Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all 36256 articles
Browse latest View live

Neelofa Titip Doa Sempena Hari Jadi Ibu, Buka Ruang Komen Untuk Peniaga Promosi Barang Jualan

$
0
0

Foto: Noor Kartini

Pengacara dan usahawan terkenal Neelofa, menerusi satu hantaran di laman menitipkan ucapan istimewa buat ibunya Datin Noor Kartini Noor Mohammed bersempena hari jadinya yang ke-55.

Artikel Berkaitan: Persoal Kuasa Sultan Johor, Mak Neelofa Dakwa Pengurus Media Sosial Yang ‘Update’ IG Story

Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Ada Niat Nak Susahkan Datin’ – Pekerja Mak Neelofa Mohon Maaf Kes IG Story

Artikel Berkaitan: Gambar & Tulisan Asal Bukan Dari Penulisan Saya’ – Pekerja Ibu Neelofa

Selamat hari lahir mama sayang!

Foto: Neelofa

Menerusi hantaran tersebut, Neelofa mendoakan ibunya supaya sentiasa berada di bawah lindungan Allah S.W.T. dan diberikan ganjaran syurga. Pada masa yang sama, Neelofa juga turut meluahkan rasa sayang yang tidak berbelah bahagi buat ibunya yang banyak berjasa kepadanya.

Selamat Hari Lahir Mama sayang. Ya Allah semoga ibuku sentiasa dalam pandangan RahmatMu, jagaanMu, lindunganMu, dibawah payung kemuliaanMu dan kurniakanlah syurga Jannatul Firdaus kepada ibuku ya Allah. I love you so much mom.

I love you so much

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Beri ruang buat peniaga

Foto: Neelofa

Selain itu, pelakon Suri Hati Mr. Pilot ini menerusi satu status di laman Facebook memberi ruang kepada peniaga-peniaga barangan kanak-kanak untuk mempromosikan barangan mereka menerusi ruangan komen.

Khas untuk peniaga “Barangan Kanak-Kanak” sahaja. Sila promote perniagaan anda di ruangan komen! Ingat, status ini khas untuk peniaga “Barangan Kanak-Kanak” sahaja ya.

Tidak berakhir di situ, dia memberitahu peniaga yang lain juga, akan mempunyai peluang untuk berbuat perkara yang sama cuma mereka perlu menunggu giliran.

Note: Untuk peniaga barangan lain, Lofa akan buat perkara yang sama seperti ini esok dan hari-hari seterusnya. Nantikan giliran anda. Diharapkan perkara ini lebih memudahkan proses pencarian dan dapat membantu mewujudkan transaksi perniagaan.

Sumber: Neelofa


[VIDEO] Terduduk Diam Lepas Dapat Tahu Ibu Meninggal Dunia Akibat COVID-19

$
0
0

Sudah jatuh ditimpa tangga, itu lah perumpamaan yang sesuai digambarkan oleh untuk seorang kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Aliff apabila mendapat berita ibunya telah meninggal dunia dan ayahnya pula perlu bantuan oksigen akibat COVID-19.

‘Malam ni dapat khabar berita sedih’

Menerusi video yang telah dikongsikan Amin di akaun TikTok, kelihatan beberapa orang petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di sebuah pusat kuarantin menghampiri kanak-kanak lelaki tersebut untuk memberitahu bahawa ibunya telah meninggal dunia akibat COVID-19.

Malam ni dapat khabar berita sedih. Adik ni dapat khabar berita yang ibunya telah kembali ke rahmatullah. Kami cuba tenangkan adik ni walaupun kami tahu betapa besarnya ujian buat dirinya.

Aliff dilihat hanya mampu duduk dan termenung apabila mendengar berita tersebut sambil ditenangkan oleh petugas KKM. Lebih perit lagi apabila ayahnya masih lagi bergantung kepada oksigen kerana dijangkiti wabak yang sama.

Baru je lepas attend ayahnya yang desat. Tak berapa lama lepas tu adik ni dapat berita yang ibunya baru meninggal dunia sebab COVID-19.

Al-Fatihah untuk arwah

@___amin91___Al-Fatihah untuk Arwah yg meninggal disebabkan covid ? ##Fyp ##foryourpage ##Fyp ##frontliner ##Kkm? original sound – musikstory_

@niaron1? nh?c n?n – L?NG

Sumber : __amin91__ , niaron1

Terpaksa Pakai Jentera Pengorek, Kes Covid-19 Di Indonesia Meningkat Drastik. Sampai 34k Sehari!

$
0
0

Indonesia mencatatkan kira-kira 34,379 kes baru jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam. Angka ini dianggap sebagai bilangan kes tertinggi yang pernah dicatatkan setakat ini. Malah, angka jangkitan di negara itu tidak menunjukkan sebarang penurunan dan menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan Covid-19 di Indonesia mencecah 2.35 juta.

Peningkatan kes di Indonesia

Statistik dari Google

Berdasarkan statistik dunia, bilangan kes Covid-19 di negara itu mula naik secara mendadak sejak 4 Julai lalu. Pada 7 Julai, bilangan pesakit Covid-19 terus melonjak kepada 34,379 kes dan kes kematian mencatatkan 1,040 sehari. Sehingga hari ini, kes kematian akibat Covid-19 di negara berkenaan mencatatkan sebanyak 63,948.

Keadaan di Indonesia

Di media sosial, rata-rata netizen berkongsi video yang dirakam di sebuah tanah perkuburan yang sangat lapang menyaksikan para petugas mengebumikan jenazah Covid-19 di situ. Difahamkan, lokasi pengebumian tersebut adalah di Rototan, Jakarta.

Beratur tunggu giliran

@cafelattenimpart 2, lokasi Mangunjaya – Bekasi? suara asli – Cafe latte

Keadaan lebih memilukan apabila kelihatan ahli keluarga mangsa beratur sambil memegang batu nisan untuk menunggu giliran liang lahad dikorek. Untuk tidak membuang masa, pihak pengurusan jenazah telah menggunakan jentera pengorek tanah bagi mengorek liang lahad tersebut.

Sumber: TikTok Cafelattenim, Twitter Sharmsoul

Bakal Rujuk Pakar Terapi Kanak-Kanak, Rihana Oksana Risau Anak Lambat Cakap

$
0
0

Risau kemahiran komunikasi anak agak lambat, Rihana Oksana Petra bakal meminta bantuan pakar terapi perkembangan kanak-kanak untuk menilai anaknya iaitu Ismail Leon. Menurut Rihana, Leon hanya mampu bercakap satu patah perkataan sahaja dan tidak boleh membina frasa.

