Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all 37032 articles
Browse latest View live

[VIDEO] Sebak 2 Tahun Terpisah Sebab Covid-19, Anak ‘Terkaku’ Lihat Wanita Seperti Ibunya

$
0
0

Seluruh dunia diduga dengan pandemik Covid-19 yang membuatkan kita terpaksa memendam hasrat untuk pulang berjumpa dengan keluarga tersayang selama dua tahun. Selepas diberi kelonggaran untuk merentas dan sempadan dibuka ia merupakan satu nikmat yang tidak terkata.

2 tahun terpisah sebab Covid-19

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang wanita dikenali sebagai Nurshafika Rahmat di TikTok, dia sempat merakam momen yang tidak akan pernah dilupakan oleh anak saudaranya apabila dapat bertemu dengan ibunya semula selepas dua tahun tidak dapat berjumpa akibat pandemik Covid-19.

Difahamkan wanita berkenaan membawa anak buahnya itu pergi ke sebuah pusat beli-belah bagi membuat kejutan kepada kanak-kanak itu.

Kakak buat-buat tak nampak anaknya. Alhamdulillah dapat jumpakan kakak dengan anaknya yang terpisah dua tahun.

Ketika kanak-kanak perempuan itu sedang berjalan, langkahnya terhenti apabila ternampak seorang wanita yang memiliki wajah mirip seperti ibunya. Walaupun wanita berkenaan memakai pelitup muka dan berjalan bertentangan dari arah mereka, namun kanak-kanak berkenaan bertindak tegur kerana yakin bahawa itu adalah ibunya.

Lebih sebak lagi apabila kanak-kanak perempuan terbabit dilihat terus memeluk ibunya dan dilihat mereka anak beranak gagal menahan sebak sebelum mengalirkan air mata kerinduan.

Perasan macam mak dia. Terus tegur sebab yakin itu mak dia walaupun dua tahun tak jumpa. Maknya kerja kat Singapura. Sebelum ini ulang-alik tapi disebabkan Covid-19 tersekat kat sana. Tak dapat balik. Ni baru dapat balik jumpa keluarga.

Video penuh :

@norshafikarahmatKakak buat-buat xnampak anaknya? Alhamdulillah dapat jumpakan kakak dan anknya yg terpisah 2 thun #penantian #fyp #sedih #learnontiktok #ibuanak? original sound – BrassicaOlerasia91 – DamianaJun PakarTilam Handmade

‘Naluri seorang anak tetap kenal maknya’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tersentuh apabila melihat si anak memeluk ibunya. Malah ada juga turut berkongsi pengalaman yang sama seperti kanak-kanak berkenaan.

Sumber : norshafikarahmat


Selepas Enam Kali, Lelaki Berjaya Bida Harta Sajat Dengan Nilai RM132,000

$
0
0

Harta dan barangan milik usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali Nur Sajat yang disita mula dilelong, hari ini.

Enam kali bidaan

Memetik laporan Harian Metro, seorang lelaki berjaya membida barangan lelongan di kediaman Nur Sajat pada harga RM132,000.

Antara barangan yang disita untuk lelongan itu adalah barangan dapur, barangan di ruang tamu dan set bilik tidur di tingkat atas banglo dua tingkat berkenaan.

Difahamkan, proses lelongan terbabit disertai oleh lapan pembida sebelum ia berkurang kepada tiga pembida sebelum bidaan dibuat sebanyak enam kali dengan bidaan berakhir bernilai RM132,000.

Ketika ini, pihak peguam masih menunggu pembayaran dibuat sepenuhnya oleh pembida terbabit.

Tak boleh masuk sebab lewat

Sementara itu, seorang wanita yang berhasrat membeli barangan Sajat yang dilelong, pulang hampa berikutan proses pendaftaran untuk bidaan barangan berkenaan ditutup.

Wanita itu yang mahu dikenali Linda, 37, dari Mont Kiara, Kuala Lumpur tiba agak lewat dan cuba merayu untuk masuk namun tidak dibenarkan kerana proses bidaan sudah bermula.

Ketika ditemui media di luar rumah usahawan kosmetik itu, dia tertarik dengan barangan dekorasi yang sering ditonjolkan Sajat dalam media sosial sebelum ini.

Saya tidak kisah berapa nilai barangan itu asalkan dapat (bida). Saya bukanlah pengikutnya (Sajat) di media sosial tapi selalu nampak dekorasi rumahnya melalui videonya yang tular.

Tapi tiada rezeki saya untuk masuk walaupun sudah bawa deposit RM5,000 kerana dimaklumkan proses pendaftaran sudah ditutup.

Sumber: Harian Metro, BH Online

Didakwa Nampak ‘Baby Bump’, Instagram Eyra Hazali Mula Dibanjiri Ucapan Tahniah –‘Tak Sabar Nak Tengok Adik Hayder’

$
0
0

Selepas setahun dikurniakan cahaya mata lelaki, pelakon Eyra Hazali kembali mencuri perhatian ramai selepas didakwa sedang berbadan dua.

Nampak baby bump?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Eyra Hazali (@eyra.hazali)

Biarpun belum ada sebarang pengesahan dari pemilik nama lengkap, Hazirah Qasdina Hazali, ruangan hantaran yang memuat naik foto bersama keluarga berkunjung ke sebuah taman rekreasi dipenuhi dengan komen ‘baby bump’.

Ramai dalam kalangan netizen mula menunjukkan rasa teruja serta menitipkan ucapan tahniah kepada pelakon berusia 22 tahun ini.

Malah, ada juga dalam segelintir pengikut yang sudah lama perasan dengan fizikalnya yang kian berisi.

@s_maryamrose: Tahniah. sebab dah dua bulan tengok Eyra ini gemuk dia lain macam. Mesti ada isi ni.. memang betul.

@nuramara49: Tahniah Eyra. Tak sabar nak tengok adik Hayder.

@sharmienazmira_: Macam nampak baby bump ja.

@pwincesszirahhh: Eyra mengandung ka?

@hbvrly: Eyra macam mengandung la.

Kunci mulut

Sehingga artikel ini ditulis, belum ada pengesahan mengiyakan atau menidakkan dakwaan tersebut.

Usaha OhBulan! untuk mendapatkan jawapan dari pelakon drama Mr. Grey belum berjaya apabila kiriman mesej yang dihantar di aplikasi WhatsApp belum berbalas.

Terdahulu, Eyra dan penjaga gol Johor Darul Takzim (JDT) Muhammad Haziq Nadzli Haziq mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan Muhammad Hayder Qhalish yang kini berusia setahun.

Sumber: Instagram @eyra.hazali

Kehangatan Anugerah Drama Sangat 2021 Kian Terasa, Saksikan 18 Disember Ini Di TV3!

