Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all 36989 articles
Browse latest View live

Thursday Trailer: Filem Termahal Korea Selatan, “My Way” Bakal Ke Pawagam April Ini!

$
0
0

Rindukan filem-filem dari negara Korea Selatan dan Jepun? Sudah bosan dengan lambakan filem Hollywood di pasaran-pasaran?

Hasil usaha Alternate Pictures, sebuah filem dari negara Korea Selatan arahan dari pengarah filem Tae Guk Gi telah dibawa ke Malaysia selepas mendapat kutipan box-office di negara asal. Filem yang menelan kos sebanyak 28 bilion won ini (24.92 million USD), ‘My Way’ merupakan filem pertama Korea yang memaparkan insiden perang dunia kedua.

Sebuah filem berdasarkan kisah benar peristiwa perang dunia kedua ini bermula dengan pertemuan dua pemuda dari dua Negara. Jun-Shik (Jang Dong-Gun), pemuda Korea yang bercita-cita ingin menjadi seorang jaguh marathon seperti idolanya dan Hasegawa Tatsuo (Joe Odagiri), pemuda Jepun yang mempunyai kehebatan larian seperti Jun-Shik. Mereka bertemu sebagai musuh pada zaman kanak-kanak lagi apabila masing-masing mahu menunjukkan kehebatan larian mereka. Namun segalanya berubah apabila Jun-Shik dan rakan baiknya Kim In-Kwon (Lee Jong-Dae) dikerah menjadi tentera Jepun akibat rusuhan yang mereka lakukan ketika kemenangan yang sepatutnya milik Jun-Shik, diberikan kepada Tatsuo dalam pemilihan marathon Olimpik Tokyo. Lebih menyakitkan apabila Tatsuo pula mengetuai tentera Jepun sebagai Kolonel.

Penglibatan mereka berdua dalam peperangan dunia kedua telah merapatkan jurang permusuhan, lebih-lebih lagi apabila tentera Jepun kalah kepada tentera Soviet dan memaksa Tatsuo melucutkan jawatannya dan menjadi tawanan perang tentera soviet bersama Jun-Shik. Mereka dikerah bersama tawanan perang yang lain untuk berperang dengan tentera Jerman sehingga menyebabkan perpisahan terjadi antara keduanya dalam peperangan paling teruk dalam era perang dunia kedua.

Tatsuo yang mula menyedari sikapnya yang mementingkan diri akhirnya berjaya bertemu kembali dengan Jun-Shik apabila mereka sama-sama berada di kem tentera Jerman di Normandy, Perancis. Kali ini mereka sepakat untuk melarikan diri dari kem tentera tersebut dan kembali ke Korea untuk meneruskan cita-cita mereka menjadi jaguh marathon.

Berjayakah misi mereka? Saksikan perjalanan perit yang diharungi oleh dua pemuda ini yang dahulunya musuh kini bergantung harapan sesama sendiri demi mencapai impian mereka yang satu.

Apa yang pasti, filem ini akan menemui anda di pawagam pada 19 April 2012. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menonton filem ini ya!

Related posts:

  1. Thursday Trailer : Filem “Songlap” Di Pawagam Disember Ini!
  2. Thursday Trailer : “The Hunger Games” Ke Pawagam 22 Mac Ini!
  3. Thursday Trailer : Filem “Titanic” Bakal Kembali Dalam 3D, Lebih Romantis!
  4. Thursday Trailer: Filem “Bunohan” Angkat Martabat Industri Perfileman
  5. Trailer: Filem “Chow Kit” Dedahkan Kehidupan Gelap, Di Pawagam Mei Ini!

Zaiton Sameon Bakal Adakan Konsert Pertama Selepas Tragedi 1990!

$
0
0

Masih ingat lagi dengan penyanyi tersohor negara satu masa dahulu iaitu Zaiton Sameon? OHBULAN! pasti jika peristiwa yang berlaku pada 21 Februari 1990 tidak terjadi pada Zaiton Sameon, dia pasti sudah menjadi seorang selebriti setaraf Ogy Ahmad Daud ataupun Datuk Sharifah Aini.

Terbaru dari penyanyi yang sudah menjangkau usia 55 tahun ini, dia dikhabarkan telah diberikan peluang untuk membuat persembahan dalam Konsert Amal Kebajikan Zaiton Sameon yang akan diadakan di Perak pada 7 April depan.

Sebelum ini, selepas Zaiton ditimpa tragedi ngeri yang meragut nyawa anaknya, dia jarang mendapat jemputan persembahan malahan dia hanya menampung hidup dengan menyanyi di majlis kahwin dan hanya dibayar sebanyak RM100 hingga RM200 untuk sekali persembahan.

“Selepas mengalami kemalangan ngeri pada 21 Februari 1990 yang menyebabkan kematian anak saya, ramai pihak tidak mempercayai kepada kebolehan saya menyanyi dengan baik. Melalui konsert ini saya akan buktikan bahawa saya masih mampu menyampaikan lagu dengan baik.” dipetik dari mStar Online.

Zaiton Sameon akan mengadakan Konsert Amal Kebajikan Zaiton Sameon di Raub, Pahang, Pulau Pinang, Rembau, Negeri Sembilan dan Tanjung Karang, Selangor. Namun masih belum ditetapkan lagi tarikh konsert tersebut.

No related posts.

