Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all 35612 articles
Browse latest View live

Alami Sakit Perut Melampau, Rupanya Ari Lasso Hidap Kanser Limfoma Tahap Dua

$
0
0

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi terkenal Indonesia Ari Lasso kan? Baru-baru ini, Ari berkongsi berita mengejutkan mengenai penyakit kanser yang dihadapi.

Kanser limfoma tahap dua

Menerusi podcast dengan Deddy Corbuzier, Ari, 48, mengumumkan bahawa dia menderita kanser yang jarang berlaku dalam kalangan pesakit.

Memetik laporan KapanLagi, dia disahkan menghidap kanser limfoma tahap dua dan didiagnosis sebagai Diffuse large B-cell lymphoma (DLBCL).

Katanya, kanser tersebut dikesan selepas dia mengalami sakit perut yang luar biasa. Kemudian dia melakukan CT Scan dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat ketumbuhan pada kelenjar limfanya.

Jalani rawatan kimoterapi

Pada bulan Ogos lalu, Ari selamat menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan tersebut.

Bagaimanapun, Ari masih perlu menjalani rawatan kimoterapi yang akan dilakukan selama tiga bulan di Singapura.

Dalam tempoh pemulihan tersebut, doktor menasihati Ari untuk tidak menerima tetamu kerana tahap imunisasi badannya terlalu lemah.

 

Sumber: KapanLagi


Difitnah Rakan Industri, Rita Rudaini Tak Kisah Nama Digugurkan Dari Berlakon -‘Apa Yang Dengki Sangat Dengan Sistur?’

$
0
0

Baru-baru ini, kerajaan bersetuju memberi kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) Fasa 1 dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi penggiat industri kreatif yang sudah lengkap dua dos vaksin.

Gara-gara penggambaran sudah boleh dijalankan, pelakon Rita Rudaini mendedahkan dia telah difitnah melanggar SOP itu kerana belum mendapatkan sebarang suntikan vaksin Covid-19.

Artikel Bberkaitan: ‘Kalau Tak Puas Hati, Datang Jumpa Depan-Depan’ – Rita Rudaini Berang Digelar Antivaksin

Kena fitnah dengan rakan industri

Kesal dengan dakwaan itu, Rita tampil bersuara dengan mendedahkan fitnah itu datang daripada kalangan rakan industri seni.

Tegasnya, dia masih berada di rumah melakukan aktiviti harian bukan seperti yang digembar-gemburkan.

Ada rakan industri fitnah sis. Cakap sis tengah shooting. Sis takda vaksin. Kecoh ini dok menjaja. Alahai sabar la wahai teman. Sis ni kat rumah ja, tak pergi mana pun. Tengah main tanah, masak, kemas rumah.

Reda kalau nama digugurkan

Dalam pada itu, pelakon berusia 45 tahun turut mengingatkan individu terbabit agar percaya dengan rezeki yang telah ditetapkan Allah.

Katanya, dia akur sekiranya namanya digugurkan dalam mana-mana penggambaran kerana dia belum divaksin.

Jangan takut dengan rezeki awak, rezeki kita tak sama. Tuhan dah asingkan dah. Tak payah nak berebut wahai teman. Percaya dengan rezeki Tuhan tetapkan.

100 episod nama sis digugurkan pun sis okay, sebab bagi sis Allah dah tulis macam tu. Sis sentiasa bersangka baik, sebab apa yang Dia tak bagi tu ada sebabnya dan Dia tak pernah hampakan hamba-hamba dia. Apa yang dengki sangat dengan sistur? Tak relax ka?

Terdahulu, nama Rita pernah menjadi bualan netizen dalam Twitter apabila ada pengguna memuat naik tangkap layar Instagram Storiesnya sedang merebus bunga cengkih.

 

Sumber: Instagram @ritrud727

Bersuara Tentang SOP Pawagam, Ustazah Asma’ Harun Risau Jadi Lubuk Kes Baharu –‘Tempoh Dua Jam Berada Dalam Tempat Tertutup Sangat Berisiko’

$
0
0

Pembukaan beberapa sektor ekonomi ternyata menggembirakan hati rakyat yang sudah lama menanti. Namun, timbul juga kerisauan terutama mengenai kelonggaran dan kebenaran panggung wayang untuk beroperasi bermula hari ini (Khamis).

Artikel Berkaitan: Dakwa Jumpa Malaikat, Nabi Muhammad SAW & Tahu Tarikh Kematian, Ini Pesanan Ustazah Asma’ Harun Buat Pengikut ‘PMYT’

Risiko buka pawagam

Pendakwah terkenal Asma’ Harun antara yang terpanggil untuk bersuara menyuarakan kebimbangan akan pembukaan premis pawagam.

Katanya, berkemungkinan premis tersebut akan menjadi tempat penularan Covid-19 memandangkan ia adalah kawasan tertutup serta berhawa dingin.

Iya, kita faham, mereka juga perlu cari pendapatan, kita tahu memang berjuta rakyat hilang kerja dan tukar sumber rezeki kesan pandemik. Saya percaya mereka yang terlibat dengan dunia pawagam juga melalui hal yang sama, termasuk para artis filem.

Mungkin saya berfikiran pendek, saya bayangkan, jika seorang sahaja pembawa, dalam tempoh dua jam berada dalam pawagam, tempat tertutup dan berhawa dingin, ia sangat berisiko. Bimbang bukan pecah rekod tayangan atau blockbuster, tapi pecah rekod Covid-19.

Banding pawagam dengan masjid

Dalam pada itu, Asma’ menyatakan dia ada juga membaca beberapa komen di ruang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan mendahulukan panggung wayang daripada masjid.

Walaupun begitu, Asma’ akur dengan keputusan yang dibuat kerana negara masih belum pulih daripada virus merbahaya itu.