$
0
0

Peminat tegar drama tempatan pasti berdebar-debar untuk menyaksikan drama mana yang bakal memenangi Drama Terbaik dan Drama Popular 2021. Anugerah anjuran TV3 ini, bakal diadakan serta disiarkan secara langsung pada 18 Disember ini jam 9.00 malam sehingga 11.00 malam di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Artikel berkaitan: 13 Kategori Dipertandingkan, Undian Anugerah Drama Sangat 2021 Kini Bermula

Anugerah Drama Sangat 2021 dibawakan oleh Foodpanda selaku penaja akan disiarkan secara strim langsung pada waktu yang sama di tonton dan Youtube TV3 (@TV3MALAYSIAOFFICIAL). Kemeriahan malam anugerah ini akan digamatkan lagi oleh dua pengacara utama iaitu Nabila Huda dan Ain Edruce.

Drama yang tercalon

Menurut Dato’ Khairul Anwar Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Anugerah Drama Sangat 2021 (ADS) diadakan sebagai penghargaan kepada warga produksi yang telah bertungkus-lumus menghasilkan kandungan kreatif drama buat penonton setia drama tempatan di Malaysia.Dalam pada masa yang sama, terdapat 11 kategori yang dipertandingkan, namun dua kategori utama yang dinantikan iaitu Drama Popular dan Drama Terbaik.

Drama yang tercalon di dalam Anugerah Drama Sangat 2021 adalah drama yang disiarkan antara Januari 2020 hingga Jun 2021. Antara drama-drama hebat yang tersenarai dalam Anugerah Drama Sangat 2021 adalah 7 Hari Mencintaiku 2, Melastik Ke Hatimu, Takdir Yang Tertulis, dan banyak lagi.

ADS mempertandingkan 11 kategori, bagi kategori undian online, ia telah berlangsung pada 1 Oktober dan berakhir pada 20 November lalu. Terdapat 8 kategori undian online yang terbuka kepada peminat, dan selebihnya penilaian daripada juri professional.

Bagi menghangatkan lagi suasana ADS 2021 ini, Youtube TV3 Malaysia turut menyiarkan babak-babak viral yang menjadi sebutan netizen menerusi lakonan semula (parodi) dalam 4 episod. Antara drama yang terlibat adalah, Kampung People 2, Takdir Yang Tertulis, 7 Hari Mencintaiku 2 dan Adellea Sofea.

Jangan lupa saksikan!

ADS 2021 ini juga mempunyai muzik video dan lagu tersendiri yang berjudul Drama Sangat yang diilhamkan oleh Shazee Ishak dan dinyanyikan oleh Stacy, Ismail Izzani dan Noki. Muzik video ini boleh dilayari di Youtube TV3 Malaysia.

Bukan itu sahaja, ADS 2021 turut menganjurkan sesi santai menerusi ‘IG Live’ Ada Apa Belakang Skrin bersama penerbit, pengarah, penulis skrip dan barisan pelakon. ADS 2021 ini diterajui oleh pengurus projek Russell Mrk Rodrigues, penerbit eksekutif Intan Noorbaizura Aliuddin dan penerbit Aeizul Reeza Ismail.

Untuk mendapatkan info terkini berkaitan Drama Sangat, layari laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia serta Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat! Layari laman web www.xtra.com.my/anugerahdramasangat dan gunakan #AnugerahDramaSangat dan #LagiDramaLagiRasa untuk menghangatkan perbualan di media sosial.

Dah Sampai Episod 6, Ini Antara ‘Fun Facts’ Tentang Idola Kecil 2021 Yang Korang Mungkin Tak Tahu!

$
0
0

Setelah 7 tahun bersiaran, Program Realiti Idola Kecil yang dah berjaya mencungkil dan mengasah ramai bakat-bakat muda tanah air kini kembali dengan konsep norma baharu yang pastinya lebih segar dan unik!

Pejam celik, pejam celik, Program Idola Kecil 2021 dah pun sampai ke episod 6 minggu ni. Tiap-tiap minggu, setiap peserta tampil dengan vokal bertenaga dan persembahan yang mantap, persis penyanyi profesional!

Sambil-sambil tu, apa kata kami kongsikan serba sedikit tentang perkara-perkara menarik mengenai Idola Kecil tahun ini!

Para peserta bertanding dari rumah?

Haa..tak pernah dibuat orang kan, pertandingan nyanyian yang diadakan dari rumah. Tapi..inilah dia keunikan tersendiri  program Idola Kecil 2021 ni.

Bersesuaian dengan norma baharu, para peserta akan berentap dari rumah masing-masing dan persembahan mereka akan dirakam dan ditonton secara live streaming!

Bukan hanya nyanyian, malah ada sesi uji IQ!

Selain melakukan persembahan secara virtual dari rumah, Idola Kecil Di Rumah juga membuka peluang kepada 6 orang kanak-kanak untuk mengikuti pelbagai pengisian program ilmiah dan rekreasi yang bermanfaat.

Setiap minggu, para peserta akan diberikan cabaran-cabaran yang berbeza seperti Sembang IK dan Genius IK untuk menguji kebolehan komunikasi, IQ dan kecerdasan otak.

Yang bestnya, peserta yang dapat jawab banyak soalan dan berjaya meraih markah tertinggi akan dinobatkan sebagai Idola Kecil Terbaik mingguan dan akan membawa pulang hadiah wang tunai!

Selebriti jemputan berlainan dalam setiap episod!

Tak lengkaplah sebuah program realiti tu kalau takde selebriti undangan kan. Haa.. Idola Kecil kali ini akan memaparkan selebriti jemputan dalam setiap episod untuk berinteraksi dengan peserta-peserta ini supaya pengisian program tetap menarik walaupun ia dirakam secara maya.

Bukan itu sahaja, selebriti-selebriti ini juga akan bergandingan dengan Sissy Iman sebagai hos jemputan pada setiap episod. Lebih istimewa, ada diantara mereka yang merupakan keluarga Idola Kecil juga!

Antara selebriti jemputan yang hadir adalah seperti Haqiem Rusli, Khai Bahar, Afieq Shazwan, Naim Daniel, Iman Troye, Stacy dan ramai lagi. Bukan calang-calang tau!

Menampilkan Scott’s sebagai penaja eksklusif!

Seperti yang kita tahu, kanak-kanak sentiasa mempunyai sifat ingin tahu dan bersemangat setiap hari. Macam tu jugalah peserta dalam Idola Kecil Di Rumah ni yang sentiasa aktif, berani dan berkeyakinan tinggi!

Scott’s, sebagai penaja utama yang popular dengan rangkaian produk Emulsion, kini lebih mesra kanak-kanak, di mana ia dirumus dalam bentuk gummies yang tinggi dengan Vitamin C  D, yang dapat membantu penyerapan kalsium dan fosforus Ia juga mengandungi DHA, DHA adalah blok binaan utama untuk otak dan retina.

Scott’s, jenama No.1 di Semenanjung untuk kategori Suplemen Kesihatan Kanak-Kanak* & Vitamin C (Kanak-Kanak)*!