Artikel berkaitan: Baru Sambut Ulang Tahun Kelahiran Yang Ke-2, Netizen Puji Ismail Leon Makin Besar Makin Comel!

Artikel berkaitan: Rihana Oksana Bandingkan Wajah Anak Dengan Kerabat Sultan Kelantan

Adakah ini perkara biasa?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Voevodina Oksana (@rihanapetra)

Adakah ini perkara biasa atau sudah tiba waktunya untuk saya bimbang? Kanak-kanak lelaki kebiasaannya akan lebih lambat daripada kanak-kanak perempuan, termasuk bercakap. Namun, setiap kanak-kanak yang berusia dua tahun mampu berkomunikasi menggunakan dua suka kata yang kecil. Saya telah hantar Leon pergi ke sekolah untuk kelas perkembangan dan dia selalu berinteraksi dengan kanak-kanak lain. Tetapi pada masa yang sama, dia hanya bercakap satu perkataan dan tidak membina frasa.

Menurut Rihana, dia telah berjumpa dan mendapatkan nasihat daripada guru yang mengajar anaknya di sekolah. Tambahnya, guru tersebut menasihatinya supaya membawa Leon pergi berjumpa dengan pakar terapi bagi memastikan punca sebenar anaknya lewat bertutur.

Kena rajin berinteraksi

Di ruangan komen, rata-rata netizen memberitahu bahawa perkara tersebut adalah normal bagi seorang kanak-kanak yang berusia dua tahun. Menurut netizen, Rihana perlu berkomunikasi dan berinteraksi dengan anaknya lebih kerap selepas ini.

Sumber: Rihana Oksana

Dipercayai Mabuk, Bekas Ratu Cantik Tumbuk Anggota Polis Ketika SJR

$
0
0

Sekadar gambar hiasan

Akibat menumbuk anggota polis dan merempuh sekatan jalan raya (SJR) di Lebuhraya Persekutuan seorang wanita yang merupakan bekas ratu cantik telah ditahan oleh pihak polis.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 3 pagi dan wanita berkenaan dipercayai mabuk bertindak secara luar kawalan.

Bekas ratu cantik tumbuk pegawai polis

Sekadar gambar hiasan

Ujar Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid menerusi laporan Harian Metro, wanita berkenaan sedang memandu kenderaan bersama rakannya dari arah Kuala Lumpur menghala ke Petaling Jaya.

Namun, sebaik tiba di SJR Lebuhraya Persekutuan, suspek tidak memberhentikan kenderaan dan merempuh sekatan berkenaan. Susulan itu, anggota kereta peronda polis (MPV) mengejar kenderaan suspek sebelum berjaya menahannya.

Tambah Fakhruddin lagi, suspek bertindak menumbuk anggota polis berkenaan ketika dia cuba ditahan.

Turut cedera adalah rakannya akibat dipukul suspek yang dipercayai mabuk. Wanita berkenaan berjaya ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk tindakan lanjut.

Suspek kini ditahan reman selama dua hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 26 (2) Akta Polis, Seksyen 353 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Sumber: Harian Metro

[VIDEO] Mak Frontliners Tak Sempat Pujuk Anak, Ayah Tunjuk ‘Skill’ Pelik…Anak Terus Lelap!

$
0
0

Seorang bapa terpaksa menunjukkan ‘skill’ unik menjadi ‘buai bergerak‘ gara-gara anaknya tidak berhenti menangis. Gelagat lelaki berkenaan yang sedang memujuk anaknya yang sedang meragam dianggap sangat kreatif serta menarik perhatian warganet.

Suami dodoi anak pakai kain batik isteri

Menerusi video yang telah dikongsikan oleh Kak Joy di akaun TikTok, dia yang merupakan seorang petugas barisan hadapan yang tergesa-gesa hendak pergi kerja tidak sempat untuk memujuk anaknya yang sedang menangis.

Mama nak pi kerja dah ni sayang oi. Tak boleh mengeram lama-lama.

Pada awal video berkenaan memperlihatkan kanak-kanak itu sedang menangis sambil berselubung dengan kain pelikat lalu suaminya mengambil si kecil itu dan memasukkan ke dalam kain batik yang digendong.

Tidak lama selepas itu, kelihatan anaknya berhenti menangis setelah didodoikan bersama kain batik berkenaan. Video berdurasi 38 saat itu mendapat lebih 250 ribu tontonan dan lebih 21 ribu tanda suka.

Tak pernah tidur buai boboy sorang ni. Mama frontliner kena pi kerja juga. Papa terer dah jaga baby.

‘Terer pak hang jaga baby’

@kakjoy18Terrer pak hang jaga baby. ?##kakjoy ##fyp ##fyp? ##frontliners? original sound – kak joy

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat gelagat lelaki berkenaan. Malah ada juga di antara mereka yang memuji usaha suaminya yang mendodoikan anaknya sehingga berhenti menangis.

Sumber : kakjoy18

‘Ini Hidup Kita, Kau Aku Selamanya!’ – Episod Akhir Budak Tebing 2 Minggu Ini

$
0
0

Sedar tak sedar esok merupakan episod terakhir drama rantaian popular Budak Tebing 2 yang bersiaran setiap hari Rabu hingga Sabtu pada pukul 9 malam. Drama ini mendapat perhatian ramai sejak mula disiarkan pada 18 Jun 2021.

Mengisahkan isu kekeluargaan dan penderaan

Drama Budak Tebing 2 ini mengisahkan tentang masalah sosial yang sering terjadi dalam kalangan remaja pada masa kini yang dibarisi oleh pelakon popular tanah air seperti Adam Lee, Aedy Ashraf, Eyka Farhana, Bella Dowanna, Fariz Isqandar dan Firdaus Ghufran.

Turut menjayakan drama ini adalah beberapa barisan pelakon hebat tanah air seperti Fauzi Nawawi, Pablo Amirul, Syafie Naswip, Zarina Zainuddin, Nelissa Nizam, Imran Aqil dan ramai lagi.

Drama bersiri 13 episod ini juga turut mengisahkan isu kekeluargaan serta penderaan yang terjadi disekeliling kita. Pengarah drama Budak Tebing 2 juga mengharap agar drama ini dapat membuka mata para penonton mengenai isu-isu berkenaan.

Apakah kesudahan Budak Tebing 2?

Budak Tebing 2 ini merupakah kisah kesinambungan Budak Tebing dimana Tongki, Arif dan Talam terpaksa meneruskan kehidupan mereka masing-masing setelah mereka gagal memasuki ke Pusat Latihan Polis (Pulapol).

