memuat naik kenyataan yang kasar sebelum ini kerana tertekan dengan hinaan orang ramai.

14. Ali Puteh kesal kerana ada campur tangan ibu-bapa balu kerana mereka tidak tinggal sekali pun dengan balu, Arwah dan Ibunya.

15. Rumah itu dibuat sendiri oleh Arwah di atas tanah pembelian Arwah sebelum berkahwin lagi. Rumah itu tidak termasuk di dalam harta sepencarian bersama balu Arwah. Rumah itu adalah harta Arwah yang perlu diFaraid. Ali Puteh memaklumkan yang dia dan adik beradik tidak akan tuntut walau secubit tanah pun.

Dengar penjelasan dari kedua dua pihak

Ali Puteh berharap kepada semua orang, janganlah dengar sebelah pihak sahaja dan beliau memohon maaf di atas kata-kata beliau. Beliau juga memaafkan segala kata-kata orang ramai dan berharap janganlah mengata ibunya kerana antara amanat Arwah sebelum ini ialah supaya Ali Puteh menjaga ibunya.

Itulah serba sedikit ringkasan hampir 30 minit penjelasan dari Ali Puteh mengenai isu yang telah terbangkit sejak kunjungan Aliff Syukri bertemu balu Arwah Abam.

Semoga kita semua tidak terlalu cepat menghukum. Biarlah mereka sekeluarga selesaikan apa yang patut. Siapalah kita orang luar untuk masuk campur urusan ini. Kita sering cepat menyalahkan, akibatnya selepas mengetahui keadaan sebenar pun, masih ada hati yang tidak boleh menerima. Itulah masalah hati kita sebenarnya.

Rugi jika kata-kata kita menjadi dosa sedangkan ini bukan urusan kita. Kongsikan penjelasan ini supaya lebih ramai orang menjaga mulut dan hati.

Jika ada yang mempertikaikan kenapa Ali keluarkan kata-kata kesat di media sosial sebelum ini, kena faham tekanan yang dia terima. Cuba bayangkan anda berada di tempatnya. Dengan abang kesayangan yang baru sahaja meninggal dunia, dengan ibu yang sedang sakit, dengan urusan Arwah yang belum selesai. Ditambah dengan mesej bertalu-talu di telefon, cacian, makian, kutukan, tuduhan kepada bukan hanya dirinya, termasuklah kepada keluarga dan ibunya sendiri.

Memang salah Ali memaki sebegitu. Saya tak nafikan. Dia pun dah minta maaf. Yang paling penting minta maaf kepada balu Arwah.

Empati itu satu perkataan yang kuat. Kita letak diri kita di tempat balu, letak diri kita di tempat Ali dan letak diri kita di tempat Ibu Arwah. In Shaa Allah kita takkan memaki sesiapa.

Sumber : Akhtar Syamir

‘Allah Boleh Ambil Nyawa Bila-Bila Masa’– Takut Tak Bersedia Apabila Dijemput, Rizalman Umum Bersara

$
0
0

Siapa tidak kenal dengan pereka fesyen tersohor tanah air, Datuk Rizalman Ibrahim yang hasil sentuhannya menjadi pilihan bukan sahaja selebriti malahan golongan atasan. Terlibat lebih 30 tahun dalam dunia fesyen, Datuk Rizalman diakui disegani semua penggiat industri fesyen tempatan. Terbaru, Datuk Rizalman mengumumkan akan bersara dan fokus kepada persiapan di hari kemudian.

Mahu pergi dalam keadaan bersedia

Memetik laporan Astro Awani, Datuk Rizalman mengambil keputusan itu kerana bimbang tidak bersedia untuk menghadap Yang Maha Esa. Tambahnya, dia mahu melakukan persediaan secukupnya sebagai ‘bekalan’ sementara masih diberikan kudrat dan peluang untuk bernafas.

Kematian beberapa teman membuatkan saya terkesan dan terfikir bahawa Allah boleh saja mengambil nyawa kita pada bila-bila masa.

Saya takut tidak bersedia apabila dijemput oleh Allah. Saya mahu pergi dalam keadaan bersedia.

Pengunduran ini adalah pelan persiapan saya untuk menghadapi hari kemudian.

Bercakap kepada media selepas pementasan Kesuma Jiwa di Istana Budaya malam tadi, pemergian rakan-rakan pada usia muda menimbulkan rasa keinsafan dalam dirinya.

Serah legasi kepada pembantu

Pengumuman ini ternyata mengejutkan penonton yang hadir di persembahan pertunjukan fesyen terakhir malam tadi. Berangkat sama ke pementasan ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Bukan sahaja dikenali sebagai seorang yang kreatif, Rizalman juga memiliki sosok peribadi yang ceria dan merendah diri membuatkan dia senang didekati peminat di media sosial. Dia juga memaklumkan akan menyerahkan jenama dan legasi Rizalman Ibrahim kepada pembantu peribadinya, Faizul Surani yang telah berkhidmat selama 15 tahun.

Sumber : Astro Awani

‘Songlap’ 1 Sen, Beli 6 Kereta Mewah, Kisah Pegawai Bank ‘Genius’ Ini Pernah Gemparkan Malaysia

$
0
0

Apabila kes rompakan dilaporkan, sudah pastinya semua membayangkan kehilangan ratusan ribu hingga jutaan Ringgit not wang kertas dilarikan penjenayah. Siapa pernah menyangka, rompakan juga boleh berlaku dengan hanya duit syiling sekecil 1 sen sahaja, namun boleh membuat pelakunya jadi jutawan segera!

Miliki 6 kereta mewah di usia 24 tahun

Kes menggelapkan wang itu berlaku pada 1990 membabitkan eksekutif muda bank, Aman Shah Ahmad yang ketika itu berumur 24 tahun. Dengan gaji hanya RM1800 ketika itu, dia mampu memiliki 6 kereta mewah, tak ubah seperti jutawan.

Kereta mewah dimiliki Aman Shah adalah Lamborghini Countach bernilai RM1.3 juta, Mercedes Benz 300SL (RM502K), Mercedes Benz 300E (RM192K), Porsche 928 S4 (RM638K), Porsche Carerra (RM350K), BMW 3291 (RM68K).