Untuk pengetahuan korang, Scott’s Gummies dengan DHA ni diperkaya dengan 3 perisa buah-buahan yang lazat dan gummies berwarna warni berbentuk hidupan laut seperti sotong, ketam dan ikan untuk menarik minat anak-anak korang! Mesti setiap hari mereka tertunggu-tunggu untuk makan suplemen mereka ni!

Bukan itu saja, Scott’s Gummies dengan DHA ni juga kenyal dan enak untuk dinikmati kanak-kanak serta diformulasi dengan teknologi Microencapsulated yang mampu mengekalkan kebaikan DHA tanpa rasa hanyir ikan.

Tapi, walaupun rasanya lazat, jangan makan banyak-banyak tau. Cukup hanya 3 biji setiap hari untuk membekal Vitamin D yang cukup buat keperluan anak-anak korang. Ia juga hanya sesuai untuk kanak-kanak 5 tahun ke atas dan yang penting, pastikan anak-anak makan di bawah pengawasan ibu bapa tau!

Ia juga boleh didapati dalam bentuk botol dan paket!

Yang lagi best, Scott’s Gummies dengan DHA kini terdapat dalam bentuk botol dan paket. Mudah untuk korang bawa kemana-mana sahaja dan boleh dinikmati oleh anak-anak pada bila-bila masa. Yang penting, sedap dan berkhasiat!

Jadi, apa tunggu lagi, jom dapatkan Scott’s Gummies dengan DHA di kedai berdekatan korang

Oh ya, jangan lupa juga untuk saksikan Idola Kecil 2021 setiap hari Ahad, jam 3 petang hanya di TV3!

Untuk maklumat lanjut, layari Facebook dan Instagram Scott’s Malaysia. 

*SCOTT’S MERUPAKAN SUPLEMEN KESIHATAN KANAK-KANAK DAN KATEGORI VITAMIN C (KANAK-KANAK) NO.1 DI SEMENANJUNG MALAYSIA BERDASARKAN PANGKALAN DATA IQVIA DALAM AUDIT RUNCIT MENGENAI AUDIT SUPLEMEN KESIHATAN ANAK DAN VITAMIN C (ANAK), UNTUK TEMPOH TERSEBUT JUMLAH TAHUNAN BERGERAK (MAT) MAR 2019 – FEBRUARI 2020.

PM-MY-SCT-21-00227

Nasihat Rakan Jangan Tengok Video Lucah Punca Pelajar Tingkatan 1 Dibuli

$
0
0

Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan seorang pelajar lelaki tingkatan satu yang dibuli oleh rakan-rakannya di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah (SAS) Kuala Kangsar. Susulan daripada insiden itu, pihak polis telah menahan 10 pelajar yang terlibat bagi merakam percakapan mereka sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Artikel Berkaitan: Rakaman Remaja Lelaki Dibuli Di Asrama Bikin Netizen Geram, Harap Semua Kena Hukuman Setimpal

Artikel Berkaitan: Netizen Serang Akaun Youtube Pelajar Buli, Geram Tengok Pernah Upload Video Hafazan

Artikel Berkaitan: Enam Pelajar Terlibat Kes Buli Ditahan, Menteri Kanan Pendidikan Kata Tak Melibatkan Institusi Seliaan KPM

Artikel Berkaitan: Enam Pelajar Terlibat Kes Buli Digantung Sekolah, Nama Sekolah Henry Gurney ‘Trending’ Di Twitter

Tegur supaya tidak tengok video lucah

Terbaru, menerusi laporan Utusan Malaysia, motif kejadian buli tersebut berlaku adalah disebabkan tindakan mangsa yang dikatakan menegur rakannya supaya tidak menonton video lucah. Ujar Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid  perkara tersebut hanya diketahui selepas mangsa tampil membuat pendedahan ketika ditemul bual oleh polis.

Berdasarkan temu bual itu, mangsa memberitahu dia telah menasihati seorang daripada suspek supaya tidak menonton video lucah dan jika enggan akan melaporkan kepada guru atau warden.

Ini antara punca mengapa enam pelajar itu marah dan bertindak memukul serta membuli mangsa. Seorang pelajar tingkatan tiga telah mengarahkan enam pelajar terbabit untuk menumbuk mangsa.

Mangsa terima rawatan

Sekadar gambar hiasan

Kini, mangsa dirawat di sebuah hospital di Selangor dan keadannya dilaporkan stabil tanpa mengalami kecederaan yang serius.

Kita telah merampas 11 buah telefon bimbit untuk dihantar ke bahagian forensik bagi melihat kandungan dalam peranti berkenaan.

Setakat ini, dua laporan polis diterima berkaitan kes tersebut iaitu daripada pengetua sekolah dan bapa mangsa. Kertas siasatan kes itu akan dihantar ke Timbalan Pendakwa Raya untuk proses pendakwaan sebaik sahaja siasatan selesai dijalankan.

Artikel asal daripada Utusan Malaysia. Ikuti berita terkini dalam dan luar negara di portal Utusan Malaysia

Geram Harga Ayam Tak Turun, Wakil Rakyat Bawa Ayam Segar ‘Masuk’ Sidang DUN Perak

$
0
0

Berang dengan isu harga ayam yang tidak diselesaikan setelah sekian lama, Adun Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad bertindak membawa seekor ayam masuk ketika sesi perbahasan pada mesyuarat Dewan Negeri Ke 14 negeri Perak.

Bawa ayam tanda protes

Antara yang menjadi bualan hangat di media sosial kebelakangan ini adalah isu kenaikan harga barang mentah seperti sayur, telur ayam dan ayam yang tidak sejajar dengan kadar gaji minimum yang masih tidak berganjak dari takuk lama, menjadikan kos sara hidup semakin membebankan.

Kini, isu tersebut kembali hangat diperkatakan di media sosial selepas tular video Adun Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad membawa ayam masuk ketika sesi perbahasan pada Mesyuarat Kedua, Tahun Keempat Dewan Negeri Ke 14 Perak Darul Ridzuan.

Difahamkan, tindakan membawa masuk ayam mentah berkenaan adalah sebagai tanda protes kerana tiada tindakan yang diambil pihak berkuasa dan Exco Perak, Ahli Dewan Undangan Negeri Semanggol, Razman Zakaria  sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan dalam menangani kenaikan harga barangan di sana.

Sebelum 7hb (Disember) harga ayam di Gunung Semanggol sendiri sudah mencecah RM10 lebih/kilo. Lepas 7 hb keluar satu skim ‘Harga Maksima Keluarga Malaysia’ oleh KPDNHEP (iaitu) RM9.30. Maknanya apa yang berlaku di kawasan Gunung Semanggol sendiri sangat merungsingkan rakyat.

Saya terpaksa bawa ayam ini kerana sejak minggu lepas tiada satu tindakan pun diambil EXCO. Adakah dia pernah membuat dialog bersama peruncit, pengusaha dan pemborong untuk melihat dimana masalahanya.

Beliau dalam masa sama turut menunjukkan resit pembelian ayam berkenaan sebagai bukti yang ayam tersebut dibeli dari kawasan Semanggol.