Rumah Agam Michael Jackson Dijual, $USD 23.9 Juta!

$
0
0

Rumah agam dimana Michael Jackson menemui ajalnya akan dijual sekali lagi untuk harga sehingga mencecah $USD 23.9 juta.

Rumah berkenaan telah pun dibuka kepada pasaran sejak Isnin yang lepas dan kebanyakan selebriti Hollywood yang berminat akan hadir ke sesi pra tonton pada hari esok. Hartanah sebesar 17 000 kaki persegi dikatakan tidak mempunyai sebarang perabot sejak kematian MJ. Rumah ini mengandungi 13 bilik mandi, sebuah kolam renang, rumah tetamu dan elevator.

Bagaimanapun, pengurus hartanah Beverly Hils, Maurico Umansky hanya akan menunjukkan hartanah itu kepada pembeli yang serius dan berkelayakan. Ini juga bermaksud mereka harus menepati  kriteria yang tertentu sebelum dibenarkan membeli rumah agam berkenaan.

Sumber : TMZ.

Related posts:

  1. Katil ‘Terakhir’ Michael Jackson Akan Dilelong!
  2. ‘Michael Jackson’ Pakistan Tolak Tawaran Menyanyi Di Konsert Jelajah Dunia Michael Jackson!
  3. Mahligai $27 Juta Sambut Kelahiran Anak Perempuan David Beckham & Victoria.
  4. (Breaking News) Michael Jackson Died, Perginya Seorang Raja Pop Dunia
  5. (Breaking News) 2.5 Billion Viewers On Michael Jackson Funeral

Foto: Stacy Sudah Bergelar “Ibu”, Bergambar Bersama Anak?

$
0
0

Jangan salah sangka pula ya, semua orang boleh bergelar ayah dan ibu. Kali ini, menurut sebuah laman gosip tempatan, Stacy sudah boleh digelar “ibu” kerana kini dia sudah mempunyai seorang anak angkat yang baru berusia satu bulan.

Bayi dalam gambar dipercayai anak angkat penyanyi yang popular dengan lagu-lagu rancak ini, diberikan nama Bella Valentina dan diambil dari sebuah keluarga susah yang memerlukan bantuan untuk menjaga bayi kecil ini.

Jika betul khabar angin ini, ia agak menarik perhatian kami, walaupun belum berkahwin dan masih muda, Stacy masih tetap mempunyai jiwa penyayang seperti ibu-ibu yang lain. Selebriti lain patut mencontohi niat suci mereka ini. Sebelum ini, artis seperti Almy Nadia dan Umie Aida juga telah membela anak angkat.

Mari lihat gambar bayi yang dipercayai anak angkat dan dibela oleh Stacy selepas ini ya!

Anak Stacy Anak Stacy Stacy Stacy

No related posts.

Kardashians Tampil Seksi Dalam Poster Promosi Lingerie

$
0
0

Pernahkah anda terfikir apakah relevannya rancangan realiti “Keeping Up With The Kardashians” kepada kehidupan seharian kita? Relevannya, anda dapat menyaksikan kisah luar dalam Kim Kardashian, Khloe Kardashian dan Kourtney Kardashian yang menjalani kehidupan ala kelas sosialit yang disaluti dengan kemewahan & gemerlapan.

Setiap episod “Keeping Up With The Kardashians” sudah tentu mengujakan mana-mana wanita yang ingin kelihatan seperti mereka, termasuk daripada segi fesyen, aksesori, pakaian, stail & sebagainya. Akur dengan kehendak peminat, adik-beradik Kardashians telah melancarkan jenama Kardashians Kollection untuk beberapa rangkaian produk seperti beg tangan, jeans denim, kasut, barangan kemas & aksesori.

Yang terbaru, 3 beradik ini tampil seksi dalam poster promosi pakaian dalam lingerie untuk jenama Kardashians Kollection Intimates. Dalam foto yang dipaparkan oleh Kim kepada peminat, dia tampil menawan dalam balutan lingerie 2 piece yang dipadankan bersama stokin hitam. Lingerie daripada model yang sama namun berlainan warna turut dikenakan oleh kakaknya, Kourtney. Khloe pula tampil paling berbeza dengan lingerie yang terpotong di bahagian peha.

Ketika poster ini dilepaskan kepada peminat, Kim berkata bahawa dia amat seronok untuk menayangkan bentuk tubuhnya kepada para peminat. Selain itu, Kim juga menyatakan lingerie keluaran Kardashians Kollection Intimates akan menampilkan sifat feminin, keanggunan & keselesaan kepada si pemakai.

Related posts:

  1. Kim Kardashian Minta Syarikat Pengilat Kuku Bayar Upah Sama Rata Kepada Ibu & Adik-Beradiknya!
  2. (Gambar) Jasmin Hamid Dalam Promosi Drama Datin Wan Abe
  3. (Gambar) Pandangan Sisi Eira Syazira Tampil Lebih Seksi
  4. (Gossip) Nurul Ada Lelaki Misteri, Tampil Lebih Seksi
  5. Majlis Perkahwinan Kim Kardashian Dianggarkan 10 Juta Dolar!

Artis Tak Cukup Umur, Pergi “Clubbing”?

$
0
0

Hamboi, terkejut kami saat membaca artikel ‘Soseh-soseh’ Harian Metro hari ni. Mana tidaknya, dikejutkan pula dengan isu artis remaja yang tidak cukup umur masuk ke kelab malam!