Jenayah menyonglap duit pelanggan dilakukan Aman Shah ketika dia berkhidmat di Hock Hua Bank Kuala Lumpur sebelum minat pada kereta mewah tidak dapat dibendung lagi.

Beli kereta cash

Dia pernah dihantar menghadiri kursus komputer ketika bekerja di bank itu sebelum diberi mandat menjawat posisi penting dalam syarikat. Dia mengambil kesempatan memperguna pengetahuannya untuk melakukan jenayah.

Kesemua kereta dibelinya secara tunai dan tiga darinya tidak ada pendaftaran dan tidak dibayar cukai import. Dua buah kenderaan itu didaftarkan atas namanya manakala sebuah lagi meletakkan teman wanitanya ketika itu, Raha V V Aboo sebagai penama.

Licik jalankan operasi

Aman kemudian dinaikkan pangkat sebagai ketua di jabatan pemprosesan di Sistem Pemprosesan Elektronik untuk Dana dan Sekuriti atau SPEED. Dia menggunakan kepakaran dan pengetahuan untuk memindahkan 1 sen setiap hari dari akaun pelanggan bank Hock Hua ke akaun proksi bank lain.

Minat pada kereta sport mewah membuatkan Aman Shah dijemput sebagai tetamu ke rancangan bual bicara Sekapur Sireh di TV3 pada 3 Jun 1990. Ketika ditemubual, dia menceritakan koleksi kereta mewahnya selain keistimewaan masing-masing.

Akhirnya…

Ketika itu, dia sudah meletakkan jawatan di bank Hock Hua. Secara kebetulan, majikan lamanya telah menonton rancangan tersebut. Siapa menyangka, hari-hari mendatang bakal menjadi mimpi ngeri buat Aman Shah apabila majikannya itu telah mencurigai kemampuannya memiliki koleksi kereta berkenaan.

Bekas majikannya mengarahkan audit dalaman dijalankan membabitkan transaksi Aman Shah. Dengan segala bukti dikumpul, lelaki itu dicekup di kondo mewahnya di Bangsar, 3 hari kemudian. Jenayah melibatkan kehilangan RM4 juta dibuat hanya dalam 14 hari sahaja.

Taktik licik dilaksanakan lelaki itu dengan mengeluarkan arahan palsu menerusi SPEED sebelum pemindahan wang dilakukan ke akaun agensi pengiklanan Bistro. Dia kemudiannya dijatuhkan hukuman 5 tahun penjara.

Sumber: The Reporter, Iluminasi

‘Allah Boleh Ambil Nyawa Bila-Bila Masa’– Takut Tak Bersedia Apabila Dijemput, Rizalman Umum Bersara

$
0
0

Siapa tidak kenal dengan pereka fesyen tersohor tanah air, Datuk Rizalman Ibrahim yang hasil sentuhannya menjadi pilihan bukan sahaja selebriti malahan golongan atasan. Terlibat lebih 30 tahun dalam dunia fesyen, Datuk Rizalman diakui disegani semua penggiat industri fesyen tempatan. Terbaru, Datuk Rizalman mengumumkan akan bersara dan fokus kepada persiapan di hari kemudian.

Mahu pergi dalam keadaan bersedia

Memetik laporan Astro Awani, Datuk Rizalman mengambil keputusan itu kerana bimbang tidak bersedia untuk menghadap Yang Maha Esa. Tambahnya, dia mahu melakukan persediaan secukupnya sebagai ‘bekalan’ sementara masih diberikan kudrat dan peluang untuk bernafas.

Kematian beberapa teman membuatkan saya terkesan dan terfikir bahawa Allah boleh saja mengambil nyawa kita pada bila-bila masa.

Saya takut tidak bersedia apabila dijemput oleh Allah. Saya mahu pergi dalam keadaan bersedia.

Pengunduran ini adalah pelan persiapan saya untuk menghadapi hari kemudian.

Bercakap kepada media selepas pementasan Kesuma Jiwa di Istana Budaya malam tadi, pemergian rakan-rakan pada usia muda menimbulkan rasa keinsafan dalam dirinya.

Serah legasi kepada pembantu

Pengumuman ini ternyata mengejutkan penonton yang hadir di persembahan pertunjukan fesyen terakhir malam tadi. Berangkat sama ke pementasan ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Bukan sahaja dikenali sebagai seorang yang kreatif, Rizalman juga memiliki sosok peribadi yang ceria dan merendah diri membuatkan dia senang didekati peminat di media sosial. Dia juga memaklumkan akan menyerahkan jenama dan legasi Rizalman Ibrahim kepada pembantu peribadinya, Faizul Surani yang telah berkhidmat selama 15 tahun.

Sumber : Astro Awani

‘Geram’ Kena Tinggal, Ebby Yus Pernah Berjalan Dari Klang Ke KL, Cerita Sebab Masih Bujang

$
0
0

Julai tahun lalu, viral di laman sosial foto pelakon dan pelawak Ebby Yus berpakaian pengantin bersama penyanyi seksi, Zizi Kirana. Ramai yang terkejut dengan foto berkenaan dan menyangka mereka benar-benar berkahwin walhal mereka hanya menjayakan program komedi JKK di TV3.

Masih membujang di usia 55 tahun, otai ini menjelaskan dalam satu video mengapa dia masih sendiri walaupun rakan seangkatan sudah beranak-pinak dan menimang cucu.

Cerita perjalanan hidup

Ebby yang ditemubual Caca pada mulanya menceritakan bagaimana dia memulakan karier dalam bidang lakonan, liku-liku kehidupan dan bagaimana hidupnya bertukar setelah jatuh sakit. Ditanyakan mengenai kisah cinta yang tidak kesampaian, Ebby secara berseloroh berkata mahu menamatkan perbualan di situ sebelum mula bercerita.

Menurut pelakon yang mula menjadi pelakon drama persilatan ini, dia dan bekas kekasih sudah menyayangi antara satu sama lain. Walaubagaimanapun, wanita itu telah mengatakan jika bekas teman lelakinya mahu kembali menjalin hubungan, dia terpaksa meninggalkan Ebby.