Maaf sangat, daripada ruangan komen KKM banyak pihak yang buat perbandingan dengan masjid, mohon dibuka untuk kuliyah dhuha dan lain-lain pengajian agama.

Namun, kita akur dan yakin pihak berwajib buat keputusan terbaik mengikut situasi semasa. Kita masih perlukan masa untuk sesuaikan diri dengan endemik.

 

Sumber: Instagram @ustazahasmaharun

25 Tahun Berlalu, Video Pengacara Blue’s Clues Bongkar Sebab ‘Menghilangkan Diri’ Raih 32 Juta Tontonan

$
0
0

Siapa dekat sini masih ingat rancangan televisyen kanak-kanak Blue’s Clues? Mesti korang kenal dengan pengacara Blue’s Clues yang cukup hebat, berbakat dan dikenali ramai iaitu Steve Burns.

Sekitar tahun 2002 yang lalu, Steve Burns mengumumkan untuk meninggalkan rancangan Blue’s Clues dan dia juga telah memperkenalkan ‘saudaranya’ iaitu Joe yang akan mengambil alih tempatnya dalam mencari ‘klu’ bersama para penonton.

Ditayangkan sejak 1996

Kalau korang nak tahu, rancangan Blue’s Clues mula ditayangkan di televisyen sekitar tahun 1996 dan pengacara pertama yang mengendalikan rancangan yang diterbitkan oleh Nick Jr. ini adalah Steve Burns. Cara penyampaian si pengacara yang cukup berbakat ini membuatkan kanak-kanak tidak berganjak dari televisyen. Ditambah pula dengan fesyen ‘unik’ Steve yang mengenakan kemeja bercorak belang berwarna hijau sambil di tangannya memegang buku nota.

Namun pada tahun 2002, Steve mengumumkan untuk meninggalkan Blue’s Clues dan tak dinafikan pengumuman secara mengejut itu membuatkan para peminat Blue’s Clues tertanya-tanya apakah sebenarnya yang berlaku. Menerusi episod terakhir yang dihoskan oleh Steve memperlihatkan pemuda itu ‘menaiki sebuah bas dan meninggalkan bandar’. Berikutan daripada itu, pelbagai spekulasi dan khabar angin mengenai Steve ‘berlegar’ di media sosial.

Selepas 25 tahun

Namun baru-baru ini, segala persoalan mengenai Steve akhirnya terjawab selepas Steve muncul dalam satu video pendek yang dimuat naik di Twitter rasmi Nick Jr sempena ulang tahun Blue’s Clues yang ke 25 tahun. Menerusi video tersebut, Steve menerangkan apa sebenarnya yang berlaku pada tahun 2002 selepas dia membuat keputusun untuk ‘menaiki bas dan keluar dari bandar’.

Saya sedar ia sememangnya sangat mendadak, selepas itu saya bangun dari tidur dan pergi ke kolej. Ia sesuatu yang  mencabar tetapi sangat menakjubkan dan kini saya telah melakukan banyak perkara yang saya ingin lakukan.

Steve juga sempat memberi kata-kata semangat buat peminat rancangan Blue’s Clues yang kini sudah pasti mempunyai kehidupan sendiri dan tanggungjawab yang perlu dipikul termasuklah pinjaman belajar, kerjaya, keluarga dan sebagainya.

Saya cuma ingin mengatakan bahawa selama ini saya tidak pernah melupakan kamu semua dan saya bersyukur kerana kita masih lagi ‘berkawan’.

Video yang dikongsikan telah mendapat hampir 32 juta tontonan. Kebanyakan daripada netizen mengakui sebak selepas menonton video dan mendengar kata-kata semangat dari Steve.

Video penuh

Sumber: Nick Jr, Cnet

Suami Eina Azman Dibenar Pulang Ke Rumah –‘Syukur Alhamdullilah Selepas 12 Hari Yang Cukup Mendebarkan…’

$
0
0

Foto: Eina Azman

Sebelum ini, pelakon jelita Datin Paduka Eina Azman berkongsi keadaan suaminya iaitu Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah, yang memerlukan bantuan pernafasan berikutan kadar oksigen yang semakin menurun.

Artikel Berkaitan: Tahap Oxigen Suami Semakin Menurun, Eina Azman Pohon Doa Orang Ramai

Artikel Berkaitan: Eina Azman Minta Bekas Pesakit Covid-19 Tahap Empat Kongsi ‘Petua’ Tingkatkan Oksigen Dalam Badan

Artikel Berkaitan: ‘Hari Ini Our Anniversary, Jadi Pula Macam Ni’ – Eina Azman, Suami Positif Covid-19

Tidak berakhir di situ, Eina turut meminta ‘petua’ daripada bekas pesakit Covid-19 tahap empat bagaimana untuk meningkatkan tahap oksigen dalam badan.

‘Dengan oksigen yang turun naik’

Foto: Eina Azman

Terbaru, Eina menerusi satu hantaran di Instagram memaklumkan suaminya telah dibenarkan pulang ke rumah selepas mendapatkan rawatan di hospital.

Assalamualaikum syukur Alhamdullilah selepas 12 hari yang cukup mendebarkan buat diri saya dan keluarga bila memikirkan keadaan suami saya yang kena Covid tahap 4 dan paru-paru pun dah merebak hampir 50%.

Dengan oksigen yang turun naik dan doktor pun ada cakap kalau dalam masa 2-3 hari oksigen tak ok suami kena masuk icu. Kalau boleh tak nak suami saya dimasukkan ke icu.

Ujar pelakon drama The Maid ini, sepanjang tempoh tersebut dia risau dengan apa yang telah terjadi dan pada masa yang sama turut melakukan pelbagai ikhtiar supaya suaminya sembuh seperti sedia kala.