Bukannya apa, Malaysia ini bukannya macam Hollywood, sesuka hati masuk sana-sini macam Justin Bieber. Lagi-lagi tak cukup umur, silap haribulan, kalau ada operasi, memang dengan artis-artis tersebut masuk lokap. Kan dah memalukan keluarga dan diri sendiri.

Sebenarnya, OHBULAN! sendiri masih tertanya-tanya siapakah artis tersebut. Perempuan ataupun lelaki? Sebab sebelum ini pun, banyak kali kawan rapat OHBULAN! ada memberitahu mengenai seorang artis remaja lelaki yang selalu keluar masuk kelab dan bergaul dengan rakan-rakan yang minum alkohol. Kalau merokok itu, mungkin boleh OHBULAN! diamkan lagi, nak dibandingkan dengan remaja-remaja sekarang semua lagi teruk. Depan sekolah pun merokok.

Tapi kalau belum cukup umur sudah masuk kelab malam, itu membimbangkan. Siapa tahu apa akan terjadi kepada artis remaja ini kan? Mungkin boleh terpengaruh pula dengan minuman keras. Haih, rosak rosak.

Anda rasa, siapakah gerangan artis remaja ini ya?

Related posts:

  1. Artis Korea, JYJ Jaejoong Diundi Sebagai Artis Terkacak Di Asia!
  2. Artis Memaki Hamun Call Centre, Siapakah Beliau?
  3. Flash News : Justin Bieber Berhasrat Untuk Menjadi Ayah Pada Umur 25!
  4. Artis Remaja Youtube Kekwat Dengan Media?
  5. Artis Baru Gosok Baju Kurung 1 Jam, Tak Tepati Masa

Foto : Bruno Mars, Model Lelaki Ke-10 Majalah Playboy!

$
0
0

Penyanyi paling sensasi abad ini, Bruno Mars muncul sebagai model lelaki yang ke-10 dalam majalah Playboy edisi keluaran khas, Sex And Music. Tampil bersama Bruno Mars ialah model anggun yang digelarkan sebagai Miss April, Raquel Pomplun.

Dalam gaya retro-tropicana, Bruno Mars menjadi sasaran wanita dalam sesi photoshoot yang dikendalikan oleh jurufoto bangsa Irish yang terkenal, Tony Kelly. Selain itu, Bruno turut menjadi mangsa rebutan 2 orang wanita, dimana seorang wanita mencium bibirnya, manakala seorang lagi merenungnya dengan perasaan cemburu.

Secara tidak langsung, penerima anugerah Grammy ini telah menyertai ‘kelab’ model lelaki Playboys bersama beberapa selebriti atau orang ternama seperti Peter Sellers, Burt Reynolds, Steve Martin, Donald Trump, Jerry Seinfeld, Gene Simmons dan Seth Rogen.

Menurut editor Playboy, tema retro-tropicana menjadi inspirasi Playboy keluaran khas kerana mereka mengambil kira sejarah hidup Bruno Mars yang berasal daripada Honolulu, Kepulauan Hawaii.

Enjoice foto selepas ini.

bruno_mars-20120317-001-rita bruno_mars-20120317-001-rita bruno_mars-20120317-002-rita bruno_mars-20120317-003-rita bruno_mars-20120317-004-rita bruno_mars-20120317-005-rita bruno_mars-20120317-006-rita

No related posts.

Post Event : 12 Jam Tanpa Henti Future Music Festival Asia

$
0
0

Future Music Festival Asia, festival muzik terbesar di Malaysia seiring dengan pembukaan rasmi minggu Malaysian F1 Grand Prix menyaksikan perhimpunan seramai 20 000 peminat di Litar Antarabangsa Sepang sejak pagi Sabtu lepas.

Ramai orang mula membanjiri 2 pintu masuk utama yang disediakan. Ia merupakan pemandangan yang jarang kita lihat, dimana para peminat muzik sanggup berada di bawah terik panas matahari dengan pakaian serta kostum yang unik. Ia memberikan reflek kepada atmosfera festival yang ceria dan riang.

Festival kali ini juga menyaksikan orang ramai yang hadir daripada seluruh Asia – Singapura, Thailang, Indonesia, Filipina dan India. Tak lupa, para pelancong daripada seluruh Eropah, Amerika dan wakil daripada Australia, tempat asal Future Music Festival.

Festival ini dimulakan dengan perasmian daripada Menteri Pelancongan Malaysia, Yang Berhormat Dato’ Sri Dr Ng Yen Yen. Memetik kata-kata beliau, dia menyuarakan agar festival ini beroleh kejayaan yang tinggi supaya ia bisa menjadi panduan kepada acara-acara muzik dan festival yang akan datang.

“Kita sudah berjaya menjadi hos kepada beberapa festival muzik bertaraf antarabangsa seperti Rainforest World Music Festival, Penang World Music Festival dan Borneo International Jazz Festival. Future Music Festival Asia sudah tentu menjadi acara yang dinantikan dalam kalendar kelak,” kata beliau lagi.