Setelah 11 episod ditayangkan di slot Lestary, apakah kesudahan kisah Tongki, Arif, Yoyol, Talam, Ira dan Laura? Bagaimana pula dengan kisah Pablo dan Broger?

Jangan lupa saksikan minggu terakhir Budak Tebing 2 pada 8 dan 9 Julai ini pada pukul 9 malam di TV3.

Polis Sahkan Nia Ramadhani, Suami Positif Dadah Jenis Syabu.. Pemandu Yang ‘Kantoikan’

$
0
0

Terdahulu, pelakon terkenal Indonesia iaitu Nia Ramadhani dan suaminya Ardi Bakrie ditahan polis tempatan atas dakwaan memiliki dadah jenis syabu. Difahamkan, kes ini terbongkar apabila pihak polis menangkap seorang pemandu dan menemui dadah jenis syabu di dalam sebuah kenderaan. Pemandu tersebut bagaimanapun, mengaku barang terlarang itu adalah milik Nia Ramadhani.

Artikel berkaitan: ‘Ya, Ada Barang Bukti’ – Nia Ramadhani, Suami Ditahan Polis Terbabit Kes Dadah

Disahkan positif dadah

Kredit foto: CNN Indonesia

Memetik laporan CNN Indonesia, Ketua Perhubungan Awam Polis Daerah Jaya Kombers iaitu Yusri Yunus memaklumkan hasil ujian air kencing yang dilakukan Nia Ramadhani dan suaminya adalah positif syabu. Manakala, pemandu berkenaan turut ditahan polis susulan keputusan air kencingnya positif dadah jenis metaphetamine.

Ujian air kencing telah dilakukan terhadap ketiga-tiga individu ini dan hasilnya adalah positif syabu dan metaphetamine. Penyelidik juga akan melakukan pemeriksaan ujian pada rambut dan darah mereka bagi mengetahui kandungan dadah yang telah diambil.

Ketiga-tiga mereka telah menjalani ujian saring Covid-19 mengikut protokol kesihatan dan didapati negatif.

Difahamkan, pendedahkan kes ini bermula apabila pihak polis berjaya menahan seorang pemandu di daerah Pondok Pinang, Jakarta pada hari Rabu lalu. Dalam penahanan tersebut, pihak polis telah menemui dadah jenis syabu di dalam kenderaan sebelum pemandu itu membuat dakwaan ianya milik pelakon Sinetron Bawang Merah Bawang Putih.

Susulan itu, pihak polis segera membuat serbuan ke rumah pelakon berkenaan dan berjaya menemui peralatan alat hisap syabu (bong). Nia Ramadhani turut mendedahkan suaminya juga menghisap barang terlarang itu sebelum menyerahkan diri kepada Polis Metro Jakarta Pusat pada jam 8.00 malam waktu tempatan.

Sumber: CNN Indonesia


‘Keluarga Kami Diserang Penyakit Covid-19’– Rebecca Nur Islam

$
0
0

Pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam memaklumkan tujuh anggota keluarganya serta tiga pembantu rumah disahkan positif Covid-19. Berita berkenaan telah dimaklumkan olehnya menerusi sebuah posting di laman Instagram.

Artikel berkaitan: Rebbeca Nur Islam Dedah Wajah Anak. Comel Betul Macam Mak Dia!

Anak dan pembantu rumah juga positif

Difahamkan, suami dan enam anaknya telah disahkan positif Covid-19. Pada masa yang sama, Rebecca menjelaskan dirinya termasuk dua orang anak dan tiga lagi pembantu rumah didapati negatif dalam ujian saringan yang dilakukan.

Assalammualaikum dukacita di maklumkan pada hari ni iaitu hari Khamis, saya Mummy Becca mewakili En Suami serta seisi keluarga ingin memberitahu keluarga kami diserangi penyakit Covid-19.

Di dalam keluarga kami yang positif suami, Dato Norazam dan anak kami enam orang positif. Pembantu kami positif tiga orang. Dengan itu, saya tersangat sedih sekarang ini dan terlalu berduka cita.

Tapi apapun saya bersyukur, Alhamdulillah diri saya sendiri Mummy Becca negatif. Dan dua orang anak saya negatif. Tiga orang pembantu saya juga negatif.

Minta maaf jika ada close contact

Tidak berakhir di situ, dia memohon doa orang ramai untuk mendoakan kesejahteraan buat keluarganya. Pelakon itu juga turut meminta maaf kepada individu-individu yang telah berjumpa dengannya sebelum ini, dan menyarankan mereka untuk membuat ujian saringan Covid-19 dengan segera.

Apa yang boleh saya katakan buat masa sekarang ini, tolong doakan untuk kami sekeluarga. Lebih-lebih lagi kepada suami saya yang teruk sedikit dari yang lain.

Minta maaf jika ada close contact yang terdekat dalam masa 7 hari ke belakang. Saya harap anda cepat-cepat buat swab test ya. Doa anda semua saya perlukan.

Sumber: Rebecca Nur Islam

Dimanakah Ibadah Korban Sewajarnya Dilakukan? Di Dalam Atau Luar Negara? Ini Kupasannya.

$
0
0

Melaksanakan ibadah korban bukanlah sesuatu yang asing buat orang islam. Ianya merupakan sunat muakkad yang dituntut pelaksanaanya namun, tidak wajib dilakukan. Akan tetapi, sejak kebelakangan ini ada pihak yang cuba menimbulkan isu mengenai pelaksanaan ibadah korban diluar negara.

Oleh itu, kami kupas pandangan pakar mengenai hukum melaksanakan ibadah korban diluar dan dalam negara. Semoga, segala persoalan dan rasa ragu yang timbul dalam diri korang terjawab melalui perkongsian ini.

Hukum korban di luar negara!

Korang tahu tak pada tarikh 25 November 2004, persidangan kali ke-66, JawatanKuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, bersepakat menyatakan harus hukumnya untuk daging korban diagihkan kepada mereka yang memerlukan tanpa mengira tempat termasuklah negara lain.

Maka, tidak hairanlah ibadah korban diluar negara menjadi trend dengan serta-merta. Cuma yang tak sedap di dengar ialah apabila ada pihak yang sengaja menimbulkan isu tanpa membuat pengesahan fakta.

Perlu korang tahu, perkara yang harus dititikberatkan bagi pelaksanaan ibadah korban ialah cara ibadah tersebut dilaksanakan kerana ianya mestilah mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan.

Galakkan korban dalam negara!