Yakin dengan kasih sayang dan perhatian diberi, Ebby tidak merasakan perkara itu satu masalah buatnya. Satu hari, ketika ke rumah bekas kekasihnya itu, wanita berkenaan tidak berada di rumah. Beberapa hari kemudian Ebby dan pasangannya ketika itu ke bandar Pandamaran, Klang untuk berbincang.

Di sana, wanita itu menceritakan dia sudah kembali kepada bekas teman lelakinya dan mahu memutuskan hubungan dengan Ebby. Geram dengan keputusan itu, pelawak berkenaan sanggup berjalan dari Klang menuju ke Kuala Lumpur dari 9 malam sehinggalah sampai ke destinasi ketika hampir subuh.

Sumber: Hashtag Malaysia

[VIDEO] ‘Jangan Menilai, Takut Jatuh Fitnah’– Ali Puteh Teruk Dihentam, Ini Respon Sharnaaz Ahmad

$
0
0

Pendedahan balu allahyarham Syed Umar Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey mengenai keadaan hidup selepas suami meninggal dunia menimbulkan rasa kekesalan Ali Puteh. Ali yang merupakan adik kepada Abam menafikan dakwaan yang dibuat dan telah pun menjelaskan perkara sebenar.

Perkara ini telah mendapat perhatian ramai orang termasuklah rakan selebriti iaitu Sharnaaz Ahmad. Menurut Sharnaaz, sebagai orang luar yang tidak tahu menahu seeloknya tidak menyebarkan fitnah yang boleh memburukkan lagi keadaan.

Jangan mudah menghentam

 

View this post on Instagram

 

Jangan menilai takut jatuh fitnah sahabat

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad) on

Menerusi video berdurasi 5 minit yang dimuatnaik di Instagram, Sharnaaz memberi nasihat kepada orang ramai supaya tidak mudah menghentam sesukati tanpa mendengar penjelasan terlebih dahulu. Dia berpendapat, apa yang dimuatnaik Ali mengenai balu ketika marah diakui salah dan dia percaya Ali telah pun menyesal.

Dia juga percaya apa yang berlaku bersebab dan orang ramai tidak seharusnya menilai dan menabur fitnah tanpa berfikir terlebih dahulu. Malah, Sharnaaz sendiri menerima mesej di Instagram daripada orang ramai yang menghentamnya gara-gara menasihati Ali.

Katanya lagi, manusia sentiasa melakukan kesilapan, mungkin saat ini Ali diuji dengan pelbagai dugaan. Namun, tuduhan dan fitnah dilemparkan orang ramai kepada kedua-dua belah pihak adalah tidak perlu sama sekali.

Sumber : Sharnaaz Ahmad

Zed Zaidi Kena Dakwa Di Mahkamah, Sebar Berita Palsu Penularan Covid-19

$
0
0

Ramai yang tidak sedar bahawa penyebaran berita palsu boleh memberi impak negatif kepada negara termasuk menimbulkan keresahan masyarakat, menimbulkan kebencian dan lebih teruk lagi boleh mengakibatkan huru-hara.

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) iatu Zed Zaidi sebelum ini pernah membuat kenyataan mengenai wabak Covid-19 di media sosial sehingga menyebabkan kerisauan kepada orang ramai.

Didakwa kongsi berita palsu

Memetik laporan Malaysia Kini, Zed Zaidi bersama empat lagi individu telah berkongsi maklumat palsu mengenai Covid-19 di media sosial.

Zed Zaidi telah berkongsi maklumat itu melalui laman breakyourownnews.com dimana pengguna boleh memasukkan teks dan gambar dalam template yang disediakan bagi menghasilkan imej seakan-akan berita.

Aplikasi berita boleh buat apa saja

Akibat daripada tindakan demikian, dia turut dikecam netizen meskipun berniat sebagai bahan sendaan. Bagaimanapun, Zed Zaidi tampil dengan untuk membela diri dengan mendakwa dia sememangnya mengetahui perkongsian itu adalah berita palsu.

Memang benda tu kita tahu aplikasi berita yang boleh buat apa saja. Takkan la saya tak tahu tu berita palsu. Apa yang saya cuba buat adalah nak pautkan berita yang dibuat dengan gambar-gambar banyak pakai topeng muka sebab nak link saya pakai topeng tu.

Zaidi Zaidi hari ini bersama empat lagi individu didakwa di mahkamah pagi tadi atas pertuduhan membuat kenyataan palsu mengenai Covid-19 itu.

Sumber: Malaysia Kini


Mamat Khalid Kongsi 7 ‘Deleted Scene’ Filem Rock Bro Yang Penonton Tak Pernah Tengok

$
0
0

Demam ‘rock’ kini kembali selepas sehari filem Rock 4 Rockers Never Dai ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia dan Brunei. Mesti ramai peminat yang tengok balik filem-filem Rock yang sebelum ini kan? Rock Bro yang ditayangkan pada 2016 antara filem Rock yang mendapat sambutan positif dari pononton.

Sebenarnya filem Rock Bro ini ada banyak ‘deleted scene’ atau dalam erti kata lain babak yang tidak dimasukkan di dalam filem atas sebab yang tertentu. Sempena filem Rock 4, Mamat Khalid berkongsi beberapa babak ‘rare’ tersebut di Youtube. Jom layan!

Flashback Jijo

Wah, kecil-kecil dah jamming tepi sekolah. Cuba teka siapa budak comel yang datang yang sangkut beg atas kepala tu. Comel je semua!

Cik Man

Cik Man asyik asyik nak ke Kajang. Bukan main Cik Man nak kembali jadi manager kumpulan Rimba Bara. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu tu rupa-rupanya En Ramli Jiwa. Kalut Cik Man larikan diri.

Ekspo Pertanian

Siapa ingat lagi scene dekat Ekspo Gopeng ni? Kumpulan Rimba Bara tengah perform, kena turun pentas. Naik pula ahli silat atas pentas. Memang ngeri.

Jual Buah

Lepas dah perform di ekspo pertanian, payment dibayar dengan buah-buahan ni. Untuk dapatkan duit, mereka pun jual buah-buah tersebut. Tapi malangnya, pemilik kedai jual buah tak nak beli pula.

Studio 1

Wah, Jijo suruh Dio ganti dia main bass sebab nak keluar dengan Ella rupanya. Agak-agak kenapa diorang jadi macam ikan tu? Kelakar kan?