4 pentas – Flamingo, Las Venus, Future dan Gnome, termasuk beberapa lokasi permainan seperti Ferris Wheel & Reverse Bungee, memberikan pengalaman yang berbeza kepada pengunjung. Permainan interaktif turut disediakan seperti tarian hip hop, simulator kereta dan ruangan rehat untuk pengunjung. Selain itu, sebuah dinding grafitti disediakan dimana artis berpeluang menunjukkan hasil seni mereka kepada orang ramai. Barisan booth di Food Village dan penaja, MINI merupakan tarikan kepada pengunjung juga.

70 penghibur yang datang daripada pelbagai genre memberikan persembahan hebat bermula pukul 2 petang sehingga tamat pada pukul 3 pagi. Festival ini sudah tentu menjadi satu pengalaman yang sukar dilupakan oleh sekalian peminat muzik yang hadir pada hari tersebut.

Acara malam dimulakan dengan persembahan oleh Tinie Tempah, rappers popular daripada United Kingdom yang sering diiringi dengan chorus suara penyanyi pop atau rock. Beliau muncul dengan persembahan hebat, aktif di atas pentas tanpa rasa penat.

Pendulum, kumpulan drum dan bass yang berasal daripada Australia, muncul versatil – bermula dengan kegilaan rentak heavy metal kepada dub step. Kombinasi rentak dan melodi yang berubah-ubah ini mendapat sambutan hebat daripada penonton dan sekaligus berjaya mengubah persepsi orang ramai mengenai DJ.

Future Music Festival Asia adalah anjuran bersama Livescape Asia dan Future Entertainment Australia. Festival ini turut mendapat perhatian daripada Kementerian Pelancongan Malaysia serta disokong oleh Mini Cooper, Red Bull dan Heineken.

Untuk maklumat lanjut, halakan kursor anda ke http://www.futuremusicfestival.asia/ atau http://www.facebok.com/futuremusicasia.

_MG_2044 IMG_8244 _MG_2165 IMG_8470 DSC_0175 IMG_9538 _MG_2017 _MG_2047 _MG_2050 _MG_2053 _MG_2054 _MG_2058 _MG_2059 _MG_2061 _MG_2064 _MG_2070 _MG_2084 _MG_2251 _MG_2253 _MG_2259 _MG_4440 _MG_4467 _MG_4497 _MG_4501 _MG_4523 _MG_4581 _MG_4598 _MG_4609 _MG_4610 DSC_0003 DSC_0098 DSC_0102 DSC_0159 DSC_0160 DSC_0177 DSC_0178 DSC_0343 IMG_5896 IMG_5898 IMG_6030 IMG_7457 IMG_7492 IMG_7742 IMG_8064 IMG_8172 IMG_8569 IMG_8697 IMG_8720 IMG_8886 IMG_8900 IMG_8902 IMG_8905 IMG_9041 IMG_9238 IMG_9253 IMG_9330 IMG_9394 IMG_9407 IMG_9556 IMG_9671 IMG_9706

Related posts:

  1. Livescape: Future Music Festival Asia Bakal Tampilkan Lebih 35 Artis Antarabangsa!
  2. Livescape: Future Music Festival Asia Meletup, 62 Artis Bakal Buat Persembahan!
  3. 30,000 Penuhkan Future Music Festival Asia Di Sepang, Hari Ini!
  4. Projek Pistol Mewakili Malaysia Ke Hong Kong Asia Pop Music Festival
  5. Livescape: Tiket VIP (RM388) Habis Dijual, FMFA 2012 Dapat Sambutan Hangat!

Produser Tagih Filem Dipuji

$
0
0

Satu pengalaman yang menjelikkan apabila seorang produser yang pelat bahasanya menagih pujian daripada teman-teman media bagi setiap filem yang dihasilkan. Sama ada filemnya bagus atau tidak, kritikan adalah sesuatu yang amat pantang untuk dia dengari.

Sumber memberitahu OHBULAN!, perangai produser ini memang jenis pilih bulu. Kalau suka, dia akan layan sebaik mungkin. Kalau tidak ‘ngam’, sebelah mata sahaja dipandangnya.

Box-office tidak semestinya sempurna, cuma ia menepati citarasa dan trend penonton sahaja. Tak dinafikan, ada filemnya yang bagus sehingga mencapai kutipan box-office. Namun daripada segi kesempurnaan ia sering mengundangkan keluh-kesah di kalangan kami.

Mungkin juga minda penonton tempatan yang suka disogokkan dengan filem murahan menjadikan produser ini mengutamakan keuntungan berlipat ganda. Tak salah, tapi seharusnya produser itu bersikap lebih terbuka apabila kritikan disampaikan oleh penonton yang lebih analitikal.

Sumber turut menyatakan, “Kalau dengan produser ni, kita memang tak boleh kacau filem dia. Semua filem dia kena tunjuk isyarat ‘best’. Memang selalu kena cakap, ‘Yes bos, you punya filem memang best sangat-sangat.”

Kalau pujian yang ditagihkan, memang pujianlah yang kami bagi. Ikhlas atau tidak, itu terpulang. Cheers!

No related posts.

Kerana SNSD, “Petronas Towel” Trending No 3 Dunia

$
0
0

Trending yang menjadi ikutan ramai sehingga menduduki ranking no 3 dunia berikutan kesilapan laman rasmi SNSD (Girls’ Generation) yang menyatakan lokasi “Petronas Tower” sebagai “Petronas Towel”.

Selain itu, insiden yang tidak dijangkakan ini telah dimuatkan naik ke laman perkongsian jenaka popular, 9gag sebentar tadi.