Walaupun harus hukumnya melaksanakan ibadah korban diluar negara, tapi korang juga kena tahu bahawa sebenarnya ibadah korban di tempat sendiri itu, paling baik.

Menurut, Pengerusi Pertubuhan Multaqa Asatizah &  Pendakwah Malaysia (MURSHID), Dr. Zaharuddin Abdul Rahman berkata, hampir kesemua ulama telah bersetuju bahawa penyembelihan ibadah korban adalah sebaiknya dilakukan sembelihan itu dengan tangan sendiri.

Beliau dengan tegasnya juga menyatakan bahawa hal tersebut adalah paling afdal kerana ia adalah satu ibadah selain, menuruti sunnah nabi.

Tambah beliau lagi, penyembelihan ibadah korban di tempat sendiri itu adalah cara yang terbaik melaksanakan ibadah tersebut kerana ianya bukan sahaja menaikkan syiar islam tetapi juga merupakan salah satu cara untuk berkongsi rezeki.

Laksanakan ibadah korban mengikut kemampuan!

Berbalik kepada isu, dimana ibadah korban sepatutnya dilaksanakan? Ianya bergantung kepada kemampuan korang. Jika korang berniat nak melakukan ibadah korban pada tahun ini tetapi bajet yang korang ada hanya cukup untuk melakukan ibadah korban diluar negara maka, laksanakannya sahaja. Tidak menjadi masalah.

Bagi yang berkemampuan untuk melaksanakan ibadah korban didalam negara teruskanlah niat tersebut.

Kalau tak tahu platform yang tepat untuk melaksanakan ibadah korban, korang boleh hubungi pihak EZ Qurban kerana mereka telah berpengalaman melaksanakan ibadah korban selama 14 tahun sejak tahun 2007 lagi.

Apa yang menarik mengenai EZ Qurban ialah mereka melaksanakan ibadah Qurban di lebih 35 buah negara termasuklah Malaysia, Kenya, Chad, Uganda, Tanzania, Burundi, Palestin, India, Bangladesh, Kemboja, Indonesia dan banyak lagi.

Berikut ialah harga ibadah korban bagi tahun ini.

  • Harga Korban di luar negara: RM320/bahagian,
  • Korban di Malaysia: RM720/bahagian.
  • Korban di Palestin: RM1900/bahagian.

Jangan lepaskan peluang untuk melaksanakan ibadah korban dengan EZ Qurban kerana tarikh penyertaan korban masih dibuka sehingga 21 Julai 2021.

Caranya mudah je, korang cuma perlu Klik di SINI untuk pendaftaran ibadah korban atau hubungi talian, 03-618 619 11.

EZ Qurban platform terbaik pelaksanaan ibadah korban!

Telah menerima pelbagai pengiktirafan daripada banyak pihak, segala transaksi kewangan EZ Qurban termasuklah urusniaga dengan pembekal di seluruh negara dipantau oleh Amanah Warisan Berhad (AWARIS) selaku pemegang amanah yang tertakluk dibawah Akta Pemegang Amanah 1949.

Jadi, korang boleh berlapang dada melaksanakan ibadah korban dengan platform EZ Qurban kerana mereka bukan sahaja menawarkan servis yang baik tetapi mereka juga telah diakui oleh banyak pihak dengan menerima pelbagai anugerah berprestij seperti berikut.

1. ISO 9001:2015 (SISTEM PENGURUSAN KUALITI) Penyediaan Pengurusan Jenama EZ Qurban dan Pengurusan Aqiqah & Qurban,

2. ANUGERAH KECEMERLANGAN ISLAM 2020 Anjuran MAJLIS DAKWAH NEGARA: Jabir Ibn Hayyan ‘People’s Choice

3. Tahun 2021 : THE BRANDLAUREATE WORLD HALAL BEST BRANDS bagi kategori ‘Korban and Aqiqah Services’.

Nak dapatkan info dan maklumat yang lebih jelas mengenai platform EZ Qurban? Korang cuma perlu klik link dibawah.

Website: EZ Qurban

Facebook: EZ Qurban

Instagram: EZ Qurban

[VIDEO] Netizen Geleng Kepala Lihat Aksi Satu Keluarga Ini ‘Borong’ Bekalan Makanan Percuma

$
0
0

Foto: Tangkap layar video

Aksi tiga individu yang mengambil bekalan makanan secara berlebihan di sebuah food bank atau tempat makanan secara percuma menerima kecaman yang hebat daripada netizen. Rata-rata netizen mempertikaikan tindakan mereka yang disifatkan sebagai mementingkan diri sendiri dalam mengambil bantuan yang ada.

Artikel Berkaitan: Agak-Agaklah Nak Ambil Pun Sampai ‘Lincin’

Terbaru, tular pula video aksi satu keluarga yang datang untuk mengambil bekalan makanan menerusi satu food bank yang disediakan di sebuah stesen minyak di Petaling Jaya.

Satu keluarga datang

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 15minit™ (@limabelasminit)

Menerusi video pendek tersebut, pada mulanya memaparkan seorang wanita yang mengambil stok bekalan makanan yang diletakkan di atas sebuah rak sebelum datang empat individu dipercayai ahli keluarganya yang menaiki kereta yang sama. Bagaimanapun, empat individu tersebut juga turut berbuat perkara yang sama sebelum mereka beredar menaiki sebuah kereta berwarna merah.

Penganjur food bank di sebuah stesen minyak di Petaling Jaya terkilan satu keluarga sapu licin makanan yang disediakan.

Ujar pemilik video tersebut, pemilik food bank itu berasa terkilan atas tindakan keluarga itu yang menghabiskan bekalan yang ada. Namun, ada yang beranggapan barangkali mereka tinggal berasingan dan cuma datang sekali menaiki satu kereta.

Respon netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sempat memberikan respon berhubung video tersebut. Pada masa yang sama, mereka turut mempersoalkan bagaimana keluarga ini boleh menaiki kereta sehingga lima orang dan melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Sumber: Lima belas minit

Viral Isu Remaja Sindrom Down Disyaki Didera, Penasihat Rumah Bonda Tampil Beri Penjelasan

$
0
0

Foto: Mona Din

Beberapa hari lalu, viral di media sosial mengenai seorang remaja down syndrome disyaki menjadi mangsa penderaan sebuah pusat penjagaan non-governmental organization (NGO) di Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan: Remaja Sindrom Down Disyaki Didera Di Rumah Kebajikan, Satu Badan Penuh Luka & Parut Ketika Diselamatkan

Terbaru, penasihat pusat penjagaan Rumah Bonda iaitu Syed Azmi telah tampil memberi respon berhubung perkara tersebut.