Perkongsian yang dibuat wartawan Mohd Faizal Hassan dan portal Bernama di Twitter tentang tindakan Muhamad Arafat nyata menarik perhatian ramai netizen yang menyokong tindakan beliau yang disifatkan sebagai berani dan jelas menunjukkan keadaan yang dihadapi rakyat Malaysia ketika ini.

Sumber: Twitter

Senheng Buka Cawangan Grand Senheng Di Sungai Petani, Janjikan Pengalaman Beli-Belah Terbaik!

$
0
0

Senheng, salah sebuah pemain terbesar dalam jualan peralatan elektrik rumah, perkakasan dapur, dan gajet elektronik, telah membuka cawangan Grand Senheng pertama di Kedah — Grand Senheng Sungai Petani.

Majlis perasmian cawangan Grand Senheng tersebut telah disaksikan oleh pelanggan setia, yang mengambil peluang ini untuk mendapatkan pelbagai promosi dan tawaran hebat yang disediakan sempena majlis perasmian tersebut. Majlis perasmian telah pun berlangsung dengan jayanya, dengan rakan strategik Senheng yang menyokong majlis utama ini antaranya Samsung, LG, Sharp, Panasonic, Sharp, Sony, Huawei, Haier, Toshiba, Aeon Credit Service, and Oppo.

Pengalaman beli-belah terbaik

Grand Senheng Sungai Petani ialah salah satu dari cawangan-cawangan Grand Senheng di seluruh Malaysia, di mana kedai Senheng sebelum ini diperbaharui untuk pengalaman membeli-belah yang lebih baik. Konsep “kedai-dalam-kedai” (shop-in-shop) juga diterapkan di Grand Senheng, supaya pelanggan boleh memahami pelbagai jenama dengan lebih mendalam.

Senheng juga telah menggunakan model perniagaan “Lancar” (Seamless), yang direka untuk menyelaraskan aktiviti membeli-belah pengguna di dalam kedai, dalam talian dan juga mudah alih (mobile). Pendekatan ini dilakukan supaya Senheng memberikan pengalaman jenama yang lebih konsisten, dan ini boleh memberi impak yang positif kepada jenama Senheng secara keseluruhan. Inisitatif-inisiatif ini dilakukan mengikut perkembangan selera pelanggan di seluruh Malaysia yang kini mementingkan pengalaman membeli-belah yang memuaskan, dari saat mereka melangkah ke dalam kedai sehinggalah khidmat selepas jualan yang mesra pelanggan.

Tawaran & promosi hebat

Antara promosi dan tawaran hebat yang disediakan sempena majlis perasmian di Grand Senheng Petani ialah S-Coin, sistem ganjaran terbaru dari Senheng. Pelanggan boleh mendapat sehingga 80% pulangan S-Coin untuk produk eksklusif yang dibeli di majlis ini. Pelanggan hanya perlu daftarkan diri sebagai ahli PlusOne untuk menikmati ganjaran ini dan mereka boleh menggunakan S-Coin tersebut untuk pembelian yang seterusnya.

Satu lagi tawaran yang diadakan ialah perkakas kecil yang berharga RM20 sahaja. Ahli PlusOne hanya perlu memuat turun aplikasi Senheng dan log masuk untuk menempah perkakas-perkakas tersebut, sebelum mengambilnya di majlis persamian cawangan berdekatan. Ini hanyalah beberapa faedah dari Senheng, eksklusif untuk ahli PlusOne. Untuk membantu pelanggan-pelanggan memiliki peralatan eletrik yang diperlukan, Senheng juga menawarkan pelbagai skim ansuran flexi dengan pilihan mod pembayaran dari pihak bank. Ini merupakan salah satu inisiatif Senheng untuk kekal relevan kepada pelanggan, tidak kira lokasi atau gaya hidup mereka yang tersendiri.

K.H. Lim, Pengerusi Eksekutif Senheng Electric (KL) Sdn. Bhd berkata, dengan pembukaan Grand Senheng yang pertama di Kedah, Senheng menjanjikan lebih banyak nilai kepada penduduk tempatan di sini.

Saya boleh berkata dengan bangga bahawa syarikat kami kini lebih kuat dari sebelumya, walaupun sudah lebih dari 30 tahun bergiat dalam industri ini. Pencapaian ini banyak bergantung kepada inisiatif kami untuk menggunakan teknologi dan inovasi terkini, untuk pengalaman pelanggan yang lebih baik. Kami juga sentiasa berusaha untuk membawakan lebih banyak faedah dan ganjaran untuk 3.08 juta ahli PlusOne yang berdaftar setakat ini

Dengan pembukaan cawangan Grand Senheng yang pertama di Kedah, Senheng telah pun membuktikan slogan katanya iaitu “Berbeza… Memang Berbeza!” Untuk maklumat lebih lanjut, sila kunjungi laman web http:///www.senheng.com.my atau ikuti media sosial Senheng di Facebook, Instagram, dan Twitter.


Tolak Lamaran Kahwin, Wanita Ditikam Kejam Hingga Maut

$
0
0

Sekadar gambar hiasan

Malang nasib menimpa seorang wanita yang ditemui maut dalam keadaan berlumuran darah selepas ditikam di bahagian belakang, dada, dan leher. Mayat wanita malang ini djumpai berhampiran stesen bas di kejiranan Ashrafieh, Amman, Jordan.

Gara-gara tolak lamaran

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Gulf News, motif kejadian adalah disebabkan mangsa yang dikatakan enggan menerima lamaran seorang lelaki Jordan sebelum suspek bertindak menikamnya sebanyak 15 kali dengan menggunakan objek tajam. Bagaimanapun, suspek telah ditahan oleh pihak polis sejurus kejadian itu berlaku dan dia didakwa sempat mengugut mangsa.

Jika kamu tidak diam, saya akan bahayakan keluarga kamu.

Difahamkan, ketika kejadian suspek dikatakan sudah menunggu mangsa di rumahnya sebelum dia bertindak menyerang dengan ‘kejam’ lalu melarikan diri. Kejadian jenayah yang berlaku ini kecoh di negara berkenaan dan rata-rata wargamaya mendesak supaya tindakan yang setimpal dikenakan kepada suspek.

Menurut laporan jumlah kematian wanita akibat dibunuh di Jordan meningkat kepada 17 orang sejak awal tahun ini.

Sumber: Gulf News

Guru Bersara Dapat Hadiah Kereta, Bekas Pelajar Dari Tahun 1980 Kumpul Duit Beli ‘Cash’

$
0
0

 

Setia berkhidmat dengan Kolej Tunku Kurshiah (TKC) sejak mula berkhidmat sebagai seorang guru sehingga bersara, bekas pelajar TKC menghadiahkan seorang guru sebuah Perodua Aruz pada hari persaraannya.

Kereta dibayar ‘lump sum’ oleh bekas pelajar

Seorang pengguna Twitter, @twt_bajet dalam satu hantaran berkongsikan tentang seorang guru yang menerima sebuah Perodua Aruz daripada kumpulan bekas pelajarnya sebagai hadiah hari persaraan.