Kumpulan pos sensasi Korea telah membangkitkan hype di kalangan peminat tempatan apabila mereka akan membuat kunjungan sempena konsert percuma Twin Tower @Live 2012 bersama Kelly & Orianthi pada 24 March 2012. Menurut kelab peminat SNSD, 9 anggota kumpulan bakal mendarat di KLIA sekitar petang, hari ini. Dijangkakan ribuan peminat bakal menyerbu lapangan terbang ini demi melihat dengan lebih dekat wajah artis kegemaran mereka.

Bagaimanapun, insiden ini boleh dilihat sebagai salah satu promosi untuk memperkenalkan Malaysia di mata dunia. Dan, sudah tentu acara PETRONAS Malaysia Grand Prix tahun ini lebih bermakna dengan selingan jenaka seperti ini.

No related posts.

Audio: OST Filem “Ngorat” Di-Upload Ke Youtube, Lakonan Aaron Aziz & Erra Fazira

$
0
0

OHBULAN! agak tertarik dengan lagu tema filem terbaru Prof. Abdul Razak Mohaideen yang berjudul “Selama Ini”.

Semalam, satu e-mail dari pembaca telah menghantar link video yang anda semua harus dengar suara lelaki dalam video ini. Kami sendiri tidak pasti siapakah penyanyi asalnya.

Menurut sumber, filem “Ngorat” akan berada di pawagam pada bulan Julai tahun ini. Mari layankan sebentar lagunya ya!

No related posts.

“Back In Time – Pitbull” Lagu Tema Filem Men In Black 3

$
0
0

Lagu “Back In Time” telah diumumkan sebagai tema kepada filem aksi komedi Men In Black 3 oleh Presiden Sony Pictures, Lia Vollak, hari ini. Lagu ini boleh didapati secara digital dan dimainkan melalui radio mulai 26 Mac 2012. Men In Black 3 akan ditayangkan secara 3D melalui panggung wayang seluruh dunia pada 25 May 2012.

“Back In Time” telah dicipta oleh Pitbull, Marc Kinchen, Adrian Trejo dan Urales Vargas turut menampilkan sampel lagu “Love Is Strange” yang pernah hit pada tahun 1950-an.

“Ini merupakan penghormatan yang tertinggi kerana dapat bekerjasama menjayakan rangkaian filem Men In Black dan saya amat menghormati Will Smith (pelakon utama), terutamanya dari segi minat terhadap muzik,” kata Pitbull.

“Ingin mencipta lagu yang menarik dan moden, kami turun menggunakan slogan daripada filem ini dan dimuatkan dalam lagu tersebut seperti ayat ‘in order to understand the future, you have to go back in time.’”

Pengarah filem, Barry Sonnenfeld turut berkata, “Anak perempuan saya amat mengemari Pitbull dan daripada situ saya mula mengenali penghibur ini. Saya amat gembira apabila dia telah mencipta sebuah lagu yang hebat untuk filem kami.”

Trailer selepas ini.

Related posts:

  1. Penyanyi Lagu ‘Friday’, Rebecca Black Berhenti Sekolah Kerana Diejek.
  2. Vokalis Taking Back Sunday, Adam Lazzara Ditimpa Pokok!
  3. AJL 26: Anugerah Juara Lagu 26 Hidupkan Sudirman Kembali, Elemen ‘Air’ Menjadi Tema!
  4. Konsert Suara Kami Astro Bakal Tampilkan Pitbull, Batalkan Paramore!
  5. (Video) Terbaik! Shila Amzah Cover Lagu Black Mentor, “Sofia Jane”.

Hillary Duff Dikurniakan Bayi Lelaki, Namakan Anak “Luca Cruz Comrie”

$
0
0

Bertuah badan, selebriti dari Hollywood ini, Hillary Duff, telah dikurniakan seorang bayi lelaki pada 20 Mac lepas. Bayi hasil perkahwinannya dengan bekas pemain hoki ais ini dilahirkan sihat dengan berat sebanyak 7 paun.

Dia yang mempunyai pengikut Twitter melebihi 1 juta orang telah mengumumkan berita baik ini semalam dan Hillary Duff kelihatan sangat gembira berdasarkan ‘tweet’ yang dihantarnya.

Buat masa ini, masih tiada lagi gambar anak lelaki Hillary Duff dimuatnaik. Kita tunggu ya!

Related posts:

  1. Harith Iskandar Dikurniakan Bayi Lelaki 8 Mac Lepas!
  2. Tahniah! Marion Caunter Dikurniakan Bayi Perempuan!
  3. Isteri Pasha Ungu Selamat Lahirkan Bayi Lelaki!
  4. Wardina & Suami Dapat Anak Lelaki
  5. Nora Danish Bakal Dapat Bayi Lelaki (Yay!)

Melia Aimiellia Tarik Balik Saman Terhadap Tuduhan Video Bogel!

$
0
0

Masih ingat mengenai entri OHBULAN!, Melia Aimiellia & Blog Berdamai?

Ya, sidang akhbar yang berlangsung di Saloma Bistro, Jalan Ampang petang tadi telah menjelaskan segala pertanyaan para peminat dan media apabila Melia Aimielia secara rasminya membuat kenyataan bahawa dia sudah memaafkan dan menarik balik kesilapan penulis blog hiburan berkenaan.