Ya Allah saya tak tahu nak cakap macam mana perasaan ketika itu. Hanya Allah saja yang tahu perasaan saya yang tak senang duduk. Memikirkan apa patut saya buat dan saya dah cuba ikhtiar macam-macam cara untuk cuba sembuhkan suami saya.

Terima kasih kepada semua

Foto: Eina Azman

Eina pada masa yang sama, turut berterima kasih kepada mereka yang banyak membantu dan tidak putus-putus mengirim doa buat mereka sekeluarga.

Saya hanya mampu ucapkan terima kasih sekali lagi atas segala doa-doa yang baik untuk diri saya suami, dan bibik-bibik.

Dan sekarang ini suami saya pulang ke rumah mungkin juga dari doa-doa uall yang Allah makbulkan. Syukur Alhamdullilah amin amin amin.

Terdahulu, Eina Azman memaklumkan dirinya dan suami telah disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan. Tidak berakhir di situ, dua pembantu rumah Eina turut disahkan positif Covid-19 manakala keputusan anaknya Aubreykarl dan kakaknya Wenny Azman negatif.

Sumber: Eina Azman

Nak Bercuti Ke Pulau Langkawi? Ini Antara SOP & Garis Panduan Yang Korang Perlu Tahu

$
0
0

Foto: Kosmo

Pulau Langkawi akan mula dibuka kepada pelancong dari seluruh negara kecuali mereka yang berada di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) bermula 16 September ini. Meskipun begitu, para pelancong mestilah memenuhi kriteria prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Pulau Langkawi dibuka 16 September ini

Foto: Malay Mail

Menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Hajah Nancy Shukri, mereka yang ingin melancong ke Pulau Langkawi perlu memohon kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlebih dahulu. Jelasnya lagi, pelancong mempunyai dua pilihan sama ada ingin menggunakan jalan udara atau pun barat.

Bagi pergerakan menggunakan jalan darat, pelancong perlu menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan, sekurang-kurangnya untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan dari destinasi permulaan ke jeti feri ke Langkawi.

Manakala bagi pelancong yang memulakan perjalanan mereka ke Langkawi dari negeri Kedah dan Perlis, serta yang menggunakan jalan udara, mereka tidak diwajibkan untuk menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan.

SOP ke Pulau Langkawi

Foto: Road Affair

Tambah Datuk Seri Hajah Nancy Shukri lagi, selain terhad kepada individu yang telah lengkap dua dos vaksin, antara SOP lain yang perlu dipatuhi pengunjung ialah percutian mestilah secara harian, bermalam dengan tempahan penginapan atau tiket masuk yang dibuat lebih awal, percutian pakej pelancongan melalui syarikat pelancongan yang berlesen dan berdaftar dengan MOTAC.

Bilangan penumpang setiap kenderaan semasa dalam perjalanan pula adalah tertakluk kepada kapasiti sebenar kenderaan tersebut. Pengunjung yang perlu menyesuaikan dengan waktu perkhidmatan feri ke Langkawi dibenarkan bermalam di premis penginapan berdaftar di Kedah/Perlis.

Bukan itu sahaja, pengunjung juga perlu menunjukkan bukti dokumen pembelian produk pelancongan semasa memohon kebenaran dengan PDRM dan ketika diminta oleh penguatkuasa agensi pematuhan SOP. Dalam pada itu, tiada had umur ditetapkan untuk kemasukan ke Pulau Langkawi dan individu berumur bawah 18 tahun perlu bergerak bersama penjaga yang telah lengkap divaksinasi.

Sumber: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia

Wanita Palestine Yang Baru Dibebaskan Dari Penjara Israel Selamat Lahir Bayi Lelaki

$
0
0

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai seorang wanita Palestine, Anhar Al-Deek yang sedang sarat mengandung sembilan bulan akhirnya dibebaskan dari tahanan penjara Israel pada 2 September lalu.

Selamat melahirkan anak

Menerusi laporan Middle East Monitor, wanita berusia 25 tahun itu selamat melahirkan anak keduanya yang bernama Alaa di hospital.

Walau bagaimanapun, Anhar didapati mengalami kemurungan ketika berada di dalam tahanan lagi dan memerlukan rawatan khusus.

Terdahulu, wanita yang berasal dari bandar Kafr Ni’ma ini telah ditahan selama lima bulan atas tuduhan cubaan menikam berdekatan pos penempatan haram. Namun, tiada lagi keputusan akhir berkenaan kes tersebut.

Kebebasan Anhar adalah berpunca daripada satu kempen di media sosial yang mendesak supaya wanita berkenaan dibebaskan. Hasil desakan tersebut berjaya membuat pihak Israel membebaskannya dengan syarat dia perlu berada dalam tahanan rumah dan membayar wang jaminan sebanyak 40,000 shekel (RM 51,771.80).

Sumber : Middle East Monitor , IPalToday

Rosyam Nor Minta Pelakon Tak Vaksin Tarik Diri, Jangan Susahkan Orang Lain Nak Bekerja

$
0
0

Luahan pelakon veteran Fauziah Nawi mengenai tindakan produksi mengambil pelakon belum lengkap vaksinasi untuk ke set penggambaran turut mendapat perhatian pelakon dan penerbit Datuk Rosyam Nor.

Artikel Berkaitan: Fauziah Nawi Tegur Pelakon ‘Antivaksin’ Jangan Berlagak Bila Dapat Job – ‘Kalau KKM & MKN Tahu Macam Mana?’