Missing Video Clip Fauna

Ini memang kelakar. Bila dengar betul-betul lirik lagu yang dinyanyikan oleh Zee & The G-Boys ni ingatkan pasal apa. Rupa-rupanya pasal kucing. Bukan pasal kucing je, zirafah, gajah lembu dan banyak lagi binatang pun ada. Memang mencuit hati!

Sebelum Kemalangan

Semua babak -babak ni adalah deleted scene, tapi memang ‘explain’ lah kan apa yang terjadi dalam filem Rock Bro ni.

Jadi, jangan lupa tonton filem Rock 4: Rockers Never Dai di 131 buah pawagam di seluruh Malaysia dan Brunei bermula 20 Februari 2020. Layari laman sosial Facebook, Twitter, Instagram serta Youtube Primeworks Studios untuk berita dan informasi terkini. Pengguna laman sosial boleh gunakan tanda pagar #rock4 #rockersneverdai #rimbabara2 bagi berkongsi ulasan tentang filem ini.

 

Bayi Terlepas Dari Pangkuan & Jatuh Ke Lantai Setinggi 1 Meter, Yatt Hamzah Pohon Doa

$
0
0

Semua sedia maklum, sebelum ini pelakon Yatt Hamzah pernah berkongsi komplikasi ketika melahirkan anak keempat. Tak dapat dibayangkan bagaimana pengorbanan seorang ibu apabila pelakon itu terasa seperti peranakannya meletop.

Terbaru, belum habis kesakitan lepas, bayi tersebut yang kini berusia 50 hari jatuh ke atas lantai ekoran terlepas dari dukungan kakaknya. Walau bagaimanapun, bayi itu kini stabil dan Yatt meminta semua doakan kesembuhan anak kecil tersebut.

Jatuh dari dukungan kakak

Menurut perlakon tersebut, anak kecilnya itu terjatuh ke atas lantai selepas kakaknya mendukung berjalan ke arahnya. Sejurus kejadian itu berlaku, Yatt Hamzah terus membawa bayinya ke hospital.

Saya dalam bilik sedang uruskan dan mandikan anak ketiga. Manakala bayi dengan kakak-kakak yang lain berada di ruang tamu. Apabila Hawa nangis, anak sulung saya mendukungnya seperti biasa. Malangnya dia terlepas dan jatuh.

Ketika kejadian, dia sedang menguruskan anaknya yang ketiga. Namun apabila Hawa menangis, anak sulungnya iaitu Suci Hanania Malika yang berusia 5 tahun mendukung anaknya seperti biasa. Malangnya adiknya itu terlepas dan terjatuh di atas lantai.

Kini dalam keadaan stabil

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah Alhamdulillah mengambil keberkatan Jumaat Sayyidul Ayyam, Bonda tunjukkan wajah baby #SuciHawaZulaikha yg kini berusia 1 bulan 22 hari dengan berat 5 kg. Juga pd kesempatan ini, Bonda dan seluruh ahli keluarga nak ucapkan terima kasih tak terhingga di atas doa ikhlas dr semua buat Puteri Bongsu Hawa ini berikutan insiden dia jatuh semalam. Hanya Allah yg mampu membalasnya.

Baby Hawa setakat ini dlm keadaan stabil. Doktor dah periksa tubuh si kecil ini dan hanya ada sedikit lebam selepas jatuh setinggi 1 meter ke atas lantai. Terima kasih Allah yg menghantarkan MalaikatNYA utk melindungi si kecil ini. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Cuma Bonda masih kena pantau keadaan baby Hawa jika dia muntah2 yg serious dan berterusan, Bonda akan kejarkan Hawa semula ke hospital.

Mohon doa di Penghulu Hari yg Mulia ini agar tiada kecederaan dalaman yg serius. Krn baby Hawa msh terlalu kecil, X-ray dan ubat2an tidak sesuai baginya. Maka tiada apa yg boleh dilakukan semalam di hospital melainkan Doa dan pemantauan rapi oleh Bonda.

Sumber : Yatt Hamzah

‘Bangun, Bantu Saya!’– Sepupu Cerita Perbualan Terakhir Ashraf Sinclair Bersama BCL Sebelum Meninggal Dunia

$
0
0

Luluh hati apabila kita kehilangan seseorang yang amat kita cintai. Hari ini merupakan hari ketiga Allahyarham Ashraf Sinclair pergi meninggalkan kita semua dan paling terkesan dengan pemergian ini adalah Bunga Citra Lestari dan anak mereka Noah Sinclair.

Ramai dalam kalangan peminat di Indonesia dan Malaysia sendiri ingin mengetahui kronologi disebalik kematian Ashraf Sinclair itu. Sepupu kepada BCL iaitu Ivan Permana mendedahkan kisah

Bunga masih trauma

Ivan Permana menerusi video hasil temubual Intens Investigasi pada minit 9:28 ini mendedahkan Ashraf dan Bunga baru pulang dari New York dan mereka berkemungkinan keletihan kerana jetlag.

Sebaik sahaja tiba di Jakarta, Indonesia, arwah perlu menghadiri beberapa mesyuarat dan sebelah petangnya pula menghantar isterinya ke Indonesia Idol.

Habis Maghrib sekitar jam 8 malam, dia ke olahraga cross fit. Berkemungkinan dia penat sekali sebab dia belum tidur lagi ketika itu dan dia melakukan olahraga yang terlalu berat.

Jam 2 malam, Bunga baru pulang dari Indonesia Idol. Mereka berdua berbual di dalam bilik. Dan Bunga di bilik air kerana masih buang make-up dan melihat foto di telefon. Lebih kurang setengah jam.

Ashraf tidur mengiring posisinya. Kemudian Bunga mengajak Ashraf melihat foto di telefonnya. Dia tak respon, tak jawab. Bunga kejutkan dia, “kenapa kamu tidur nyenyak sangat ni? Bangun, tolong pilihkan foto”.

Dah dipukul muka tapi tak bangun.

Bagaimanapun, Bunga Citra Lestari segera memanggil ibunya untuk melihat keadaan Ashraf dan ternyata dia sudah tidak bernafas lagi. Ibu kepada Bunga juga telah memeriksa nadi di pergelangan tangan Ashraf.