Melia dalam temubualnya bersama OHBULAN! menyatakan bahawa dia kini sudah berasa lega kerana dapat bersihkan nama baik diri dan keluarganya. Untuk pengetahuan, sebelum ini Melia pernah dituduh mempunyai video bogel yang ditulis dalam artikel kami disini, Foto: Video Lucah Adalah Milik Heroin Karipap-Karipap Cinta, Melia Aimiellia?

“Mungkin akan ada orang yang hairan bagaimana saya boleh memaafkan mereka begitu sahaja sedangkan ini adalah isu yang besar. Tapi bagi saya, biarlah ianya berhenti disini. Saya pun tak mahu perkara ini berpanjangan. Keluarga saya pun sudah bersetuju untuk memaafkan mereka.

“Lagipun mereka sudah meminta maaf secara terbuka dan mengaku salah menulis segala tuduhan tanpa usul periksa terlebih dahulu,” ujar Melia Aimiellia

Dalam pada itu, pemilik blog hiburan berkenaan yang telah menuduh dan menyebarkan beberapa keping gambar gadis mirip Melia Aimiellia bogel itu juga hadir dalam majlis sidang akhbar ini yang dianjurkan oleh persatuan Seniman. Pemilik blog, Ismail, telah meminta maaf secara terbuka dan mengaku kesilapan mereka terhadap Melia.

“Saya ucapkan terima kasih pada Melia kerana menarik balik laporan polis dan SKMM terhadap kami. Saya juga meminta maaf kerana menulis artikel berkenaan dan menuduh anda.

“Sekali lagi, kami meminta maaf secara peribadi dan terbuka kepada Melia Aimiellia dan keluarga atas tuduhan sebelum ini.” – Ismail.

Apa yang menarik disini, OHBULAN! masih belum mendapat apa-apa laporan dan pengesahan samada video tersebut asli ataupun palsu. Isu antara Melia Aimiellia dan pemilik blog hiburan tersebut sudah selesai, tapi betulkah video itu video palsu? Ouh, kita lupakan sajalah. Buang yang keruh, ambil yang jernih.

No related posts.

Foto : 10 Perkara Yang Nicole Scherzinger Suka Mengenai Malaysia

$
0
0

Foto Ehsan Cipot Redz

Nicole Scherzinger yang hadir untuk persembahan Twin Tower @Live 2012 di KLCC berkongsikan 10 perkara yang beliau suka mengenai Malaysia ketika sesi sidang media yang berlangsung di Hotel Grand Millenium, Kuala Lumpur, petang tadi.

Didatangkan khas sempena musim PETRONAS Malaysia Grand Prix, Nicole Scherzinger tampak anggun mengenakan busana pendek merah jambu, menyuntik perasaan ‘wow’ tatkala OHBULAN! memandangnya.

10 perkara pilihan Nicole Scherzinger mengenai Malaysia :

1. Pakaian

2. Lokasi makanan

3. Persembahan di KLCC

4. Coklat

5. Buah-buahan

6. Kelapa sawit

7. Muzik

8. Wajah penduduk Malaysia yang ceria

9. Semua jenis makanan di Malaysia

10. Kasut

IMG_9996 IMG_9974 IMG_9984 IMG_9993

Related posts:

  1. Video : Apa Yang Anda Suka Mengenai Malaysia?
  2. Sunday Nite Life : Apa Yang Hangat Mengenai Artis Malaysia?
  3. Twin Towers @Live 2012 KLCC Bakal Dimeriahkan Dengan Kehadiran Girls’ Generation (SNSD)!
  4. Video “Saya Suka Malaysia” Cecah 1 Juta Dalam 3 Minggu!
  5. “Pemain Bola Malaysia Suka Berlakon!” – Yuki Kato, Pelakon Indonesia.

68 Foto Super Hot Girls’ Generation (SNSD) Di Konsert Twin Tower @Live 2012

$
0
0

Teriakan 50 000 peminat Girls’ Generation (SNSD) yang membanjiri ruangan KLCC benar-benar mengagumkan, apatah lagi ia turut diiringi dengan kain rentang serta barisan lampu yang dibawa sendiri oleh peminat.

Sesungguhnya, peminat Girls’ Generation memang gila! Taman KLCC mula dipenuhi dengan peminat sekitar jam 6 petang dan mereka tidak berganjak sehingga tamatnya persembahan daripada 9 jelitawan Korea ini.

Persembahan yang dimulakan dengan hit single terbaru mereka, The Boys membangkitkan rasa gemuruh yang tidak terhingga. Bagaikan satu konsert besar, peminat turut sama menyanyi serta mengikut gerak langkah tarian Girls’ Generation. Apa yang pasti, konsert ini diadakan secara percuma! Ia semestinya menjadi satu pengalaman yang tidak ternilai harganya.

Ahli yang dianggotai oleh Kim Taeyeon, Jessica Jung, Sunny, Tiffany, Kim Hyoyeon, Kwon Yuri, Choi Sooyoung, Im Yoona dan Seohyun pandai memikat hati peminat dengan ungkapan bahasa Melayu mudah. Antara kata-kata yang mereka lafazkan ialah Terima Kasih, Selamat Petang dan Saya Suka Malaysia.

Persembahan mereka kemudiannya diakhiri dengan single yang berjaya mencatat sejumlah 69 juta tontonan di lama Youtube, iaitu ‘Gee’. 6 buah lagu yang dipersembahkan oleh Girl’s Generation masih tidak mencukupi. Difahamkan, mereka dalam perangkaan untuk kembali semula ke Malaysia.