Respon penasihat Rumah Bonda

Penasihat Rumah Bonda Kuala Lumpur, Syed Azmi

Menerusi satu kenyataan media yang dimuat naik oleh Syed Azmi di Facebook, beliau selaku penasihat Rumah Bonda Kuala Lumpur memaklumkan bahawa mangsa yang dikenali dengan nama adik Bella bukanlah seorang penghuni di rumah penjagaan tersebut. Sebaliknya, Bella tinggal bersama penjaganya di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Pertama sekali, umum mengetahui bahawa penghuni Rumah Bonda terdiri daripada remaja hamil dan remaja yang memerlukan perlindungan dan bimbingan. Ketika lawatan-lawatan saya ke Rumah Bonda untuk berjumpa penghuninya sejak tahun lalu, seingat saya, saya tidak pernah berjumpa adik Bella.

Syed Azmi juga berharap agar semua pihak tidak mengait atau memetik nama Rumah Bonda sebagai institusi yang terlibat dalam kes penderaan ini.

Kes dalam siasatan polis, JKM

Foto: Mona Din

Jelasnya lagi, mungkin kekeliruan berhubung kes penderaan ini timbul disebabkan penjaga adik Bella merupakan pengasas Rumah Bonda.

Saya sendiri mengetahui mengenai adik Bella buat kali pertama pada hujung bulan Jun 2021 apabila dihubungi seorang wanita (iaitu kawan kepada penjaga Bella) yang mengesyaki bahawa adik Bella telah didera.

Saya meminta wanita tersebut membawa adik Bella ke hospital. Beliau telah memberi saya salinan laporan polis tersebut dan saya telah memanjangkannya kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut.

Syed Azmi memaklumkan pihak-pihak berkuasa sedang menajalankan siasatan lanjut berhubung kes ini selain beliau berharap agar orang ramai terus memberi sokongan kepada Rumah Bonda.

Sebagai seorang pelindung kanak-kanak dan juga penasihat mahkamah kanak-kanak, saya memandang serius perkara ini dan berharap #JusticeForBella dapat dicapai.

Menurut sumber, Syed Azmi telah membuat laporan polis bahawa Rumah Bonda tidak terlibat dalam kes penderaan adik Bella.

Kenyataan media

Sumber: Syed Azmi

Viral Suami Lafaz Talak Lepas Akad Nikah, Pasangan Pengantin Kembali Rujuk, Keluarga Dakwa Punca Salah Faham

$
0
0

Semalam, viral satu video di media sosial memaparkan seorang pengantin perempuan yang baru sahaja sah bergelar isteri telah diceraikan oleh suaminya di majlis pernikahan mereka. Perkongsian video itu iu telah mendapat pelbagai respon daripda netizen yang rata–ratanya bersimpati dengan nasib yang menimpa wanita itu.

Artikel Berkaitan: Pengantin Lelaki Buat ‘Gila’, Lafaz Talak Selepas Beberapa Saat Nikahi Isteri

Terbaru, Kompas TV melaporkan pasangan pengantin ini sudah bermaaf-maafan dan kembali rujuk sebagai suami isteri.

Keluarga dah mohon maaf

Menurut sumber, keluarga si pengantin lelaki  dikatakan tidak bersetuju dengan pernikahan yang berlangsung disebabkan pengantin perempuan itu sudah hamil sebelum bergelar isteri. Oleh kerana tidak mendapat restu keluarga, pengantin lelaki berkenaan nekad untuk melafazkan talak terhadap isterinya di hari pernikahan mereka.

Walaupun begitu, hubungan perkahwinan pasangan ini akhirnya berjaya diselamatkan selepas keluarga pengantin lelaki tampil memohon maaf kepada pengantin perempuan.

Benar, kedua-dua mempelai sudah rujuk semula. Apa yang berlaku pada majlis pernikahan baru-baru ini hanya salah faham. Pasangan pengantin sudah berdamai dan sepakat untuk rujuk semula selepas pejabat agama mengadakan sesi kaunseling bersama mereka berdua.

Menurut Ketua Majlis Agama Empang, Abdul Wahid, pasangan ini sudah kembali rujuk dan kini mereka sah sebagai suami isteri di sisi agama Islam.

Sumber: Kompas TV

Pakai Plastik Di Kepala Datang Cucuk Vaksin, Sebelum Balik Siap Hulur Duit Belanja Frontliners

$
0
0

Seorang warga emas mencuri perhatian orang ramai apabila dia hadir ke pusat pemberian vaksin (PPV) Universiti Sains Malaysia (USM) dengan menyarung plastik di atas kepalanya. Walaupun ‘fesyen’ lelaki berkenaan agak pelik, namun dalam diam dia memiliki hati yang baik.

Warga emas sarung plastik di kepala jadi tarikan

Menerusi perkongsian yang telah dimuat naik oleh Universiti Sains Malaysia di akaun Facebook, kelihatan seorang warga emas yang berpakaian warna merah jambu hadir ke PPV bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 dengan menaiki teksi.

Lebih menarik lagi apabila dia memakai plastik di atas kepalanya sebagai alat perlindungan tambahan mengelakkan dirinya daripada dijangkiti virus COVID-19. Aksinya itu menarik perhatian ramai sebelum viral di media sosial semalam.

Pakcik ini datang ke PPV USM hari ini untuk mendapatkan suntikan vaksin. Dia datang dengan menaiki teksi dan penampilannya yang agak lain menarik perhatian orang dan menjadi bahan ejekan orang ramai.

Hulur duit belanja frontliner makan

Setelah selesai urusan pemberian vaksin, warga emas berkenaan di lihat pergi ke meja sekretariat PPV lalu menghulur wang untuk dibelanjakan kepada petugas PPV di situ.

Petugas barisan hadapan telah bekerja keras. Tolong belikan mereka makanan tengah hari.

Tindakannya itu benar-benar mengejutkan petugas dan menyentuh hati orang ramai. Akhirnya, warga emas tersebut dilihat pulang dengan menaiki teksi yang sama. Sehingga kini tidak dapat dipastikan identiti sebenar lelaki tersebut.

Sumber : Universiti Sains Malaysia

Bertahun Merantau Cari Duit Buat Suami & Anak-Anak, Wanita Kecewa Suami Kahwin Lain Guna Duit Kiriman

$
0
0

Sekadar gambar hiasan

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga sudah pastinya mengimpikan supaya perhubungan tersebut berkekalan selama-lamanya. Namun, hati wanita mana yang tidak luluh apabila seorang suami sanggup berlaku curang dan berkahwin dengan wanita lain tanpa pengetahuannya.