Menerusi balasan yang diterima Tweet tersebut, guru yang dikenali sebagai Cikgu Ahmad itu merupakan seorang guru mata pelajaran Matematik Tambahan yang sangat berdedikasi, penyabar, disenangi dan dia meninggalkan kenangan manis kepada pelajar-pelajar yang pernah diajarnya.

Menurut pengguna Twitter @yaye_zaini, kereta tersebut dibayar secara ‘lump sum’ oleh kumpulan bekas pelajar Kolej Tunku Kurshiah (TKC) dari tahun 1980 sehingga 2021.

Katanya, Cikgu Ahmad setia berkhidmat dengan TKC malah menolok tawaran menjadi seorang Pengetua dan mengakhiri perkhidmatannya sebagai seorang Penolong Kanan Akademik di TKC.

Sumber: Twitter

Dah Boleh Solat Di Masjid, Rita Rudaini Pelik Kenapa Ramai Kecam –‘Tak Boleh Eh Kalau Tak Vaksin?’

$
0
0

Pelakon cantik, Rita Rudaini sebelum ini meluahkan rasa syukur berikutan dapat menunaikan solat Subuh secara berjemaah di masjid.

Bagaimanapun, perlaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang diamalkan membuatkan dia berasa sedikit ‘janggal’ berikutan setiap jemaah perlu menjaga jarak satu meter antara satu sama lain.

Artikel Berkaitan: Rita Rudaini Syukur Dapat Solat Jemaah Subuh Di Masjid, Rasa Janggal Kena Jarak

Artikel Berkaitan: Rita Rudaini Pesan Dr. Rafidah Jangan Suka-Suka Hati Panggil Orang Antivaksin

Artikel Berkaitan: ‘Nak Vaksin, Vaksinlah…Kenapa Nak Ada Paksaan’ – Rita Rudaini

Respon balas Rita Rudaini

Terbaru, Rita menerusi Instastory tampil memberikan respon berhubung satu artikel diterbitkan sebuah portal hiburan terkemuka yang bertanyakan sama ada dia telah mendapatkan suntikan vaksin?

Dah boleh ke kalau tak vaksin masuk masjid?

Susulan daripada itu, ibu kepada dua cahaya mata ini menjelaskan Islam merupakan agama yang mudah dan penuh dengan kasih sayang. Ujarnya lagi, syarat yang perlu diikuti adalah dengan menutup aurat dengan sempurna sebelum melangkah masuk ke tempat beribadat.

Ooo tak boleh eh kalau tak vaksin nak masuk rumah Tuhan? Tapi Tuhan saya cakap kalau nak masuk rumah Dia cuma tutup aurat ja. Tak ada pulak Dia letak syarat pelik. Tak gitu A**** ****k?

Tuhan awak bagi syarat kena vaksin dulu ke? Tuhan saya tak ada letak syarat pelik-pelik sebab Tuhan saya Maha Penyayang. Tak yah buat susah. Islam itu mudah dan penuh kasih sayang.

Bidas komen warganet

Bukan itu sahaja, pelakon Balistik ini turut membidas komen seorang warganet yang mendakwa dirinya seorang yang ego dan sudah mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Kesian, salah satu komen di page content tak berapa bijak tadi. Maaflah aku bukan ego tapi aku tak b*d*h. Kalau aku senyap-senyap dah vaksin baik aku p Masjid Nabawi. Ye idok? B*d*h.

Terdahulu, Rita menafikan dirinya anti vaksin seperti yang didakwa segelintir pihak hanya disebabkan belum bersedia untuk menerima vaksin Covid-19 sebaliknya, menggelarkan dirinya prosafe.

Ig story penuh:

Sumber: Rita Rudaini

Video Lelaki Mengamuk Pecahkan Cermin Kereta Isteri Tular, Anak-Anak Menangis Takut

$
0
0

Sejak semalam, tular sebuah video di media sosial memaparkan seorang lelaki yang bertindak di luar kawalan apabila nekad memecahkan cermin kereta kerana mahukan sesuatu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] 13 Tahun Bersama Suami Kantoi Curang Dengan Janda, Bila Suruh Kahwin Tak Nak Pula! Siap Merayu Lagi

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Suami Kantoi Curang Tak Sampai Setahun Kahwin, Wanita Bakar Semua Gambar..Menyesal Kahwin Muda!

Artikel Berkaitan:Konon Datang Rumah Ambil Barang, Suami ‘Gila Talak’ Tergamak Rogol Bekas Isteri Sebab Nak Rujuk

Lelaki mengamuk pecahkan cermin kereta

Menerusi satu hantaran di Facebook, wanita yang dikenali sebagai Amira menceritakan kejadian tersebut berlaku ketika waktu pagi ketika dia dalam perjalanan menuju ke tempat kerja. Lelaki tersebut yang merupakan suaminya pada mulanya meminta dia membuka tingkap. Bimbang akan keselamatan diri dan anak-anak, wanita tersebut akur lalu membuka sebahagian tingkap sebelum ditarik suaminya. Akibat tarikan yang kuat, cermin kereta tersebut pecah sebelum bertaburan di bahagian tempat duduk hadapan. Turut kedengaran anak-anak wanita ini menangis ketakutan.

Konon tu nak bagi duit dekat anak hang, ingatkan nak hulur beda (boleh) beli susu, lampin anak.

Sekali tu duit aku yang melayang. Family aku dah la tak hebat, tak pasal kena repair cermin dekat aku. Seratus dua pun main dengan family tak hebat ini nampak nilai tu besar. Boleh beli susu, lampin anak stok untuk 2 minggu.

Mengulas lebih lanjut, wanita ini mendakwa suaminya seolah-olah play victim dengan apa yang terjadi dan turut menjelaskan mengapa dia tidak membuka tingkap keretanya sejurus suaminya sampai.

Sehari sebelum kejadian , dia bawa lari beg dokumen aku yang ada dalam kereta. Sebab tu hari ini aku buka tingkap sikit ja , kalau buka tingkap full , memang kena jerat la macam sebelum-sebelum ini yang duk jadi dah.

Sebelum ini juga dah berkali-kali jadi duk berebut kunci kereta dengan aku. Sampai buang angin tayar kereta pun ada. So aku dah sampai tahap tak larat dah nak hadap benda ni.

Dalam proses penceraian

Mengulas lebih lanjut, wanita tersebut memberitahu mereka dalam proses untuk bercerai dan sudah tidak duduk sebumbung sejak April tahun ini. Ujar wanita ini lagi, video tersebut dikongsi sebagai bukti kepada orang ramai sebelum berlakunya salah faham dalam kalangan wargamaya.

Jadi statement ini aku bawa keluar siap-siap sebelum ada orang lain duk plot twist cerita jadi kot lain. Lepas tu duk claim aku putar belit bagi caca merba keadaan ka apa ka aku ada video ini sebagai bukti.