Mereka sempat bergurau

Ibu kepada Noah Sinclair mendedahkan kesukaran trauma tidur di bilik itu kepada sahabat karibnya iaitu Aming. Menurut Aming, Bunga juga ketakutan untuk tidur seorang diri di dalam bilik itu.

Ming, saya takut untuk tidur di dalam bilik..saya tak akan tidur di dalam bilik itu lagi. BCL hanya meninggalkan Ashraf dalam waktu yang singkat untuk membersihkan dirinya. Sebaik kembali ke bilik, Ashraf sudah tidak bergerak dan mulutnya berbuih.

Sebelum kejadian, mereka berdua sempat bergurau dan berbual-bual. Kini BCL hanya berehat dan tidur di sebuah bilik lain di rumahnya.

Sumber: Intens Investigasi, Astro

[FOTO & VIDEO] Majlis Resepsi Zahirah Macwilson & Aiman Hakim, Bagai Puteri Bertemu Putera Idaman

$
0
0

Tanggal 20 Februari 2020 merupakan satu tarikh terindah buat pasangan merpati dua sejoli iaitu Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Redza setelah mereka disatukan dalam sebuah ikatan pernikahan.

Terbaru, pasangan pelakon ini telah melengkapkan hari bahagia mereka dengan sebuah majlis resepsi yang diadakan di Glam Hall Damansara pada 21 Februari 2020. Kami dari OHBULAN! ingin berkongsi beberapa foto kemeriahan majlis resepsi pasangan tersebut yang telah dikongsikan oleh official photographer, CST Production.

Majlis resepsi Zahirah dan Aiman

Perarakan masuk pengantin

Instagram Photo

Instagram Photo

Macam putera dan puteri!

Sweet!

Sama cantik sama padan

Cantiknya!

Sumber: CST Production, EH Malaysia, Azim Wahab, Rizman Ruzaini

Nyanyi Sumpah ‘Live’ Di Hospital Untuk Peminat Pesakit Kanser, Naim Daniel Terima Pujian

$
0
0

Impian seorang kanak-kanak yang menghidap kanser tulang tahap 4 untuk berjumpa dengan penyanyi, Naim Daniel akhirnya tercapai apabila penyanyi tersebut melawatnya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Kanak-kanak yang dikenali sebagai Nur Aimy Adriana, berusia 11 tahun itu kelihatan sangat gembira sejurus Naim Daniel menyanyikan lagu Sumpah dan berborak dengannya.

Peminat cilik saya

Instagram Photo

Menurut Naim, Aimy merupakan peminatnya dan pejuang kanser tulang tahap 4. Tambahnya, Aimy sangat meminati lagu Sumpah. Sewaktu Anugerah Juara Lagu 34, Naim diberitahu bahawa kanak-kanak itu tidak dapat menyaksikan persembahannya ekoran sedang menjalani rawatan di hospital.

Demi merealisasikan impian kanak-kanak itu, Naim berpeluang untuk melawat Aimy sambil menyanyikan semula lagu Sumpah. Naim turut meluahkan perasaan sayang terhadap kanak-kanak itu. Dia mendoakan Aimy sentiasa kuat dan terus berjuang melawan penyakitnya. Di samping itu, Naim turut meminta orang ramai agar mendoakan kesihatan Aimy.

Baik sungguh kamu

Di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan netizen terharu melihat video yang dikongsikan Naim itu. Mereka kagum dengan niat dan sikap Naim yang sentiasa menghargai insan yang memberi sokongan terhadap kariernya. Adik Aimy turut meninggalkan ucapan terima kasih buat Naim dan berdoa urusan penyanyi itu dipermudahkan Allah S.W.T.

Sumber: Naim Daniel

Kek Zahirah Macwilson & Aiman Tarik Perhatian, Berbentuk Chandelier Turun Dari ‘Langit’ Persis Di Kayangan

$
0
0

Selepas berteka-teki selama ini, pasangan pelakon Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Redza akhirnya selamat bergelar suami isteri pada 20 Februari yang lalu. Majlis resepsi kemudian telah berlangsung di Glam Hall Damansara pada keesokan harinya.

Namun, apa yang paling mencuri tumpuan adalah rekaan kek perkahwinan pasangan ini yang lain daripada yang lain persis di kayangan. Cantik sungguh!

Kek ala-ala lampu chandelier

Instagram Photo

Kek 7 tingkat yang tergantung di tengah dewan ala-ala lampu Çhandelier itu merupakan hasil karya lilylolacakes dan idea pembuatan kek ini mengambil masa selama 3 tahun sebelum direalisasikan pada majlis resepsi pasangan merpati dua sejoli itu.

Difahamkan juga, kek yang tergantung indah seperti ‘chandelier’ di dewan pada malam resepsi itu langsung tidak disedari oleh Zahirah dan Aiman sehinggalah kek itu diturunkan dari atas untuk dipotong oleh pengantin.

Kek dari ‘langit’

‘Kek dia terbalik’

Keunikan dan reka bentuk kek yang luar biasa itu sememangnya menarik perhatian tetamu yang hadir dan pengguna media sosial.

Rata-rata daripada pengguna media sosial kagum melihat kreativiti dan tidak kurang juga ada di antara mereka seakan-akan tidak percaya cara kek itu dipersembahkan dengan posisi yang terbalik. Tidak ketinggalan, mereka turut berseloroh dengan memberi lucu sambil memuji keindahan kek tersebut.

Sumber; Lilylolacakes, CST Production, Yiyieeen

Mudahnya Pindahkan Data Daripada Phone Lama Ke HUAWEI nova 7i. Guna Phone Clone Je!

$
0
0

Image from Wiser

Melancarkan pra-tempahan telefon pintar mid-range terbarunya pada minggu lalu, HUAWEI nampaknya tidak menang tangan apabila model terbaru nova 7i mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada peminat setia HUAWEI.

Model nova 7i telah berjaya memikat hati pengguna apabila telefon pintar itu tampil dengan binaan dalaman seperti kesan AI yang realistik dan reka bentuk seakan model flagship HUAWEI, nova 7i juga merupakan model dalam siri nova pertama yang dilengkapi dengan 40W HUAWEI SuperCharge.