Lebih menyedihkan, apabila si isteri sanggup ‘berkorban’ dirinya bagi mencari rezeki di luar negara bagi membantu kewangan suaminya dalam membesarkan anak-anak tersayang.

‘Suami di tanah air cari bini’

Foto: Peguam Syarie dan Konsultan Perundangan Islam Fahmi Ramli

Seperti perkongsian seorang Peguam Syarie dan Konsultan Perundangan Islam iaitu Fahmi Ramli menerusi satu hantaran di laman Facebook tampil menceritakan kisah mengenai seorang isteri yang ditipu oleh pasangannya sendiri. Kisahnya bermula apabila datang seorang wanita ke pejabatnya bagi mendapatkan nasihat berhubung kes yang menimpanya. Wanita tersebut yang berusia lingkungan 40 tahun, merupakan seorang jururawat yang bekerja di sebuah hospital swasta di negara Arab dan memperoleh pendapatan mencecah RM15 ribu sebulan.

Seronok dia ceritakan tentang pengalaman dia bekerja di sana. Bahkan, pendapatannya di sana mencecah RM10 ribu ke RM15 ribu setiap bulan. Lebih daripada 2 tahun beliau bekerja di sana. Asalnya dia sendiri tidak mahu ke sana sebab memikirkan tentang anak-anak.

Ujar peguam ini lagi, wanita ini sanggup berkorban bekerja di perantauan dan meninggalkan anak-anak dan suami tercinta berikutan suaminya yang telah dibuang kerja. Mahu tidak mahu, wanita ini terpaksa mencari kerja bagi menampung perbelanjaan keluarganya. Rezeki tidak pernah salah alamat, di mana wanita ini telah ditawarkan untuk berkhidmat di luar negara dan diberikan kontrak kerja yang agak lama.

Wanita ini berat untuk tinggalkan tiga orang anaknya yang masih bersekolah. Namun, disebabkan suaminya memberi semangat dan izinkannya bagi mencari pendapatan lebih demi masa depan anak-anak, dia pun setuju.

Tidak pernah ‘miss’ hantar duit

Sekadar gambar hiasan

Setelah bekerja di sana, wanita cekal ini sama sekali tidak pernah melupakan tanggungjawabnya untuk mengirimkan duit berjumlah RM8 ribu sehingga RM10 ribu setiap bulan di akaun suaminya.

Duit yang dikirimkan di Malaysia, semuanya dimasukkan ke dalam akaun suaminya. Duit itu dia amanahkan untuk buat belanja makan minum anak-anak dan bayar segala loan rumah dan kereta.

Namun, selepas dua tahun menetap di sana wanita ini pulang ke Malaysia berikutan cuti panjang yang diambilnya bagaimanapun, sikap suaminya dilihat sudah berubah dan tidak lagi seperti lelaki yang dia kenali dahulu.

Dia kerap keluar malam dan balik lewat pagi. Anak-anak juga beritahu hal yang sama. Nak jadi cerita, wanita ini cuba semak dalam akaun bank milik suaminya. RM1,000 sahaja weh Terkejut dia! Dia cuba tanya kepada anak-anak, adakah bapa mereka beli apa-apa keperluan yang mahal kepada mereka setiap bulan? Terkejut dia bila anak-anak beritahu, kadang-kadang mereka selalu pergi makan di rumah nenek mereka sahaja. Ayahnya tak pernah beli apa-apa.

Segalanya terbongkar

Sekadar gambar hiasan

Susulan daripada itu, wanita ini bertindak selongkar di seluruh pelusuk rumahnya untuk mencari sebarang bukti dan ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Alangkah terkejutnya dia apabila menjumpai sijil nikah tulisan jawi dari Wilayah Songkhla dan nama suaminya tertera pada sijil tersebut bersama nama seorang wanita yang tidak dikenali.

Sijil itu terselit kemas di bawah fail-fail lama yang tak terusik. Bila suaminya balik, dia tenang dan bertanya kepada suaminya. Sumpah abang tak kahwin lain pun. Ni mesti ada orang nak rosak rumah tangga kita, muka tak bersalah dan tuduh orang lain pula. Dia tunjukkan sijil nikah tersebut biru, hijau, biru, hijau wajah suaminya.

Wanita ini desak dan akhirnya dia mengaku. Duit yang diberikan setiap bulan, tak digunakan sepenuhnya untuk anak-anak. Sebaliknya, dia gunakan untuk perkahwinan barunya dan belanjakan untuk kediaman dia dengan isteri baru.

Susulan mendengar penjelasan itu, si isteri hanya mendiamkan diri sebelum suaminya bertindak keluar daripada rumah tersebut. Tidak berakhir di situ, ujar peguam ini lagi suami kepada wanita tersebut enggan untuk ‘melepaskannya’ dengan cara yang baik.

Alhamdulillah, setelah hampir setahun kesnya di Mahkamah, maka mahkamah menerima tuntutan fasakh yang kami failkan dan menolak pembelaan suaminya.

Sumber: Fahmi Ramli


Nia Ramadhani, Suami Akui Ambil Dadah Sejak 5 Bulan Lalu Sebab Tekanan Kerja

$
0
0

Pelakon Nia Ramadhani dan suaminya, Ardi Bakrie telah mengaku mengambil dadah jenis syabu setelah ditahan di Balai Polis Metro Jakarta Pusat, Indonesia dan menerusi ujian saringan air kencing mendapati pasangan ini positif. Nia Ramadhani bersama suaminya dan pemandunya telah ditahan pihak polis tempatan pada hari Rabu setelah serbuan dibuat.

Artikel berkaitan: ‘Ya, Ada Barang Bukti’ – Nia Ramadhani, Suami Ditahan Polis Terbabit Kes Dadah

Artikel berkaitan: Polis Sahkan Nia Ramadhani, Suami Positif Dadah Jenis Syabu.. Pemandu Yang ‘Kantoikan’

Di media sosial, netizen memuat naik semula beberapa foto dan video Nia Ramadhani yang kelihatan berwajah cengkung serta pucat. Fizikalnya semakin kurus seperti orang tidak sihat.

Disebabkan tekanan kerja

Menurut laporan CNN Indonesia, pasangan suami isteri ini telah mengaku mengambil dadah sejak lima bulan lalu. Ketua Perhubungan Awam Polis Daerah Jaya Kombers iaitu Yusri Yunus memaklumkan hasil serbuan pihak berkuasa tempatan telah menemui dadah jenis syabu seberat 0.78 gram di kediaman Nia Ramadhani.