Post aku bukan nak provok sapa-sapa cuma kalau rasa terprovok, cek balik. Salah tetap salah.

Ketika artikel ini ditulis, tiada sebarang info tambahan di mana lokasi kejadian ini berlaku mahu pun laporan penuh daripada media tempatan.

Sumber: Amira Nabila

Zain Saidin & Aaisyah Positif Covid-19, Che Ta Tangguh Percutian Ke ‘Private Island’–‘Habis Perancangan Ulang Tahun Perkahwinan Terbantut’

$
0
0

Pasangan sama cantik sama padan, Rozita Che Wan dan Zain Saidin baru sahaja menyambut ulang tahun kelapan perkahwinan pada 11 Disember lalu.

Hanya mampu merancang

Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta mendedahkan suaminya disahkan positif Covid-19 bulan lalu diikuti anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana yang turut terpalit sama sehari selepas Zain.

Kata pelakon berumur 48 tahun itu, perancangan untuk bercuti ke sebuah pulau persendirian di Pulau Langkawi juga terpaksa ditunda.

Ikutkan dalam seminggu juga saya, suami dan Aaisyah ditemani jurugambar menikmati percutian di pulau itu. Kami patut pulang daripada percutian itu sehari sebelum ulang perkahwinan kelapan yang diraikan pada 11 Disember lalu.

Apa nak buat, kita tak mampu menghalang semua ini. Suami saya patut menjalani penggambaran sebuah drama bulan lalu, tapi akhirnya kena tolak tawaran itu.

Suami memang bergejala seperti batuk, selesema dan demam. Cuma dia sendiri kurang pasti terkena virus itu di mana. Kemudian berjangkit pula kepada Aaisyah.

Bagaimanapun Aaisyah hanya demam saja, tetapi deria rasanya masih ada. Tapi saya dan dua anak lelaki bersyukur kerana kami sebaliknya disahkan negatif. Syukur suami dan Aaisyah sudah pulih sepenuhnya.

Kuarantin di rumah

Tambah pemilik nama Rozita Abu Bakar, ketika insiden itu suami dan anaknya melakukan kuarantin kendiri di rumah.

Kesian tengok Aaisyah kena virus ini. Walaupun deria rasa tak hilang, sampai kena paksa dia makan. Kebetulan masa kejadian, mak saya ada di rumahnya di Subang Jaya. Kebiasaannya mak memang banyak berada di Kedah menghabiskan masa di rumahya di sana.

Kebetulan juga unit rumah mak di sini berdekatan dengan kediaman saya. Jadi saya dan Aaisyah memilih untuk duduk di rumah mak. Suami pula terus kuarantin di bilik di rumah kami sendiri.

Dua anak lelaki pun memilih menemani suami saya di rumah tetapi buat hal masing masing di bilik.

Lengkap dua dos bukan jaminan

Dalam pada itu, pelakon drama Tahyul menyatakan bukan itu sahaja dugaannya kerana ibu dan adik beradiknya turut positif Covid-19 beberapa bulan lalu.

Memang apabila semua ini berlaku, habis perancangan itu ini termasuk menyambut ulang tahun perkahwinan terbantut. Tapi apa daya kita nak menghalang semua ini daripada terjadi.

Walaupun suami sudah lengkap dua dos suntikan vaksin, ia bukan jaminan yang virus jahat itu takkan menyerang. Virus ini memang ada di sekeliling kita. Apabila kena batang hidung sendiri saat ahli keluarga dan adik beradik sendiri positif wabak itu, kita kena reda. Kadang-kadang sejauh mana kita berhati hati pun, nak jadi… jadi juga.

Terdahulu, Che Ta dan Zain bernikah pada 11 Disember 2013 selepas berkenalan ketika membintangi drama Kiah Pekasam pada 2009.

Pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Aaisyah Dhia Rana, tujuh tahun, selain Che Ta turut memiliki dua anak lelaki daripada perkahwinan terdahulunya iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra.

11 Tahun Tangguh Majlis Kahwin, Suami Akur Isteri Meninggal Dunia Di Sisi Selepas 3 Hari Disatukan

$
0
0

Foto: Mirror

Di London, penantian satu pasangan untuk mendirikan rumah tangga selepas hampir 11 tahun menangguhkan perkahwinan mereka disebabkan urusan kerja dan kehilangan ahli keluarga akhirnya terjawab apabila mereka berjaya disatukan pada 17 November lalu di Hospital Severn di Telford, Shropshire.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Segala Persiapan Dah Siap & Rancang Nikah Minggu Depan, Wanita Akur Bakal Suami Meninggal Dunia – ‘Saya Tak Kuat Awak…’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hari-Hari Cakap Tak Sabar Nak Duduk Rumah ‘Baru’, Wanita Akur Suami Tersayang Meninggal Dunia Selepas 11 Bulan Bersama

Artikel Berkaitan: ‘Berehatlah Cinta Hati Sayang…’ – Baru Sebulan Kahwin, Wanita Reda Suami Pergi Buat Selama-Lamanya

Si isteri meninggal dahulu

Foto: Mirror

Memetik laporan Mirror, pasangan dikenali sebagai Ben dan Jen Cooper telah bertunang pada tahun 2010 dan telah memperoleh tiga cahaya mata. Bagaimanapun, kebahagiaan tersebut hanya berkekalan selama tiga hari berikutan Jen yang berusia 43 tahun meninggal dunia akibat kanser payudara.

Difahamkan, Jen yang merupakan seorang guru matematik sebelum ini disahkan sekali lagi menghidap kanser ketika pemeriksaan dibuat sebelum sekatan pergerakan dilakukan. Suaminya terpaksa akur dan reda apabila isteri tersayang meninggal dunia pada 20 November lalu di sisinya.

Hanya dihadiri individu rapat

Sekadar gambar hiasan

Mengulas lebih lanjut, Ben yang berasal dari Newport, Shropshire, menjelaskan ketika majlis perkahwinan mereka berlangsung hanya dihadari oleh ibu mentuanya dan dua saksi.

Ia sempurna. Jururawat menggantung pakaian Jen di dalam biliknya supaya dia boleh melihatnya ketika berada di atas katil. Anak-anak teruja dengan perkahwinan ini, saya bimbang untuk pulang ke rumah dan memberitahu mereka kami sudah berkahwin. Mereka tidak dapat hadir, tetapi mereka sangat gembira untuk kami.

Satu perkara yang menggembirakan, sepatutnya kami berkahwin pada 27 November sebelum sambutan Krismas, tetapi keadaan memaksa kami melakukannya lebih awal.

Difahamkan, Jen sebelum ini mempunyai dua anak dengan bekas suaminya, dan dikurniakan tiga anak ketika bersama Ben.

Saat terakhirnya ialah saya memegang tangannya. Saya beritahunya saya menyayanginya dan anak menyayanginya.

Kemudian saya merasakan dadanya tidak bergerak dan meminta jururawat untuk memeriksa tetapi isteri saya sudah meninggal dunia.