Memandangkan model HUAWEI nova 7i ni bakal sampai ke tangan pemiliknya tidak lama lagi, HUAWEI Malaysia telah berkongsi cara bagaimana korang boleh pindahkan data daripada telefon lama ke telefon baru korang nova 7i dengan mudah. Memang menjimatkan masa!

Aplikasi Phone Clone bantu mudahkan urusan pindahan data

Ikut step kat bawah ni satu demi satu ya.

Langkah 1: Muat turun aplikasi Phone Clone di AppGallery atau Google Play Store (kedua-dua smartphone)

Langkah 2: Buka aplikasi Phone Clone pada kedua-dua telefon pintar.

Langkah 3: Pasangkan telefon pintar korang dengan mengimbas QR code yang tertera.

Langkah 4: Pilih data yang korang ingin pindahkan seperti senarai kenalan atau Whatsapp.

Langkah 5: Selesai urusan pemindahan data, buka tetapan. HUAWEI nova 7i dan pilih ‘benarkan tetapan set WhatsApp’ & selesai.

Macam mana kalau nak restore WhatsApp je?

Memandangkan WhatsaApp dah jadi medium penting perhubungan di Malaysia, nak pindahkan data mesti leceh kan? Haa.. Ni HUAWEI tunjukkan cara mudah bagaimana korang boleh restore data WhatsApp daripada telefon pintar Android korang ke HUAWEI nova 7i.

Langkah 1: Buka aplikasi WhatsApp pada telefon pintar Android korang.

Langkah 2: Tekan pada titik 3 di bahagian atas aplikasi Whatsapp

Langkah 3: Pilih Tetapan-> Sembang-> Sandaran sembang

Langkah 4: Pilih tidak pada sandaran kepada Google Drive

Langkah 5: Pilih sandaran

Langkah 6: Pergi ke fail ->storan dalaman -> WhatsApp

Langkah 7: Pilih “Database”  dan “Media”

Langkah 8: Mampatkan (compress) fail yang dipilih

Langkah 9: Hantar fail compress  (WhatsApp.zip) ke peranti baru melalui WiFi direct/bluetooth/Huawei share.

Langkah 10: Tekan “Terima” pada peranti baru dan tunggu urusan pemindahan selesai

Langkah 11: Buka tetapan telefon->Aplikasi->WhatsApp->Kebenaran->Penstoran

Langkah 12: Pilih “Benarkan”

Langkah 13: Pergi semula ke Files->pilih storan dalaman->HUAWEI share, pilih fail compress yang dihantar oleh peranti lama (WhatsApp.zip) kemudian ekstrak ke storan dalaman

Langkah 14: Pergi ke storan dalaman->WhatsApp->Database

Langkah 15: Pilih semua fail kecuali “mgstore.db.crypt12″

Langkah 16: Hapuskan fail yang dipilih

Langkah 17: Luncurkan aplikasi WhatsApp dan loh masuk

Langkah 18: Selepas masukkan kod verfikasi tekan “Pulihkan”

Langkah 19: Selesai

HUAWEI nova 7i teman setia untuk bersosial

Pada harga yang berpatutan, RM 1,099 tidak hairanlah telefon pintar mid range HUAWEI nova 7i mendapat perhatian ramai. Manakan tidak, HUAWEI nova 7i dilengkapi dengan kamera utama 48MP, lensa sudut lebar 120 °, kanta makro 2MP, AI depth perception, 40W HUAWEI SuperCharge, Kirin 810, reka bentuk trendy, Algoritma Advanced AI untuk kesan kecantikan yang lebih baik, video  editor AI dan Super Night Selfie 2.0!

Selain tu juga kalau korang nak tau, melalui kajian yang dilakukan oleh pihak HUAWEI, rata-rata rakyat Malaysia menggunakan peranti HUAWEI nova mereka untuk melayari media sosial seperti Facebook, Instagram, Spotify dan WhatsApp. Aplikasi Waze, Google Maps, dompet e-tunai (Maybank MY, Touch N’ Go), e-hailing, dan servis penghantaran makanan turut menjadi aplikasi yang sering digunakan menggunakan model nova ni.

Korang tak perlu risau, dengan nova 7i ni korang masih boleh gunakan aplikasi kegemaran korang, sebab HUAWEI dah pon memastikan kesemua aplikasi ni boleh dimuat turun dan dilayari tanpa sebarang masalah.

Dapatkan kombo peranti HUAWEI terkini dengan ansuran serendah RM4.87* sehari!

Korang tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang untuk nikmati 0% faedah dan 0% yuran pemprosesan dengan Pelan Ansuran Pakej Together 2020 HUAWEI SMART LIFE sehingga 12 bulan kurang RM5 sehari* atau korang boleh dapatkan beli HUAWEI nova 7i pada harga RM 1,099 je dan korang boleh dapat HUAWEI Band 4 secara PERCUMA!

Tampil dengan 3 warna menawan bersama kemasan metalik pilihan warna Sakura Pink, hitam, dan crush green pastinya sesuai dipadankan mengikut gaya korang. 

HUAWEI nova 7i boleh mula dimiliki mulai 22 Februari 2020 di HUAWEI store berhampiran korang! Kalau korang nak tau lebih lanjut mengenai HUAWEI nova 7i atau pelan ansuran yang ditawarkan, layari je Facebook atau terus ke laman rasmi  HUAWEI sekarang!


Tiada Pengumuman Pembentukan Kerajaan Baharu Dilakukan, Anwar Menghadap Agong Hari Ini

$
0
0

Kecoh di media sosial semalam mengenai satu pengumuman pembentukan kerajaan baharu bakal diadakan selepas Majlis Makan Malam Muafakat Ahli Parlimen di Hotel Sheraton, Petaling Jaya. Namun, desas desus tersebut dikhabarkan tidak berlaku ekoran tiada sidang media atau pengumuman yang dilakukan.

Menerusi laporan Harian Metro, tiada seorang Ahli Parlimen daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), PKR, UMNO dan Pas yang menemui pihak media semasa berada di hotel tersebut. Malah, rata-rata daripada mereka meninggalkan kawasan hotel secara beransur-ansur.