Enjoice 68 foto super hot Girls’ Generation selepas ini.

SONY DSC SONY DSC SONY DSC SONY DSC SONY DSC SONY DSC SONY DSC SONY DSC SONY DSC SONY DSC SONY DSC SONY DSC SONY DSC SONY DSC SONY DSC SONY DSC SONY DSC SONY DSC SONY DSC SONY DSC SONY DSC SONY DSC SONY DSC SONY DSC SONY DSC SONY DSC SONY DSC SONY DSC SONY DSC SONY DSC SONY DSC SONY DSC SONY DSC SONY DSC SONY DSC SONY DSC SONY DSC SONY DSC SONY DSC SONY DSC SONY DSC SONY DSC SONY DSC SONY DSC SONY DSC SONY DSC SONY DSC SONY DSC SONY DSC SONY DSC SONY DSC SONY DSC SONY DSC SONY DSC SONY DSC SONY DSC SONY DSC SONY DSC SONY DSC SONY DSC SONY DSC SONY DSC SONY DSC SONY DSC SONY DSC SONY DSC SONY DSC SONY DSC

Related posts:

  1. Twin Towers @Live 2012 KLCC Bakal Dimeriahkan Dengan Kehadiran Girls’ Generation (SNSD)!
  2. Orianthi Sah Buat Persembahan Di Twin Tower @Live 2012
  3. (Official) Iz OIAM Artis Undangan, Konsert Wonder Girls Live In Malaysia 2010
  4. Video : Reaksi Tentera Korea Apabila Dikunjungi Girls Generation (SNSD)
  5. Konsert SNSD Bakal Berlangsung Di Singapura Februari 2012!

Zed Zaidi Mengaku Tersilap Cakap, Bukan PPRT Tapi PRIMA

$
0
0

Seperti yang diuar-uarkan sebelum ini, ramai orang tidak bersetuju dengan permintaan usul persatuan Seniman kepada kerajaan berhubung Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Namun itu semua kembali jelas apabila semalam, satu sidang akhabar diadakan di Saloma Bistro berhubung isu yang sedang bermain di media sekarang.

Zed Zaidi ketika ditemui berkata, dia meminta maaf kerana tersilap cakap pada wartawan apabila ditanya apakah usul pertama yang dihantar pada kerajaan.

“Saya memang hantar usul untuk Projek Perumahan 1 Malaysia (PRIMA), tapi saya minta maaf jika saya tersilap cakap ketika ditanya wartawan. Masa itu saya betul-betul sibuk dan mungkin tidak menyedari apa yang saya cakap,” jelas Zed Zaidi memulakan perbualan.

Dia turut mengatakan bahawa jika ada ramai yang mempertikaikan usul ini, dia ada buktinya iaitu sebuah usul yang lengkap beserta nama artis yang berada di bawah persatuan Seniman.

Jadi, untuk pembetulan, sebenarnya persatuan Seniman telah menghantar usul untuk Projek Perumahan 1 Malaysia (PRIMA) kepada kerajaan untuk golongan artis dan bukannya Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) seperti yang kecoh di media sekarang.

Kredit gambar : mStar Online

Related posts:

  1. Persatuan Seniman Bergolak, Zed Zaidi Ingin Rampas Pucuk Pimpinan?
  2. “Saya Bersyukur, Mak Cakap Doa Orang Teraniaya Akan Termakbul” – Diva Kontroversi, Zarina Anjoulie Lavocah.
  3. (Gambar) Majlis Pernikahan Zed Zaidi & Nelly Natalia
  4. “Nak Buat Anak Tak Boleh Stress” – Zed Zaidi
  5. Bekas Suami Daphne Iking Mengaku Pernah Jalin Hubungan Dengan GRO, Isobel Bukan Anaknya

Usul Ketiga Seniman Ialah Mohon Mahu Artis Jadi Anggota Rela

$
0
0

Sedikit salah faham lagi disini, apa yang kita semua tahu sebelum ini ialah usul ketiga yang masih belum dihantar pada kerajaan adalah usul berhubung memohon pelepasan untuk artis meletak stiker hitam di cermin (tinted) tanpa perlu pengesahan mana-mana pihak.

Apa yang OHBULAN! ketahui dari sesi sidang akhbar semalam, sebenarnya usul ketiga itu bukanlah mengenai permohonan untuk cermin ‘tinted’. Tetapi usul ketiga persatuan Seniman ialah usul agar artis menjadi anggota rela.

Usul ketiga ini meminta agar kerajaan mengiktiraf persatuan Seniman dan jika ada apa-apa aktiviti, mereka boleh mendapatkan peruntukan dengan medium yang lebih mudah.

“Tujuan saya mengusulkan cadangan tersebut adalah kerana senang jika kita ingin meminta apa-apa peruntukan daripada pihak kerajaan jika artis kita terlibat dengan aktiviti seumpama itu. Saya mencadangkan artis yang menjadi ahli Seniman, mereka sekali gus akan menjadi ahli Rela dan segala pergerakan aktiviti kebajikan dijalankan dengan lebih mudah.” – dipetik dari mStar Online.