Jangan susahkan orang lain

Menurut Rosyam, 54, penggiat seni sepatutnya mempunyai sikap bertanggungjawab dan patuh dengan kelonggaran yang diberikan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Kata pemilik nama Mohamed Noor Shamsuddin, dia tidak marah dengan individu yang enggan mengambil vaksin namun berharap agar menarik diri daripada tawaran tersebut bagi mengelakkan menyusahkan anak seni yang lain.

Kalau dia tak nak vaksin atau anti vaksin, saya harap mereka tarik diri.. Jangan menyusahkan orang lain sebab semua orang nak bekerja.

Kita tak marah kalau dia tak nak vaksin.. tapi jangan susahkan orang lain, kita semua dalam industri ini mahu bekerja dengan happy.

Bantu cegah penularan Covid-19

Dalam pada itu, pelakon filem KL Gangster 2 menegaskan ramai yang terkesan disebabkan pandemik ini justeru dia mengharapkan kerjasama bagi mengekang penularan virus Covid-19.

Ramai berdepan masalah kehidupan dan kesusahan sepanjang pandemik, bila ada peluang untuk jana semula ekonomi saya berharap semua orang patuh. Kita semua kena bersama-sama bantu mengekang penularan virus ini.

Rosyam ditemui ketika sidang media TV9 Janji Happy yang diadakan secara maya pada Khamis.

Mulai 13 Septembar ini, Rosyam bakal mengendalikan program kapsul bual bicara Sembang Viral yang turut dihoskan oleh pengacara terkenal, Ahmad Fedtri Yahya.

Sembang Viral yang membincangkan isu-isu yang dikongsi netizen di laman sosial selama 10 minit itu akan ditayang setiap hari pukul 7.30 malam di TV9.


Mengamuk Sebab Mak Tak Bagi Duit, Lelaki Tikam Kepala Adik Dengan Gunting

$
0
0

Sekadar gambar hiasan

Seorang lelaki berusia 31 tahun telah ditahan polis selepas disyaki menikam kepala adiknya menggunakan gunting di sebuah rumah di Kampung Pintas, Beaufort, Sabah.

Tikam kepala adik dengan gunting

Foto: Free Malaysia Today

Memetik laporan Free Malaysia Today, suspek dipercayai bertindak sedemikian kerana berang berikutan kegagalannya mendapatkan wang untuk membeli dadah daripada si ibu. Menurut Ketua Polis Daerah Beaufort, Yusoff Zaki Mat Yaacob, suspek kemudian mengamuk dan menjerit sambil merosakkan barangan di sekelilingnya.

Adik suspek (mangsa) yang berusia 25 tahun kemudian cuba menegur abangnya itu namun sebaliknya yang berlaku apabila suspek dipercayai bertindak agresif dengan menikam kepala mangsa menggunakan gunting.

Ibu mereka yang melihat kejadian itu segera meleraikan. Akibat insiden itu, mangsa luka di kepala dan dada kerana terkena gunting yang didakwa digunakan suspek. Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Beaufort untuk rawatan lanjut.

Berikutan daripada insiden itu, suspek telah ditahan oleh pihak polis dan gunting yang dipercayai digunakan dalam pergaduhan itu juga telah dirampas. Hasil daripada siasatan awal mendapati suspek berkemungkinan adalah seorang penagih dadah. Meskipun begitu, siasatan lanjut masih lagi dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan cedera menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya.

Sumber: Free Malaysia Today

Lee Min Ho Takut Dengan Timun, Nak Bawa Keluarga Tinggal Di Marikh

$
0
0

Pelakon terkenal, Lee Min Ho mendedahkan bahawa dirinya takut dengan timun dalam satu video wawancara di Youtube Esquire Korea baru-baru ini.

Artikel berkaitan : Lee Min Ho & Yeonwoo Dah 5 Bulan Bercinta? Agensi Nafi, Sekadar Kawan Biasa

Lee Min Ho takut timun

Pelakon kacak ini berkongsi perkara itu ketika menjawab soalan daripada peminatnya mengenai benda yang paling ditakuti.

Meskipun tidak menjelaskan secara lebih lanjut, namun Lee Min Ho mengatakan bahawa dia akan mengelak daripada tempat-tempat yang mempunyai timun.

Saya rasa peminat saya tahu yang saya takut timun. Oleh kerana itu, saya cuba mengelak dari tempat yang ada sayur berkenaan atau cuba membuangnya.

Lebih menarik lagi apabila bukan peminat sahaja yang mencari nama Lee Min Ho di internet tetapi pelakon berusia 34 tahun ini rupanya turut mencari namanya sekurang-kurangnya sekali sehari.

Teringin tinggal di Marikh

Apabila ditanya mengenai destinasi yang ingin dikunjungi selain di Korea mahupun bumi, Lee Min Ho memberikan jawapan yang mengejutkan.

Pelakon Boys Over Flowers ini memberitahu bahawa dia tertanya-tanya bagaimana rasanya jika tinggal di Marikh dan juga teringin membawa keluarganya bersama.

Sekiranya saya dapat tinggal selain di Korea atau di bumi, saya nak tahu macam mana rasanya tinggal di Marikh dan bawa keluarga saya bersama.

Video penuh :

Sumber : ESQUIRE Korea

Misteri Rumah Agam Mewah Ditinggalkan Pemilik Cetus Misteri, Penuh Barangan Mewah & Tidak ‘Disentuh’

$
0
0

Foto: Daily Star

Peninggalan sebuah rumah agam di London, mencetuskan tanda tanya apa yang telah berlaku kepada pemilik asalnya semasa ia ditinggalkan. Menerusi beberapa foto yang dikongsi, dapat dilihat sebuah kereta ditinggalkan berkarat di laman serta perabot mahal seolah-olah tidak ‘terusik’.