Pertemuan yang agak bagus

Menurut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, beliau menyifatkan pertemuan yang diadakan itu agak bagus. Manakala, Ahli Parlimen Larut , Datuk Seri Hamzah Zainudin pula berkata hanya ‘esok’. Selain dua ahli parlimen tersebut, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yaasin, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden PAS iaitu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut kelihatan di hotel berkenaan. Disoal mengenai majlis yang berlangsung, mereka hanya kelihatan tersenyum dan memberikan isyarat positif.

Di samping itu, Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin juga tidak memberi sebarang komen. Sebaliknya, beliau hanya menggenggam tangan seolah memberi isyarat penuh yakin dengan pertemuan itu. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan tidak hadir pada pertemuan semalam dan sidang media yang dikatakan bakal berlangsung tidak diadakan. Menurut sumber dalaman, sebarang pengesahan mengenai pengumuman pembentukan kerajaan baharu hanya akan dibuat paling awal hari Rabu ini.

Membentuk kerajaan baharu

Menurut Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa memberitahu bahawa gabungan antara Pakatan Harapan iaitu Bersatu, PKR, DAP, Amanah mungkin akan berakhir. Malah, parti itu mungkin akan membentuk gabungan baharu dengan Bersatu dan PAS. Bagaimanapun, beliau berkata pengumuman itu akan diumumkan oleh Perdana Menteri.

Pembentukan Pakatan baharu perlu mengikut perlembagaan dan perkenan Agong. Akan ada mesyuarat lagi selepas ini bersama Tun Dr Mahathir, kesimpulannya tunggu Perdana Menteri umum pakatan baharu itu.

UMNO akan kekal sebagai parti politik. Saya rasa begitu. Kita mencapai dua pertiga sokongan daripada ahli parlimen yang ada.

Tambahnya lagi, UMNO masih sebuah parti walaupun akan ada gabungan baharu bersama parti yang lain. Disoal mengenai adakah Pakatan Harapan sudah berakhir, beliau seolah-olah mengesahkannya. Sokongan yang diterima juga cukup untuk membentuk kerajaan baharu jelas Annuar.

Menghadap Agong

Menerusi laporan Berita Harian, Presiden PKR iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengemukakan perkembangan mengenai cubaan menubuhkan kerajaan menerusi pintu belakang ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini. Datuk Seri Anwar Ibrahim juga bakal ditemani isterinya iaitu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah ketika menghadap Agong.

Menurut Setiausaha Politik Presiden PKR, Farhash Wafa memberitahu bahawa agenda sembah menghadap yang dilakukan sekadar membincangkan keadaan politik semasa dan hal ehwal negara. Mengulas mengenai gerakan menubuhkan kerajaan menerusi pintu belakang, dia masih menaruh kepercayaan kerana usaha itu belum berjaya dan tiada keputusan rasmi yang dibuat.

Sumber: Harian Metro & Berita Harian

[KUIZ] “Aku Takde Phone Ok Je”– Nak Tau Korang Ketagih Smartphone Atau Tak? Main Kuiz Ni

$
0
0

Siapa percaya bila seseorang tu kata “ala, aku boleh je hidup sehari tak ada smartphone kat tangan”. Tipuuulah! Kalau ada pun, tak ramai…

Menurut kajian yang dijalankan di United Kingdom, 53%  orang akan berasa gelisah dan mengalami tekanan perasaan jika tidak dapat menggunakan smartphone. Malah, rupanya wujud istilah yang menggambarkan ketakutan hidup tanpa telefon iaitu Nomophobia.

Kebimbangan itu juga boleh dikaitkan dengan ketagihan korang terhadap smartphone yang makin berleluasa sekarang ni. Mana taknya, masuk toilet bawa phone, makan tengok phone, dah macam melekat dengan phone tu! Nak tau korang ketagih smartphone atau tak, main kuiz kat bawah ni…

Ketagih smartphone atau tidak sebenarnya?

Jangan lupa share result tahap ketagihan smartphone korang di ruangan komen okay!

Dapatkan pelan pascabayar terbaik hanya dari Celcom

Tak kiralah ketagihan korang terhadap smartphone tu tinggi mana, tapi korang tetap memerlukan sambungan internet dengan pelan pascabayar yang memuaskan untuk menyelesaikan urusan kerja dan harian. Semestinya, pelan pascabayar terbaik hanya dari Celcom!

Celcom kini memperkenalkan Celcom Mega Postpaid Plan yang memberi kebebasan untuk korang menyesuaikan pelan mengikut kegunaan masing-masing melalui pas Unlimited dan Lightning mereka. Kedua-duanya menawarkan pengalaman menggunakan internet tanpa batasan melalui rangkaian terluas di Malaysia.

5 sebab kenapa korang kena langgan Celcom Mega Postpaid Plan

1. Kuota internet yang belum habis digunakan boleh trade-in dengan pulangan tunai Boost
Untuk pengetahuan korang, Celcom adalah rangkaian pertama di Malaysia yang membolehkan korang trade-in kuota internet dengan pulangan tunai tau. Korang boleh dapat balik pulangan tunai Boost sehingga RM5 untuk 10GB kuota internet (maksimum) yang belum habis digunakan. Jadi, tiada pembaziran kuota lagi lepas ni!

2. Percuma data perantauan bila melancong ke luar negara
Bila korang langgan pelan MEGA™ dengan pelan Lightning XL, korang boleh dapat data perantauan percuma, panggilan dan SMS tanpa had di 12 negara terpilih

3. Ada kebebasan untuk menyesuaikan pelan ikut keperluan
Sama ada Unlimited Internet atau Lightning Speed, korang boleh pilih dan sesuaikan pelan internet mengikut keperluan korang. Kalau Unlimited Internet, ia sesuai untuk korang yang suka tengok drama atau filem online dan memuatnaik gambar atau fail saiz besar di internet. Untuk Lightning Speed pula, ia membolehkan korang stream apa saja tanpa gangguan, termasuk permainan yang memerlukan sambungan internet terpantas.

4. Banyak add-on menarik untuk meningkatkan lagi penggunaan internet korang
Terdapat banyak add-on korang boleh tambah seperti INTERNETshare™ yang membolehkan korang share kuota dengan talian tambahan. Terdapat juga Unlimited Social yang membolehkan korang melayari platform media sosial seperti Facebook dan Instagram tanpa had serta banyak lagi add-on menarik.