Sumber: Mirror

REV Media Group Terima Anugerah ‘Majikan Prihatin’, Ambil Pekerja Orang Kurang Upaya (OKU)

$
0
0

REV Media Group (dahulu dikenali sebagai Media Prima Digital Sdn Bhd) telah dipilih sebagai salah satu penerima anugerah ‘Majikan Prihatin’ oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) hari ini di atas usaha mengambil Mohd Akmal Bin Shapii, seorang kurang upaya (OKU) sebagai pekerja di bawah Insentif Pengambilan Pekerja (Program PenjanaKerjaya 3.0).

Peluang kerja sama rata

Mohd Akmal, 25 tahun, merupakan Eksekutif Jurutera Data di REV Media Group dan telah mula berkhidmat sejak bulan Jun lalu ketika negara masih dalam fasa pandemik. Anugerah itu telah disampaikan oleh YB Datuk Seri M. Saravanan, Menteri Sumber Manusia di Karnival Kerjaya Orang Kurang Upaya (OKU) pada hari ini bertempat di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Menteri Sumber Manusia, YB Datuk Seri M. Saravanan berkata, program ini merupakan kesinambungan usaha Kementerian Sumber Manusia, dalam usaha memberikan peluang yang sama rata kepada golongan kurang upaya untuk menyumbang kepada ekonomi negara.

Ini membuktikan tiada golongan yang terabai mahupun tercicir oleh Kementerian Sumber Manusia termasuk golongan Orang Kelainan Upaya yang perlu diberikan peluang pekerjaan yang sama rata, seperti pencari kerja yang lain.

REV Media Group hargai bakat

Mohd Akmal tergolong dalam golongan OKU kategori kurang upaya fizikal di mana seseorang individu itu mengalami ketidakupayaan anggota badan sama ada kehilangan fungsi atau tidak mempunyai satu anggota di mana-mana bahagian anggota badan termasuklah keadaan anggota yang tidak sempurna yang mana keadaan ini akan menjejaskan keupayaannya.

Akmal berkata, dia mula menggunakan kerusi roda sejak dari zaman sekolah rendah. Selepas terjatuh dari buai ketika berumur tiga tahun, kakinya patah dan tidak mampu lagi untuk berjalan. Doktor mengesahkan DIA mengalami osteogenesis imperfecta, gangguan tulang sejak dari dari lahir.

Umum sedia maklum ada sesetengah majikan di luar sana yang beranggapan OKU ini menjadi beban kepada mereka. Majikan di luar sana tidak perlu berasa takut untuk mengambil warga OKU bekerja kerana kami juga boleh bekerja seperti orang biasa.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada REV Media Group, Media Prima, dan PERKESO kerana percayakan saya dan memberi saya peluang untuk berkhidmat kepada syarikat.

Ketua Pegawai Eksekutif REV Media Group, Samuel Wee berkata, syarikat semestinya berasa bangga dengan kehadiran Akmal dan percaya dia boleh berkongsi bakatnya sama seperti orang lain. Tambahnya lagi, REV Media Group dan Media Prima mengalu-alukan bakat yang pelbagai tidak kira dari sesiapa pun.


Sering Dikecam Netizen Sejak 5 Tahun Lalu, YouTuber Cantik Nekad Bunuh Diri

$
0
0

Foto: Daily Star

Seorang bintang YouTube terkenal, Kristina Dukic berusia 21 tahun dipercayai membunuh diri berikutan menerima kecaman yang hebat daripada warganet.

Difahamkan, komen-komen negatif tersebut telah diterimanya sejak bertahun-tahun yang lalu sebelum dia nekad berbuat demikian.

Kisah sedih bintang YouTube

Foto: Daily Star

Memetik laporan Daily Star, gadis muda ini dikatakan sempat memuat naik satu hantaran terakhir pada bulan November yang lalu. Dia ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumahnya di ibu kota Serbia, Belgrade pada hari Rabu, 8 Disember yang lalu.

Mengulas lebih lanjut, gadis ini dipercayai mempunyai lebih sejuta pengikut menerusi akaun Instagram, YouTube dan Twitchnya sebelum dia menjadi mangsa buli dalam talian.

Ibunya dikenali sebagai Natasa, mengesahkan kematian anak perempuannya dan pada masa yang sama turut merayu kepada orang ramai yang mahu membunuh diri untuk mendapatkan bantuan pakar.

Pendedahan dibuat rakan mangsa

Sekadar gambar hiasan

Ujar Mira Vladisavljevic yang merupakan rakan rapat kepada mangsa menceritakan penderitaan tersebut berlaku selama lima tahun.

Mengulas lebih lanjut, mangsa sebelum ini menerusi sebuah video menjelaskan dia berasa tak pernah cukup baik tidak kira apa yang dilakukan.

Saya merayu kepada semua media untuk melaporkan dengan teliti mengenai kes ini dan mengenai gadis yang bergelut dengan buli selama lima tahun. Harap maklum.

Sumber: Daily Star

Fizi Ali & Shakilla Khoriri Bercerai, Janji Besarkan Ameena Bersama –‘Anggaplah Jodoh Kami Sampai Di Sini’

$
0
0

Tiada angin tiada ribut tiba-tiba penyampai radio Fizi Ali berkongsi berita duka mengenai rumah tangganya dengan aktres Shakilla Khoriri.

Sah cerai

Menurut Fizi, 32, dia dan Shakilla membuat keputusan untuk berpisah selepas tiga tahun melayari bahtera bersama.

Akui berat untuk berkongsi berita tersebut, pemilik nama Mohd Hafizudin Alimudin menyatakan biarpun bukan lagi menjadi pasangan suami isteri, dia dan Shakilla sepakat untuk membesarkan anak tunggal mereka, Ameena Sofia dengan penuh kasih sayang.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum semua.. Maaf kepada mereka yang tertanya tanya apa yang terjadi pada saya dalam beberapa minggu ini.

Dengan berat hati, saya ingin mengumumkan bahawa saya dan Shakilla tidak lagi bersama dan akan membawa haluan masing-masing.

Walaupun hidup berasingan, kami juga sudah bersepakat akan membesarkan Ameena dengan penuh kasih sayang. Kami janji Ameena tetap akan merasa kasih sayang sepenuhnya dari daddy dan umi.

Anggaplah jodoh kami sampai sini

Dalam pada itu, Fizi berharap semua pihak menghormati keputusan yang telah dibuat selain mengucapkan terima kasih dengan doa yang diberikan.

Kami harap semua pihak dapat menghormati keputusan ini. Anggaplah jodoh kami sampai di sini.

Terima kasih atas doa-doa kalian sebelum ini dan mohon doa untuk kami bertiga meneruskan perjalanan yang panjang ini dengan penuh redha. Insya-Allah semoga doa yang baik-baik ini akan kembali ke kalian semua juga. Minta maaf dan terima kasih.

Terdahulu, Shakilla dan Fizi mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan dikurniakan cahaya mata, Ameena Sofia yang kini berusia dua tahun.