Artikel Berkaitan: Misteri ‘Patung’ Main Buaian Gemparkan Penduduk Kampung, Semua Tak Berani Kacau Bimbang Diganggu

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Baru Je Nak Tegur Tapi Teringat Jiran Baru Meninggal Dunia 7 Hari Lepas…

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Rumah Kena ‘Ketuk’ Pukul 4 Pagi, Tengok Luar Tak Ada Orang, Tapi Bila Check Gambar..

Apa yang dah jadi?

Foto: Daily Star

Lapor Daily Star, seorang lelaki penjelajah bandar telah berkongsi foto rumah berkenaan di mana barang-barang peribadi pemilik rumah dibiarkan tanpa disentuh. Apa yang menimbulkan persoalan adalah susunan barangan dalam rumah tersebut yang memberi gambaran seolah-olah pemilik rumah itu tergesa-gesa untuk meninggalkan rumahnya.

Tidak berakhir di situ, pakaian berjenama antarabangsa seperti Gucci, Louis Vuitton dan Yves St Laurent (YSL) selain jam tangan yang tidak terusik dibiarkan di sebuah meja di tepi katil. Menerusi semakan di bilik air di tingkat atas yang mempunyai jakuzi dapat dilihat botol syampu dan perapi yang telah digunakan dan ditinggalkan. Bahkan, pokok yang ditinggalkan berhampiran tingkap masih hidup.

Dipercayai rumah warga Rusia

Foto: Daily Star

Mengulas lebih lanjut, permainan catur turut ditinggalkan dalam keadaan seperti sedang dimain dan perkara tersebut memberi ‘gambaran’ yang seterusnya. Lelaki tersebut juga mempercayai bekas penghuni rumah itu milik warga Rusia berdasarkan rekod pemilikan hartanah di sana.

Ia seakan penghuni rumah tersebut meninggalkan rumah tersebut di tengah malam dan lari tanpa membawa apa-apa. Ada pakaian yang baru didobi masih terbalut plastik, seolah-olah mereka tidak membawa pakaian.

Mungkin mereka pulang ke Rusia? Ia mungkin dalam keadaan tergesa-gesa, berus gigi pun masih ada.

Menerusi laporan rumah tersebut telah dibeli oleh seorang jutawan Greek, Athanasios Tachmintzis pada tahun 1999. Difahamkan, dia mendiami rumah tersebut bersama anak-anaknya selama 20 tahun. Namun, tidak dapat dipastikan siapa yang terakhir menduduki rumah itu sejak ia dibiarkan.

Sumber: Daily Star

Genap Sebulan Pemergian Siti Sarah, Shuib Kongsi Video Memasak Di IG –‘Rindu Nak Makan Masakan Ibu’

$
0
0

Pemergian penyanyi terkenal, Siti Sarah Raissuddin sememangnya dirasai seluruh rakyat Malaysia. Allahyarham Siti Sarah yang dijangkiti Covid-19 terpaksa melahirkan anak pramatang secara pembedahan sebelum ditidurkan.

Artikel Berkaitan: Genap 26 Hari Pemergian Siti Sarah, Kata-Kata Shuib Bikin Tersentuh – ‘Boleh Jumpa, Cuma Lain Suasana’

Artikel Berkaitan: Cucu Kerap Gaduh, Cara Raissuddin Hamzah ‘Nasihat’ Anak Siti Sarah Undang Sebak – ‘Kalau Ibu Ada Dia Pukul Tak?’

Genap 30 hari

Semalam iaitu 9 September 2021, genaplah 30 hari pemergian isteri kepada pelawak terkenal Shuib iaitu Siti Sarah Raissuddin. Ramai dalam kalangan peminat, rakan artis dan ahli keluarga yang merindui celoteh menghiburkan pelantun lagu ‘Kesetiaan’ itu ketika ‘beraksi’ di dapur. Allahyarham juga sering menggunakan tagline ‘my style’ setiap kali berkongsi video memasak di Instagram.

Terbaru, pengendali akaun Instagram milik Allahyarham Siti Sarah ada berkongsi satu video resepi ikan kerapu masak cili ‘my style’. Difahamkan, video tersebut merupakan video kenangan dan koleksi memasak yang masih tersimpan.

‘Musafir Rindu’ peneman Shuib

Sementara itu, Shuib menerusi akaun Instagram miliknya ada berkongsi satu foto memaparkan dirinya bersama anak-anak sedang mengaji di rumah sempena mengenangkan pemergian Allahyarham Siti Sarah sebulan yang lalu. Kasih sayang seorang suami terhadap arwah isteri yang tidak berpenghujung membuatkan diri kadangkala terkenang merindui insan tersayang itu.

Selain doa dan zikir sebagai pengubat rindu, Shuib berkongsi sebuah lagu yang berjudul ‘Musafir Rindu’ nyanyian Ramli Sarip yang didengarinya sekaligus ianya seakan memberi bayangan bahawa dia sedang menanggung rindu terhadap isteri tercinta.

Kenangan video masakan arwah

Video IG Story Shuib

Sumber: Siti Sarah Raissuddin, Shuib Sepahtu

Zizie Izette Tayang Rambut Masa Pergi Salon, Netizen Terkejut Nampak Lain; ‘Serius Kurus Makin Lawa’

$
0
0

Umum tahu pelakon Datin Seri Zizie Izette yang juga merupakan kakak kepada aktor Shaheizy Sam sudah mengenakan hijab sejak tahun 2005.

Artikel Berkaitan: Teruk Kena Kecam Sebab Kongsi Gambar Dengan Keluarga Di KL, Khaty Fauziah Kesal Ramai Tak Beradab – ‘Sejak PKP Kami Juga Tak Dapat Berjumpa’

‘Show off’ rambut

@ridz_okumura? original sound – Ridzokumura

Bagaimanapun, penampilan terbaru Zizie, 42, telah menjadi bualan ramai orang apabila kelihatan rambutnya yang panjang paras bahu.