Nia dan Ardi mengakui mereka sudah menggunakan dadah selama lima bulan termasuk pemandu peribadinya. Polis turut merampas sejumlah barang bukti termasuk alat untuk menghisap syabu (bong). Nia mengakui mengambil barang itu kerana tekanan kerja yang banyak.

Sebelum ini, pihak berkuasa telah berjaya menahan pemandu peribadi Nia Ramadhani dan menemui sejumlah dadah jenis syabu di dalam kenderaan tersebut dengan anggaran harga kira-kira 1.5 juta Rupiah (RM431.82).

Cengkung wajah Nia

@ranggablessmeBanyak uang belom tentu hidup kita bahagia? ##fyp?? original sound – Chris Andrian Yang

Dalam pada itu, netizen turut membongkar semula beberapa video dan foto keadaan terkini Nia Ramadhani yang kelihatan pucat dan cengkung sebelum ditahan pihak polis tempoh hari.

Penampilan Nia di majlis anugerah

Lebih mencuri perhatian umum apabila menyaksikan penampilan Nia Ramadhani di sebuah majlis anugerah yang telah berlangsung tempoh hari. Dalam majlis tersebut, Nia Ramadhani yang ditugaskan sebagai penyampai anugerah bergandingan bersama Raffi Ahmad itu kelihatan dia hilang fokus dan percakapannya juga kurang jelas kedengaran.

Sumber: CNN Indonesia

‘Kamu Pasti Dapat Melalui Semua Ini’– Marshanda Beri Sokongan Buat Nia Ramadhani

$
0
0

Umum mengetahui, pelakon terkenal Indonesia iaitu Nia Ramadhani dan suaminya Ardi Bakrie ditahan polis tempatan atas dakwaan memiliki dadah jenis syabu. Hasil ujian air kencing yang dilakukan terhadap pasangan tersebut mendapati mereka positif syabu. Manakala, pemandu mereka turut positif dadah jenis metaphetamine.

Artikel berkaitan: Polis Sahkan Nia Ramadhani, Suami Positif Dadah Jenis Syabu.. Pemandu Yang ‘Kantoikan’

Artikel berkaitan: ‘Ya, Ada Barang Bukti’ – Nia Ramadhani, Suami Ditahan Polis Terbabit Kes Dadah

Di Instagram, pelakon dan penyanyi, Marshanda memberi kata-kata semangat buat sahabat baiknya itu. Menurut Marshanda, dia sentiasa berada di samping Nia Ramadhani walau apa jua keadaan.

Kamu kuat untuk lalui semua ini

Kamu selalu ada bersama aku ketika waktu susah. Aku tahu ini merupakan ujian daripada Allah buatmu sahabat. Kamu pasti boleh melalui semua ini dan menjadi lebih kuat untuk diri sendiri, keluarga dan rakan-rakan yang lain. Kami sentiasa ambil peduli mengenai dirimu.

Ujar Marshanda, dia menerima segala kelebihan mahupun kekurangan yang dimiliki oleh semua sahabatnya. Malah, dia tidak pernah berasa hebat dan sanggup menilai keburukan yang dilakukan oleh sahabatnya itu. Jelas Marshanda, dia pernah melalui zaman kejatuhan, kebangkitan, kekalahan dan kemenangan juga.

Oleh itu, Marshanda berharap setiap individu memberi ruang buat Nia Ramadhani untuk perbaiki kehidupannya semula dan belajar untuk menjadi manusia lebih baik. Sebagai sahabat baik, Marshanda memberitahu dia sentiasa berada di sisi Nia sekiranya pelakon ‘Bawang Putih Bawang Merah’ itu memerlukan sokongan, pertolongan, kasih sayang dan tempat untuk mengadu.

Perlu sahabat macam ni

Di ruangan komen, rata-rata netizen memberi pujian buat Marshanda kerana sentiasa memberi sokongan buat sahabat baiknya itu. Menurut netizen, Nia Ramadhani memerlukan sokongan daripada keluarga serta sahabat pada waktu ini agar terus menjadi kuat dan berubah ke arah yang lebih baik.

Sumber: Marshanda

‘Dari Kecil Dah Tak Ada Ayah…’– Mawar Rashid Luah Ingin Rasa Kasih Sayang Seorang Bapa

$
0
0

Rindu yang tiada penghujung. Itulah yang mampu diungkapkan apabila kehilangan insan tersayang ‘pergi‘ buat selama-lamanya. Walaupun pedih serta sukar untuk digambarkan, namun ia merupakan takdir yang sudah tertulis.

Membesar tanpa seorang ayah di sisi

Menerusi posting yang di muat naik oleh Mawar Rashid di akaun Instagram, dia meluahkan isi hatinya yang ingin merasa kasih sayang daripada seorang bapa. Mawar mengatakan bahawa dia telah kehilangan bapanya sejak kecil lagi dan telah dibesarkan oleh ibunya.

Dari dulu selalu duk berangan, nak dapat kasih sayang seorang ayah dari bapa mentua. Tapi Allah SWT tak izinkan. Mawar kenal abang time tu arwah bapa dah tak ada.

Mawar dari kecil tak ada ayah. Mummy Mawar lah ayah, mummy lah ibu. Sebab tu Mummy Mawar garang betul.

Walaupun tidak dapat merasa kasih sayang seorang ayah, namun dia hanya mampu berdoa serta berusaha untuk bertemu bersama arwah papanya dan juga arwah ayah mentuanya kelak.

Titip ucapan buat arwah bapa mentua

Dalam pada itu, Mawar juga turut titip ucapan hari lahir untuk arwah bapa mentuanya serta mengirim doa sebagai tanda rindu.

Happy birthday bapak… Bapak tak sempat tengok Rafael dan CInta. Kalau bapak ada, mesti bapak menjakan dua si Radens ni. Say tak tahu kenapa tapi rasa macam rindu sangat-sangat. Al-Fatihah.

Mawar kelihatan sempat berseloroh apabila mengatakan wajah suaminya, Raden Ahmad Faizal ketika kecil sama seperti anaknya, Cinta tetapi versi lelaki.

Sumber : mawarashid

[VIDEO] Takut Cucuk Vaksin Punya Hal, Sampai Guna Mask Tutup Mata, Siap Suruh Frontliner Selawat Lagi!

$
0
0

Memang tak dapat dinafikan, ramai dalam kalangan rakyat Malaysia mempunyai fobia terhadap jarum suntikan atau dikenali sebagai trypanophobia. Perkara ini bagaikan mimpi ‘ngeri’ buat mereka yang bakal menerima suntikan vaksin Covid-19.