Sumber: Instagram @fiziali_

Lelaki Mengamuk Pecahkan Cermin Kereta Isteri Dah Kena Tahan

$
0
0

Tindakan seorang lelaki memecahkan cermin kereta jenis Perodua Axia milik seorang wanita yang merupakan isterinya mengundang padah apabila dia telah ditahan oleh pihak polis.

Artikel Berkaitan: Video Lelaki Mengamuk Pecahkan Cermin Kereta Isteri Tular, Anak-Anak Menangis Takut

Sudah ditahan polis

Ujar Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir menerusi laporan Harian Metro insiden tersebut berlaku pada 13 Disember (Isnin) yang lalu pada jam 10.37 pagi di Lorong Panglima, Jalan Teluk Wanjah, Alor Setar, Kedah.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa sedang memandu kereta bersama anak-anaknya sebelum tersedar diekori oleh suaminya yang menunggang motosikal jenis Honda Waze.

Suspek kemudian menahan kereta mangsa dan mengetuk cermin kereta bahagian hadapan sebelah penumpang beberapa kali menyuruh mangsa membuka tingkap kereta.

Mengulas lebih lanjut, suspek dikatakan sempat memberikan alasan mahu memberikan wang kepada anak mereka bagaimanapun, mangsa ketika itu hanya membuka sedikit tingkap sebelum suspek bertindak sedemikian rupa.

Susulan dairpada insiden tersebut, serpihan kaca cermin kereta itu dipercayai terkena anak mangsa dan menyebabkan mereka terkejut.

Laporan sudah dibuat

Satu laporan sudah dibuat oleh mangsa kepada pihak polis berhubung kejadian tersebut dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 427/506 Kanun Keseksaan.

Hasil siasatan di lokasi kejadian mendapati kawasan kejadian adalah di tepi jalan berhampiran kawasan rumah mangsa.

Kini, suspek telah pun ditahan pada hari yang sama dan akan direman selama empat hari bermula semalam hingga 17 Disember ini. Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah.

Sumber: Harian Metro

Pernah Alami Serangan Panik, Shiha Zikir Dihina Rakan Selebriti Sebab Cemburu Dengan Rezeki –‘Kau Balik Rumah Cermin Muka Sendiri!’

$
0
0

Siapa sangka dalam gelak tawa, penyanyi Shiha Zikir menanggung rasa sakit di lubuk hati. Shiha meluahkan rasa sedih apabila diperlekeh oleh rakan selebriti yang cemburu dengan limpahan rezeki yang diperolehinya.

Nak cari duit untuk ibu bapa

Terkilan dengan tindakan rakan seindustri, Shiha, 34, menganggap berkemungkinan individu tersebut kurang senang melihat perjalanan kerjaya seninya.

Kata pemilik nama Nurshiha Mohd Zikir, dia menerima kata kesat yang merendahkan dirinya sepanjang 20 minit perbualan yang dibuat menerusi panggilan telefon.

Saya masuk industri nak cari duit untuk keluarga dan jaga ibu saya… siapa yang ikut perjalanan saya, akan nampak. Sakit nak jadi Shiha. Orang nampak saya happy kat luar tapi orang tak tahu kesedihan yang saya alami.

Ramai orang perlekehkan apa yang saya buat dalam industri. Malah, ada kawan satu industri hubungi saya, tiba-tiba nak marah saya. Dia cakap ‘kau balik rumah cermin muka sendiri! Kau layak ke?’

Sepanjang 20 minit dia cakap semua benda negatif yang merendah-rendahkan saya. Orang yang saya tak sangka akan cakap begitu. Dia persoalkan apa yang saya buat dalam industri.

Mungkin sebab orang nampak saya buat semua benda dan menyebabkan mungkin ada beberapa pihak yang kurang senang dengan saya. Tapi saya nak cakap satu saja, saya tak pernah merayu tetapi tuhan yang beri (rezeki).

Shiha ditemui ketika sidang media pengumuman top 5 Anugerah MeleTOP ERA edisi kelapan (AME 2021) di GSC, Tropicana Garden Mall, Petaling Jaya, pada Selasa.

Kena serangan panik

Dalam pada itu, penyanyi lagu AEOW mengakui dia tidak pernah terlintas di fikiran individu yang rapat dengan dirinya tergamak berkata sebegitu.

Kata Shiha lagi, dia sudah beberapa kali berasa ‘down’ memikirkan perkara yang melibatkan kerjaya seninya sehinggakan kerap mengalami serangan panik di rumah.

Bila dapat call daripada kawan, sudah tentu saya gembira tapi bila dia cakap macam tu, memang membuatkan saya sedih dan rasa down sangat. Masa dia call tu, saya dalam kereta. Lepas habis menangis, baru la saya masuk rumah jumpa ibu.

Walaupun cakap dekat ibu tak ada apa, tapi tak boleh nak sorok kesedihan. Sebenarnya dah beberapa kali saya rasa down sehingga mengalami serangan panik.

Duduk bilik pasang aircond, tapi tetap berpeluh. Sakit sangat… sebab tu saya faham perasaan orang yang kena serangan panik ni.

Sumber: Instagram @shihazikir

Kena Ejek Rossa Tak Kenal, Iqbal Kekal Positif –‘Saya Masih Sedar Diri’

$
0
0

Selepas Datuk Seri Rossa memaklumkan tidak mengenali Iqbal, usahawan sensasi tersebut meluahkan rasa syukur kerana setidak-tidaknya penyanyi popular Indonesia itu masih mengingati dirinya.

Artikel berkaitan: ‘Kami Tak Bercakap Apa-Apa Pun, Kerana Saya Fikirkan Dia Hanya Peminat’ – Rossa

‘Saya Juga Masih Sedar Diri’

Menurut Iqbal, hasratnya yang mahu mengenali penyanyi digelar Diva Indonesia itu tidak semestinya ingin berkenalan untuk ke arah perkahwinan. Dia cuma mahu berkawan atau menjalinkan kerjasama.

Tambahnya lagi, dia bersyukur sekurang-kurangnya Rossa masih mengingatinya walaupun ianya hanya sekadar teguran biasa. Iqbal turut menyatakan bahawa dia menjaga privasi dan juga kehormatan seseorang.

Alhamdulilah, sekurang-kurangnya Rossa ingat saya menegur beliau, hanya saya seorang dari Malaysia ketika itu.

Jangan risau, saya tahu untuk menjaga privasi dan kehormatan seseorang. Tidak semua perkara boleh dijadikan bahan. Saya juga masih sedar diri.

Ujar usahawan itu lagi, dia masih mengetahui cara yang sepatutnya apabila berurusan dengan orang professional dan bukan semua perkara dia jadikan hiburan di media sosial.

Walaupun dijadikan bahan ejekan netizen, namun Iqbal memberi bayangan dia mempunyai hubungan yang baik dan saling mengenali Rossa hakikatnya mereka baru pertama kali bertemu.

Sumber: Kosmo!

Viewing all 37032 articles
Browse latest View live