Menerusi perkongsian video di Tik Tok penatarias rambut terkenal @Ridzokumura, Zizie telah mengunjungi salon tersebut kerana difahamkan menghadapi masalah rambut.

Video yang dimuat naik itu telah mendapat lebih 45,000 tontonan dan hampir 150 komen.

Bukan dah pakai tudung ka?

Perkongsian rakaman itu telah menimbulkan tanda tanya kepada wargamaya sama ada Zizie sudah tidak mengenakan tudung atau pun sekadar fesyen.

Bagaimanapun, ada segelintir yang bersikap positif terus mendoakan agar pemilik nama Zizie Izette Abdul Samad terus kekal beristiqamah dalam berhijab.

Sehingga artikel ini ditulis, Zizie tidak ada mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai isu tersebut.

Terdahulu, Zizie mendirikan rumah tangga dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Disember 2009.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan kembar lelaki berusia dua tahun iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, serta anak perempuan, Aalisa Belle Izette. Pasangan ini juga mempunyai dua orang anak angkat, Nayla Nurjenna dan Aaric Zayn Izette.

 

Sumber: TikTok @Ridzokumura

Lapan Ahli Keluarga Positif Covid-19, Almy Nadia Sedih Berjauhan –‘Maafkan Kakak Mak’

$
0
0

Pelakon, Datin Almy Nadia menerusi perkongsian di Instagram memberitahu bahawa ahli keluarganya yang berada di Pulau Pinang didapati positif Covid-19 dan meminta agar orang ramai mendoakan mereka.

Lapan ahli keluarga positif Covid-19

Assalamualaikum semua. Minta doa semua agar mak, anak, adik, adik ipar, anak-anak buah kami yang berada di Pulau Pinang yang positif Covid-19 cepat sembuh.

Minta jasa baik semua doakan family kami di Pulau Pinang. Harap abah kuat boleh handle semua.

Dalam pada itu, isteri kepada Datuk Fizz Fairuz ini turut memberitahu bahawa ibunya berada dalam golongan berisiko tinggi dan dia turut meluahkan rasa sedih apabila tidak dapat berbuat apa-apa untuk ibunya kerana berjauhan.

Minta jasa baik semua.. Doakan keluarga kami terutama mak saya yang kategori berisiko tinggi.

Maafkan kakak mak, kakak hanya mampu doa dari jauh untuk mak cepat sembuh.

Sementara itu Utusan, melaporkan keseluruhan seramai 8 orang ahli keluarga Almy Nadia dijangkiti virus itu.

‘Minta jasa baik doakan family kami’

Artikel asal daripada Utusan Malaysia. Ikuti berita terkini dalam dan luar negara di portal Utusan Malaysia

Terharu Tengok Penghijrahan Artis Kesayangan, Peminat Beri Hadiah Cincin Emas Buat Elyana –‘Terus Kuat Demi Semua’

$
0
0

Penyanyi, Elyana meluahkan rasa gembira sebaik sahaja menerima sebentuk cincin emas daripada peminatnya, semalam. Lebih menarik, cincin emas tersebut telah ditempah khas oleh Zyha buat artis kesayangannya itu. Untungnya Elyana!

Artikel berkaitan: ‘Rasa Seperti Disiat-Siat’- Badan Rasa Lemah, Elyana Tangguh Rawatan Kemoterapi Demi Anak & Ibu

Artikel Berkaitan: ‘Banyak Sangat Tudung Awak Bagi Saya’ – Elyana

Tak sangka dapat cincin

Menurut Elyana, dia telah menerima kiriman berbentuk makanan dan hadiah daripada peminatnya iaitu Zyha. Ujar Elyana, Zyha telah menghantar makanan kegemarannya bersama sebuah kotak hadiah yang berwarna biru. Sebaik sahaja membuka kotak tersebut, Elyana kelihatan agak terkejut apabila ternampak sebentuk cincin emas yang mempunyai huruf ‘EL’. Lebih terharu, cincin tersebut dipercayai ditempah khas buat Elyana.

Kenapa susah-susah ni. Menggigil tangan saya. Pandainya awak tahu size jari saya. Cantik sangat dan saya akan simpan sampai bila-bila sebagai kenangan. Terima kasih.

Sebagai seorang anak seni, Elyana sangat terharu kerana para peminat tidak henti menghantar pelbagai hadiah kepadanya. Tambah Elyana lagi, setiap hadiah yang diberikan kepadanya itu akan disimpan sebaik yang mungkin dan bakal dijadikan kenangan.

Awak kekuatan kami semua

Selain makanan dan cincin, Zyha turut memberi satu kad ucapan buat artis kesayangannya itu. Menurut Zyha, dia suka melihat penghijarahan yang dilakukan oleh Elyana sejak belakangan ini. Pada masa yang sama, Zyha turut berdoa agar Elyana sentiasa sihat dan kuat untuk melawan kanser.

Sumber: Elyana


Kongsi Gambar Atas Pelamin & Ukiran Inai Di Tangan, Ucapan Rakan Artis ‘Hint’ Mimi Lana Bakal Kahwin Syafiq Kyle?

$
0
0

Sebelum ini, pelakon Syafiq Kyle dan Mimi Lana dikhabarkan sudah hampir lima tahun menjalin ikatan percintaan sebelum masing-masing membuat keputusan untuk berpisah. Namun, tidak lama selepas itu, muncul satu kontroversi yang mendakwa bahawa pasangan ini sudah kembali bercinta.