Apa yang pelik disini, bagaimana media boleh tersalah tulis mengenai usul yang dihantar mengenai PPRT dan juga isu cermin ‘tinted’ sebelum ini? Adakah Zed Zaidi sendiri memang tersalah cakap ketika ditemubual? Itu OHBULAN! sendiri tak dapat pastikan.

Jadi, untuk pengetahuan anda semua, usul ketiga persatuan Seniman ialah memohon agar artis dibawah seniman menjadi anggota rela dan bukannya permohonan untuk cermin ‘tinted’ kereta artis.

Kredit gambar : mStar Online

Related posts:

  1. Zed Zaidi Mengaku Tersilap Cakap, Bukan PPRT Tapi PRIMA
  2. Gosip : Artis Senior Mahu Saman Artis Baru, Tak Tahan Dijadikan Bahan Lawak.
  3. Pengurus Artis Youtube Biadab, Wartawan Jadi Mangsa!
  4. Persatuan Seniman Bergolak, Zed Zaidi Ingin Rampas Pucuk Pimpinan?
  5. Update Rockaway 2011 : Artis Antarabangsa Yang Ke-3 Ialah “The Used”!

9 Foto Hi-Res Pertunangan Irma Hasmie & Reza Syah

$
0
0

Irma Hasmie selamat mengikatkan tali petunangan bersama ahli perniagaan, Reza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan, 31 dalam majlis yang pernah keserdahanaan di kediamannya yang terletak di Desa Coafield, Sungai Buloh, petang semalam.

Irma Hasmie yang mengenakan busana rekaan Hatta Dolmat menerima kunjungan pihak lelaki seramai 30 orang dengan 7 dulang hantaran berupa sebentuk cincin, buah-buahan, kek, manisan kurma, sejadah dan telekung, set persalinan wanita dan set wangian.

9 dulang hantaran dibalas kepada pihak lelaki berupa persalinan lelaki, buah-buahan, kek, manisan kurma, sejadah, set mandian, shaver, sirih junjung, buku motivasi dan coklat.

Daripada hasil perbincangan antara kedua-dua keluarga, Irma Hasmie dijadualkan akan bernikah pada 1 Julai 2012 & majlis resepsinya akan diadakan pada 7 Julai 2012.

Majlis pertunangan itu turut dihadiri rakan-rakan artis seperti Wardina dan Anne Ngasri.

irma hasmie-9 irma hasmie-1 irma hasmie-2 irma hasmie-3 irma hasmie-4 irma hasmie-5 irma hasmie-6 irma hasmie-7 irma hasmie-8

Related posts:

  1. “Besarnya Kuasa Allah” – Irma Hasmie Kongsi Pertemuan Dengan Syah Reza
  2. Irma Hasmie Bakal Bertunang?
  3. Sahkan Bakal Bertunang, Irma Hasmie Akhiri Zaman Bujang Tahun Ini!
  4. (Gambar) Irma Hasmie Bertudung Di Rafflesia, Kelainan Juga.
  5. (Gambar) Irma Hasmie Kini Tampil Bertudung

“Besarnya Kuasa Allah” – Irma Hasmie Kongsi Pertemuan Dengan Syah Reza

$
0
0

Irma Hasmie tidak menyangka bahawa pertemuannya bersama Datin Azizah Osman, ibu kepada Syah Reza di depan Kaabah ketika menunaikan umrah pada bulan Februari lepas menjadi satu pengalaman manis dalam hidupnya.

“Syukur alhamdullilah, tak sangka perancangan majlis pertunangan ini melibatkan jangka masa yang pendek. Pertama kali, ibu kepada Syah Reza menegur saya di depan Kaabah untuk berkenalan. Sekembalinya ke tanah air, ibunya menyampaikan hasrat untuk menghantar rombongan merisik. Dan hasrat tersebut saya sampaikan kepada ibu & bapa saya. Kiranya, pertemuan saya dengan Reza memang tak dirancang sama sekali. Apa yang penting, semuanya berjalan dengan lancar sekali.

Pelakon ini turut berkata bahawa dia sentiasa mendoakan kebaikan seperti dimurahkan rezeki & dipermudahkan jodoh semasa menunaikan ibadah umrah.

“Saya merebut peluang untuk mendoakan kebaikan semasa menunaikan ibadah umrah. Pada saya, apa yang terbaik datangnya daripada Allah, DIA sahaja yang Maha Mengetahui. Betapa besarnya kuasa Allah, saya anggap ini pertemuan bersama Syah Reza ini adalah hadiah daripada-Nya yang amat saya hargai.

Irma Hasmie turut menyatakan harapannya terhadap pertunangan ini akan berterusan sehingga majlis akad nikah yang dijadualkan berlangsung pada 1 Julai 2012.

“Saya inginkan permulaan dan juga pengakhiran yang baik. Saya harap jodoh kami akan kekal sehingga akhir hayat.”

Related posts:

  1. 9 Foto Hi-Res Pertunangan Irma Hasmie & Reza Syah
  2. Irma Hasmie Bakal Bertunang?
  3. Sahkan Bakal Bertunang, Irma Hasmie Akhiri Zaman Bujang Tahun Ini!
  4. Nabil Raja Lawak & Irma Hasmie Putus Cinta, Kantoi Berduaan Dengan Gadis Seksi
  5. “Saya Tak Pernah Bermusuh Dengan Nabil.” – Irma Hasmie, Bekas Kekasih.
Viewing all 36989 articles
Browse latest View live