5. Talian tambahan
Dengan Celcom Mega Postpaid Plan, korang juga boleh tambah sehingga tiga talian tambahan untuk ahli keluarga dan orang tersayang. Mereka juga boleh nikmati diskaun 50% dari harga asal pelan dan panggilan tanpa had berserta kuota internet 15GB untuk setiap talian tambahan.

Nak lagi kuota internet?

Tak cukup lagi kuota internet yang Celcom bagi? Mereka turut memperkenalkan MEGA™ Unlimited yang menawarkan dua jenis Unlimited Mobile Internet Pass iaitu…

  1. MEGA™ Unlimited M
  2. MEGA™ Unlimited L 

Pas Unlimited L dan Unlimited M sesuai untuk korang yang nakkan kuota internet terbanyak dan tak risau ketika menonton video, bermain game, mendengar lagu dan melayari media sosial kerana ianya ternyata TANPA HAD.

Banyakkan kelebihan Celcom Mega Postpaid Plan? Tunggu apa lagi, jom bertukar kepada Celcom dengan mengunjungi cawangan Celcom berhampiran korang. Untuk maklumat lanjut mengenai Celcom Mega Postpaid Plan, layari laman web Celcom.

[FOTO] Sekitar Majlis Akikah Putera Sulung Anzalna Nasir, Macam Pengantin Baru!

$
0
0

Selepas tiga tahun menanti cahaya mata, kehidupan pasangan Anzalna Nasir dan Mohd Hanif Zaki diserikan dengan kehadiran Mohamad Eidress Mei tahun lalu. Pasangan merpati dua sejoli ini dalam satu kenyataan menyifatkan anaknya itu satu nikmat yang luar biasa.

Malam tadi mereka meraikan akikah Mohamad Eidress dalam satu majlis yang meriah di Hotel Sheraton Petaling Jaya. Apa yang menarik perhatian ramai adalah kemunculan Anzalna dan suami yang macam pengantin baru. Cantik sungguh!

Cantiknya

 

View this post on Instagram

 

Majlis akikah anakanda @mohamadeidrees ditemani bonda jelita @anzalnanasir88 dan ayahanda @hanif_zaki.

A post shared by InTrend Malaysia (@intrendmalaysia) on

Menerusi video yang dimuatnaik Intrend, dapat dilihat Anzalna mengenakan persalinan berwarna cream keemasan ala-ala puteri raja siap dengan veil. Berarak masuk disamping suami tercinta, kemunculan pasangan tersebut mendapat perhatian tetamu yang hadir disitu.

Pada majlis akikah tersebut juga, pasangan ini meraikan ulangtahun perkahwinan mereka yang keempat.

Sambut ulangtahun keempat

 

View this post on Instagram

 

A N Z A L N A Feeling lagi sekali why nott feeling everafter . . . ?@nvdismsbeauty #popthatlipDUNYA

A post shared by NAD ISMAIL (@nvdism) on

 

View this post on Instagram

 

@anzalnanasir88 & suaminya @hanif_zaki di majlis aqiqah anak lelaki mereka @mohamadeidrees #ehmalaysia

A post shared by EH! (@ehmalaysia) on

Sumber : Intrend , EH , ainghafar , afizakamarulzaman , iam.yumimeiki

Angka Kematian Cecah 7 Orang, Korea Selatan Umum Amaran Tahap Tertinggi Wabak Covid-19

$
0
0

Wabak coronavirus atau Covid-19 dilihat masih belum reda malah angka kematian semakin meningkat dari hari ke hari. Terbaru, Korea Selatan merupakan salah satu negara yang telah mencatat jumlah kes tertinggi di luar China.

161 kes baharu

Menerusi laporan AFP, Korea Selatan kini telah mengumumkan amaran tahap tertinggi susulan daripada 161 kes baharu sekaligus menjadikan jumlah pesakit yang dijangkiti wabak ini adalah sebanyak 763 jangkitan.

Menurut sumber dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KCDC), sebanyak 115 kes mempunyai kaitan dengan kes yang dicatatkan berlaku di sebuah gereja di bandar selatan Daegu di mana seorang wanita berusia 61 tahun disahkan positif covid-19. Pihak KCDC masih menyiasat punca sebenar bagaimana wanita ini boleh dijangkiti wabak tersebut sedangkan dia langsung tidak mempunyai rekod perjalanan ke luar negara.

Umum tahap amaran tertinggi

Bukan itu sahaja, KCDC turut melaporkan kematian ketujuh di mana seorang pesakit lelaki berusia 62 tahun di sebuah hospital di Cheongdo disahkan meninggal dunia. Susulan daripada peningkatan wabak Covid-19, Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in telah mengumumkan amaran tertinggi disamping mengambil langkah drastik untuk menangani masalah ini daripada terus menular.

Insiden Covid-19 menghadapi titik perubahan serius. Hari mendatang akan menjadi sangat genting. Justeru, kerajaan akan menaikkan amaran ke tahap tertinggi berdasarkan nasihat pakar.

Difahamkan juga, berikutan daripada wabak ini, kerajaan Korea turut melanjutkan cuti sekolah dan tadika selama seminggu. Mereka juga turut merancang untuk menguatkuasakan pemantauan dua minggu yang lebih ketat terhadap ketibaan dari China.

Sumber: AFP, Today Online, Berita Harian

Dr Mahathir Letak Jawatan Perdana Menteri

$
0
0

Menerusi laporan The Malaysian Insight, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dikatakan telah meletak jawatan sebentar tadi. Surat peletakan jawatan dilaporkan telah diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Tun letak jawatan

Peletakan jawatan ini dipercayai berkaitan dengan pergolakan politik yang berlaku dalam Pakatan Harapan (PH) sejak mesyuarat Majlis Presiden Jumaat lalu.

Bagaimanapun sehingga kini masih tiada info lanjut diperoleh mengenai perletakan jawatan ini. Sementara itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin dipecat sebagai anggota Keadilan berkuatkuasa serta-merta.

Sumber: The Malaysian Insight, Astro Awani

 

 

Viewing all 34757 articles
Browse latest View live