Foto atas pelamin timbul persoalan

Terbaru, nama Mimi Lana dan Syafiq Kyle sekali lagi menjadi bualan hangat netizen selepas pelakon cantik itu memuat naik satu foto di Instagram yang memaparkan dirinya duduk di atas pelamin sambil ditangannya dipenuhi dengan ukiran inai. Biarpun hanya menulis kapsyen yang ringkas dan langsung tidak menjelaskan secara terperinci mengenai foto tersebut, namun kebanyakan netizen sudah mula tertanya-tanya dan beranggapan adakah benar pelakon kegemaran mereka itu bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.

Life is short, make every mehdi count! Have a wonderful weekend everyone.

Meskipun tidak tahu cerita yang sebenar, tetapi kebanyakan netizen termasuklah rakan artis sudah mula membanjiri ruangan komen dengan mengucapkan tahniah buat Mimi Lana dan Syafiq Kyle.

Rakan artis ucap tahniah

Penjelasan Mimi Lana

Sumber: Mimi Lana

[VIDEO] Simpati Tengok Peniaga Letak Barang Jualan Atas Riba, Wanita Ini Hadiahkan Meja

$
0
0

Peniaga_Tiada_Meja_Sebak

Foto: Tangkap layar video

Walaupun tidak mempunyai meja untuk meletakkan barangan jualan, perkara tersebut sama sekali tidak mematahkan semangat pemuda ini untuk mencari rezeki yang halal.

Artikel Berkaitan: Meniaga Kerepek, Barang ‘Bundle’ Bawah Lampu Jalan, Pakcik Ini Sebak Bila Tahu PKP Bakal Bermula

Artikel Berkaitan: Kisah ‘Kesusahan’ Ibu Tunggal Bersama 10 Anak Undang Sebak, Terpaksa Cari Rumah Baru Untuk Disewa

Artikel Berkaitan: Terlalu Penat Sampai Terlelap, Ibu ‘Struggle’ Terpaksa Tanggung Rugi Peniagaan Sejak Pandemik

Beli meja buat peniaga

Foto: Tangkap layar video

Tersentuh dengan nasib peniaga ini, pemilik video TikTok dikenali sebagai Wawa membeli sebuah meja kecil yang boleh digunakan oleh lelaki berkenaan bagi meletakkan barangan jualannya. Difahamkan, lelaki tersebut sebelum ini berniaga di hadapan sebuah stesen minyak namun, meja dan kerusi yang digunakan selama ini telah hilang. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada ia telah dicuri atau pun dibuang oleh individu lain.

Hari ini kami dekati abang ni yang berniaga bawah teduhan pokok ja. Lepas tu dia duduk niaga depan restoran tapi kena halau dan akhir sekali ambil keputusan untuk duduk bawah pokok ni dekat tepi parkir moto sambil jinjing jualan dia tu.

Tapi bila lenguh tangan dia letak dekat paha sekejap sambil jengket kaki dia. Nampak penat sebab terketar-ketar kaki dia tadi.

Meja yang diberikan secara tidak langsung dapat digunakan oleh peniaga ini dan dia tidak perlu lagi bersusah-payah untuk menjinjing barangan jualannya. Lelaki ini pada masa yang sama, berulang kali mengucapkan ribuan terima kasih kepada wanita ini.

Mulutnya tak henti ucap terima kasih, susah-susah je. Lepastu kami pun gerak masa kat jalan besar tu nampak dia bangun berdiri dan lambai lagi dekat kami.

Difahamkan, lelaki ini berniaga di parkir motosikal pusat membeli-belah KipMall, Kota Warisan, Sepang. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terharu dengan pemberian wanita ini dan pada masa yang sama turut mendoakan supaya lelaki berkenaan tidak berputus asa dan terus dimurahkan rezeki. InsyaAllah.

Video penuh:

@kakwaaaaaLokasi : Parking motor KIPMALL Kota Warisan Sepang ? ##fyp? ##istiqomah ##hijrah ##tiktokmalaysia ##tiktokindonesia ##alhamdulillah #? bunyi asal – @aedyfb83

Semoga terus dimurahkan rezeki

Sumber: Wawa

Rakam Video Pekerja Wanita Dalam Tandas, Doktor Gila Seks Ditahan Polis

$
0
0

Sekadar gambar hiasan

Seorang doktor yang bekerja di sebuah klinik swasta di Petaling Jaya ditahan polis berikutan merakam pekerja wanitanya di dalam tandas.

Doktor rakam video pekerja dalam tandas

Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Assisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, pihak polis menerima satu laporan daripada mangsa pada pukul 2.30 petang yang mendakwa majikannya telah merakam dirinya ketika berada di dalam tandas.

Majikannya yang juga warga tempatan berusia 46 tahun itu telah merakam kelakuannya di dalam tandas dengan menggunakan telefon bimbit setelah dia terlihat peranti berkenaan diletakkan di kedudukan tinggi dalam keadaan kamera terbuka.

Wanita berusia 30 tahun, mengecam telefon bimbit berkenaan adalah milik doktor lelaki itu bertindak merampas dan mencapai beg tangannya sebelum keluar daripada klinik berkenaan. Namun, dia dihalang oleh lelaki terbabit dan diminta untuk memulangkan semula telefon bimbit berkenaan.

Janji akan padam jika mangsa pulangkan telefon

Sekadar gambar hiasan

Ujarnya lagi, suspek dikatakan telah berjanji kepada mangsa untuk memadamkan rakaman tersebut di hadapannya jika mangsa menyerahkan kembali telefon bimbit berkenaan.

Berdasarkan risikan maklumat, kira-kira pukul 7.30 malam sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya telah membuat tangkapan ke atas suspek di kawasan Petaling Jaya dan merampas telefon bimbit jenis Redmi MI 9T Pro.