Itulah yang dilalui oleh seorang wanita ini apabila dia terpaksa berdepan dan melawan ketakutannya itu ketika menerima suntikan vaksin Covid-19.

Sampai suruh nurse selawat sekali

Video pendek itu dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali dengan nama Noraris. Menerusi video tersebut, memaparkan seorang lagi wanita yang berada di dalam kenderaan itu dipercayai perlu mengambil suntikan vaksin menerusi kaedah drive-thru. Setibanya di destinasi, wanita terbabit seakan tidak senang duduk lebih-lebih lagi selepas melihat beberapa orang petugas kesihatan di situ. Tidak cukup dengan itu, wanita ini yang masih takut bertindak menyorokkan mukanya ke dalam mask.

Kelihatan juga beberapa petugas kesihatan cuba mengawal situasi selain cuba menenangkan wanita ini. Tetapi malangnya, wanita tersebut masih lagi gementar sambil dimulutnya tidak henti-henti membaca zikir dan selawat suci. Bukan itu sahaja, dia juga berkali-kali bertanya kepada petugas kesihatan sama ada suntikan itu sudah selesai ataupun belum.

Ketika mereka baru sahaja ingin memberi suntikan, wanita ini meminta kesemua petugas kesihatan itu supaya turut berselawat. Mereka hanya meneruti sahaja permintaan tersebut kerana mahu mengalihkan perhatian wanita ini supaya mereka dapat meneruskan suntikan dengan lancar.

Takut sungguh tu!

@noraris01137797##fyp? ##tiktokviral ##ketawa ##suka? bunyi asal – noraris????????

‘Memang nampak takut sungguh’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat wanita ini. Tidak kurang juga ada di antara mereka yang fobia terhadap jarum suntikan mengakui berdepan situasi yang hampir sama setiap kali disuntik. Video ini telah menerima tontonan hampir 405k kali dan 21k tanda suka.

Sumber: Noraris

MDEC Lancar Kempen Go-eCommerce Onboarding & Shop Malaysia Online Untuk Bantu Peniaga Tempatan

$
0
0

Sejak tahun lalu, ramai peniaga tempatan mengalami cabaran sukar dan terkesan dengan masalah kewangan akibat pandemik Covid-19.  Ia juga telah memberi impak besar terhadap ekonomi di seluruh dunia.

Oleh itu, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), iaitu agensi utama dalam menerajui transformasi digital Malaysia, hari ini mengumumkan pelancaran Kempen Go-eCommerce Onboarding dan Kempen Shop Malaysia Online (SMO).

Mereka sebagai agensi utama akan melaksanakan kedua-dua inisiatif ini dan dijangka menghasilkan 10 juta transaksi untuk bantu pemulihan ekonomi berdasarkan konsep pembiayaan awam dan swasta. Jom tengok apa lagi manfaat kempen ini kepada semua peniaga tempatan yang terlibat!

1. Insentif RM200 juta bagi membantu peniaga sertai platform e-dagang & e-bayar

Kalau korang nak tahu, sebagai sebahagian daripada inisiatif Belanjawan 2021, kerajaan akan menyuntik pakej insentif bernilai RM200 juta tau! Ia bertujuan untuk memberi sokongan kepada perniagaan tempatan pelbagai sektor bagi menyertai platform e-dagang dan e-bayar. 

Di bawah kempen SMO ni, kerajaan akan beri insentif seperti potongan harga, rebat dan baucar penghantaran kepada rakyat bagi mendorong lebih banyak pembelian secara dalam talian dari perniagaan dan produk tempatan.

2. Mengurangkan kos operasi & memastikan perniagaan manfaatkan peluang baharu

Dalam menyokong perniagaan di Malaysia, mereka juga akan memastikan pekerjaan dan kehidupan rakyat dapat diselamatkan. Termasuk mengurangkan kos operasi dan membolehkan peniaga tempatan memanfaatkan peluang baharu, mempercepatkan perniagaan tempatan dan berdaya tahan. 

Selain itu, meningkatkan juga keyakinan pengguna supaya membeli produk keluaran tempatan bagi memastikan perniagaan di Malaysia terus maju dan seterusnya dapat menyelamatkan pekerjaan dalam pelbagai sektor. 

3. 300,000 peniaga tempatan termasuk usahawan wanita terima manfaat ni!

Bermula pada 1 Julai hingga 31 Disember 2021, sekitar 300,000 perniagaan tempatan termasuk 50,000 yang kali pertama mendaftar akan nikmati manfaat menarik dari MDEC ni! 

Bukan tu saja, pada masa yang tak menentu ni, kerajaan menyasarkan seramai 30,000 usahawan wanita bagi mendapat manfaat daripada inisiatif ini untuk mendorong perniagaan mereka untuk lebih berdaya maju.

MDEC juga teguh dengan tekad mereka dalam melengkapkan, membolehkan perniagaan Malaysia terus berkembang dan menjadi pemangkin pertumbuhan e-dagang Malaysia serta muncul sebagai pasaran terbesar di ASEAN menjelang 2025. 

Penjualan bernilai lebih RM1.87 bilion telah dihasilkan menerusi inisiatif ini!

Peruntukan tahun ini menyaksikan peningkatan berbanding tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM140 juta yang menghasilkan Penjualan bernilai lebih RM1.87 bilion untuk kedua-dua inisiatif di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) iaitu Kempen SMO dan Kempen e-dagang bagi PKS dan mikro.

Seramai 8.2 juta pengguna berbelanja sepanjang kempen SMO yang telah memanfaatkan 202,000 perniagaan tempatan manakala Kempen e-dagang PKS dan mikro mencatatkan penyertaan sebanyak 33,000 perniagaan baharu dalam pelbagai platform e-dagang.

Moga manfaat ini akan terus diperkukuhkan pada masa hadapan!

MDEC juga berharap dengan kerjasama awam dan swasta serta sokongan daripada 32 rakan e-dagang yang mengambil bahagian pada tahun ini dapat dijalinkan dan akan terus diperkukuhkan untuk manfaat masa hadapan.

Ha..menerusi kempen ni, banyak juga kan manfaat yang korang sebagai PKS akan terima? Jadi, untuk mengetahui lebih lanjut lagi mengenai inisiatif e-dagang Belanjawan 2021 Go-eCommerce Onboarding dan Shop Malaysia Online ni, korang boleh layari laman web mereka di SINI.

Viewing all 36256 articles
Browse latest View live