Susulan daripada itu, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 509/377D Kanun Keseksaan dan jika didapati bersalah boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sumber : Kosmo

‘Kenapa Korang Takut Sangat Dengan Kami Ni? Kenapa eh?’– Terkena Tempias Isu Belum Vaksin, Ini Respon Rita

$
0
0

Sebelum ini, pelakon Rita Rudaini mendedahkan bahawa dia telah difitnah melanggar prosedur operasi standard (SOP) kerana belum mendapatkan sebarang suntikan vaksin Covid-19.

Artikel berkaitan : Difitnah Rakan Industri, Rita Rudaini Tak Kisah Nama Digugurkan Dari Berlakon -‘Apa Yang Dengki Sangat Dengan Sistur?’

Artikel berkaitan : ‘Kalau Tak Puas Hati, Datang Jumpa Depan-Depan’ – Rita Rudaini Berang Digelar Antivaksin

Terbaharu, Rita Rudaini memaklumkan bahawa namanya memang telah digugurkan bagi membintangi sebuah drama.

Digugurkan daripada produksi yang kuat ‘promote’ vaksin

Menerusi perkongsiannya di Instastory, Rita tampil memberitahu bahawa dia telah digugurkan daripada berlakon untuk sebuah produksi kerana belum menerima sebarang suntikan vaksin Covid-19.

Ye memang nama saya digugurkan untuk 100 episod oleh satu production yang kuat promote vaksin 24/7 di media sosial kerana saya belum divaksin.

Walau bagaimanapun pelakon itu reda dengan keputusan berkenaan dan menganggap dia telah memudahkan urusan orang lain.

Tapi tak apa bila saya mudahkan kerja mereka, moga Allah mudahkan kerja saya.

‘Duduk rumah je jangan risau’

Dalam pada itu, Rita meluahkan rasa kesal apabila dia bersama rakan industri yang belum menerima suntikan vaksin terkena tempias isu vaksin selepas kerajaan membenarkan industri seni kreatif melakukan penggambaran dengan syarat mestilah menerima vaksin lengkap.

Kenapa nak marah kami rakan industri lain tak vaksin? Korang dah vaksin dan shooting kan. Yang tak vaksin duduk rumah tak shooting. Tak ada kat set pon.

So kenapa korang semua nak gelabah mengamuk? Nak takut apa? Kata ancam nyawa orang lah bagai. Eh kitaorang semua tak ada dekat set pun. Tak ada nak pergi shooting pun. Kenapa korang takut sangat dengan kami ni? Kenapa eh?

Ujarnya lagi, dia masih berada di rumah melakukan aktiviti harian seperti biasa dan tidak pergi mana-mana pun.

Korang kat set tu kan semua dah lengkap dos.. So? Aduhai rilek lah kitaorang tak kemana pun. Duduk rumah je jangan risau. Chill kawan-kawan kami rakan sepejuangan sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk kita semua. Baik yang kat set atau yang kat rumah. Doa yang baik sesama insan.

‘Ye memang nama saya digugurkan’

Sumber : ritrud727

Sharnaaz & Shukri Yahaya Perli Pakai Serban Dalam IG Live, Caprice ‘Sound’ Balik– ‘Dari Jauh Je Berani Sotong’

$
0
0

Gelagat pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad dan rakan baiknya, Shukri Yahaya ketika membuat video live di laman sosial Instagram seringkali menjadi perhatian netizen. Sebelum ini video live mereka berdua bersama dua lagi pelakon iaitu Zizan Razak dan Hairul Azreen menarik perhatian apabila mereka dengan bersahaja ‘berbincang’ mengenai isu viral membabitkan penyanyi Rap Malaysia dan beberapa individu lain.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Bukan Malu, Segan..’ – Sharnaaz Tergamam Azira Shafinaz Join Live, Confirm Bercinta Ke?

Artikel Berkaitan: ‘Eh Diam La, Kau Bujang Mana Tahu Apa’ – Sharnaaz ‘Kena’ Lagi Dengan Shukri Yahaya

Terbaru, live IG Sharnaaz dan Shukri sekali lagi menjadi tumpuan apabila mereka ‘berseloroh’ seakan memerli seorang penyanyi Rap Malaysia yang baru pulang dari Mesir.

‘Bang bang bang, keychain’

Berdasarkan sedutan video dari IG live tersebut, memaparkan Sharnaaz Ahmad dan Shukri Yahaya sedang berbual-bual dan dalam masa yang sama, mereka berdua mencuba beberapa filter di IG. Tetapi apa yang menarik perhatian adalah filter ‘serban’ yang digunakan Sharnaaz sambil berlatar belakangkan gambar padang pasir seolah-olah berada di Mesir.

Shukri Yahaya tidak dapat menahan diri dari ketawa sebaik sahaja melihat Shaarnaz memakai filter tersebut. Tidak terhenti di situ, Shukri kononnya bertanya keberadaan rakannya itu dan dengan spontannya Sharnaaz menjawab dia berada di Jordan.

Saya baru balik. Tadi ada orang kirim keychain sama saya. Mana keychain. Saya sudah bawa keychain ni. I want to give you my keychain. Bang bang bang, keychain.

Sementara di ruangan komen, kebanyakan netizen terhibur melihat aksi spontan mereka berdua. Bahkan netizen juga sudah dapat agak siapakah individu yang dimaksudkan Sharnaaz dan Shukri. Namun tidak lama selepas, Shukri yang masih menahan ketawa meminta Sharnaaz menukar kepada filter lain. Sharnaaz kelihatan langsung tidak membantah dan hanya menuruti sahaja kata rakan baiknya itu.

Sementara di IG, Caprice telah memberi respon berhubung video live tersebut.

Dari jauh je berani sotong see u when i see u, Sharnaaz Ahmad.

Video TikTok

Sumber: _syifahanapi, Caprice</a</a

Viewing all 35612 articles
Browse latest View live